November 22, 2009

TINGKAT SATU

ketika remaja, saya selalu lepak di rumah asin janggut ( pakngah hashim ), saya sangat teruja berada dipersekitaran itu kerana bersesuaian dengan minat saya sebenarnya. rumah ini berada dibelakang masjid bukit bertam dan dikelilingi pokok durian serta pokok buah yang lain. anak-anaknya yang menjadi kawan sepermainan saya ialah lee dan amin. kadang-kadang saya makan tengahari di rumah mereka walaupun arwah mak melarang saya makan di rumah orang.

lepak di rumak asin janggut memang memberi saya banyak ilmu berkaitan penangkapan ikan dari cara-cara membuat bubu (lukah), membaiki jaring atau jala, memancing dengan pelbagai cara hinggalah membuat tali pancing mengunakan daun nenas. ini termasuk juga membuat umpan pancing dan bubu dari biji getah yang diperam, baunya boleh melekat di tangan berhari-hari.

pembelajaran secara tidak langsung ini memberi pengalaman berharga buat saya, saya belajar mencari buluh lemang dari spesis yang jarang digunakan iaitu buluh akar, saya juga belajar kemudiannya cara memelihara kambing dari mereka. tahu bahawa perangai kambing sangat mencabar kesabaran kita sebagai manusia. saya juga belajar bercucuk tanam bersama amin apabila kami mengerjakan tanah dusun matwali dengan tanaman timun huma. tempat lepak ini menjadikan saya manusia yang berdikari bertahun kemudian.

dijajahan selama pun banyak tempat lepak yang dikunjungi oleh warganya, ada warung mamak untuk minum pagi, makan tengahari banyak pilihan kedainya, kalau tak puas lagi bersembang boleh sambung dengan minum petang. tiada siapa yang peduli bila warga selama minum-minum sambil sembang-sembang kerana pengurusan pun tiada ubat mujarab untuk perangai keluar minum ini, tuan director pun terkena jangkitan ini. tak sah kalau tak bersembang sambil minum-minum.

sekarang ini tuan director terperasan satu tempat lepak yang menarik, bersebelahan dengan istana tuanpenasihatsiparangkontot. tempat lepak ini istimewa kerana askar-askar biasa hingga ke pangkat sarjan boleh guna untuk bersembang sambil kutuk-kutuk orang ( hahahahahaha dengar kata tuan director pun termasuk dalam topik bualan ). banyak juga rancangan yang diatur untuk menyingkirkan tuan director bermula dari tempat lepak nie. bilik mesyuwarah tingkat satu koridor kuasa nampaknya telah menjadi bilik operasi mencantas orang.

satu waktu dulu di jajahan selama ada sebuah kumpulan yang bercita-cita tinggi, tuan director namakan sebagai kumpulan wawasan la, mereka yang terangkum dalam kumpulan ini bercita-cita menjadi penganti tuanpenasihatsiparangkontot dalam beberapa tahun mendatang. kumpulan ini terdiri daripada pang5perangmuda ketika itu. cuma kumpulan ini berpecah atas perasaan tidak puashati apabila kalangan ahli mereka dinaikkan pangkat jadi pang5perangmudakanan.

namun karma memberi mereka peluang keemasan kini. tuanpenasihatsiparangkontot telah melantik pang5perangtanggukikan sebagai orang kanannya kini, maka bergema kembali kumpulan wawasan kini walaupun ahli asalnya telah berpecah. ahli kumpulan wawasan sekarang semakin kuat, dengan mengunakan tingkat satu koridor kuasa, mereka telah menerbitkan rasa benci terhadap persaing. kaedah membunuh kerektor pang5perang yang lain setakat ini berjaya menyingkirkan tuan director dan beberapa pang5perang yang lain. nampaknya kumpulan wawasan semakin kuat kerana keahlian telah dibuka hatta kepada askar biasa sahaja.

adakah jajahan selama akan maju, setakat ini tingkat satu koridor kuasa telah berjaya menyingkirkan pesaing mereka. apakah sumbangan mereka kepada kelangsungan hidup jajahan ? tepuk dada tanya selera, tiada apa yang signifikan yang mereka buat kecuali memporakperandakan jajahan selama sahaja. warga jajahan tentu boleh menilai kejayaan kumpulan wawasan dalam melaksanakan tugasan mereka.






mungkin pang5perangchahketing dan serikandibahtera serta serikandisentosa mempunyai jawapannya. hehehehe lazimnya kita tak tahu apa ada dalam mangkuk tingkat sebelum membukanya. dan jangan lupa hanya dengan membuka mangkuk tingkat satu kita tak tahu apa ada dalam tingkat-tingkat yang lain. takkan kita nak makan nasi tanpa lauk atau lauk tanpa nasi. ingatan pada tuanpenasihatsiparangkontok 'jangan membuat keputusan dengan melihat tingkat satu sahaja'.

3 comments:

  1. ala....... i mengampah kat si golok ni tau. nape skang nie dia suka kat mengkuk tinggkat pulak...

    yang dia duk makan kat kedai i nie cam mane pulak...

    dia janji macam macam... duit i dah habis belanja dia.

    projek x dapat lagi.. orang semua dah dia cantas..

    agak2 u la kan,, emmmm tuhan boleh dia cantas tak?

    ReplyDelete
  2. hahahahaha sapa plak u nie, tuan director tergoda la, wahhhh kalau dah selalu belanja sigolok boleh la belanja i sekali. tapi bisnes jual pasir lagi untung ....so sapa nak belanja sapa nie

    ReplyDelete
  3. Menantu Nik Aziz diarah letak jawatan

    # Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat arahkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    # Tindakan diambil selepas Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Nik Aziz supaya mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.

    # Nik Aziz menafikan arahan dibuat ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantunya tetapi disebabkan fitnah yang disebarkan.




    ‘‘Siasatan SPRM itu siasatlah... itu kerja dia tetapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur, siapa-siapa yang gerak dia akan dilaknat Allah. Itu fitnah punya fasal tetapi (letak jawatan) ini hendak jaga kepimpinan Parti Islam Semalaysia.,” katanya.

    Masalah dalaman PMBK bermula apabila enam pegawai SPRM dilaporkan menyerbu pejabat perbadanan tersebut yang terletak di Jalan Kuala Krai di sini pada 9 November lalu.

    Pada masa yang sama, Nik Abdul Aziz mengakui menerima tajaan untuk menunaikan haji bernilai RM65,000 yang turut disertai ahli keluarganya termasuk Abdul Ariffahmi.

    Beberapa hari selepas itu, masalah dalaman PMBK menjadi bertambah parah apabila menantu Nik Abdul Aziz itu menamatkan kontrak Pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz minggu lalu.

    Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat antara orang kanan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

    Malah kelmarin, timbul spekulasi Husam akan meletakkan kesemua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri berpunca daripada kemelut dalaman PMBK kerana pihak tertentu mendakwa beliau adalah dalang di sebalik masalah tersebut.

    Bagaimanapun pada pertemuan selama sejam itu, isu spekulasi peletakan jawatan Husam tidak dibincangkan kerana mereka beranggapan ia tidak pernah wujud.

    Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pada masa sekarang beliau masih belum memikirkan untuk melakukan rombakan dalam PMBK.

    ‘‘Itu masalah kedua. Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilemparkan kepadanya oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

    Ketika ditanya sama ada beliau tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan Pas Kelantan kerana tidak ada sokongan terbuka dibuat, katanya :

    ‘‘Itu tidak payah. Saya tidak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu tetapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger, semua orang boleh baca dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat.”

    apa kata u nasihat siponlan dan sipon nie berenti kerja

    bukan berenti kerja dengan bagi surat berenti tu.... u nieee ... kesitu pulak....

    maksud i, u nasihat kat sipolan tu berenti buat kerja kerja yang x baik jer. udah udah la tuuuuu...

    u nieeeeeee.. nakal la. auwww.. sambil mencuit baha si golok tumpul.......

    ReplyDelete