November 11, 2009

PERSONA NON GRATA


selain bermain bersama kawan-kawan ketika kecil, saya sangat suka menonton wayang. ketika itu arwah pak dan mak membuka perniagaan gerai laksa di pekan mahang. selain pak dan mak, abang lid dan abg kahar merupakan pembantu kedai, kadang-kadang dibantu oleh pakmid dan awang cemey yang merupakan petugas rumah enjin, sejenis generator berkuasa disel untuk membekalkan eletrik kepada penduduk yang bermula pembekalannya jam 5 petang.

arwah mak akan dibantu oleh kakyam, seorang jiran untuk menyediakan laksa dan meehun bagi tujuan jualan di rumah, kemudiannya semua bahan jualan ini akan dibawa ke kedai sama ada dengan menjinjingnya atau diletakkan di atas basikal. ketika itu semua masakan mengunakan kayu api, kalau musim hujan memang la mencabar untuk memulakan pembakaran. dapur rumah pula memang penuh dengan jelaga atau kesan asap.

tayangan wayang ketika itu bermula jam 5 petang dan kemudian satu tayangan lagi jam 8 malam. kalau hari ahad dan ada filem yang menarik seperti kingkong contohnya tayangan akan bermula 9 pagi, 11 pagi, 2 petang, 5 petang, dan 8 malam. begitu juga kalau musim perayaan memang penuh sesak panggung ketika itu.

penonton atau peminat wayang datang dari pelbagai kampung seperti sg bayor, sungai taka, sungai pasir, banggol jas, kampung dingin, ulu kerian dan ulu mahang. kalau ada filem tamil atau hindi bertambah la semangat 1Malaysia. masyarakat india dari estet dublin atau kini dikenali sebagai guthrie dan kemudiannya simedarby akan keluar beramai-ramai untuk filem lakonan MGR . masyarakat cina pula lebih tertumpu kepada filem dari hongkong.

saya ketika itu berusia tujuh tahun sentiasa mendapat tiket wayang percuma, walaupun filem apa pun ditayangkan saya akan menonton. penjaga pintu pawagam ialah matleh atau tidak pun amiaw. ketika itu untuk mendapat satu tiket wayang bagi filem box-office baharom dan din gelong boleh bergaduh di kaunter tiket, masa tu pun kerjaya ulat tiket telah pun digunakan untuk mendapat keuntungan.

hari ini tertiba saya teringat satu filem beberapa tahun lepas yang mengisahkan tentang orang-orang yang terbuang atau tidak dikehendaki. di jajahan selama ada beberapa watak yang cuba dibuang secara halus dari arus perdana dengan teratur. sama ada dibuat kerana mereka tidak menunjukkan prestasi baik, atau terlalu baik dan dicemburui oleh orang lain. perbuatan membunuh kerjaya dengan cara yang sangat dayus ini dilakukan oleh pang5perang atau tuanpenasihat dibuat secara terbuka dan menjadi rahsia umum

ada kes tentera biasa yang menjadi persona non grata hanya kerana mengetahui perangai buruk orangbesar jajahan. lazimnya mereka dikubur sebelum mati dengan cara ditukarkan ke baruh atau ke hulu. pang5perang yang berani menyanggah pula akan dipasung tanpa diberi kerja atau ditukar kem demi kem untuk melunturkan semangat. cubalah lihat apa yang berlaku kepada pang5perangtua, banyak rahsia tersimpan didadanya perihal orang besar jajahan.

insan-insan persona non grata ini terus terhukum tanpa memahami kesilapan mereka, seolah mereka ditahan tanpa bicara, dibicara tanpa ruang pembelaan, dihukum tanpa mengetahui hukuman. adakah jajahan selama cuba untuk memaksa pelakuan sivaji the bos menjelma dan menuntut bela. hanya pemimpin yang menentukannya

No comments:

Post a Comment