November 24, 2009

NASIB pang5perangbesiburuk

kadang-kadang bila memikirkan kekuatan diri, saya sering merujuk kepada zaman kecil saya, banyak pengalaman semasa kecil begitu bermakna kerana membentuk diri yang ada kini. kawan-kawan ada bertanya dari mana datang personaliti diri tuan director, sukar memberi jawapan tepat. ahli psikologi tentu akan mengatakan bahawa personaliti kita datang dari asuhan ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, pesekitaran sosial dan ekonomi.

semangat berniaga atau mencari wang saku merupakan perkara yang sangat menarik untuk saya cerita. arwah bapa suka membaca akhbar utusan melayu, saya dan adik beradik yang lain lebih suka menatap akhbar berita harian, kadang-kadang jiran datang berkongsi membaca akhbar yang dibeli kerana rumah saya betul-betul di hadapan masjid bukit bertam, sebelum solat ada yang tumpang membaca akhbar.

saya mengambil inisiatif mengumpul akhbar kerana saya nak jual kepada kedai runcit sebelah rumah. selain kertas surat khabar, tentu sahaja ada benda lain yang boleh dijual. saya mengumpul botol kicap, sos dan botol perasa minuman. botol kicap lebih murah kerana kacanya berwarna, botol sos lebih mahal dan yang paling mahal ialah botol perisa oren yang ketika itu boleh mencecah 40 sen sebiji. peraih bahan kitar semula ini saya panggil banggali botol. anaknya sashikumar merupakan kawan baik saya ketika sekolah menengah.

di jajahan selama pun ada aktiviti mengumpul besi buruk. bertahun-tahun perusahaan ini cuba dibangunkan. macam-macam tuanpenasihat dilantik bersilih ganti, pelbagai pang5perang diangkat menerajui perusahaan ini. setelah sekian lama, purnama berganti purnama, semakin bertimbun besi buruk dikumpulkan, nampaknya ada perubahan perusahaan ini kini. dengar kata gudang besi buruk sedang diubahsuai untuk menjadi istana besi buruk, bukan dibesarkan cuma cuba diusahakan agar kembali berseri seperti baru rupanya.

tuan director pun ada beberapa bahan untuk disumbangkan kepada perusahaan ini, ketika mula-mula berkhidmat dahuluu tuan director mengunakan mesin taip kaya ingatan cap matahari, mungkin kalau ditanya tuanpenasihatsaranglabah, mesin taip tuan director boleh dicari kembali. kalau tak berapa ingat diingatan mungkin syarikat durian runtuh yang sedang membangunkan ulu selama boleh diminta mengorek beberapa tempat di ulu jajahan selama untuk mencari artifak sejarahnya.

usaha pang5perangbesiburuk perlu la disanjung, bukan senang perusahaan ini hendak dimajukan, almaklumlah semuanya buruk-buruk belaka. banyak sangat kerja yang perlu dilakukan untuk mengilatkan besi-besi tersebut, disamping mengekalkan keasliannya. mungkin juga beberapa ekor kuda tunggangan orang besar juga boleh dimasukkan ke istana besiburuk untuk menjadi tatapan warga jajahan selama.

dalam kealpaan dan keasyikan mengumpul besi buruk tiba-tiba datang titah tok empat tiangserisungaibayu untuk menunjuk-nunjukkan kepada sekalian alam koleksi besi buruk yang ada di jajahan selama. pang5perangbesiburuk dengan segenap hulubalangnya bekerja siang dan malam menyempurnakan titah perintah tok empat. pantang orang melayu, titah tok empat disembah derhaka. maka pada hari tunjuk menunjuk dijalankan, bangga lah tok empat dengan koleksi besi buruknya, ramai orangbesar memuji-muji acara tunjuk menunjuk tersebut. tok empat menganugerahkan warkah pujian-pujian kepada pang5perangbesiburuk dan para hulubalang atas jasa mereka itu.

hukum karma datang lagi, langit mendung kilat sabung menyabung, bumi jajahan selama seolah tahu ada musibah akan melanda . pang5besaradamasyuk membawa khabaran duka, perusahaan besiburuk membuat onar katanya..rupa-rupanya dalam keasyikkan untuk menyempurnakan titah perintah tok empat, hukum kira mengira telah dilanggar oleh pang5perangbesiburuk. luluh dan hancur hati askar-askar perusahaan besiburuk, pang5perang mereka terhukum atas jasa yang diperlakukan....sambil terpaku dan bergenang air di mata mereka berbisik 'sampai hati tok empat berbuat begini'.

tuan director hanya ketawa dengan tindakan tok empat, bagus menjadi tegas, cuma tak kena dengan gayanya....kalau pang5besaradamasyuk ada berani cuba la tanya tiangserisungaibayu adakah jubahpersalinan tok empat tidak melanggar hukum kira mengira jajahan selama..hahahahaaha

No comments:

Post a Comment