June 08, 2020

Menteri AGIH Lesen 5G Kemudian U - Turn : Contoh Dasar Ekonomi Meraba Dalam Gelap Yang Memiskinkan Manusia


Beberapa hari yang sudah Menteri Talipon umumkan dia sudah putuskan PENGAGIHAN LIMA LESEN talipon 5G.






Menteri itu tidak menjelaskan bagaimana dan apa pula kriteria yang dia gunakan untuk MEMILIH LIMA pemenang besar lesen 5G itu. 

Apakah rahsia untuk putuskan pemenang AGIH-MENGAGIH lesen 5G itu. 

Apakah hidung kena mancung, gigi bukan kompang, mata tak sepet dsbnya.

Kita tidak tahu menahu. 

Aneh bin Pelik beberapa hari kemudian Menteri Talipon itu membuat satu lagi pengumuman bahawa dia telah mengambil SATU LAGI KEPUTUSAN untuk menarik balik PENGAGIHAN LIMA LESEN 5G ITU.






Maka teringatlah saya kepada pepatah orang putih, "the Lord giveth and the Lord taketh away" yang maksudnya 'Tuhan yang memberi berkat dan Tuhan yang melenyapkan berkatNya.'

Tuan-tuan juga boleh klik berita berikut (daripada The Edge) yang membawa video berkenaan isu lesen 5G ini :    this link to The Edge TV giving a brief about this matter.

Saya ingin merujuk sahaja isu PENGAGIHAN lesen 5G ini untuk menjelaskan sedikit berkenaan Dasar Ekonomi AGIH-MENGAGIH.

Dan saya ingin merujuk dasar ekonomi penjajah di seluruh dunia yang mungkin telah pelopori Dasar Ekonomi AGIH-MENGAGIH itu.

Contoh No. 1 -  Pada saat India mencapai kemerdekaan pada 15hb Ogos 1947 (Oops sorry)  ramai juga penjajah kulit putih British yang menangis tersedu tanpa henti. 

Bukan sebab mereka merasa gembira bagi penduduk India yang merdeka tetapi mereka panik dan risau akan terpaksa balik ke negeri mereka ia itu United Kingdom dan kembali hidup dengan mencuci tandas sendiri, mengangkat beg sendiri dan memasak di dapur sendiri.

Sebab sewaktu mereka menjajah India, bangsa kulit putih yang paling rendah kedudukannya pun hidup dalam keadaan super mewah di India. 

Setiap rumah kulit putih di India akan mempunyai 'houseboy' dan 'housemaid' yang asing untuk memasak, memotong rumput, membasuh kain dan jadi drebar kereta (sebelumnya kereta kuda).  

Orang India pula miskin papa kedana dan hidup  tertindas. 

Penindasan dan kezaliman seperti ini hanya boleh berlaku apabila kaum penjajah menyekat peluang hidup rakyat marhaen di India. 

Mereka perlu memiskinkan rakyat majoriti untuk menampung kehidupan super mewah kaum minority (penjajah). 

Caranya mudah sahaja  untuk menindas manusia seperti ini - cut off their economic opportunities. 

Maksudnya dasar ekonomi penjajah menyekat, meng-kuotakan, me-lesenkan peluang ekonomi bagi rakyat biasa. 

Dasar ekonomi penjajah menggunakan pendekatan AGIH harta ekonomi. 

Dalam Bahasa Inggeris AGIH maksudnya 'Wealth Distribution'.

Pengaliran harta kekayaan sesebuah negara bukan ditentukan secara bebas oleh pasaran (supply, demand, kehendak pengguna dsbnya)  atau daya usaha orang.

Sebaliknya segala sumber kekayaan dilesenkan, dipermitkan, dikawal dan dikontrol. 
Itulah caranya untuk AGIH harta sesebuah negara (Wealth Distribution).

Dan siapa pula mendapat untung besar daripada system AGIH harta ini ?  
Tentu sekali golongan elit dan kumpulan kecil yang memegang kuasa.  
Dan kroni orang kaya yang sokong-menyokong dan sandang-menyandang sesama mereka.

Contoh No.2 - Apabila Empayar British di India menghadapi serangan Jepun (sewaktu Perang Dunia 2 bila tentera Jepun menawan Burma) maka priority penjajah British di India adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka dulu. 

Mereka telah merampas hasil pertanian di daerah Bengal (bersempadan dengan Burma) untuk di AGIHKAN (DISTRIBUTED) kepada puak-puak mereka dulu.  Keperluan makanan 60 juta penduduk Bengal di abaikan begitu saja.

Akibat daripada policy AGIH yang extreme ini maka terjadilah Bengal Famine of 1943 (Peristiwa Kebuluran Besar Bengal 1943) yang telah korbankan EMPAT juta rakyat India.  




  • Bengal famine of 1943,   Total deaths -  2.1 to 3 million in Bengal alone -   The Bengal famine of 1943 was a famine in the Bengal province of British India during World War II. 
  • The Bengal Chamber of Commerce (composed mainly of British-owned firms), with the approval of the Government, devised a Foodstuffs Scheme to provide preferential distribution of goods and services to workers in high-priority roles such as armed forces, war industries, civil servants and other "priority classes".
  • These factors were compounded by restricted access to grain: domestic sources were constrained by emergency inter-provincial trade barriers, while access to international imports was largely denied by Churchill's War Cabinet."

    Dasar AGIH atau WEALTH DISTRIBUTION ini bukan saja telah membawa maut kepada berjutaan manusia di Bengal pada tahun 1943 (contohnya) tetapi ia adalah satu dasar ekonomi songsang yang merosakkan keupayaan menjana ekonomi seterusnya (wealth distribution is a destroyer of economic capacity). 

    Apabila hasil produktiviti mereka dirampas, atau mereka dihalang daripada menjana hasil produktiviti yang maksimum maka usahawan tempatan, petani dan peladang tempatan tidak boleh lagi mengeluarkan produktiviti yang maksimum mengikut kebolehan mereka. 

    Maksudnya mereka akan miskin. Daya pengeluaran mereka akan makin tipis. Secara perlahan peluang pekerjaan bagi anak mereka pun akan tipis.  

    Ini adalah kerana allocation of economic resources ataupun penggunaan sumber ekonomi (bahan mentah, tanah, hutan, laut, dsbnya) tidak ditentukan mengikut kehendak pasaran, mengikut permintaan pengguna atau mengikut kebolehan usahawan tempatan. 

    Sebaliknya ianya di AGIH oleh dasar ekonomi penjajah, Menteri, pemerintah, puak politik dsbnya.

    Contoh No. 3 - Satu lagu contoh AGIH-MENGAGIH ini adalah di Malaya pada zaman British juga. 

    Cuba bayangkan satu keadaan di mana seorang lagi Menteri atau pemerintah atau penjajah yang akan putuskan jika bandar Tanjong Malim (contohnya) boleh mempunyai showroom menjual kereta baru. Maksudnya bukan usahawan tempatan atau permintaan pasaran tempatan yang putuskan untuk memulakan perniagaan menjual kereta baru tetapi sebaliknya mereka memerlukan keputusan daripada Menteri atau pemerintah atau penjajah.

    Tetapi ini yang telah berlaku pada zaman British.  Pada zaman penjajah British usahawan tempatan (tak kira Cina, Melayu atau India) tidak dibenarkan menjual kenderaan baru teutamanya traktor dan bulldozer (heavy equipment) yang digunakan dalam sektor pembinaan (construction).  

    Hanya syarikat kepunyaan bangsa kulit putih dibenarkan mengimpot dan menjual tractor dan heavy equipment yang baru di Malaya.  Sesiapa usahawan tempatan yang berminat dan yang mempunyai kebolehan menceburi sektor ini hanya diberi lesen menjual tractor dan bulldozer 2nd hand atau Menjual Tractor Terpakai. 

    Jadi dengan cara AGIH lesen ini bangsa penjajah kulit putih dijaga keuntungannya dan statusnya.  Usahawan tempatan pula boleh duduk di tangga kelas dua dan tiga. 

    Jika penjajah membuka peluang ekonomi kepada semua orang tanpa melihat warna kulit, bangsa dan agama maka semua orang yang berminat dan berkebolehan boleh menceburi sektor tractor, bulldozer, membuka showroom kereta baru dsbnya. Sudah tentu keseluruhan negeri Malaya sudah boleh maju dengan lebih pesat lagi. 

    Tetapi bagi penjajah pula ancaman bagi mereka ialah mereka akan terpaksa menghadapi persaingan daripada lebih ramai lagi ahli perniagaan dan usahawan tempatan. 

    Jadi untuk menjaga periuk nasi mereka sendiri maka penjajah kulit putih korbankan pembangunan dan kemajuan ekonomi rakyat marhaen yang lebih pesat so that hanya bilangan kecil daripada mereka boleh kekal kaya dan bilangan majoriti akan kekal miskin. 

    Maka hanya dengan cara itu sahaja seorang pegawai penjajah kulit putih di Malaya, di India dsbnya yang bertaraf rendah pun boleh 'menggaji'  tukang masak, tukang kebun, pencuci kain,  drebar kereta dan penjaga anak daripada kalangan orang tempatan.

    Dasar ekonomi AGIH-MENGAGIH (WEALTH DISTRIBUTION) itu adalah dasar ekonomi penjajah yang memiskinkan  bilangan majoriti so that mereka boleh menampong kekayaan dan kemewahan bilangan minoriti kecil orang kaya, orang ternama, orang politik, KAUM ELIT, pemerintah dsbnya.  

    Jadi in the long run atau pada jangka panjangnya dasar ekonomi AGIH-MENGAGIH KEKAYAAN NEGARA (Wealth Distribution) hanya memiskinkan rakyat majoriti untuk menampong kekayaan kaum elit minoriti.

    Maka sebab itulah kita melihat selepas 50 tahun bahawa DEB (Dasar Ekonomi Bebal)  sudah hancurkan atau merosakkan kuasa  daya-menjana  ekonomi negara kita.  Ekonomi negara kita seolah lumpuh dan tiada sektor ekonomi baru yang muncul.  DEB itu Bebal sebab DEB tidak tertulis dalam sebarang buku teks ekonomi atau tersebut dalam sebarang teori ekonomi. DEB hanya dasar politik untuk kekalkan kuasa politik parti politik dan puak-puak yang tertentu. 

    Contohnya No. 4 - Di negara lain seperti Singapura penggunaan AI dan robot menjana industri telur ayam yang baru yang sebelum ini sudah hilang dari Singapura. Penggunaan AI dan robotik membantu menggurangkan kos pengeluaran telur ayam yang sebelum ini diimpot dari Malaysia, Indonesia dan negara lain.  Industri tahun 1960an boleh hidup balik di Singapura.

    Tetapi di Malaysia makin ramai anak muda terpaksa menganggur (terutama sekali mereka yang berijazah dan berdiploma) sebab tiada peluang ekonomi baru secara besar-besaran di Malaysia.  

    Kalau hendak jadi usahawan tomyam atau burger pun makin susah sebab lot-lot niaga di tepi longkang dan tepi parit pun sudah direbut usahawan yang datang awal pagi. Penjual burger pun makin susah.

    Kita perlu haramkan atau membasmikan sistem ekonomi AGIH-MENGAGIH atau Wealth Distribution yang menidakkan peranan keramat open market atau pasaran terbuka untuk menentukan perkembangan ekonomi negara. 

    Ini tidak bermaksud bahawa kita perlu  memberhentikan dasar membantu golongan yang masih tertinggal dan terkebelakang seperti orang Melayu, bumiputera dan orang miskin yang lain.  Jauh sekali. Usaha untuk membantu orang Melayu dan bumiputera dan juga golongan miskin tanpa mengira kaum mesti ditambahkan dan tingkatkan lagi tetapi tanpa menggangu perjalanan ekonomi bebas atau open market.

    Apabila kita cuba campur tangan dalam perjalanan pasaran bebas, atau apabila kita menghadkan peluang ekonomi sesiapa pun (tak kira bangsa, agama atau bahasa) atau kita mewujudkan Dasar Ekonomi entah apa dari kitab kuning entah mana - maka percayalah kita akan menjadi miskin. Anak-anak kita akan hilang peluang hidup.


    Inilah yangbsedang berlaku dalam negara kita Malaysia sekarang ini - setelah 50 tahun mengikuti dasar ekonomi entah apa. Dasar ekonomi AGIH-MENGAGIH. Yang akan jadi kaya hanya segelintir. Yang akan jadi tukang potong rumput, pencuci kereta, pencuci rumah, tukang masak dsbnya akan menjadi lagi ramai. Tidak beza samada penjajah British atau kaum elit jadian tempatan.

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2020/06/menteri-agih-lesen-5g-kemudian-u-turn.html?m=1