September 11, 2019

PROFESOR KANGKUNG

Slm 2 all,

ketika berusia 10 tahun ... minat bercucuk tanam timbul hasil didikan guru-guru saya di sekolah rendah jenis kebangsaan cina Sin Teong Mahang... guru-guru telah mendedahkan kepada saya betapa pentingnya bercucuk tanam dan hasilnya boleh sekurangnya menyediakan satu hidangan sayuran kepada satu keluarga ... tanaman yang paling popular ketika itu ialah kacang bendi dan keledek... sayuran berdaun seperti sawi, bayam sukar kerana cuaca yang tidak menentu... namun kangkung sangat mudah ditanam hatta kalau dibuang pun tumbuh...

ketika berusia 11 tahun saya ikut memugar tanah orang kampung dengan 3 jenis sayuran... timun huma kerana saya suka melihat saiz dan kulitnya yang menguning, kacang bendi yang boleh dikutip hasilnya tiap hari dan cili kampung yang berbuah lebat dan sangat pedas. walaupun usaha ini kecil-kecilan namun kerana datang atas usaha sendiri saya sangat berpuashati...

di Universiti Awam... istilah kangkung merujuk kepada Profesor.. pertama kali berligar tahun 2010 apabila kenaikkan pangkat ketika itu didakwa melibatkan kecenderungan politik ahli akademik terhadap pemerintah... walaupun tiada bukti saintifik dikemukakan tetapi ramai sekali mereka yang cenderung kepada pemerintah diberi kenaikkan mudah sementara ahli akademik yang tidak berparti dikerah memenuhi pelbagai kriteria yang ketat... sementara ahli akademik yang disyaki cenderungi kepada pembangkang atau hanya tohmahan menerima layanan saringan kenaikkan yang lebih ketat.

lebih memburukan keadaan apabila parti pemerintah dibenarkan menubuhkan kelab2 parti pemerintah di UA sementara pembangkang dihalang dengan pelbagai cara. ahli akademik melihat sinario ini sebagai peluang mendaki kerjaya melalui naungan politik. maka berderulah ahli-ahli akademik muda yang ada PHD belajar melalui senior akademik untuk naik pangkat melalui kaedah ini... ketika inilah... bermulanya istilah kangkung atau profesor buah kana diperkatakan oleh mulanya masyarakat akademik dan kemudiannya orang awam...

berebutlah orang atasan di UA menubuhkan kelab2 parti politik dan menyediakan ruang dan peluang untuk diri mereka memcipta kenaikkan pangkat secara palsu atau lobi politik.. semakin hari semakin membesar sehingga kementerian juga akhirnya memasuki permainan ini apabila semua jawatan untuk ahli akademik wajib melalui tapisan kecenderungan dan keaktifan membantu politik pemerintah. sikap  ini membunuh sifat untuk meningkatkan ilmu kalangan ahli akademik sedikit demi sedikit dan akhirnya membina satu budaya baru iaitu kalau nak naik mesti ada penaung politik...

walaupun PH telah pun memerintah selama 2 tahun... budaya ini hidup subur dan masih aktif diamalkan oleh saki baki kumpulan politik ini di UA... kesempatan kerana tiadanya pengalaman menteri PH dan penasihat mereka untuk memahami gerakan dan link politik ini, menyebabkan dalam tempoh 2 tahun ini ... masih ramai yang berjaya naik pangkat mengunakan link politik... mereka sememangnya  tidak layak tetapi dibantu oleh rakan pengurusan tertinggi UA dan LPU yang masih kuat memegang solidariti politik.