October 28, 2009

BELANJA HANGUS

amat menarik kenduri kahwin dulu-dulu, penduduk kampung semua sangat sepakat untuk menjayakan majlis. 2 minggu sebelum majlis penduduk bergotong-royong membina balai untuk tetamu, untuk memasak dan juga menyediakan kayu api untuk memasak. selepas penat bekerja lazimnya tuan rumah menyediakan minum petang iaitu roti mayat ( biskut ) dan bubur kacang, itu menu yang boleh diteka, cuma pada saya ketika itu makanan ini sangat lumayan.

sehari sebelum majlis penduduk sibuk pula dengan xtvt memasak, lazimnya lembu, kerbau, ayam itik disembelih sehari awal. saya antara yang paling sibuk membantu, lapah lembu, cuci ayam merupakan xtvt yang saya sangat teruja untuk buat. watak paklanghelil, paklangchup, paklangjaba, pakngahlazim, husin janggut, pakjanglembik, tokketuaya, paklangdali antara mereka yang relevan dalam xtvt penduduk, sudah tentu ada yang sudah arwah. moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.

paling meriah bila bermula majlis kahwin, pagi dah tentu dengan marhaban, doa selamat dan tahlil. pukul 11 selalunya sudah boleh mula makan. kaum ibu lebih sibuk dalam rumah berbicara tentang hantaran dan belanja. saya ketika itu sering tertanya apa maksud serba satu, 7 atau sembilan dulang dan belanja hangus. hahahaha hanya faham bila saya berkahwin pada 29.5.1999

beberapa hari lalu timbul cakap-cakap orang tentang belanja hangus di jajahan selama. askar biasa mula berbicara tentangnya, pang5perang pula berhujah tentang kewajarannya, orangbesar pula lebih suka berbisik sesama mereka dan kemudian akan ketawa atau tersenyum sinis. rahsia umum menjalar umpama arus, sekejap cuma untuk sampai kepada tuan director....sapa pulak nak kahwin nie, saya menyoal diri.

cerita pertama tentang 60,000 yang dihabiskan oleh tuanpenasihatsilatulrahim untuk meraikan kejayaan tok empat dalam suratulkhabaran wal utusan mencuri perhatian saya. banyak sungguh duit jajahan selama untuk menjaja kejayaan tok empat, saya yakin kalau tok empat tak menang, pemenang lain hanya layak ditampal mukanya di simpang jalan saja.

cerita kedua tentang 800,000 yang lesap dari jualan kambing. ini kita kena la tanya tuanpenasihatadamasyuk macam mana boleh berlaku. dengar citer ribuan yang lesap nie dari simpanan lama, kambing-kambing pun dah lama jadi pang5perang. heran bin ajaib bila mengenangkan macam mana tiangserisungaibayu tak perasan akan kehilangan yang sangat besar nie, jangan lupa tau, duit nie duit jajahan

cerita ketiga bila 1,000,000 lebih yang lesap di istana dagang, mana pergi duit sebanyak itu, sapa tuanpenasihatuntungrugi yang perlu dihadapkan ke persidangan timbangtara, takkan kita nak diam je, duit tu banyak, berapa banyak kita guna untuk keseronokkan dan berapa pula untuk kerja-kerja yang sebenar.

cerita keempat ialah tentang kehilangan 0.05 dari mesin fotokopi. ini yang paling hangat dibincang oleh pang5perangkeranatuhan, semua pang5perangnya dan askar biasa telah dikerahkan untuk menyiasat. setakat hari ini kehilangan ini lah yang paling sensasi

walaupun jumlahnya sangat kecil, cerita keempat sangat menarik perhatian untuk disiasat. ini kerana kehilangan lain melibatkan orang besar jajahan, kehilangan keempat melibatkan golongan pemegang tombak je, pang5perangkeranatuhan nampaknya mengamalkan konsep mudah. kuman diseberang lautan kelihatan, gajah dihadapan mata....

No comments:

Post a Comment