October 12, 2009

MQA DIUMPAMAKAN TUHAN

  1. waktu saya mengambil peperiksaan penilaian darjah lima, emak dan bapa saya berkata mereka berdoa dan membaca surah Yassin agar saya berjaya, amalan itu sebenarnya adalah amalan sepanjang hidup mereka, membaca Yassin malam jumaat dan berdoakan kejayaan anak selepas sembahyang, tiada yang luar biasa yang mereka buat, hanya doa khusus dipanjatkan untuk kejayaan anak mereka
  2. bila saya mengambil peperiksaan sijil rendah pelajaran, perkara yang sama berulang, cuma kejutan kali ini sekolah membuat solat hajat, terkejut kerana solat jemaah bukan pun amalan warga sekolah saya, tiba-tiba sahaja mereka menjadikannya satu cara untuk pelajar berjaya, senang sungguh usaha mereka untuk berjaya
  3. beberapa minggu ini dengar khabar MQA nak datang untuk audit, semua orang sibuk tiba-tiba, masa ini fail meja kena cari, sasaran kerja nak ditulis, objektif kualiti dengan piagam pelanggan bergaduh, statistik juga kena sedia, projek yang dulu tak diperdulikan minta disiapkan failnya, ketua jabatan yang tak pernah buat mesyuarat jabatan tiba-tiba mengigau minta minit mesyuarat.
  4. budaya kerja macam ini mana layak untuk mendapat penarafan. sepatutnya semua yang nak diaudit tu dah jadi amalan, kualiti ialah apa yang kita pratiskan. kadang-kadang nak tergelak pun ada, kejadian macam ini bukan luar biasa, bila audit ISO MS9001:2008 nak mula pun inilah yang berlaku. ini dah jadi macam gempa bumi di sumatera, bila berlaku semua kelam kabut, lepas tu berlagak biasa balik, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
  5. tadi terbaca komen VC USM tentang penarafan, sedar dan insaf bertapa kerdilnya beberapa universiti awam di Malaysia
  6. paling menarik bila ada kenyataan bahawa audit MQA ini penentu hidup dan mati universiti, maka diberilah beberapa tip untuk semua orang bersedia untuk menjawap soalan, beberapa nama juruaudit yang dilarang daripada didekati juga disebut, seolah-olah MQA tuhan baru dalam pengurusan universiti
  7. Akhir sekali pendekatan sekolah menengah dulu juga kembali diamalkan, solat hajat dipanjatkan ke hadrat Ilahi, cuma surau kita akan kembali kosong seperti hari-hari biasa, jarang sangat orang besar berlapan menjengah untuk mengimarakkannya

2 comments: