October 15, 2009

TIPS UNTUK BERJAYA

semasa kecil, bila belajar mengaji, ustaz selalu ingatkan tentang rukun iman, rukun islam dan rukun-rukun yang lain, ingatan terhadap ustaz cukup berbekas. Haji Ahmad dan isteri ( tok meriam ) sangat dedikasi terutama tok meriam yang kalau mengajar dan marah, suaranya umpama meriam. kalau musim kemarau, tok guru minta bawa air dari rumah untuk diisi dalam tempayan, buat guna ambil wuduk anak muridnya, kalau rajin lagi bawa kayu api, untuk tok guru guna memasak.

semua nilai baik diajar oleh guru saya sama ada di masjid atau di sekolah rendah, menengah dan universiti, saya doakan mereka yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak diberi keampunan oleh Yang Maha Kuasa dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

saya banyak merantau dalam pekerjaan, dari jajahan ke jajahan saya berkhidmat, ketua saya pun pelbagai, dari penguasa negeri hingga lah sekarang di bawah Tiangserisungaibayu, Tok Empat Selama.

Bila kita dah lama bekerja tentu kita melihat ramai yang berjaya, apakah rahsia kejayan mereka, tentu kejayaan mereka kerana mempunyai nilai-nilai baik dalam pekerjaan. Namun di jajahan Selama ada ramai juga yang berjaya kerana mengamalkan enam nilai utama berikut

berintegrasi-nilai ini merujuk kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan bos tempat kita berkhidmat. pasak utama nilai ini ialah lebih kepada sifat sesumpah iaitu berlakon, berpura-pura, berbohong dan bodek. ingat kembali lagu P Ramlee dalam filem Madu Tiga yang berbunyi musti pandai pembohong, musti temberang.

Emosional : nilai ini lebih kepada perlakuan kita dalam melaksanakan kerja, kalau ada kesilapan kakitangan bawahan, pelanggan mengadu dan kesilapan diri kita laksanakan 4 pasak utama iaitu marah, jerit, ungkit kesilapan lalu, dan berleter. ingat tak watak dalam filem ibu mertuaku

semangat asabiyah : nilai ini untuk menguatkan kerja berpasukan, orang lain semua tak bagus, yang bagus diri kita dan kumpulan kita sahaja. pasak utama nilai ini ialah bangga diri, matlamat menghalalkan cara, penting kumpulan, kita saja yang betul

berorientasikan diri : semua yang kita lakukan mestilah untuk kepentingan diri, ini yang paling utama, jangan sesekali memikirkan orang lain. pasak utama ialah tamak haloba, hak orang hak kita, rampas apa saja yang boleh, dan jangan ada belas kasihan

prihatin kelangsungan diri : nilai ini agar kita terus wujud dalam pekerjaan, jangan beralah dengan apa jual halangan, Pasak utama sombong, bongkak, bercakap besar, bikin panas

Asid dan Radioaktif : nilai ini ialah amalan memusnahkan apa jual projek orang lain bila kita nampak ada kemungkinan berjaya. Pasak utama hasad dengki, khianat, sabotaj dan adu domba


sukarnya hendak menulis nilai-nilai ini apabila kita sudah sebati dengan amalan dan ajaran tok guru dan guru-guru kita yang baik , cuma untuk renungan ' bila kebenaran baru belajar berjalan, kejahatan sudah berlari seribu tahun dihadapan'

No comments:

Post a Comment