October 25, 2009

BERAPA KALI HANG NADIM HARUS DIBUNUH

kenangan belajar di tingakatan enam menerjah benak fikiran. saya merupakan pelajar sekolah menengah sultan badlishah kulim. ramai kawan saya di sekolah ini merupakan anak-anak penoreh getah atau kerja kampung berasal dari pelbagai kampung sekitar kulim, ada yang datang sejauh labu besar dan baling.

saya tinggal menyewa di kampung padang kulim bersama 4 lagi rakan, zul dari kg lobak, aziz dari pekan mahang, sayuti pekerja kilang, dan seorang residen iaitu muin, yang selalu lepak bersama. sebelah rumah ialah tuan tanah yang tinggal bersama-sama anak-anaknya, salah seorang anak perempuannya merupakan bahan cerita kami kerana cantik dan berkulit mulus.

belajar di tingkatan 6 merupakan saat pembelajaran yang mendewasakan saya, guru sejarah digelar mat besi, guru geografi pulak mengentar jiwa remaja, guru sateranya awang sulung, sementara pengajian am dikendalikan oleh profesor. semua merupakan guru yang saya ingati sebagai mentor yang hebat. bila memasuki enam atas guru pengajian am diganti oleh Baskeran, sangat dedikasi terhadap tugas.

Sudah tentu bacaan wajibnya buku keluarga gerila karya Pramoedya Ananda Toer, dan untuk sastera sudah tentu hikayat Hang Tuah menjadi santapan saban waktu. kedua-dua buku ini memberi kesan langsung kepada saya mengenai perjuangan dan berjuang untuk sesuatu yang benar. watak yang terkesan di hati sudah tentu hang nadim, seorang yang sangat inovasi dalam alam melayu seperti yang tergambar dalam penceritaan sastera.

Di alam jajahan selama, watak hang nadim hadir dalam jiwa hampir semua rakyatnya. tidak kira sama ada dia cuma askarbiasa atau panglimaperang, bahkan watak ini lebih menyerlah dalam jiwa golongan cendikiawan yang saban waktu disogok persalinan sekiranya memenangi hadiah dalam temasya mereka.

apabila Tiangserisungaibayu berkuasa kira-kira 20 purnama yang lalu, tok empat mengajak rakyatnya berubah, ditayang-tayang kegagalan tok empat yang lalu tentang perubahan, tiada yang baik sedikit pun tentang tok empat yang lepas, puluhan bahkan ratusan janji untuk mengubah jajahan selama menjadi antara jajahan yang masahor dilaung-laungkan. pang5perang bersama tuangpenasihat bertempik mengatakan inilah zaman yang kita nanti-nanti, cuma tempikan menjadi semakin suram, kini bisikan halus mula menjalar, tok empat dilihat gagal, bahkan sudahpun ada bisikan nakal mengatakan bahawa tiangserisungaibayu lebih layu dari tok empat sebelumnya.

kini warga jajahan termangu dan tertanya, hukum karma apakah ini, sumpahan siapakah ini, hingga kerusi tok empat tidak pernah bersinar. tilikan cendikiawan diaju, makrifat alim dipandu, tiada yang dapat diilhamkan kecuali satu, bila pekerjaan diserahkan kepada orang yang salah, tunggulah kehancuran yang mendatang. Rupa-rupanya ramai golongan hang nadim telah diketepikan.

dalam golongan tentera, bisikan jahat peng5perang kepada tuanpenasihatsiparangkontot menyebabkan golongan pejuang diketepikan secara sistematik, idea baru dirampas, projek baru diberikan kepada penderhaka bertopeng malaikat. pejuang dihantar ke hulu sungai, diberi tanah baru yang kering kontang, dipaksa berdiam diri dengan ugutan dan tindakan kejam penguasa jajahan.

dalam golongan cendikiawan, golongan pendita dan cendikiawan kanan sentiasa membuli dan merampas hak cendikiawan muda. kajian cendikiawan muda diplagiat berterusan dengan cara jijik dan kotor, nama mereka dijulang dalam makalah,diri mereka diangkat dalam temasya hasil jerit cendikiawan muda. lebih kelakar kajian kambing-kambing juga mahu diambil secara palsu oleh golongan ini.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud ' Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan'.

kepada semua tuanpenasihat dan pang5perang jajahan selama, tanyalah diri kita, berapa ramai hang nadim ingin kita bunuh, berapa kali pembunuhan hang nadim pula ingin kita ulangi, agar kita kekal dipesada kuasa.

1 comment:

  1. peh... hang nadim

    hang nadim yang doulu2, bila berjasa pada negara x demand macam2..

    tapi hang nadim skang nie, baru buat kerja skit dan mintak macam2..

    mintak nombor je.. aaaa tapi awas. bukan nombor toto tu..

    tapi nombor nie nombor ajaib. mula dengan no 4pulahan.. tapi akan abih sampai no. 5puluhan.. istimewa betul no nie dihati hang nadim2 zaman skang!

    p/s: tak nak la hang ni nomber kecik skit, cam no 1 ker, no 4 ker...

    ReplyDelete