September 21, 2016

Pakcik 6 Bulan # season 2 episode 14

salam 2 all

tuan director agak kelakar membaca kisah yang dikhabarkan beberapa hari yang lalu... rupanya dalam sibuk2 merayakan mandi minyak kambing-kambing... banyak rahsia dikongsi... cuma yang paling menarik kisah pakcik yang sejak dua menjak nie suka berkunjung ke kaunter perkhidmatan....

Pakcik Zack nie memang hensem... tinggi dan berkumis... kalau pompuan tengok sure minat melampau... kerja Pakcik Zack ini memandu.... pada  31 Julai pakcik Zack dapati lesen memandunya mati.... hissss tak boleh jadi nie... kerja aku memandu... kalau lesen memandu dah tamat tempoh macam mana nak bawa bos nanti... gerutu dirinya...

Esoknya 1hb Ogos pakcik Zack pun terpacul kat pejabat jpj... target nak hidupkan lesen memandunya.... sampai kat kaunter sambil senyum2 kat kerani... pakcik Zack hulur rm20 kat kerani sambil bagitau nak hidupkan lesen 6 bulan.... kerani jpj pun bagitau la .... pakcik.... rm20 untuk lesen setahun.... pakcik zack pun bagitau dia takmo hidup lesen setahun kerana pada 31 hb Januari 2017 dia dah nak pencen... so tak perlu dah lesen memandu sampai setahun... bermatian pakcik Zack nak juga lesen 6 bulan walaupun dia layak dapat lesen untuk setahun dengan rm20.... huhuhuhuhuhu... kelakar la pakcik Zack nie... hensem... tapi bodo...

pakcik zack dok pikiaq... nak buat pa lesen memandu lepas januari 2017... satgie bini dok suruh bawa dia pie pasar je... so pakcik zack pun pikiaq... lepas Januari 2017 aku ingat nak buang dalam sungai la lesen nie.... jpj nie dok buat leceh bagi sampai setahun nak buat apa

Pakdie semangat sungguh.... Pakdris kata nak bawa pakdie pie thailand... tengok rongeng... pakdie kena sedia pasport je... lain2 jabatan tanggung pasal pakdie nak pencen dah 28 feb nanti... pakdris bagitau ada pembekal akan tanggung makan minum kerana jasa pakdie bagi kontrak buat hotel kat depa... pakdris kata dia dah buat kertas kerja lawatan ke thailand dan telah diluluskan.... ho23

Esoknya pakdie pun terconggok kat pejabat Imegresen... semangat sungguh dengan kereta merah sportnya... pakdie walaupun boroi... mulut manis... semua suka kat dia bila bercakap... tapi bila nyanyi memang hampeh... kawan pakdie dah ingatkan bawa rm200 untuk buat pasport... pakdie pun isi borang ... bagi rm200... bila siap je pakdie mengamuk.... buat pa sampai 5 tahun pasport nie... saya nak pencen dah lagi 6 bulan...nak perli saya ka.... pegawai imegresen pun terpaksa la pujuk pakdie... bagitau lani pasport memang 5 tahun... bukan nak perli pun....

Pakdie keluar dari pejabat imegresen dengan bebelan yang tak habis-habis... geram betul... bagi 5 tahun nak buat apa... Febuari 2017 dah nak pencen... mana aku nak boleh guna dah pasport nie... selama nie aku pie luar negeri aku buat paper je... jabatan yang tanggung... makan minum pembekal hulur....... pakdie dok geram tengok pasport... terus niat dalam hati lepas feb 2017 aku akan bakaq pasport nie...

p/s....amoisiam dok mengamok dalam acara mandi minyak dengar cerita... marah kat dayang istana kerana tak sokong macai dia jadi gundik.... alolololo.... takkan pang5adamasyuk tak sokong... pang5tanggukikan pon boleh sokong kalau nak... awat dok pie mengamuk... malu kat orang arsssssssss.... lagi satu dengar cerita... tiangseri nak diberi watak 2 tahun lagi... tapi dia takmo nak 6 purnama saja untuk berlakon.... arsssssss sembang kuat nohhhhhhhh

adios amigos

August 31, 2016

Gotta catch 'em all # season 2 episode 13

salam 2 all,

Deman Pokemon rupanya menjangkiti warga Jajahan Selama rupanya.... sana-sini bergeraknya individu mencari dan menangkap watak animasi yang mengisi perolehan mata dan kedewaan tahap permaianan... dalam kegilaan permainan ini tuan director terkenan akan satu pemain Pokemon yang aktif bermain pabila Jajahan Sela ma menganjurkan acara.... Cendawan Pokemon nama diberi.... Cendawan Pokemon ini pemain ye nnnn bukan watak pokedek   ....

Dalam Sembang Agung oleh TiangseriSungaiSeputih kelibat Cendawan Pokemon sangat jelas... kesana kemari mencari cahaya matahari untuk meningkatkan kuasa racun Burbasaur..... ahhhhhhh Cendawan Pokemon akhirnya berjaya mengubah Burbasaurnya menjadi Ivysaur setelah berjaya mendekati 3Abdul1.... kuasanya meningkat setiap kali berjumpa watak2 utama jajahan selama..... semakin kuat la Cendawan Pokemon bermain kerana kini telah tumbuh benih2 bunga kat belakangnya .... hahahahahaha

Sembang Agung ini hanya wayang emosi TiangseriSungaiSeputih memohon ampun dan maaf.... kot2 bersalah sepanjang merajalelakan diirinya di jajahan selama... sebak suara hanya menimbulkan gelihati Tuan Director... takkan nak nangis kot.... menangis kerana tamat kontrak atau kerana kuda hitam pujaan hati gagal dimiliki.... hanya sedikit lagi masa... kalaulah boleh... tipu muslihat untuk memiliki kuda ini dapat dijalankan... aduhhhhhh mana mungkin aku gagal ..... getus hatinya

Teringat akan kisah kuda hitam Tiangseri... dibeli secara terburu-buru kononnya ingin berperang bagi jajahan selama...macam2 sebab dan alasan diberi... kuda lama telah lelah berlari... kuda lama telah tua ... kuda baru mengangkat harga diri jajahan... kuda baru pantas berlari memecut kuasa Jajahan.... sebenarnya lebih kepada ingin prestij nama jepun daripada nama melayu yang terpahat pada kepala dan punggungnya kuda hitam sebenarnya.... adoiiiii... ini pun ada warga jajahan boleh kena tipu...

ehhhhhhh terlupa pula kepada Cendawan Pokemon nampak sangat kuasanya akan meningkat kerana kehadiran hampir semua watak utama.... sekali lagi Cendawan Pokemon berjumpa watak utama... Pang5amoisiam.... siap bergambar... alahai... rupanya markah skit sangat   ada pada pang5amoisiam... ehhhhhh Dayang Diraja pun jadi la.... amik sekali lagi gambar.... huhhhhhhhh naik skit je....... saatnya akan tiba juga aku akan mencapai Venesaur.... tekad Cendawan Pokemon....

Akhirnya Cendawan Pokemon berjaya bergambar bersama dengan TiangseriSungaiSeputih.... fuhhhhhhhhhhh kuasanya memuncak...Ivysaur telah bertukar setahap lagi menjadi Venesaur... wahhhh kagum  tuan director... Cendawan Pokemon telah menumbuhkan bunga dibelakang dirinya... kuasanya kini penuh dengan emosi... semua watak utama jajahan simpati kepadanya... bersembunyi dengan watak sebenarnya yang jahat dan beracun... Cendawan Pokemon akhirnya berjaya mendekati TiangseriSungaiSeputih di Ajung Kuasa sambil berbisik.... hati2 dengan tuan director... khabarnya siri tv Jajahan Selama mendapat peruntukkan lagi.... ehhhhhh jahatnya Cendawan Pokemon main2 tikam belakang pulak.....

adios amigos






August 28, 2016

SEMBANG BILIK 712 # season 2 episode 12

salam 2 all,

hari ini anak perempuan tunggal saya memaklumkan untuk bercuti... semalam pun telah berbunga-bunga menyatakan bahawa dia sakit belakang dan bahu... sebagai bapa saya faham dan diam sahaja.. pagi tadi saya dapat nampak Uzma memakai pakaian biasa.. sahlah bahawa sakitnya masih berbaki setelah seharian mengikut saya berkereta ke kuala lumpur dan sebagainya.

10 tahun lepas... uzma yang berusia 50 hari dibawa menginap di hotel Concorde Shah Alam kerana saya diminta hadir bertugas... selama 3 hari 2 malam... uzma menangis berterusan sepanjang saya tinggal di situ... saya dan isteri habis ikhtiar untuk mendiamkan anak kecil ini... 2 sahaja saya syak... sejuk atau perutnya kembong... tingkat 7 bergema dengan tangisan uzma... setiap kali saya berjalan pulang ke bilik saya terdengar tangisannya... tiada yang terkecuali...

Hari ini anak ini telah menginjak usia 10 tahun... dalam usia sebegini tangisannya jarang sangat didengar kecuali akibat disakat abang2nya.. atau berebut sesuatu dengan Ahmad Izzfahim... petang ini sudah tentu dia bercuti sekolah petang dan adiknya mendapat pengecualian yang sama..

Tuan director dihubungi agak lewat untuk hadir bersembang... dalam kepala hanya berpusing2 ...kenapa nama diseru... Jajahan Selama membuat pemukiman yang terakhir bawah pimpinan TiangseriSungaiSeputih.... yang dijemput pula TiangseriSungaiBayu dan Ex3abdul1... terasa ada sesuatu yang bakal berlaku... soalan pertama ialah ada ramai Ex3abdul... kenapa hanya seorang sahaja dijemput... tentu kerana Ex3abdul1 ini istimewa sebagai penyokong no wahidnya...

TiangseriSungaiBayu pula kenapa sebabnya turut dijemput... adakah kerana sokongannya diperlukan untuk menyambung hayat sebagai Tiangseri yang tamatnya tempoh hari ini... Tuan Director terasa ada yang tak kena...... lebih curiga kerana selama era TiangseriSungaiSeputih.... TiangseriSungaiBayu dilayan umpama kain buruk sahaja.... cuma kekadang diangkat menjadi perca kain untuk menampung baju koyak Jajahan Selama...

Tuang director dikhabarkan bahawa pemukiman ini telah dibatalkan... TiangseriSungaiSeputih dan 3Abdul3 membantah kerana merasakan masanya tidak sesuai... namun kumpulan wawasan telah berkempen dengan Pang5besaradamasyuk bahawa pemukiman perlu untuk membuat perubahan sebelum TiangseriSungaiAirItam berkuasa... agenda ini dikuatkan lagi dengan Pang5besartanggukikan dan Dayang Diraja.... mungkinkah pemukiman ini diselit atau terselit agenda rahsia...

sesampai sahaja di balai jamuan... tuan director memilih sudut terasing... menunggu cendawan sisir yang mengajak bersembang... hahahhah... tepat sekali tekaan tuan director... perebutan sengit untuk menguasai kadang kambing Parent Stock sedang hangat berlangsung... tikaman dan rejaman lembing 3Abdul1 telah dihalakan kepada 3Abdul3... dilaporkan cedera parah 3abdul3... namun pukulan ngauman singa oleh 3Abdul3 juga hebat dan mencederakan lawannya... sehingga TiangseriSungaiSeputih terpaksa campurtangan.... menghentikan pertarungan...

Akhirnya undian sulit dijalankan tanpa kehadiran kedua2  3Abdul.... Ketua2 cendawan hadir menyuarakan undian mereka... 3Abdul1 dan 3Abdul2 tidak dijemput sebaliknya dilarang untuk hadir menyaksi debat siapa yang akan memiliki Kandang Kambing Parent Stock... Ex3Abdul1 kah yang punya cadangan....

Dalam kekecohan dan kesungguhan untuk membina Jajahan Selama yang baru.... dikhabarkan Sitangguk dan Siadamasyuk cuba menyelit agenda mereka... membawa masuk Skuad Welfare dalam gengaman mereka... apakah tujuan sebenar mereka... adakah kerana kontrak ladam kuda.. atau pelana... atau baju besi yang sebenarnya diidamkan... dengarnya beribu lemon juga nilainya... sambil menyelam nak minum air ye...

Tuan director juga dikhabarkan tertiba Sitangguk hilang selepas puas berkeroncong dengan pasangan semalam... sehingga Pang5perangganukita terpaksa menjawab kepada ketua2 cendawan... kemana menghilangnya Pang5besarsitanggukikan.... adakah ketika hilang dibawa bersamanya Pang5perangAmoisiam.... semakin panas nampaknya peperangan jajahan


P/s .... ada orang nak tutup... ada orang nak buka.... ada yang bantah.... ada yang sokong... semua hanya poyo.... TiangseriSungaiSeputih c u in court.... kah23

adios amigos



        

August 18, 2016

CENDAWAN MAK LAMPIR # season 2 episode 11

salam 2 all...

Pang5perangsisigelap termenung berfikir... sejak dua menjak nie banyak ilmu perangnya tidak menjadi... jampi serapahnya banyak disembur pada Pang5besarsentosa dilihat tidak mengena... pinang sireh dan kapur dah penuh dalam mulut dikunyah saban waktu .... naik lenguh mengunyah tapi semburan mantranya seolah sipi kepada sasaran...

mungkinkah sedikit emas dan perak perlu dihulur kepada bomoh diraja untuk mengemis kekuatan semburan mantra... sekarang dirasakan bahawa banyak kong kalikongnya diketahui... sapa yang membocor rahsia... adakah keahliannya dalam  HOUSES OF BODORIEN juga telah diketahui... atau adakah Pang5besarsitanggukikan mula menyedari sedikit kepandaiannya yang boleh mengugat masa depan Bodorien....


tak boleh jadi kalau berterusan begini... fikir Pang5perangsisigelap.... isyarat asap ditiup pelahan-lahan ke kamar Cendawan Mak Lampir... Mak Lampir yang hidup bersunyian terasa ada pria yang memanggil-manggil akan diri... asap halus ini cara paling ampuh berhubung dengan rakan subahat tanpa diketahui oleh orang lain.. ilmu Mak Lampir memang meletup sejak berkhawat di Gunung Kilauan Emas dan  Perak.... tapaan selama puluhan hari dengan hanya bersila dengan berbekalkan embun dan lumut ternyata berkesan...untuk mengelak diri diganggu... Mak lampir berupaya menjelma dalam pelbagai bentuk...

 Mak Lampir memang pandai berbual... 3Abdul1 pun hanyut dibuai mimpi bila berdamping Mak Lampir... bila bercakap Mak Lampir akan melentuk-lentuk tubuhnya seolah ular dipalu... serangan mantranya melalui bahasa muluk... embun dan lumut menyebabkan apa dikata seolah magik menguasai mangsanya... tangannya akan digunakan menunduk pria hanya jika perlu sahaja...



Istana yang diduduki kini pemberian pembesar jajahan... lengkap segalanya... penuh dengan hiasan emas permata... Pang5perangjambu dan dayang... dengan wajah kacak dan anggun memenuhi ruang dewan istananya... mana-mana pang5perang atau dayang yang selekeh akan dibuang serta merta....

Sesampai sahaja Pang5perangsisigelap ke Istana Mak Lampir...bau semerbak wangian terhidu... Mak Lampir terus membisikkan suruhannya.... pergi... pergi... pergi... pergi....segera sebelum dilihat orang... menyamarlah dengan menjadi kawan....makan dan minumlah air jampian ku ini... mantramu akan meningkat... auramu akan berkembang...  curi dan larikan 400,000 dirham dari kantung tuan director .....           
    

 p/s : tertiba dapat beberapa teks dari dari kawan-kawan dalam jajahan selama... perempuan cantik  dan lelaki lawa.... bertanyakan beberapa soalan cepumas.... siapa Pang5perangamoisiam.... betul ke siparangkontot selalu masuk jajahan.... jawapan tepat tanya je Macai Officer No 1 (MO1) .... dah bagitau hint tu... tanya palak sapa MO1... adoiiii....

Adios Amigos

August 15, 2016

HOUSES OF BODORIEN # season 2 episode 10

Salam 2 all

Gerakan menubuhkan sebuah kumpulan serpihan giat dijalankan.... pemuka... pengkhianat... mereka yang lemah berlindung dibawah panji Pang5besarsitanggukikan dengan janji-janji untuk kekayaan dan kuasa... mungkin bertahun dulu... wawasan sitangguk nampak kecil dan berbalam... kini kumpulan ini telah membesar dengan mentor utama Pang5besaradamasyuk...

kejayaan bukan mudah... pemilihan dibuat terhadap pang5tuadanmuda yang paling dititikberatkan mempunyai kelemahan dalam diri... konsep pemerintahan ketua jangan dipersoal rupanya telah membuakkan hasil lumayan... gerombolan bodorien kini hampir pasti menguasai bumi jajahan selama..

sedikit demi sedikit.. Pang5besarsitanggukikan menguasai pemerintahan jajahan selama.. pemergian mentor agung siparangkontot rupanya bukan penamatan... ilmu bodek tahap cipan yang diajar... muka manis yang dipraktikkan memperdaya hampir semua musuh ... siparangkontot yang muncul sekali sekala menuntut imbalan terus memotivasikan menteenya sitangguk....

terkini segala perang dan tawan jajahan dilakar oleh seorang wanita... penampilan suci... menjadi ibu segala kejahatan jajahan selama... mantra yang ditiup dengan litupnya rambut seolah suci menjerat hampir semua pria jajahan... Tiangserisungaiseputih juga tewas dipermaikan ayat2 sakti yang mengalir dari mulut Pang5besaradamasyuk....

kemunculan tangan kanan sitangguk pula menambah lagi kekuatan kumpulan ini ... Pang5perangamoisiam... mulutnya penuh dengan sensasi ketika bicara... menghembur hampir setiap maki yang ada dimuka bumi... wanita berwajah ular ini rupanya hanya berdiam diri selama ini... kini bisa semburannya telah meningkat hasil pertapaan dirinya dalam sepohon kekabu... barang siapa yang berani mendekati sitangguk... Pang5perangamoisiam akan menyembur bisa-bisanya untuk mempertahankan tuannya..

Jajahan selama kini dikuasai oleh segerombolan bodorien... ciri utama yang perlu ada pada setiap ahlinya hanya kebodohan... semakin tinggi kebodohan dihadapan sitangguk akan meningkatkan lagi pangkat Pang5perang tersebut... Pang5besarsitangguk sangat alergi terhadap kepandaian aggotanya kerana akan menunjukkan kebodohan dirinya....

Pemakaian pangkat kini dikuasai sepenuhnya oleh kelompok ini ... idealisme... kebijaksanaan... kretiviti... ilmu... inovasi... bukan lagi keutamaan.. kesetiaan melampau yang ditutntut... bagi mereka yang bertanya tempatnya di neraka... yang setia melulu syurga dunia hanya dihujung jari...




kepada warga jajahan selama... tuan derector mengucapkan selamat datang ke Houses Of Bodorien

May 18, 2016

kari ikan nyok2 # season 2 episode 9

salam 2 all,

hari ini pagi-pagi lagi telah menapak di Hospital Slim River.... ini adalah jadual biasa setiap enam bulan... pemeriksaan tahap kolestrol dalam badan... hahahahaha... sampai kurang lebih jam 815 pagi... letak kad temujanji tertulis dikad kul 930 pagi... jururawat semuanya bermuka manis.. belum ada yang terjumpa masam kelat mukanya... satu keseronokkan...

lewat jam 10 pagi nama diseru... nyaring tapi lembut... jururawat bertanyakan mana surat pengesahan pengesahan majikan... kali ntah yang keberapa saya ditanya... jawapan wajib... lupa bawa... buka dompet bagi rm5 kepada jururawat sebagai hukuman kelupaan....

duduk semula dengan no giliran ditangan 7024... dongak paparan elektronik... no 7001 tertera... jam 1015 pagi... terlelap hingga jam 1030... jam 11 pagi jururawat manis sekali lagi memanggil... timbang berat... turun 4kg... tahniah diucapkan oleh sang jururawat... tekanan darah normal katanya...

penat menunggu saya pusing-pusing sekitar hospital... menjejaki bilik bersalin uzma dan izzfahim... 10 tahun lepas dan 7 tahun lepas... keduanya lahir awal pagi ... Allah Maha Besar... anak ini membesar dengan baik diberi sang Pencipta... berjalan lagi... bilik arwah mak mendapat rawatan... bukan sehari tapi 3 tahun berulang... dari bersihkan luka hinggalah arwah belajar berjalan semula apabila tumit kaki arwah dibuang kerana kencing manis.... banyak jasa abang kakak adik dalam menjaga arwah... hahahaha saya hanya sedikit berbanding mereka...

hampir jam 1130... saya menjejaki satu sudut statistik.... hebatnya para jururawat dan doktor... tahun lepas mereka merawat hampir 27k manusia seperti saya... tahun 2014 pula dalam lingkungan 25k pesakit... kerja kuat mereka saya hanya mampu ucapkan terima kasih.... 1145... saya dapat rawatan... tiada rungutan lambat... hanya ucapan terima kasih... ramai sungguh rupanya yang menerima rawatan mereka... cekal.. tegas dan berlembut... terima kasih para jururawat dan doktor... jam 1230 tghr... wajah gadis cina yang cun menghadiahkan saya seberkas ubat... hohohohoho...

keluar saja dari hospital.... saya yang berkeroncong perut menuju kedai yang arwah mak lazim dibawa... gerai no 1,2,3,4... Gerai Che Siti... wowwwww kari ikan nyok menyentap mata... bahagian paling diminati kerana wujud 3 rasa berbeza.. bahagian sirip pektoral... ambil satu ketul... dengan pajeri terung dan sedikit ulam... order cendul mamak... makan bersungguh dan minta ditambah sepingan lagi nasi... sedap sungguh kari ikan nyok2...

tuan director mencelah-celah... lari-lari anak kerana hujan mencurah di bumi jajahan selama... dah berapa petang hujan diserta angin membadai rumah agam jajahan... sang penguasa gusar sedikit ... sejak 2,3 purnama... 3Abdul membuat banyak kejutan... 3abdul3 tertiba dalam ketipisan kontrak disambung bukan 3 purnama... tapi bertahun pula... 3Abdul1 sudah mula mencium sensara...

Tiangserisungaiseputih lebih tak senang duduk... bagaimana untuk menyokong 3abdul2 yang terpalit skandal lebuhraya runtuh... tiangseri sudah tentu teringat bagaimana 3abdul2 bersungguh menyokong dirinya dilantik sebagai tiangseri jajahan selama 2 tahun lepas... sekarang bertiup angin kononnya 3abdul2 telah mendapat warkah sambungan... nampaknya semakin galak warkah tak bertarikh terdendang....

tiangserisungaiseputih takkan tak boleh berfikir... 3abdul2 mana ada projek... semua wayang saja.. takkan kerana sokongan kau garu belakang aku ... aku garu belakang kau nak diamalkan... dah bertahun 3abdul2 tak berlakon cemerlang... suam2 milo saja yang ditunjukkan... lebih banyak membuat onar dari jasa... takkan nak sokong lagi...

tiangseri yang akan tamat kotrak lakonan sebetulnya perlu buat keputusan yang tepat... jangan la menipu... prestasi 3Abdul2 dalam menjaga kambing langsung tak memberangsangkan... reban pun banyak yang runtuh...  umpama ikan... yang busuk dan membusung bermula dikepalanya... pohon sangat tiangserisungaiseputih tidak menyokong bahkan menyuarakan bangkangan terhadap sambungan semula kontrak lakonan 3Abdul2....

jangan nanti rosak seluruh ikan kerana dibiarkan tanpa berani dan tegas membuang kepalanya yang sudah busuk... sekurangnya kalau berbuat keputusan.... lihatlah kepada Sang Pencipta... dari lalai dan lupa akan akal sempurna yang telah diberikan...

PS.... gerakan menjatuhkan 3abdul2 semakin marak... warkah berbisa kepandaian golongan cendawan dikha
barkan sudah mencium gerbang kuasa... mungkinkah tiangserisungaiseputih juga akan termasuk... pelakon yang akan dibuang... tanya sama itu 3abdul3....

May 12, 2016

kenangan mengusik jiwa # season 2 episode 8

salam 2 all....

tiap hari saya bangun kurang lebih pukul 5 pagi.... hahahaha jangan ditanya tidurnya pukul berapa.... menunggu azan subuh... harap sehingga mati amalan ini kekal teramal... sedikit betul kesyukuran diri berbanding nikmat Allah yang berderet diterima seawal waktu jaga...

sedari kecil saya sangat nikmat bangun awal... bangun lewat teranggap kegagalan yang tak terjawab... masa kecil tangan lembut mak akan kejut saya pukul 6... mandi dan bersiap ke sekolah... namun rutin yang saya sangat bersyukur apabila seawal usia 8 tahun saya sudah menerima amanah menghantar sebakul kuih untuk kedai-kedai makan sekitar kampung bukit bertam dan pekan mahang... pagi-pagi lagi saya melintas 2 buah negeri... perak dan kedah...

tahun 1978... mandi di sungai kerian yang airnya sejuk sunggup nikmat... sempat berenang melawan arus jam 6 pagi... tak pula jumpa buaya sepanjang masa tersebut walaupun kerap dicerita orang... apatah lagi hantu air yang dikhabarkan mempunyai rambut panjang seperti tumbuhan air... hahahaha kelebihan mandi dalam gelap ialah boleh je berbogel dan terjun sungai... siap boleh juga melepas apa yang tersisa diperut...

2016... pepagi... nikmat paling seronok menaiki motor menuju surau... ehhhh kenapa ye... dalam belahan subuh... hidung menangkap hampir semua bau yang menjadi nostalgia semasa kecil... ada bau sambal tumis yang terakam dalamnya bawang.... ada bau nasi lemak yang terasa pandannya... bau kuih yang bergelumang akan gulanya... Allah hebatnya pemberianMu seawal pagi dengan menghidupkan deria hambaMu.... nikmat mana lagi aku mampu nafikan.....

kehidupan di Jajahan Selama.... adakah akan menjadi nostalgia pada tuan director...sekiranya tuan director memilih untuk melupakannya... mungkinkah dianggap tidak mensyukuri nikmat tuhan... kerja-kerja pengarahan cerita pendek yang dibuat saban hari mungkin tidak dipandang orang... tetapi adakah penting pandangan dan jelingan manusia...    hohohohoho

cukup menarik apabila 2 kelibat ini sering pula tuan director terserempak... tiangserisungaibayu dan tuanpunahsihatsiparangkontot.... kedua-duanya seolah menjadi takdir kehidupan tuang director... sering muncul memberi ilham kepada cerita pendek dalam pengarahan yang panjang...

tiangserisungaibayu akan dijumpai kalau tuan director berjalan dan makan2 di sekitar ulu selama... senyumannya manis... sesekali akan mengingatkan watak mak dalam hidup... masih bergaya dan merah lagi bibirnya... penampilan yang menidakkan usia sebenarnya... kagum sebenarnya versi mudanya dalam usia emas... namun ramai yang sudah lari meninggalnya... dalam keterserempakkan lazimnya tiangserisungaibayu akan melarikan matanya... hatta dalam beberapa kali....  berpaling dan bergerak kearah lain... marah benar rasanya tiangseri pada tuan director...

tuanpunahsihatsiparangkontot dikhabarkan mula kembali menjejaki kembali beberapa tali barutnya di jajahan selama... suka juga tuan director dengan watak ini... bodo-bodo pun ada...tapi kalau berjumpa di kedai mamak mau juga tuan director belanja makan... kalau berjumpa tuan director lain pula watak tuanpunahsihatsiparangkontot... disondol-sondol manja tuan director... kemesraan yang jarang dipamirkan... kalau lah pang5perangtanggukikan lihat mau menetes air mata.... khabarnya batalion ulat nangka sering layan tuanpunahsihatsiparangkontot... nak buat tut durian katanya... ehhhh sejak bila buka bisnes tut dan mengetut nie... mausang king ka....

p/s : khabarnya ada gerakan untuk pastikan 3abdul2 tidak disambung kontrak lakonannya... dikaitkan bahawa ramai pelakon yang terlibat dalam drama lebuhrayaku runtuh mengadu bahawa duit lakonan mereka banyak disebat oleh 3abdul2.... donia oh donia.... adios amigos


    

April 20, 2016

apa punya cerita (APC) # season 2 episode 7

salam 2 all,

semalam bergerak ke kebun jam 515 petang... sampai di behrang stesen dah target untuk makan malam iaitu nasi kandaq Ali dengan hidangan kambing... sampai dalam kul 540 hujan lebat menyambut saya.. berlari-lari anak masuk restoran... cedok kambing dan makan dengan penuh nikmat kerana baru sahaja dibaiki gigi geraham oleh doktor.... sedap menguyah tertiba ribut melanda... dalam keriuhan pelanggan tertiba pemilik restoran memasang bacaan suci al Quran... saya tidak bergerak cuma tangan sibuk menaip sesuatu di telefon tangan memaklumkan akan isteri apa yang sedang berlaku...

balik rumah sekitar jam 740... sesampai saja di pintu rumah anak perempuan tunggal sedang berlatih suara membaca cerita... memang luar biasa anak ini.. 3 minggu lepas berlatih solat jenazah... balik pukul 630 setiap hari kerana yakin akan mengondol hadiah... cekal dan sangat berharap.. namun takdir Allah pasti bukan... minggu lepas bertanding balik dengan tangan kosong... kecewa dan menangis... tapi saya pujuk dengan berkata tak apa kalau kalah sekurangnya kalau ayah mati anak ayah sudah lulus untuk solatkan ayah....

Semalam uzma yakin lagi untuk bertanding.. kali ini pertandingan bercerita.. penuh laungan suaranya dalam rumah... tinggi rendah nadanya menandakan anak ini berharap lagi untuk menang... uminya sesekali cuba membantu.... takkala saya mengangkat takbir untuk solat yang sudahpun lewat... suara anak ini masih lagi dengan pantas mengetuk anak telinga saya.... hurmmmm tak kenal putus asa anakku ini

tuan director diajak ke pertandingan semalam... rasa malas membuak dalam diri... malas kerana yakin tiada keadilan pun dalam pertandingan ini... dari awal pemenangnya sudah ditentukan empunya jajahan selama...

ketua pengadilnya.... tiangserisungaiseputih yang tuan director langsung tak percaya akan integriti... sudah sudah la tiangseri.... cuba tengok apa berlaku pada tiangserisungaibayor... keliling jajahan tiada siapa peduli.... bahkan tuan director termaklum hidupnya umpama kupang tembaga diperlaku orang setelah hilang kuasa...

pertandingan semalam menarik kerana beberapa sebab.... pertama seekor kuda bisu yang telah lama tidak ditunggang orang diberitakan menang acara menjerit... seekor kaldai tua yang mengangkat straw pun tidak mampu menang acara mengusung guni baja ... seekor kambing yang yang bertanding dengan para kucing telah menang acara bau badan terwangi.... huh..... luar biasa betul

seekor monyet yang acap kali dituduh mencuri pisang jajahan pula menang kategori amanah... adoi.... sehinggakan seekor ular yang sering menyembur bisanya diangkat sebagai pemenang penawar seribu malam... belum lagi pencacai najis menang diangkat kerana berjaya menutup bau pekung pemuka jajahan dengan najis dibawanya...

termenung memikir.... bahana apa lagi akan dibawa tiangserisungaiseputih untuk santapan jajahan selama saat-saat akhir beliau sebagai tiangseri

p/s.... ada berita dibisikkan kepada tuan director.... u tau ka lebuhraya dah runtuh ... ramai mangsa jajahan mati tertimbus.... Innalillah.... moga Allah memberi mereka dan keluarga kekuatan menuntut ganti rugi .... adios amigos


March 06, 2016

Petisen Atas Talian Selamatkan Malaysia

MAKLUMAT/NOTICE
Perkara: Selamatkan Malaysia/Save Malaysia

Rakyat Malaysia yang ingin menyatakan sokongan kepada Deklarasi Rakyat, boleh berbuat demikian di pautan di bawah:



Malaysian citizens who wish to express their support for the Citizens' Declaration could do so at the link below:


http://goo.gl/forms/klwIJrXZ9m

Terima kasih/ thank you.

ps.... hanya berdoa yang terbaik untuk negara... jom warga jajahan selama... kita nyatakan sokongan

February 18, 2016

kita bina jalan ke syorga # season 2 episode 6


salam 2 all...

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48] 

setelah menjengah tahun 2016... jajahan selama semakin keliru dalam hujung jalan yang dipilih... usia tua tidak pun membuat jajahan selama matang berkeputusan malah dilihat semakin kebudakan pula... maka benarlah peringatan bahawa usia panjang hanya ada dua pilihan... bersyukur kerana mampu beribadat selamanya atau derita menolak dosa bertimpa

Tiangserisungaiseputih mempunyai banyak masa untuk memastikan jalan2 ke syorga melebar dengan jemaah jajahan selama dengan adunan perancangan yang baik... berapa ramai yang ingat dan sedar bahawa kita mempunyai manhaj agama dalam urusan donia jajahan selama...... atau kita tak pernahpun diingatkan..

sisa pemerintahan tiangserisungaiseputih yang berbaki bulan cuma... wajar digunakan untuk membina kelompok syorga dalam minoriti neraka... adakah susah... sudah tentu sukar kerana sering diingatkan bahawa ketika kejahatan sudah berlari kebaikkan hanya mula mampu berdiri...

tenggelamnya kebaikkan di donia jajahan selama bukan kerana takdir semata... pemerintahlah yang mempunyai aura tanggungjawab untuk membawa cahaya sorga untuk tenggelamkan maraknya kegelapan neraka... maka marilah kita berdayung dalam irama sama untuk membina jalan2 ke syorga...

pang5perang agama tentu boleh mula mendirikan solat jemaah di semua wakaf untuk zohor dan asar... jangan lupa bahawa hanya berapa kerat sahaja yang berjemaah... maka kelibat tiangserisungaiseputih dituntut muncul di wakafmursid untuk bersama... tak cukup hanya dengan muncul dalam ceramah agama semata atau menghantar wakil sahaja... heheheheheh adakah bila diberi syorga kita menghantar wakil kerana selesa berada dalam neraka.

titipkan dan titislah ilmu agama dalam setiap gerak langkah perbuatan jajahan selama... binalah jatidiri Salehudin al Ayubi dalam perjuangan mengangkat jajahan selama... lorongkan perbuatan Umar Abdul Aziz dalam berkeputusan dalam semua urusan pang5perang... bangunkan roh Ibnu Sina dalam kalangan kumpulan cendawan.... maka melebarlah jalan2 ke syorga meninggaltepi lorong gelap dan suram yang ke neraka.....

p/s..... adakah saya akan dijemput bersarapan pagi bersama 3abdul setelah menulis edisi ini.... barangkali jauh lebih baik sarapan pagi diganti dengan dhuha bersama...

adios amigos....