August 31, 2016

Gotta catch 'em all # season 2 episode 13

salam 2 all,

Deman Pokemon rupanya menjangkiti warga Jajahan Selama rupanya.... sana-sini bergeraknya individu mencari dan menangkap watak animasi yang mengisi perolehan mata dan kedewaan tahap permaianan... dalam kegilaan permainan ini tuan director terkenan akan satu pemain Pokemon yang aktif bermain pabila Jajahan Sela ma menganjurkan acara.... Cendawan Pokemon nama diberi.... Cendawan Pokemon ini pemain ye nnnn bukan watak pokedek   ....

Dalam Sembang Agung oleh TiangseriSungaiSeputih kelibat Cendawan Pokemon sangat jelas... kesana kemari mencari cahaya matahari untuk meningkatkan kuasa racun Burbasaur..... ahhhhhhh Cendawan Pokemon akhirnya berjaya mengubah Burbasaurnya menjadi Ivysaur setelah berjaya mendekati 3Abdul1.... kuasanya meningkat setiap kali berjumpa watak2 utama jajahan selama..... semakin kuat la Cendawan Pokemon bermain kerana kini telah tumbuh benih2 bunga kat belakangnya .... hahahahahaha

Sembang Agung ini hanya wayang emosi TiangseriSungaiSeputih memohon ampun dan maaf.... kot2 bersalah sepanjang merajalelakan diirinya di jajahan selama... sebak suara hanya menimbulkan gelihati Tuan Director... takkan nak nangis kot.... menangis kerana tamat kontrak atau kerana kuda hitam pujaan hati gagal dimiliki.... hanya sedikit lagi masa... kalaulah boleh... tipu muslihat untuk memiliki kuda ini dapat dijalankan... aduhhhhhh mana mungkin aku gagal ..... getus hatinya

Teringat akan kisah kuda hitam Tiangseri... dibeli secara terburu-buru kononnya ingin berperang bagi jajahan selama...macam2 sebab dan alasan diberi... kuda lama telah lelah berlari... kuda lama telah tua ... kuda baru mengangkat harga diri jajahan... kuda baru pantas berlari memecut kuasa Jajahan.... sebenarnya lebih kepada ingin prestij nama jepun daripada nama melayu yang terpahat pada kepala dan punggungnya kuda hitam sebenarnya.... adoiiiii... ini pun ada warga jajahan boleh kena tipu...

ehhhhhhh terlupa pula kepada Cendawan Pokemon nampak sangat kuasanya akan meningkat kerana kehadiran hampir semua watak utama.... sekali lagi Cendawan Pokemon berjumpa watak utama... Pang5amoisiam.... siap bergambar... alahai... rupanya markah skit sangat   ada pada pang5amoisiam... ehhhhhh Dayang Diraja pun jadi la.... amik sekali lagi gambar.... huhhhhhhhh naik skit je....... saatnya akan tiba juga aku akan mencapai Venesaur.... tekad Cendawan Pokemon....

Akhirnya Cendawan Pokemon berjaya bergambar bersama dengan TiangseriSungaiSeputih.... fuhhhhhhhhhhh kuasanya memuncak...Ivysaur telah bertukar setahap lagi menjadi Venesaur... wahhhh kagum  tuan director... Cendawan Pokemon telah menumbuhkan bunga dibelakang dirinya... kuasanya kini penuh dengan emosi... semua watak utama jajahan simpati kepadanya... bersembunyi dengan watak sebenarnya yang jahat dan beracun... Cendawan Pokemon akhirnya berjaya mendekati TiangseriSungaiSeputih di Ajung Kuasa sambil berbisik.... hati2 dengan tuan director... khabarnya siri tv Jajahan Selama mendapat peruntukkan lagi.... ehhhhhh jahatnya Cendawan Pokemon main2 tikam belakang pulak.....

adios amigos






No comments:

Post a Comment