July 27, 2011

SURAT BUAT SEMUA

Salam 2 all,

Saya rasakan filem pendek ini akan melukakan hati ramai warga jajahan selama serta ramai pula akan merenung diri dek kerana isinya yang saya ambil dari nukilan saudara Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Moga Sang Pencipta mengampunkan kita semua dan memberi pahala kepada saudara kita yang saya cedok hasil karyanya ini. 

Saudaraku Tuan Penasihat Sekalian


dalam banyak filem pendek yang diterbitkan terdahulu , tuan director mengajak semua warga mencegah akan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di jajahan selama. Ingatlah, Tuanpenasihat sekalian dibayar dengan wang rakyat untuk memperbuat kebaikan dan menegakkan keadilan bagi sekelian warga jajahan

Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Ingatlah bahawa kegagalan menyahut seruan Sang Pencipta dan menteladani Rasul Allah boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, boleh menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah warga jajahan, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku para penasihat yang sepatutnya disayangi dan dihormati menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku Tiangserisungaibayu,

Tuan director ingin memberi ingatan yang diharapkan dapat memberi manfaat khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita menipu bukti dan mewujudkan kesaksian palsu, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada ditangan. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian kuasa yang dimiliki. Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang menulis bukti palsu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan oleh simangsanya. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Saudaraku Tuanpenasihatsiparangkontot,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.


 
Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Ingatlah tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada pang5perangkeranatuhan yang boleh diperguna dan tiada kuasa tiangserisungaibayu yang boleh melindungi diri tuan atas kezaliman yang diperbuat.

Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).  Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Saudaraku Pang5perangkeadilan,

Tuan director sedar akan rasa serba salah menerima arahan tuanpenasihat, untuk melaksanakan tugasan , saudaraku mungkin berkata 'kami hanya menjalankan tugas'. Maka renunglah hadis ini. Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Sudilah saudaraku mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
 Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku Pang5perang dan para cendekiawansekelian ,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi pang5perang namun keadilan dan intergriti perlu selalu dijunjung. Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.  Adios Amigos

July 26, 2011

pacak sana pacak sini

salam 2 all,

saya sangat merindui musim menuai padi, aroma padi sentiasa dekat pada saya, hidung saya sangat akrab dengan bau-bau yang biasa dengan padi, bau padi ditumbuk lesung kaki atau emping digoreng. bercakap tentang musim menuai juga teringat akan orang-orang yang di letakkan di sekitar sawah untuk menghalau burung ciak atau tempua yang cukup berahi dengan padi menguning.

hidup bertani padi bukan senang, tulang empat kerat cukup teruji apabila mengerjakannya. musim membajak bermula apabila hujan mula turun. rata-rata orang kampung saya mempunyai 2 pekerjaan, tak dapat menoreh mereka bersawah pula. selesai membajak mengunakan kerbau, selalunya diuruskan pula batas sawah untuk mengelak sawah kering kerana air mengalir keluar dari petak sawah.

musim menanam kaum hawa paling sibuk menempatkan diri di sawah, sehabis menanam tentu saja merumput dan meracun menjadi rutin tetap kaum bapa, belum lagi membaja. paling teruja bila bunga padi mula meneran dari batang padi. apabila padi makin tunduk kerana buntingnya.. datang pula tempua minta disuapkan. ketika ini saya suka berada di sawah melihat pelbagai orang-orang yang di pacak sana sini. yang paling menghiburkan apabila orang-orang disambung mengunakan tali plastik dan dipasang loceng tin susu untuk menghalau tempua. bunyi orang bertempik dan segala suasana di sawah cukup meriah pabila padi menguning.

tuan director terkadang cukup terhibur dengan telatah 3abdul3 yang sentiasa bercakap dan berucap ini, teringat tuk dalang wayang gedek (kulit) yang asyik bercerita tentang etong dan ekau. hahahahahahahaa tiap kali bermulanya mesyuwarah, 3abdul sorang nie tak betah duduk diam, ada saja komen dan ceritanya. terkadang melihat muka tiangserisungaibayu yang seakan boring sangat dengan gelagat 3abdul3.... terfikir tuan director akan nasib tiangserisungaibayu yang sentiasa silap percaturan membawa regu untuk jajahan selama.

gelagat 3abdul3 memang dapat dijangka, sentiasa ingin popular menyebabkan banyak arahan dibuat kepada pang5perang dan tuanpendita agar namanya jangan lupa diangkat dan dijulang dalam semua acara kaji mengkaji. kalau ditanya karam singh tentunya perumpamaan yang dapat diucap sambil mengangkat tangan ialah bertelur sebiji riuh sekampung, berkokok nyaring ekor bergelumang tahi.

Belajar lah dari 3abdul3 terdahulu berapa banyak acara kaji-mengkaji yang diperbuat, tidak pun riak dan takbur yang terucap dari mulutnya. umpama menanam padi tentu sahaja bukan sehari menanam langsung esoknya berbuat lebat dan berat. sekiranya 3abdul3 tak tahu malu mencanangkan hasil kerja 3abdul3 sebagai hasil kerjanya maka belajarlah dari resmi padi semakin tunduk semakin berisi, bukan umpama tong kosong yang dipalu pengodam.

ingatan tuan director cukup mudah, berhentilah dari mendesak dibina tugu dan batu peringatan untuk mengambarkan kejayaan diri hail kerja orang lain. jangan umpama jadinya serupa pesawah membuat orang-orang untuk menakutkan pemangsa. bukan apa takut nanti semua tugu-tugu bukan menambah kagum akan orang tetapi menjadi bahan benci dan meluat warga jajahan.
  
 p/s : Pusingan mengangkat pang5perangtanggukikan sebagai pang5besar telah bermula. khabar jamal pak tongkol mengatakan bahawa 2 hakim yang akan mengadili perlawanan antara sitangguk dan siabangbesar ialah tuanpenasihatkhutubkhanah dan tuanpenasihatadamasyuk.... hehehehehe keduanya telahpun memakan sireh beracun yang mengahalang mereka bercakap benar apabila berkaitan dengan kehendak tuanpunahsihatsiparangkontot.... maka sebelum acara beradu bermula warga jajahan selama yang mau bertaruh bolehlah bertaruh pemenangnya sitangguk..... yang nie juga akan serupa apabila chahketing diangkat dulu.... adios amigos