November 08, 2009

SELAMAT HARI JADI


semasa kecil, arwah mak & pak tak pernahpun membudayakan sambutan hari lahir anak-anak, mungkin kerana kepayahan membesarkan kami sembilan beradik atau kerana kesibukan mereka berniagaan membuatkan tiada siapa yang kisah dengan sambutan sedemikian. ketika kecil pada saya mendapat makan sudah pun memadai, sesekali apabila pak balik dari kulim atau pulau pinang dan mempunyai rezeki lebih dibelinya mainan. alat permainan paling mewah yang saya ingat ialah set keretapi kuasa bateri lengkap dengan landasannya berbentuk angka lapan.

apabila saya berkahwin, kejutan budaya sudah tentu antaranya berkaitan sambutan hari lahir. keluarga isteri saya mempunyai ingatan yang cukup kuat tentang tarikh hari lahir ahli keluarga, kalau rezeki lebih siap ada majlis makan-makan. panggilan telefon untuk mengucapkan selamat hari jadi menjadi kewajipan semua, jangan tidak kerana ada yang akan terasa kalau terlupa, budaya ini sangat baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

budaya ini menjadi subur bila saya mendapat anak pertama, kedua, ketiga dan terbaru yang keempat ahmad izzfahim azman. iki, ama n uma akan mendapat sekurang-kurangnya kek harijadi dan satu hadiah dari saya dan satu lagi dari uminya. bentuk hadiah dari saya sama ada kerana merupakan keperluan anak-anak seperti basikal atau atas permintaan anak-anak sendiri. iki n ama bila semakin besar sudah pandai membuat tawar menawar tentang hadiah hari lahir mereka. anak-anak zaman sekarang telah banyak berubah.

jajahan selama juga mengamalkan budaya hari jadi untuk meningkatkan motivasi golongan tenteranya, cuma kepada golongan cendikiawan saya kurang arif. lazimnya sambutan dibuat secara kumpulan dan sudah tentu sekeping kad hari lahir dari kawan-kawan menyentuh perasaan dan mengeratkan hubungan. majlis makan-makan secara kongsi-kongsi juga menyeronokkan hampir semua orang apabila saya perhatikan raut wajah masing-masing.

cuma yang tak gembiranya bila majlis sebegini dibuat kerana paksaan. ada orangbesar jajahan secara halus mengharapkan ( sebenarnya memaksa) majlis sambutan hari lahirnya dibuat oleh kakitangan. sudah tentu kakitangan terpaksa pula meminta-minta kutipan wang dibuat, lebih perit lagi dalam soal hadiah, kerana kalau kain yang hendak dihadiahkan, tentu dibeli yang berjenama, yang golongan tentera pun susah untuk membeli bagi keperluan sendiri.

lebih teruk lagi kerana orangbesar sendiri mempunyai beberapa unit tentera yang diketuai oleh pang5perangnya. semua pang5perang pula kerana tidak mahu malu atau ingin mendapat perhatian akan memaksa unit masing-masing membeli hadiah yang terbaik. maka sambutan hari jadi menjadi upacara memujapuji orangbesar jajahan dan tempat memperagakan hadiah masing-masing. pang5perang mana yang memberi hadiah terbesar akan lebih disayangi pembesar.

kasihan tentera biasa, untuk hidup pun susah, kadang-kadang sambutan hari lahir diri pun tak pernah dirasai, inikan pula dipaksa-paksa mengadakan majlis untuk orangbesar jajahan akhirnya. sedarlah diri wahai orangbesar jajahan, harta tuan-tuan banyak, dalam banyak-banyak itu ada harta untuk tentera, jangan la kedekut sangat, belanjalah tentera biasa ini yang akhirnya akan berkorban untuk anda.

hahahahaahaha....tuan director mengucapkan selamat hari lahir terutamanya untuk tuanpenasihatkhutudkhanah dengan ingatan..' dema bila nak pencen, kome nengok dah tua bebenar'

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete