August 11, 2010

boria jajahan

salam 2 all,

saya bersekolah menengah di pulau pinang, bermula tahun 1987 hingga 1988. TI Penang atau SMT Tunku Abdul Rahman Putra menjadi tempat permainan selama 2 tahun. bersekolah di bandar besar yang jauh berbeza dengan pekan kulim atau selama atau mahang merupakan hadiah dalam perjalanan hidup saya yang tidak ternilai.


pengalaman ini lah kemudiannya mengajar saya menghadapi hidup dengan berdikari dan kuat semangatnya. TI Penang membentuk jati diri yang terkesan sehingga kini, dan sudah tentu menjadi pelindung yang berguna di mana jua saya berada.

apabila memasuki tingkatan 4, hari pertama saja sudah mengugat semangat saya. berjumpa dengan senior yang mempunyai panggilan dan gelaran yang memeningkan untuk diingati memberi pengajaran cukup perit tapi sangat berharga. ketika itu nama senior seperti komeng, bogart, baginda, harimau hitam, lanleh, lancak, dan pelbagai lagi memang mengerunkan.


hahahaha, cuma sebagai anak kampung yang bersekolah di sekolah cina, pengalaman baru atau suasana baru cepat saya kuasai, hasil didikan selama 6 tahun di sekolah cina membolehkan saya membentuk jaringan sahabat dengan kaum cina di TI Penang dalam masa singkat, satu kelebihan berada di pulau pinang bila mempunyai kawan dengan kaum cina.

tahun 1987 merupakan tahun yang sukar pada perkiraan saya, terutama bersekolah di sekolah teknik yang kuat kes buli pelajar. setakat kena masuk kepala dalam mangkuk tandas dan dipam umpama mandi merupakan aktiviti kecilan sahaja. dijentik mengunakan sudu di kepala, dilukis mengunakan kiwi kasut di muka, diletak ubat gigi pada ketiak ketika tidur, semua ini adalah asam garam bersekolah asrama. akhirnya pengalaman ini amat berguna apabila saya melangkah kaki ke Universiti Pertanian Malaysia pada 1991, yang terkenal juga dengan kes buli pelajar baru.

tuan director teringat kembali semua pengalaman ini apabila ingin memilemkan tajuk boria jajahan. budaya organisasi umpama boria ini sudah berakar umbi di jajahan selama umpama boria pulau pinang. ketuanya umpama penyanyi utama boria yang akan memulakan nyanyian yang rima dan katanya akan diikuti secara sama oleh penyanyi latar.

cara boria dipersembahkan adalah sama sahaja, apa sahaja yang dikatakan oleh penyanyi utama akan diiakan sahaja. itu lah gambaran jajahan selama. dihinggapi budaya boria. apabila bersidang sahaja Murai Punya Ekor, tiangserisungaibayu hanya perlu memulakan apa jua topik atau perkara, tukang sambung yang menyokongnya seolah penyanyi latar boria akan menyambungnya. tak kiralah sama ada 3abdul1,2,n 3, tuanpenasihatsiparangkontot, tuanpenasihatadamasyuk, tuanpenasihatkhutudkhanah, atau tuanpenasihatenjinnyior. semua akan jadi tukang angguk yang taat.

budaya boria ini telah mengalahkan budaya kreatif dan innovatif, yang dilaung-laungkan selama ini di jajahan selama. terkini budaya boria ini juga sudah menjalar kepada semua kem kecil dan besar. ketua kem seolah-olah sangat percaya dengan budaya boria, semua warga diminta menyokong apa jua inisiatif dan cadangan yang dikemukakan tanpa bantahan.

tuan director merenung semua ini sebagai punca bencana yang akan memandulkan seluruh warga jajahan. tak cukup dengan itu, kumpulan kambing pun dijangkiti dengan budaya boria ini, jangan ada yang berlainan sedikit, maka kambing tadi akan disembelih oleh kumpulan penyokong 3abdul3. mungkin 3abdul3 tak perasan atau buat-buat tak nampak bertapa kuatnya penyokong 3abdul3 mengawal kem kandang kambing dijajahan selama.

tuan director cuma lebih suka kepada kepelbagaian, lebih minat kepada caca, manbo, pohyehyeh atau rock yang mempunyai kerektor yang pelbagai. menonton boria ini menghiburkan cuma kita sudah boleh menjangka apa yang akan berlaku kemudian. ini lah jajahan selama kebelakangan ini, mungkin kerana kita terlalu dijamu dengan pasembur barangkali, hahahaha.

P/S : hahahahaha dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot nak menumbuk tuan director, habis seluruh kem kebun durian dijelajahi untuk menyampaikan amaran dan amarah dirinya. nasihat tuan director mudah sahaja, ambillah berkat ramadhan, tundukkan nafsu. paling baik dengar je lagu rock kumpulan Wings " Hukum Karma". adios

August 10, 2010

POSA NYAK NYOK

salam 2 all

hari ini bermula satu perjalanan baru. ramadhan al mubarak baru menginjak hari pertama. pagi tadi, dalam liat dan malas tetap bangun mengejutkan isteri untuk memanaskan lauk ayam kampung, isteri tambah dengan ikan masin goreng dan telur dadar ayam kampung. pernah tuan puan melihat dan merasa telur ayam kembar. pagi tadi isteri saya riuh bercerita tentang telur ayam kembar yang dia goreng. hahahahaha seloka waktu sahur jadinya.

iki n ama dari semalam sibuk bercerita tentang rancangan puasa mereka. awal-awal lagi sibuk bertanya upah puasa tahun ini dan apa yang dia orang nak lakukan dengan duit tersebut. tahun lepas mereka diberi imbuhan RM50 kerana berpuasa penuh. tahun ini saya menyakat mereka dengan berkata imbuhan puasa hanya dalam bentuk makanan berbuka, terus terkedu mereka.

malam semalam selepas balik solat terawih, iki n ama dah siap niat untuk berpuasa, pencapaian baik untuk perjalanan sebulan. pagi tadi jam 4.30 terus kejutkan dia orang berdua. iki yang biasanya malas-malasan untuk bangun ternyata teruja dengan sahur, habis sepinggan nasi juga, cuma ama selera makannya sekarang berkurang, sudah puas disumbat vitamin seleranya tetap begitu juga.

ketika bersekolah dulu terutama sekolah rendah memang mencabar minda ketika melalui bulan puasa. tahun 1 dan 2 dalam ingatan saya dapat la beberapa hari berpuasa. masuk tahun 3 dapat la berpuasa belasan hari. cabarannya hebat kerana berada dalam komuniti bukan islam. sekolah saya waktu rehatnya 2 kali. cuba bayangkan kudrat anak kecil seperti saya dalam usia 7 n 8 tahun melihat kawan2 makan dengan seleranya, akhirnya saya juga seperti mereka, menikmati sahur kedua pada jam 9.45 pagi....hahahahaha

apabila meningkat tahun 4 baru la tumbuh sedikit rasa malu untuk makan, maka baru la dapat berpuasa penuh. namun ada juga harinya terasa dahaga yang amat sangat. bayangkan berjalan kaki balik sekolah ketika itu sejauh 2km lebih, tambahan dengan cuaca panas, kadang-kadang terbabas juga, hahahaha kami berhenti minum air telaga atau sebelum sampai rumah teguk juga air sungai kerian. itu belum dikira sambil menyelam minum air ketika mandi sungai. hahahaha indahnya puasa ketika kecil.

malam hari memang sentiasa dinanti oleh saya. masjid depan rumah selain menjadi tempat ibadat ketika bulan puasa juga menjadi tempat bermain. bab kena kejar dan kena marah dengan jemaah dewasa kerana bising seolah-olah alah bisa tegar biasa. selain solatnya yang celup-celup sahaja kerana yang dibuat hanya duduk untuk tahayat akhir sahaja, lain itu kami bermain aci sorok dan apa sahaja termasuk la kejar mengejar keliling masjid.

paling menyeronokkan waktu moreh. hahahahaha makanannya sentiasa berubah tiap malam, jemaah berlumba menyajikan yang terbaik. ada laksa, meehun, bubur kacang, nasi minyak atau kalau mewah beriyani. kalau jemaah tak bersedia roti canai pun ok. lepas makan moreh, kami sibuk plak bergendang dengan gendang raya masjid sampai dinihari.

minggu pertama puasa akan bermula pula perang meriam . cuma kami tak membuat mengunakan buluh kerana bahaya. saya membuat meriam tanah. duit belanja sekolah saya simpan untuk membeli karbalt daripada kedai leihock. selalunya meriam tanah meriah apabila minggu kedua puasa bermula. meriam paling kuat bunyinya di kampung bukit bertam dibuat dengan besi palung pasir. meriam ini sering diburu polis, seperti biasa meriam ini akan dicampak dalam sungai kalau diserbu polis. hahahahaha esok pasang semula untuk bermain.

ramadhan memberi banyak kenangan kepada saya. setiap ramadhan saya akan teringat arwah mak yang akan membaca quran sepanjang waktu. suara mak mengalunkan bacaan quran selepas sahur adalah yang paling indah untuk diingati. sukar untuk mendapat perasaan tersebut ketika ini, walau apa pun yang saya cuba lakukan untuk mendapat perasaan itu semula.

post ini tidak mengisahkan tentang jajahan selama, filem pendek jajahan selama hanya akan bermula esok dengan topik boria jajahan selama. insyaAllah sepanjang ramadhan filem pendek arahan tuan director akan memuatkan cerita-cerita keinsafan....tak lupa juga kritikan bertali arus untuk semua..adios

August 04, 2010

pabila kita eksyen

salam 2 all

Kenapa keyakinan warga jajahan kepada pimpinan merosot ?

Kerana pimpinan jajahan beranggapan tidak perlu berbuat apa-apa kecuali melaungkan slogan itu dan ini

Kerana pimpinan jajahan mengambil mudah sokongan warga jajahan selama

Tuan director telah ditanya persoalan ini berkali-kali kenapa diakhir pemerintahan mana-mana tok empat atau ketua kem, seolah-olah berlaku tsunami menjunamnya sokongan kepada pimpinan tersebut. Betapa ramai yang mengucapkan kesyukuran setelah si anu ini meninggalkan organisasi, dan betapa ramai pula berdoa agar yang datang mengantikannya agar lebih baik daripada terdahulu.

Tuan director cuma boleh mengatakan bahawa kebanyakkan pemimpin yang datang ke jajahan atau naik di pangkat jajahan ini menjadi eksyen keterlaluan. Baik dari segi dasar mahupun kelakuan. Ini lah punca kepada natijah kenapa warga jajahan menadah tangan mengucap syukur pabila pemimpin berkenanan habis kontrak.

Hampir semua tok empat memikirkan bahawa pabila menjadi tok empat kesetiaan warga jajahan datang secara automatik. Ingin tuan director jelaskan bahawa kesetian warga jajahan bukan bapak atau atuk kita berikan Ia nya bukan hak semula jadi. Ramai orang tidak sedar, perkara yang menjadi hak ialah perkara yang kita usahakan, perjuangkan, dan earned- bukan datang bersama dengan kita dari perut ibu.

Jadi masalah pokok nya, hanya sebab kita ingat nama kita tok empat, tuanpenasihatsiparangkontot atau lain-lain semua sokongan dan kesetiaan datang secara otomatik. Jika kita berfikiran seperti ini, ertinya mentaliti kita masih berada di tahap rendah dan masih belum membangun. Realiti nya, ialah warga jajahan mengadili kita dengan apa yang kita sumbangkan dan beri. Mengadili kita dari sudut perkhidmatan dan apa yang kita boleh buat untuk mencapai matlamat dan cita cita jajahan selama. Baik dari segi kepimpinan, kebajikan, akademik dan pentadbiran

Semua ini tidak tercapai hanya sebab nama kita siparangkontot, 3abdul atau sitanggukikan. Ia di capai melalui perbuatan iaitu bergantung kepada apa kita boleh buat berdasarkan kemampuan, kemahiran dan kepandaian kita. warga jajahan hanya akan di adili oleh pencapaian bukan atas dasar nama mereka sahaja.ini lah masalah sebenar jajahan selama. Pabila nama atau jenama menjadi idaman atau keinginan, hanya pangkat menjadi pojaan hati.

tuan director mungkin sedikit emosional apabila berbincang isu ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin menagih sokongan warga dengan beranggapan bahawa pangkat mereka merupakan senjata. mereka lupa teori kepimpinan yang menyebut bahawa kuasa menjadi kuat bukan kerana nama jawatan tetapi kerana kepimpinan itu sendiri. cuba la berguru dengan tuanpenditataraklayak yang sering mengkuliah perkara kepimpinan ini.

tuan director mendengar banyak cerita tentang kepimpinan kem yang baru dilantik oleh tiangserisungaibayu. betapa ramai yang sudah tidak larat dan bertenaga untuk memimpin. mereka ini dilantik hanya kerana mempunyai title sebagai tuanpendita tetapi kepimpinannya umpama tin susu kosong di tepi jalan. telah berkumandang di sebuah kem betapa mesyuarah pukul 9 pagi ditunda gara-gara tuanpendita bangun lewat dan betapa mesyuarah dipinda tempat kerana tuanpendita tidak larat mendaki tangga. konsep kepimpinan lantikan ini ternyata gagal kerana hanya berpandukan jawatan.

tuan director tidak berminat berkuliah panjang tentang kepimpinan cuma menarik peminat filem pendek menilai semula kepimpinan pang5perang, tuanpendita dan orang besar berlapan yang sering menimbulkan polemik di jajahan. ramai pemimpin hanya dipandang kerana jawatan tetapi bukan kerana kreativiti, kerja kuat, kemahiran diri, dan keupayaan memimpin. jangan umpama nanti seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

P/S : selamat bersara tuanpenasihatkhutudkhanah. bersaralah dengan aman dan gembira kerana meninggalkan banyak jasa dan pengorbanan bukan kerana banyak auta dan bebanan. doa tuan direktor agar persaraan ini menimbulkan keinsafan dan meningkatkan lagi ketaqwaan. walaupun sudah terhebah seluruh jajahan tentang ketidakmahuan memaafkan dosa tuan director kononnya mencalitkan parut dihati, tuan director tetap menyusun sepuluh jari memohon keampunan. watak tuanpenasihat akan diganti dengan watak baru yang tak kurang juga muslihat dan bermain wayang. adiossss




August 02, 2010

antara golf dan guli

salam 2 all,

bulan puasa akan bermula dalam seminggu lagi, ini lah peluang untuk beribadat sesungguh hati, bukan nak kata bulan lain tak penting tapi bulan puasa nie berkatnya banyak, so moh la kita berlatih beribadat seminggu ini untuk sebulan akan datang.

semasa kecil ketika bulan puasa, saya akan lepak-lepak kat masjid depan rumah. bukan apa, masjid nie istimewa kerana sejuk dan ramai kawan-kawan. satu lagi ada banyak aktiviti terutama kalau jemaah tabligh datang berziarah. selain kisah nabi, banyak pengetahuan dapat dikutip daripada mereka yang tak jemu berdakwah.

permainan bulan puasa pun sangat terhad, kerana takut letih. so kalau rajin kami akan main guli sahaja. tu pun bawah teduhan redup pokok rambutan depan rumah mat wali. kalau dahaga sangat terus terjun ke sungai kerian untuk melegakan keadaana . hahahahaha ada jugak yang sambil menyelam minum air.

kat jajahan selama pun heboh sekarang dengan permainan, dengar kata tenterapembawautusan menang dalam permainan guli orang dewasa di negeri kenyalang. hebat betul warga jajahan selama dalam permainan.

cuma yang heran tu pergi punya la ramai, dengar kata hampir 30 naiki belon ke sana. berapa belanja hahahahaha.... cuba congak la ye RM450kali2kali30, belum masuk tido sana sini dan tuntutan pelbagai...lebih kurang mau RM50k lesap bersama program tu.

yang ramai tu cendikiawan dengan tuanpenasihat, terselit juga 3abdul bersama tuan pendita, dan yang paling hairan undang luak pun pergi...sedangkan beliau bukan kakitangan, timbul pertanyaan siapa sponsor datuk undang ini untuk ke sana ....ini kena la tanya pang5perangkeranatuhan, mungkin ada penjelasan kot.

dengar cerita belanja untuk permainan guli orang dewasa jauh lebih banyak berbanding dengan kejohanan lempar tombak dan memanah yang disertai oleh askar biasa bersama pang5perang di jajahan utara. maklum la tiada glamour kat sana, tuanpenasihat dan 3abdul pun tak minat. tapi seramai 100 orang juga yang pergi dengan belanja cuma RM50k.

ini la jajahan selama, kalau golongan yang terlibat tu golongan atasan, mudah sangat Murai Punya Ekor nak luluskan bajet, tak kira la berapa yang terlibat. kalau melibatkan golongan tentera, makan tengahari yang berharga RM8 pun nak berkira. siap tanya lagi kalau takde aktiviti nie u all tak makan ke tengahari. apa la punya orang, keadilan dibakulsampah je.

P/S : dengar cerita golongan blackberry nak dapat broadband la plak, konon2nya kerana nak semak email semasa bermain guli orang dewasa..kah2. blackberry tak boleh ke nak semak email ? atau golongan blackberry tak tau nak guna... tiangserisungaibayu faham ke tak suruhannya ini. tuan director rasa lepas nie broadband tu akan jatuh ke tangan ahli keluarga golongan blackberry untuk bermukabuku atau lain-lain aktiviti....adios

July 20, 2010

WAYANG PACAK

salam 2 all

sudah hampir sebulan saya tidak menyentuh layar untuk bermain filem. lebih tepat lagi 28 hari yang lepas. semalam abang mir membawa pulang trofi hadiah sastera yang dimenanginya melalui Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan melalui novel kala yuda. tahniah kerana jiwa kreatifnya terbukti lagi buat kali yang sekiannya.

semasa kecil saya akan terperap cukup lama membaca buku atau bahan bacaan di perpustakaan sekolah. di rumah arwah bapa yang melanggan berita harian memberi ruang yang cukup luas mengenali dunia kepada saya. dan keasyikan abg mir dengan majalah gila-gila juga memberi ruang kepada saya untuk mengenali kreativiti melalui kartun.

walaupun saya suka membaca, namun kesukaan saya kepada aktiviti wayang tetap menyerlah. ketika itu iaitu lewat tahun 70an kementerian penerangan masih menayang wayang pacak di kampung-kampung. sebelum tayangan bermula selalunya dasar-dasar dan berita tentang kerajaan dipertontonkan dahulu. dengan cara ini orang kampung akan tahu sekurangnya tentang perkembangan negara. kemudiannya baru la bermula tontonan filem melayu dan pelbagai lagi.

nampaknya jajahan selama juga meniru langkah sama sejak berminggu yang lepas. cuma taukey wayangnya dan pelakonnya tetap. wayang pacak jajahan hanya melibatkan seorang pelakon sahaja iaitu tiangserisungaibayu. dengar kata kadang-kadang muncul juga pelakon tambahan iaitu 3abdul1 menambah seri.

3 tahun lepas apabila dikenang kembali, ini juga diperlakukan tiangserisungaibayu. merayau-rayau seluruh buana jajahan mempromosikan diri kononnya ingin mendengar rintihan rakyat. sambil diusung sebuah kitab catatan kononnya ingin menulis tentang rintihan rakyat agar jangan dilupa nanti.

taktik wayang pacak tiangserisungaibayu 3 tahun lepas memang berjaya kerana rakyat jajahan selama belum mengetahui tipu muslihatnya. tapi sejak berminggu lepas taktik ini telah dihidu rakyat jajahan. kerana itu dalam semua siri wayang pacak bukan pujian yang tok empat dapat tetapi lebih banyak kutukan dan kritikan.

tok empat dah jadi macam ahli politik pulak perangainya. bila nak habis tempoh jawatan baru sibuk nak berjumpa rakyat memohon talian hayat jawatan dipanjang. rakyat jajahan bukan bodoh kalau ditanya majoriti warga semua mahu tok empat tidak disambung hayat jawatannya. cukup-cukup la wayang pacak yang selama 3 tahun warga jajahan menonton dan dipertontonkan.

tok empat dengar cerita sibuk bercerita dia ada banyak kerja yang nak dibuat untuk jajahan. perubahan yang baru berlaku memerlukan hayat jawatannya disambung untuk pelaksanaan, banyak lagi idea perubahan nak dibuatnya. kalau 3 atau 2 tahun lepas tok empat buat perubahan mungkin la kejayaan akan dikecapi, ini tidak perubahan hanya muncul diakhir pemerintahan cuma.

tok empat oooo tok empat...cukup la pemerintahan selama 3 tahun yang lepas. jangan la nak mintak talian hayat lagi, jangan nak mempromosi diri. majoriti warga jajahan sedang bersedia untuk berpesta apabila tok empat bersara kelak.

P/S : tuanpenasihatsiparangkontot pun suka dengan persaraan tok empat dengar khabarnya. jampi serapah bomoh asli telah pun dibawa balik ke jajahan untuk disembur kepada penganti tok empat. sasarannya kini ialah 3abdul1...nasihat tuan director kepada 3abdul1 hati-hati semasa makan kalau boleh langkah dulu makanan untuk dibuang sihirnya... itu nasihat orang tua-tua la. atau jumpa la mana-mana pawang untuk memagar diri.... adios

June 22, 2010

NOTA SERAH Produksi

salam 2 all,

tuan director sibuk mengemas opis baru dan dalam masa yang sama juga opis lama, bukan apa banyak sangat barang dalam opis itu dan ini. apabila arahan untuk menutup produksi lama diterima, memang la bercampur baur perasaan. nak menjerit kesukaan nanti ada yang tanya plak kenapa. filem pendek menang anugerah ke, atau tuan director joint judi bola sepak ke..so paling baik diam-diam je blah.

tuanpenasihatsiparangkontot tentu gembira apabila kelibat tuan director tiada dalam halaman koridor kuasa. tentu lagi miang dan gelora la meronda dan bersenda gurau dengan askar muda dan jelita di kebun durian. tentu juga semakin kerap la menyinggah membuat lawak antarabangsa di unit ulatnangka. dengar cerita minggu lepas berpusing seluruh alam kebun durian menunjuk-nunjuk kitab nun majalahi memuatkan hantaran kahwin....kelakar-kelakar atau tuanpenasihatsiparangkontot ingin menambah madu...

tuan director sebenarnya dah muak nak membuat nota serah produksi nie, banyak sangat berubahnya. sekejap dimintak buat produksi itu, sekejap buat produksi ini. kali terakhir nota serah produksi dibuat kira-kira 9 purnama yang lepas. namun sampai hari ini pang5besarchahketing yang menerima nota tersebut belum pun memulangkan salinan kepada tuan director...pasal itu agaknya tuanpenasihatsiparangkontot tak tahu pun apa tugasan tuan director di produksi lama.

bercakap tentang nota serah produksi ini, tuan director kesian melihat beberapa orang pang5perangsenior, diri mereka umpama kulit kupang diperbuat orang di jajahan selama. ditendang ke kem baru berulang kali dalam beberapa purnama, belum kering tinta atas meja diminta pulak ke kem yang lain kononnya atas kepentingan jajahan. alasan pertukaran kem yang sengaja diperbuat tuanpenasihatsiparangkontot sahaja untuk menyelamatkan tangguk2 ikan yang lain.

namun dalam sibuk2 tuan director nak menguruskan nota serah produksi ini teringat akan diri terhadap tuanpenasihatkhutudkhanah. dah siap ke kemas bilik dengar kata nak bercuti panjang sebelum bersara..elok sangat la tu. buat nota serah produksi dengan baik, kerana penganti diri tuan hamba boleh tahan juga air ludahannya. bukan apa selepas bersara nanti penganti akan mula bercerita akan buruknya tuan hamba, sekarang pun dibelakang diri tuan hamba, bukan main lagi air ludahan penganti berciciran bercerita buruknya diri tuanpenasihatkhutudkhanah. setakat meneman makan setiap hari bukan makna baiknya budi diri....hahahaha

yang paling terharu di hati tuan director memikirkan idola pemangkin bicara azman yang akan tamat kontrak iaitu tok empat tiangserisungaibayu. agak2 berapa tebal nota serah produksinya nanti. bukan apa... mengenangkan sifatnya yang suka mengulang-ulang cerita, mungkin nota serah produksi mau habis satu ikat kertas A4. tentu terharu atau tercenggang tiangserisungaiseputih menerima nota tersebut.

tuan director rasa tentu la banyak kerana selama 3 tahun memerintah, banyak cadangan perubahan dibuat, dan apabila nak tamat kontrak, semua cadangan tersebut sama ada masih dalam bentuk cadangan atau baru nak dimulakan pelaksanaannya. kalau dikira-kira mau ratusan kerja yang perlu disiapkan oleh tok empat baru...maklum la selama 3 tahun kecekapan luar biasa tok empat tiangserisungaibayu hanya merancang atau mencadang tetapi bukan melaksanakannya.

P/S : tuanpenasihatsiparangkontot kena la buat simulasi pra persaraan secepat mungkin sebelum ogos menjelang...yang nak bersara ini orang besar jajahan selama, kalu boleh mintak unit ulatnangka tempah je pusat peranginan tanah tinggi. tajuk-tajuk simulasi mungkin boleh difikirkan tetapi tuan director rasa kalau dibincangkan tajuk kambing dan durian pun ada baiknya...mungkin2 tuanpenasihatsiparangkontot nak bersara awal...hahahahaa satu lagi sebelum bersara tolong la siapkan fail meja yang tertangguh sejak 10 tahun lepas...adios

June 20, 2010

SELAMAT DATANG tok empat V

salam 2 all,


mana-mana pun kita pergi, ungkapan selamat datang sentiasa dibibir tuan rumah. kalau ungkapan tersebut tidak lahir daripada mulut mungkin diperlihatkan melalui tingkah laku tuan rumah. kalau pinggan mangkuk yang digunakan adalah jenis berjenama dan kelihatan baru itu maknanya tuan rumah suka akan kita. kalau selama ini makannya cuma sejenis lauk cuma namun bila kita datang bersusah payah dia menjamu kita, lazimnya itu tanda orang menerima.

awal cuti sekolah lepas saya kembali menjengah kampung asal saya di bukit bertam selama perak. rumah peninggalan arwah mak dan pak kini didiami oleh abg lid, abg lelaki sulung keluarga saya. saya kembali kerana 2 perkara. pertama kerana ajakan bertali arus oleh abg lid agar saya kembali sekurangnya bermalam semalam di rumah arwah mak pak yang kini menjadi rumah abg di kampung. keduanya kerana saya sangat rindu kepada arwah mak dan pak, maka aroma rumah tersebut sekurangnya akan melegakan perasaan rindu saya, dan sudah tentu meningkatkan motivasi dan semangat diri berada di rumah saya dibesarkan.

saya bertolak awal malam dari rumah, singgah menikmati satay dan nasi ayam di slim river, kemudiannya membelah kepekatan malam menuju satu distinasi iaitu kampung bukit bertam. jam 2.22 pagi kami sekeluarga sampai di kampung setelah melalui pondok tanjung dan jalan baru selama bukit bertam.

paginya, abg lid jamu kami sekeluarga dengan nasi minyak berlauk ayam yang dibelinya di kampung lobak. siap bersarapan saya bersama abg lid ke pekan selama untuk mencari lauk makan tengahari. abg lid belanja kami sekelurga dengan membeli daging cincang dan tulang, kemudiannya dibelinya pula cendol. ikan sungai tak dapat dibeli mungkin hujan lebat di ulu semalam.

tengaharinya kami sekeluarga kekenyangan. gulai daging cincang dengan tulang masakan kak min memang sedap, tambahan lagi cendol yang disediakan memang kena dengan selera kami anak beranak. itu lah perangai arwah bapak yang turun pada abg lid, susah macam mana pun dia akan meraikan kepulangan adik beradik.

tuan director berada di prokduksi baru, penerbit nampaknya sangat sibuk...sehinggakan susah untuk berjumpa mereka. tuan director dimaklumkan oleh dayang kem bahawa sepanjang minggu pang5besarchahketing sangat sibuk, begitu juga 3abdul3. maka saya hanya berjumpa dengan pang5perang kecil sahaja di kem melatih kambing. jumpa juga dengan beberapa pang5perang yang pernah berlakon bersama dahulu...nostalgia kadang-kadang sangat memberi makna.

hahahahahaha.... berita terbaru yang diterima nampaknya tiangserisungaibayu akan diganti oleh tok empat yang baru. dengar kata seorang yang sangat kacak dan macho. hayat tiangserisungaibayu sebagai tok empat bakal berakhir. kemunculan tok empat baru dengan gelaran tiangserisungaiseputih sangat-sangat dialu-alukan. jangan ada sesiapa plak nak mendesak tuan director agar menamakan siapa gerangan tok empat yang baru...bak kata siti nurhaliza...biar la rahsia.

cuma tuan director nak ingatkan tiangserisungaibayu jangan lagi dok merayu akan keputusan yang telah dibuat oleh datuk paduka tuan. bersara lah dengan tenang, kalau khidmat masih diperlukan mungkin selepas ini boleh bekerja di kedai batu permata kendalian kawan baik sendiri yang selalu diperkatakan. cuma tuan director juga ingin berpesan pada warga jajahan jangan lah diperbuat pulut kuning dan dipipiskan pisang dengan berita ini.

P/S : apa macam tuanpenasihatsiparangkontot...sudah bersediakan untuk bersaing dengan tiangserisungaiseputih...jangan la plak sibuk mencari pawang untuk dikemetotnya tok empat terbaru. dengar cerita tok empat terbaru pun dah siap memagar diri daripada bahan semburan sireh dan pinang. kemeyan sakti pun telah ditempah untuk ditabur ditangga koridor kuasa...hehehehehe adios