August 04, 2010

pabila kita eksyen

salam 2 all

Kenapa keyakinan warga jajahan kepada pimpinan merosot ?

Kerana pimpinan jajahan beranggapan tidak perlu berbuat apa-apa kecuali melaungkan slogan itu dan ini

Kerana pimpinan jajahan mengambil mudah sokongan warga jajahan selama

Tuan director telah ditanya persoalan ini berkali-kali kenapa diakhir pemerintahan mana-mana tok empat atau ketua kem, seolah-olah berlaku tsunami menjunamnya sokongan kepada pimpinan tersebut. Betapa ramai yang mengucapkan kesyukuran setelah si anu ini meninggalkan organisasi, dan betapa ramai pula berdoa agar yang datang mengantikannya agar lebih baik daripada terdahulu.

Tuan director cuma boleh mengatakan bahawa kebanyakkan pemimpin yang datang ke jajahan atau naik di pangkat jajahan ini menjadi eksyen keterlaluan. Baik dari segi dasar mahupun kelakuan. Ini lah punca kepada natijah kenapa warga jajahan menadah tangan mengucap syukur pabila pemimpin berkenanan habis kontrak.

Hampir semua tok empat memikirkan bahawa pabila menjadi tok empat kesetiaan warga jajahan datang secara automatik. Ingin tuan director jelaskan bahawa kesetian warga jajahan bukan bapak atau atuk kita berikan Ia nya bukan hak semula jadi. Ramai orang tidak sedar, perkara yang menjadi hak ialah perkara yang kita usahakan, perjuangkan, dan earned- bukan datang bersama dengan kita dari perut ibu.

Jadi masalah pokok nya, hanya sebab kita ingat nama kita tok empat, tuanpenasihatsiparangkontot atau lain-lain semua sokongan dan kesetiaan datang secara otomatik. Jika kita berfikiran seperti ini, ertinya mentaliti kita masih berada di tahap rendah dan masih belum membangun. Realiti nya, ialah warga jajahan mengadili kita dengan apa yang kita sumbangkan dan beri. Mengadili kita dari sudut perkhidmatan dan apa yang kita boleh buat untuk mencapai matlamat dan cita cita jajahan selama. Baik dari segi kepimpinan, kebajikan, akademik dan pentadbiran

Semua ini tidak tercapai hanya sebab nama kita siparangkontot, 3abdul atau sitanggukikan. Ia di capai melalui perbuatan iaitu bergantung kepada apa kita boleh buat berdasarkan kemampuan, kemahiran dan kepandaian kita. warga jajahan hanya akan di adili oleh pencapaian bukan atas dasar nama mereka sahaja.ini lah masalah sebenar jajahan selama. Pabila nama atau jenama menjadi idaman atau keinginan, hanya pangkat menjadi pojaan hati.

tuan director mungkin sedikit emosional apabila berbincang isu ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin menagih sokongan warga dengan beranggapan bahawa pangkat mereka merupakan senjata. mereka lupa teori kepimpinan yang menyebut bahawa kuasa menjadi kuat bukan kerana nama jawatan tetapi kerana kepimpinan itu sendiri. cuba la berguru dengan tuanpenditataraklayak yang sering mengkuliah perkara kepimpinan ini.

tuan director mendengar banyak cerita tentang kepimpinan kem yang baru dilantik oleh tiangserisungaibayu. betapa ramai yang sudah tidak larat dan bertenaga untuk memimpin. mereka ini dilantik hanya kerana mempunyai title sebagai tuanpendita tetapi kepimpinannya umpama tin susu kosong di tepi jalan. telah berkumandang di sebuah kem betapa mesyuarah pukul 9 pagi ditunda gara-gara tuanpendita bangun lewat dan betapa mesyuarah dipinda tempat kerana tuanpendita tidak larat mendaki tangga. konsep kepimpinan lantikan ini ternyata gagal kerana hanya berpandukan jawatan.

tuan director tidak berminat berkuliah panjang tentang kepimpinan cuma menarik peminat filem pendek menilai semula kepimpinan pang5perang, tuanpendita dan orang besar berlapan yang sering menimbulkan polemik di jajahan. ramai pemimpin hanya dipandang kerana jawatan tetapi bukan kerana kreativiti, kerja kuat, kemahiran diri, dan keupayaan memimpin. jangan umpama nanti seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

P/S : selamat bersara tuanpenasihatkhutudkhanah. bersaralah dengan aman dan gembira kerana meninggalkan banyak jasa dan pengorbanan bukan kerana banyak auta dan bebanan. doa tuan direktor agar persaraan ini menimbulkan keinsafan dan meningkatkan lagi ketaqwaan. walaupun sudah terhebah seluruh jajahan tentang ketidakmahuan memaafkan dosa tuan director kononnya mencalitkan parut dihati, tuan director tetap menyusun sepuluh jari memohon keampunan. watak tuanpenasihat akan diganti dengan watak baru yang tak kurang juga muslihat dan bermain wayang. adiossss




1 comment:

  1. Salam Dato'- Dato', Datuk, Profesor Emeritus, Profesor, Dr., Tuan dan Puan.

    Hamba cukup seronok apabila melihat tajuk 'pabila kita eksyen' ini. Memang di jajahan ini manusia lebih sukakan 'title' tapi tidak pula berfikir bahawa 'title' ini akan membuatkan anda lebih diperhatikan oleh masyarakat umum.

    Apabila kita mendengar nama seseorang dan nama itu diiringi dengan gelaran maka kita selalunya akan fikir golongan ini adalah golongan 'elit' dan minda mereka ini adalah yang terbaik dan boleh dicontohi. Tetapi pada hakikatnya ada yang tidak mempunyai keperibadian yang mulia atau yang boleh dijadikan tauladan.

    Ada sebilangan kecil yang eksyen sebab dapat gelaran dan beranggapan dia sahajalah yang tahu segala-galanya. Almaklumlah Profesor lah katakan! Tapi kalau dapat tawaran Profesor setakat di tanah jajahan ini sahaja tak payah lah nak eksyen. Lainlah kalau jajahan-jajahan lain pun berebut-rebut untuk menawarkan Profesor! Barulah nampak 'gah'nya!

    Anda pakar bidang apa? Sains? Matematik? Bahasa? Sukan? Atau anda pakar kesemua bidang-bidang di dunia ini? Belum pernah hamba jumpa individu seperti:

    Prof. Tan Sri Dato' Dr. Si Polan bin Si Polan.
    PhD Physics, PhD Biology, PhD Computer Science, PhD Mathematics, PhD Economics, PhD Linguistics..........X 10 lagi PhD.

    Ingatlah ilmu anda 'limited'. Tuhan tak bagi semua ilmuNYA kepada satu individu. Nanti lagi eksyen dan riak. Ada 1 PhD pun dan eksyen kan?

    Bagi golongan-golongan ber'gelaran' yang berfikiran luas dan terbuka, hamba ucapkan tahniah dan semoga Tuhan limpahkan lagi ilmu-ilmunya dan rezekinya. Bagi yang tak sedar diri, berubahlah sebelum tanah mengubah bentuk kejadian anda yang ber'gelaran'. Ini kerana, cara anda membawa diri, keputusan yang anda buat, cara anda menangani konflik "Melambangkan kePeribadian ANDA"!

    Jalanilah kehidupan yang baik dan biarlah satu masa nanti nama kita menjadi sejarah yang membanggakan keturunan. Lebih bagus kalau ada manusia yang melintasi kubur kita satu masa nanti akan berkata kepada anak-anaknya: 'Inilah Si Polan, bagus orangnya. Jasanya amat besar pada masyarakat' dan jangan pulak jadi keadaan di mana orang berkata: 'Nilah orang yang menyusahkan masyarakat, samseng dulu ni elok pun mati'.

    Sekian, hamba mengundur diri.

    ReplyDelete