August 11, 2010

boria jajahan

salam 2 all,

saya bersekolah menengah di pulau pinang, bermula tahun 1987 hingga 1988. TI Penang atau SMT Tunku Abdul Rahman Putra menjadi tempat permainan selama 2 tahun. bersekolah di bandar besar yang jauh berbeza dengan pekan kulim atau selama atau mahang merupakan hadiah dalam perjalanan hidup saya yang tidak ternilai.


pengalaman ini lah kemudiannya mengajar saya menghadapi hidup dengan berdikari dan kuat semangatnya. TI Penang membentuk jati diri yang terkesan sehingga kini, dan sudah tentu menjadi pelindung yang berguna di mana jua saya berada.

apabila memasuki tingkatan 4, hari pertama saja sudah mengugat semangat saya. berjumpa dengan senior yang mempunyai panggilan dan gelaran yang memeningkan untuk diingati memberi pengajaran cukup perit tapi sangat berharga. ketika itu nama senior seperti komeng, bogart, baginda, harimau hitam, lanleh, lancak, dan pelbagai lagi memang mengerunkan.


hahahaha, cuma sebagai anak kampung yang bersekolah di sekolah cina, pengalaman baru atau suasana baru cepat saya kuasai, hasil didikan selama 6 tahun di sekolah cina membolehkan saya membentuk jaringan sahabat dengan kaum cina di TI Penang dalam masa singkat, satu kelebihan berada di pulau pinang bila mempunyai kawan dengan kaum cina.

tahun 1987 merupakan tahun yang sukar pada perkiraan saya, terutama bersekolah di sekolah teknik yang kuat kes buli pelajar. setakat kena masuk kepala dalam mangkuk tandas dan dipam umpama mandi merupakan aktiviti kecilan sahaja. dijentik mengunakan sudu di kepala, dilukis mengunakan kiwi kasut di muka, diletak ubat gigi pada ketiak ketika tidur, semua ini adalah asam garam bersekolah asrama. akhirnya pengalaman ini amat berguna apabila saya melangkah kaki ke Universiti Pertanian Malaysia pada 1991, yang terkenal juga dengan kes buli pelajar baru.

tuan director teringat kembali semua pengalaman ini apabila ingin memilemkan tajuk boria jajahan. budaya organisasi umpama boria ini sudah berakar umbi di jajahan selama umpama boria pulau pinang. ketuanya umpama penyanyi utama boria yang akan memulakan nyanyian yang rima dan katanya akan diikuti secara sama oleh penyanyi latar.

cara boria dipersembahkan adalah sama sahaja, apa sahaja yang dikatakan oleh penyanyi utama akan diiakan sahaja. itu lah gambaran jajahan selama. dihinggapi budaya boria. apabila bersidang sahaja Murai Punya Ekor, tiangserisungaibayu hanya perlu memulakan apa jua topik atau perkara, tukang sambung yang menyokongnya seolah penyanyi latar boria akan menyambungnya. tak kiralah sama ada 3abdul1,2,n 3, tuanpenasihatsiparangkontot, tuanpenasihatadamasyuk, tuanpenasihatkhutudkhanah, atau tuanpenasihatenjinnyior. semua akan jadi tukang angguk yang taat.

budaya boria ini telah mengalahkan budaya kreatif dan innovatif, yang dilaung-laungkan selama ini di jajahan selama. terkini budaya boria ini juga sudah menjalar kepada semua kem kecil dan besar. ketua kem seolah-olah sangat percaya dengan budaya boria, semua warga diminta menyokong apa jua inisiatif dan cadangan yang dikemukakan tanpa bantahan.

tuan director merenung semua ini sebagai punca bencana yang akan memandulkan seluruh warga jajahan. tak cukup dengan itu, kumpulan kambing pun dijangkiti dengan budaya boria ini, jangan ada yang berlainan sedikit, maka kambing tadi akan disembelih oleh kumpulan penyokong 3abdul3. mungkin 3abdul3 tak perasan atau buat-buat tak nampak bertapa kuatnya penyokong 3abdul3 mengawal kem kandang kambing dijajahan selama.

tuan director cuma lebih suka kepada kepelbagaian, lebih minat kepada caca, manbo, pohyehyeh atau rock yang mempunyai kerektor yang pelbagai. menonton boria ini menghiburkan cuma kita sudah boleh menjangka apa yang akan berlaku kemudian. ini lah jajahan selama kebelakangan ini, mungkin kerana kita terlalu dijamu dengan pasembur barangkali, hahahaha.

P/S : hahahahaha dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot nak menumbuk tuan director, habis seluruh kem kebun durian dijelajahi untuk menyampaikan amaran dan amarah dirinya. nasihat tuan director mudah sahaja, ambillah berkat ramadhan, tundukkan nafsu. paling baik dengar je lagu rock kumpulan Wings " Hukum Karma". adios

No comments:

Post a Comment