August 10, 2010

POSA NYAK NYOK

salam 2 all

hari ini bermula satu perjalanan baru. ramadhan al mubarak baru menginjak hari pertama. pagi tadi, dalam liat dan malas tetap bangun mengejutkan isteri untuk memanaskan lauk ayam kampung, isteri tambah dengan ikan masin goreng dan telur dadar ayam kampung. pernah tuan puan melihat dan merasa telur ayam kembar. pagi tadi isteri saya riuh bercerita tentang telur ayam kembar yang dia goreng. hahahahaha seloka waktu sahur jadinya.

iki n ama dari semalam sibuk bercerita tentang rancangan puasa mereka. awal-awal lagi sibuk bertanya upah puasa tahun ini dan apa yang dia orang nak lakukan dengan duit tersebut. tahun lepas mereka diberi imbuhan RM50 kerana berpuasa penuh. tahun ini saya menyakat mereka dengan berkata imbuhan puasa hanya dalam bentuk makanan berbuka, terus terkedu mereka.

malam semalam selepas balik solat terawih, iki n ama dah siap niat untuk berpuasa, pencapaian baik untuk perjalanan sebulan. pagi tadi jam 4.30 terus kejutkan dia orang berdua. iki yang biasanya malas-malasan untuk bangun ternyata teruja dengan sahur, habis sepinggan nasi juga, cuma ama selera makannya sekarang berkurang, sudah puas disumbat vitamin seleranya tetap begitu juga.

ketika bersekolah dulu terutama sekolah rendah memang mencabar minda ketika melalui bulan puasa. tahun 1 dan 2 dalam ingatan saya dapat la beberapa hari berpuasa. masuk tahun 3 dapat la berpuasa belasan hari. cabarannya hebat kerana berada dalam komuniti bukan islam. sekolah saya waktu rehatnya 2 kali. cuba bayangkan kudrat anak kecil seperti saya dalam usia 7 n 8 tahun melihat kawan2 makan dengan seleranya, akhirnya saya juga seperti mereka, menikmati sahur kedua pada jam 9.45 pagi....hahahahaha

apabila meningkat tahun 4 baru la tumbuh sedikit rasa malu untuk makan, maka baru la dapat berpuasa penuh. namun ada juga harinya terasa dahaga yang amat sangat. bayangkan berjalan kaki balik sekolah ketika itu sejauh 2km lebih, tambahan dengan cuaca panas, kadang-kadang terbabas juga, hahahaha kami berhenti minum air telaga atau sebelum sampai rumah teguk juga air sungai kerian. itu belum dikira sambil menyelam minum air ketika mandi sungai. hahahaha indahnya puasa ketika kecil.

malam hari memang sentiasa dinanti oleh saya. masjid depan rumah selain menjadi tempat ibadat ketika bulan puasa juga menjadi tempat bermain. bab kena kejar dan kena marah dengan jemaah dewasa kerana bising seolah-olah alah bisa tegar biasa. selain solatnya yang celup-celup sahaja kerana yang dibuat hanya duduk untuk tahayat akhir sahaja, lain itu kami bermain aci sorok dan apa sahaja termasuk la kejar mengejar keliling masjid.

paling menyeronokkan waktu moreh. hahahahaha makanannya sentiasa berubah tiap malam, jemaah berlumba menyajikan yang terbaik. ada laksa, meehun, bubur kacang, nasi minyak atau kalau mewah beriyani. kalau jemaah tak bersedia roti canai pun ok. lepas makan moreh, kami sibuk plak bergendang dengan gendang raya masjid sampai dinihari.

minggu pertama puasa akan bermula pula perang meriam . cuma kami tak membuat mengunakan buluh kerana bahaya. saya membuat meriam tanah. duit belanja sekolah saya simpan untuk membeli karbalt daripada kedai leihock. selalunya meriam tanah meriah apabila minggu kedua puasa bermula. meriam paling kuat bunyinya di kampung bukit bertam dibuat dengan besi palung pasir. meriam ini sering diburu polis, seperti biasa meriam ini akan dicampak dalam sungai kalau diserbu polis. hahahahaha esok pasang semula untuk bermain.

ramadhan memberi banyak kenangan kepada saya. setiap ramadhan saya akan teringat arwah mak yang akan membaca quran sepanjang waktu. suara mak mengalunkan bacaan quran selepas sahur adalah yang paling indah untuk diingati. sukar untuk mendapat perasaan tersebut ketika ini, walau apa pun yang saya cuba lakukan untuk mendapat perasaan itu semula.

post ini tidak mengisahkan tentang jajahan selama, filem pendek jajahan selama hanya akan bermula esok dengan topik boria jajahan selama. insyaAllah sepanjang ramadhan filem pendek arahan tuan director akan memuatkan cerita-cerita keinsafan....tak lupa juga kritikan bertali arus untuk semua..adios

No comments:

Post a Comment