June 22, 2010

NOTA SERAH Produksi

salam 2 all,

tuan director sibuk mengemas opis baru dan dalam masa yang sama juga opis lama, bukan apa banyak sangat barang dalam opis itu dan ini. apabila arahan untuk menutup produksi lama diterima, memang la bercampur baur perasaan. nak menjerit kesukaan nanti ada yang tanya plak kenapa. filem pendek menang anugerah ke, atau tuan director joint judi bola sepak ke..so paling baik diam-diam je blah.

tuanpenasihatsiparangkontot tentu gembira apabila kelibat tuan director tiada dalam halaman koridor kuasa. tentu lagi miang dan gelora la meronda dan bersenda gurau dengan askar muda dan jelita di kebun durian. tentu juga semakin kerap la menyinggah membuat lawak antarabangsa di unit ulatnangka. dengar cerita minggu lepas berpusing seluruh alam kebun durian menunjuk-nunjuk kitab nun majalahi memuatkan hantaran kahwin....kelakar-kelakar atau tuanpenasihatsiparangkontot ingin menambah madu...

tuan director sebenarnya dah muak nak membuat nota serah produksi nie, banyak sangat berubahnya. sekejap dimintak buat produksi itu, sekejap buat produksi ini. kali terakhir nota serah produksi dibuat kira-kira 9 purnama yang lepas. namun sampai hari ini pang5besarchahketing yang menerima nota tersebut belum pun memulangkan salinan kepada tuan director...pasal itu agaknya tuanpenasihatsiparangkontot tak tahu pun apa tugasan tuan director di produksi lama.

bercakap tentang nota serah produksi ini, tuan director kesian melihat beberapa orang pang5perangsenior, diri mereka umpama kulit kupang diperbuat orang di jajahan selama. ditendang ke kem baru berulang kali dalam beberapa purnama, belum kering tinta atas meja diminta pulak ke kem yang lain kononnya atas kepentingan jajahan. alasan pertukaran kem yang sengaja diperbuat tuanpenasihatsiparangkontot sahaja untuk menyelamatkan tangguk2 ikan yang lain.

namun dalam sibuk2 tuan director nak menguruskan nota serah produksi ini teringat akan diri terhadap tuanpenasihatkhutudkhanah. dah siap ke kemas bilik dengar kata nak bercuti panjang sebelum bersara..elok sangat la tu. buat nota serah produksi dengan baik, kerana penganti diri tuan hamba boleh tahan juga air ludahannya. bukan apa selepas bersara nanti penganti akan mula bercerita akan buruknya tuan hamba, sekarang pun dibelakang diri tuan hamba, bukan main lagi air ludahan penganti berciciran bercerita buruknya diri tuanpenasihatkhutudkhanah. setakat meneman makan setiap hari bukan makna baiknya budi diri....hahahaha

yang paling terharu di hati tuan director memikirkan idola pemangkin bicara azman yang akan tamat kontrak iaitu tok empat tiangserisungaibayu. agak2 berapa tebal nota serah produksinya nanti. bukan apa... mengenangkan sifatnya yang suka mengulang-ulang cerita, mungkin nota serah produksi mau habis satu ikat kertas A4. tentu terharu atau tercenggang tiangserisungaiseputih menerima nota tersebut.

tuan director rasa tentu la banyak kerana selama 3 tahun memerintah, banyak cadangan perubahan dibuat, dan apabila nak tamat kontrak, semua cadangan tersebut sama ada masih dalam bentuk cadangan atau baru nak dimulakan pelaksanaannya. kalau dikira-kira mau ratusan kerja yang perlu disiapkan oleh tok empat baru...maklum la selama 3 tahun kecekapan luar biasa tok empat tiangserisungaibayu hanya merancang atau mencadang tetapi bukan melaksanakannya.

P/S : tuanpenasihatsiparangkontot kena la buat simulasi pra persaraan secepat mungkin sebelum ogos menjelang...yang nak bersara ini orang besar jajahan selama, kalu boleh mintak unit ulatnangka tempah je pusat peranginan tanah tinggi. tajuk-tajuk simulasi mungkin boleh difikirkan tetapi tuan director rasa kalau dibincangkan tajuk kambing dan durian pun ada baiknya...mungkin2 tuanpenasihatsiparangkontot nak bersara awal...hahahahaa satu lagi sebelum bersara tolong la siapkan fail meja yang tertangguh sejak 10 tahun lepas...adios

June 20, 2010

SELAMAT DATANG tok empat V

salam 2 all,


mana-mana pun kita pergi, ungkapan selamat datang sentiasa dibibir tuan rumah. kalau ungkapan tersebut tidak lahir daripada mulut mungkin diperlihatkan melalui tingkah laku tuan rumah. kalau pinggan mangkuk yang digunakan adalah jenis berjenama dan kelihatan baru itu maknanya tuan rumah suka akan kita. kalau selama ini makannya cuma sejenis lauk cuma namun bila kita datang bersusah payah dia menjamu kita, lazimnya itu tanda orang menerima.

awal cuti sekolah lepas saya kembali menjengah kampung asal saya di bukit bertam selama perak. rumah peninggalan arwah mak dan pak kini didiami oleh abg lid, abg lelaki sulung keluarga saya. saya kembali kerana 2 perkara. pertama kerana ajakan bertali arus oleh abg lid agar saya kembali sekurangnya bermalam semalam di rumah arwah mak pak yang kini menjadi rumah abg di kampung. keduanya kerana saya sangat rindu kepada arwah mak dan pak, maka aroma rumah tersebut sekurangnya akan melegakan perasaan rindu saya, dan sudah tentu meningkatkan motivasi dan semangat diri berada di rumah saya dibesarkan.

saya bertolak awal malam dari rumah, singgah menikmati satay dan nasi ayam di slim river, kemudiannya membelah kepekatan malam menuju satu distinasi iaitu kampung bukit bertam. jam 2.22 pagi kami sekeluarga sampai di kampung setelah melalui pondok tanjung dan jalan baru selama bukit bertam.

paginya, abg lid jamu kami sekeluarga dengan nasi minyak berlauk ayam yang dibelinya di kampung lobak. siap bersarapan saya bersama abg lid ke pekan selama untuk mencari lauk makan tengahari. abg lid belanja kami sekelurga dengan membeli daging cincang dan tulang, kemudiannya dibelinya pula cendol. ikan sungai tak dapat dibeli mungkin hujan lebat di ulu semalam.

tengaharinya kami sekeluarga kekenyangan. gulai daging cincang dengan tulang masakan kak min memang sedap, tambahan lagi cendol yang disediakan memang kena dengan selera kami anak beranak. itu lah perangai arwah bapak yang turun pada abg lid, susah macam mana pun dia akan meraikan kepulangan adik beradik.

tuan director berada di prokduksi baru, penerbit nampaknya sangat sibuk...sehinggakan susah untuk berjumpa mereka. tuan director dimaklumkan oleh dayang kem bahawa sepanjang minggu pang5besarchahketing sangat sibuk, begitu juga 3abdul3. maka saya hanya berjumpa dengan pang5perang kecil sahaja di kem melatih kambing. jumpa juga dengan beberapa pang5perang yang pernah berlakon bersama dahulu...nostalgia kadang-kadang sangat memberi makna.

hahahahahaha.... berita terbaru yang diterima nampaknya tiangserisungaibayu akan diganti oleh tok empat yang baru. dengar kata seorang yang sangat kacak dan macho. hayat tiangserisungaibayu sebagai tok empat bakal berakhir. kemunculan tok empat baru dengan gelaran tiangserisungaiseputih sangat-sangat dialu-alukan. jangan ada sesiapa plak nak mendesak tuan director agar menamakan siapa gerangan tok empat yang baru...bak kata siti nurhaliza...biar la rahsia.

cuma tuan director nak ingatkan tiangserisungaibayu jangan lagi dok merayu akan keputusan yang telah dibuat oleh datuk paduka tuan. bersara lah dengan tenang, kalau khidmat masih diperlukan mungkin selepas ini boleh bekerja di kedai batu permata kendalian kawan baik sendiri yang selalu diperkatakan. cuma tuan director juga ingin berpesan pada warga jajahan jangan lah diperbuat pulut kuning dan dipipiskan pisang dengan berita ini.

P/S : apa macam tuanpenasihatsiparangkontot...sudah bersediakan untuk bersaing dengan tiangserisungaiseputih...jangan la plak sibuk mencari pawang untuk dikemetotnya tok empat terbaru. dengar cerita tok empat terbaru pun dah siap memagar diri daripada bahan semburan sireh dan pinang. kemeyan sakti pun telah ditempah untuk ditabur ditangga koridor kuasa...hehehehehe adios

June 14, 2010

MAK PAK KITA Sdn Bhd

salam 2 all,

bapa saya seorang perdagang yang sangat komited...tetapi arwah tak berapa gemarkan langkah saya untuk terlibat dalam perniagaan. katanya hang kerja kat gomen je la, lagi pun buat pe susah-susah nak berniaga kalau boleh berkerja tetap.

apabila saya membuka restoran di taman nuri, kulim kedah tahun 1996 saya berpeluang berjumpa rakan-rakan lama yang telah bertahun berpisah. ramai kalangan mereka yang telah berjaya dalam hidup walaupun hanya bekerja kilang. ternyata keberkatan tuhan seluruh buana melingkari hidup mereka.

ada juga rakan yang berniaga datang bertanya khabar. ketika itu ekonomi negara tengah memuncak, banyak sangat peluang perniagaan. ada satu peluang yang sangat besar menanti saya apabila Kulim Hitech ingin dibangunkan. kawan datang menawarkan untuk daftar perniagaan guna nama saya, bukan sebuah sebaliknya beberapa buah untuk tujuan tender kerajaan. saya hanya perlu tandatangan dokumen dan cek sahaja setiap bulan atau minggu dan menerima bayaran lumayan atas status bumiputra...hahahaha tentu sahaja saya menolak.

di jajahan selama juga rupanya bergema kaedah yang sama. mengunakan nama bumiputra untuk menyapu hampir setiap projek. tuanpenasihatadamasyuk tahu, pang5besarkananadamasyuk pun tahu, hatta askarpembawatombakadamasyuk pun tahu. sebut sahaja nama projek semuanya akan ditandingi oleh baba yang mengunakan nama ali. lebih teruk lagi ali tak pernah muncul termasuk semasa menuntut bayaran...yang muncul hanya baba dengan kuda hitam baka importnya.

filem pendek kali ini ingin membawa penonton melihat kem silatulrahim yang diketuai oleh tuanpendita import yang dibawa ke jajahan selama oleh tiangserisungaibayu, konon-kononnya sebagai pakar untuk mempopularkan jajahan selama ke seluruh buana. pelik tetapi benar dengan gaji hampir 15k sebulan tuanpendita ini tidak pun perlu menjadi ahli cendikiawan sebaliknya membuat kerja pang5perang sahaja. dah masuk 2 tahun di kem silatulrahim namun tuanpendita yang pakar dalam hal pujuk memujuk ini masih lagi gagal untuk mempopularkan jajahan selama...persolannya kenapa

tuan director selalu nak tergelak dengan sistem di jajahan selama, kononnya kalau ada kem baru ketuanya perlulah seorang ahli cendikiawan walaupun sebenarnya kecendikiawanan tidak pun perlu untuk membangunkan kem terutama kem yang hanya terlibat dalam perkhidmatan atau pentadbiran...akhirnya yang buat kerja ialah pang5perang juga....hahahahaha tuanpendita tersebut hanya mengambil elaun semata-mata...sungguh memalukan.

berbalik kita tentang kem silaturahim dengar cerita syarikat yang masuk mengambil projek di kem tersebut adalah syarikat Mak Pak Kita sdn bhd. desas desus cerita dalam kelambu ini tuan director dah dapat lama cuma kali ini nampak semakin jelas empunya bayang. hahahahaha sungguh luar biasa kaedah yang dibuat.

konon-kononnya apabila ada kerja-kerja ingin diberikan maka syarikat mak pak kita akan dimaklumkan butirannya termasuk harga yang sudah pun dirundingkan. syarikat mak pak kita akan membuat sebutharga dengan mengunakan anak syarikat iaitu mak sdn bhd, pak sdn bhd, ank sdn bhd, menantu sdn bhd dan cucu sdn bhd....sudah tentu harganya sama sahaja begitu juga butiran kerja

siapa yang akan mendapat projek tersebut akhirnya, sudah tentu syarikat mak pak kita sdn bhd. agak-agak kem adamasyuk boleh tangkap tak...tentu sahaja boleh kerana jelas yang masuk seburharga hanya mak pak kita sdn bhd bersama dengan anak syarikatnya sahaja. siapa dalangnya tentu sahaja kem silaturahim....

P/S : dengar citer banyak syarikat mak pak kita sdn bhd kat jajahan selama, mungkin tuanpenasihatadamasyuk dan tuanpenasihatsiparangkontot lebih afdal untuk memberi ulasan, kalau pang5perangtanggukikan nak juga memberi komen memang dialu-alukan.....contohnya syarikat warna warni sdn bhd yang saban tahun diberi projek...hahahahaha adios

June 10, 2010

jumpa&duga TOK EMPAT KE-V

salam 2 all,

anak saya tahun lepas bercerita tentang keinginan untuk menjadi pengawas sekolah. apabila saya bertanya kenapa sangat berkeinginan menjadi pengawas sekolah jawapan yang diberikan sangat mudah. " ayah, kalau ama dapat jadi pengawas sekolah, boleh ama tulis nama kawan-kawan yang buat bising dalam kelas masa guru takde". itu lah jawapan ikhlas dari seorang kanak-kanak.

apabila anak saya balik daripada Taska ABIM kira-kira sebulan yang lepas. ama ternyata marah-marah dengan kawan-kawan lain termasuk adiknya uzma. saya hanya ketawa tetapi sempat juga bertanya kenapa marah. " ayah tau tak , ama bengang betul ngan bebudak kat abim. ama suruh depa duduk kerana pengasuh suruh, depa buat tak kisah je. bila semua dah duduk, uzma plak yang taknak ikut arahan, dia suka2 je lari sana sini". saya hanya respon itu lah cabaran sebagai ketua..kena banyak bersabar dengan kerenah, itu belum lagi menjadi pengawas sekolah sambil ketawa.

sejak dua tiga hari, sms dan panggilan telefon meraung-raung tak tentu masa, tuan director pun naik pelik. ada yang ajak berjumpa ada yang buat-buat bertanya khabar. apa depa ingat tuan director nie peti sakti yang boleh berikan jawapan atas persoalan yang ditanya ka ? nasib baik yang telefon tu dikenali, kalau dia kata dia tersalah nombor ka memang mau angin satu badan...hahahahahahaha.

rupa-rupanya semua ingin tahu pandangan tuan director tentang tok empat ke-v jajahan selama. tuan director pun terkejut kerana tak jangka bahawa isu ini akan berbangkit seawal ini. baru bulan jun. tok empat tiangserisungaibayu ada masa hingga bulan ogos untuk memerintah lagi. tapi semua kata bahawa tuan director dah terlepas bas kerana jumpa dan duga calon tok empat jajahan selama telah pun dibuat.

wahhhhhhhhhhhh....terkejut lah tuan director, macam mana proses pemilihan tok empat jajahan boleh terlepas pandang. terus tuan director sms sumber. rupa-rupanya 7 nama telah naik dalam pemilihan tok empat. dua nama dari jajahan selama, 5 lagi dari luar jajahan.

nama tok empat tiangserisungaibayu pun ada. tak malu sungguh tiangserisungaibayu hadir acara jumpaduga untuk meneruskan jawatan tok empat. bukan kah sudah 3 tahun kita diperintah tanpa pencapaian cemerlang. takkan merayu untuk kontrak disambung dengan cerita pembaharuan yang baru bergerak sepurnama yang lepas. tu nampak sangat tak berapa cerdik, dah memerintah 3 tahun takkan baru nak buat pembaharuan....hahahahaha tapi mengenali tiangserisungaibayu, dia memang pandai promo diri dengan memburukkan orang lain, kalau tak percaya tanya la tuanpenasihatsiparangkontot.

dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot cadangkan 3abdul1 sebagai tok empat ke-V dan cadangan ini disokong oleh tiangserisungaibayu. nampak sangat liciknya permainan ini, biar siapa pun menjadi tok empat, tuanpenasihatsiparangkontot takkan rugi. 3abdul1 akan terhutang budi kalau dilantik, mungkin sebagai membalas budi akan menyambung kontrak tuanpenasihatsiparangkontot sebagai demang bila kontraknya tamat tahun depan. tiangserisungaibayu pula mungkin akan dilantik sebagai pendita kat mana-mana kem sebagai balasan.

sapa plak calon-calon lain yang muncul kat sesi jumpa dan duga. rupa-rupanya bukan 3abdul2 dan 3abdul3. sebaliknya muncul plak bekas 3abdul1 jajahan selama sebagai calon....tentu tuanpenasihatsiparangkontot dan pang5besarchahketing sangat risau dengan kemunculan calon ini kerana mereka sangatlah benci akan bekas 3abdul1 jajahan selama. calon ke 4 plak kawan lama tiangserisungaibayu kat jajahan nyiorsebatang. tentu calon ke 4 ini juga hebat kerana boleh bercerita kelemahan tiangserisungaibayu dulu, hahahahahaha

persoalanya siapa plak 3 calon lain. terpaksa la kabel dasar laut tuan director digoncang untuk mengetahuinya. selak sana sini, tiup jampi serapah dengan nokia, tak cukup dengan itu buat-buat panggilan dengan sahabat lama....akhirnya dapat juga nama 2 orang yang cukup tuan director kenali dan kagumi....cuma sahabat yang bagitau kata jangan heboh-heboh kerana jumpa dan duga 2 calon ini belum dibuat oleh datuk paduka raja. takut-takut nanti tak jadi plak. so kena kita semua sabar ye...mungkin kalau ada berita tuan director akan buat satu filem pendek khas...

p/s : apa macam dengan tuanpenasihatsiparangkontot, dah lama tuan director tak nampak berpoya-poya di unit ulatnangka....takkan dah berdamai dengan serikandibahtera sampai lupa pang5perang sendiri di ulatnangka...nampak sangat emosi menguasai diri. cuma askar-askar ulat nangka rindu la ngan cerita durian dan kambing yang dah lama tak bersiaran.....adios

May 31, 2010

AGENDA INNOVASI VS EMOSI

salam 2 all,

sekiranya saya masih bersekolah hari ini, mungkin saya telah pun tamat membuat ujian penggal persekolahan. minggu ini merupakan minggu terakhir bersekolah sebelum bercuti selama 2 minggu. satu tempoh percutian yang sangat singkat bagi anak kampung seperti saya. cuti sekolah lazimnya penuh dengan aktiviti sama ada yang akan mendatangkan pendapatan atau parut-parut luka kerana bermain.

anak kampung macam saya tak pernah pun fikir untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, cuma yang saya dan kawan fikir ialah untuk bermain sepuashati. guru lah yang menjadi pelita dan lilin kami ketika itu. Pencapaian anak murid merupakan bonus kepada mereka saban penggal. keikhlasan mendidik anak bangsa terserlah tiap kali nasihat diberi kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Apabila saya berjaya dengan agak baik dalam sijil rendah pelajaran, seorang guru memaklumkan kepada arwah bapa tentang keputusan tersebut. saya ketika itu berada dalam sungai bermain dengan rakan-rakan telah diminta oleh bapa untuk mengambil keputusan SRP di sekolah tanpa dimaklumkan keputusannya oleh bapa. Apabila saya sampai ke sekolah, saya dimaklumkan bahawa keputusan saya antara yang terbaik dikalangan calon SRP.

begitu ramai guru dan kawan-kawan memberi ucapan tahniah, ada kalangan guru telah pun bertanya tentang peluang saya melanjutkan pelajaran ke sekolah sains, MRSM, atau mana sekolah yang lebih baik. mereka ternyata tidak pun memikirkan kepentingan diri atau sekolah dengan menyekat saya belajar di sekolah lain. mereka bahkan beria-ia meminta saya belajar di sekolah yang menawarkan mata pelajaran sains tulen atau teknikal. itu lah sifat guru.

Bulan jun juga sepatutnya menjadi peringatan kepada jajahan selama terutama dikalangan pemimpinnya. bulan jun sepatutnya menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian KPI masing-masing. tuan director perhatikan tiada siapa pun yang kelam kabut bila Jun menjelma, kerana percaya atau tidak, pemimpin jajahan selama tiada pun merancang untuk melihat kembali, meneliti atau memantau KPI yang telah dibuat.

Jun merupakan bulan yang dikatakan akan berlaku perubahan, kalau Mei kita ditipu oleh Tiangserisungaibayu, tuan director dapat mengagak bahawa Jun juga sekali lagi kita akan ditipu oleh tok empat. cerita perubahan kepimpinan hanya akan menjadi retorik yang sudah dijangka dan berulang.

kenapa semua ini berlaku, jawapan cukup mudah, kita tidak pun dinilai dengan objektif akan pencapaian masing-masing. kita lazimnya akan dinilai oleh emosi pemimpin. sekiranya pemimpin suka akan kita maka semua yang kita lakukan akan mendapat sanjungan. tiada siapa pun yang nak ambil tahu apa sebenar tugas dan peranan kita atau KPI dicapai atau tidak. jarang benar kita dinilai berdasarkan merit sebenar pekerjaan kita.

tuan director ingin berkongsi cerita. seorang tuanpendita telah gagal memimpin kemnya, maka dia diberi kem baru. gagal juga, diberi tugasan baru. gagal lagi diberi sebuah kem yang lain pula. kerana apa, tok empat memberi jawapan yang mudah sahaja, kesian kat dia, kalau kita tak beri jawatan kepada dia, malu la dia, hilang la elaun bulanan yang dia nikmati.

Bulan Mei lepas kita ditipu tentang perubahan. apakah yang berlaku disebalik kelambu jajahan selama sebenarnya. ceritanya mudah. seorang tuanpendita telah mendapat tahu bahawa dia telah digugurkan dari menjadi ketua kem, begitu juga seorang pendita yang lain. sehari sebelum berlakunya hebahan agung dimana kita semua telah dijemput ke Gerai Kak Nah. dua orang tuanpendita telah menyelinap masuk ke koridor kuasa mengadu dan memohon agar khidmat sebagai ketua kem disambung lagi. dengan emosinya tiangserisungaibayu bersetuju dengan permintaan tersebut, maka sekali lagi kita ditipu.

itu belum masuk cerita askar-askar yang bertukar. cerita bertukar ini dah jadi episod drama swasta. kerana itu tuan director kata jajahan ini sukar untuk mencapai gemilang. semasa perubahan diumumkan maka berjumpa ketua-ketua kem dengan kem pokok durian, maka dihebahkan bahawa kem-kem akan mendapat pang5perang berdasarkan jumlah kambing yang dipelihara kerana kalau jumlah kambingnya banyak maka pang5perang yang akan menjaga kem perlulah lebih tinggi kepang5annya.

hahahahaha mau gelak pun ada, kerana masa perjumpaan dan perbincangan punya la hangat, ada ketua kem bangga kerana jumlah kambing yang banyak akan membolehkan kemnya mendapat pang5perang bertaraf tinggi. tup-tup dikhabarkan tak menjadi pun. semua ini kerana tuanpenasihatsiparangkontot sangat beremosi untuk melepaskan pang5perangtanggukikan kesayangannya.

tuanpenasihatsiparangkontot kata demi kepentingan perkhidmatan. banyak lawak la. dalam perbincangan LuPunyaUntung, telah ditegur betapa pang5perangtanggukikan telah gagal menjalankan tugasnya. tuan director langsung tak percaya akan dahyah tuanpenasihatsiparangkontot. semuanya kerana emosi sahaja

lebih hebat lagi apabila tuanpenasihatsiparangkontot mengaitkan pula dengan pang5perang yang lain dalam percaturan ini. 3abdul1 dikatakan enggan melepaskan pang5perangkhasnya begitu juga tiangserisungaibayu. serikandisentosa juga terpalit apabila dikatakan mengamuk dan enggan melepaskan pang5perangabgbesar. 3abdul3 juga dikatakan merajuk apabila pang5kanannya ingin ditukar.

cuma tuan director nak tanya la kepada kepimpinan jajahan selama, kenapa la susah sangat nak tukar pemimpin kem atau pang5perang nie. kalau memang dia orang nie bagus biar la mereka menabur bakti ditempat lain pula. yang tuan director nampak kenapa pertukaran tidak berlaku kerana ada agenda peribadi tertentu di kem-kem tertentu terutama tuanpenasihatsiparangkontot yang sangat risau pertukaran yang melibatkan kem pokok durian dan kem ambilan kambing.

P/S : Tuan director akan kembali bersiaran diproduksi lama selepas ini. cuma yang kelakarnya alasan ditempatkan di produksi yang menjadi tempat bermain sebelum ini ialah untuk mendapat pengalaman baru.....hahahahaah lu buat lawak la tuanpenasihatsiparangkontot. ingatan tuan director kepada kepimpinan jajahan selama ialah....lu pikirrrr la sendiri..adios.

May 26, 2010

AGENDA INNOVASI VS AGENDA PERIBADI

salam 2 all,

setelah lepak2 selama 2 minggu yang lepas dengan aktiviti simulasi perang dan berhadapan dengan kekangan masa, tuan director kembali dengan topik baru dan lama yang tak juga selesai. tuan director telah bercakap dengan nada yang sama bahawa innovasi takkan berjaya di jajahan selama selagi ada beberapa tuanpunasihat disamping tok empat.

tuanpunasihat ini lah yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut sekian lama dijajahan selama. sekiranya tok empat ingin membuat perubahan satu saja nasihat yang ingin diberikan oleh tuan director...cara yang sama beri hasil yang sama, cara yang berbeza melonjok hasil yang nyata berbeza.

tuan director kasihan melihat tok empat yang tak juga sedar diri bahawa begitu ramai penyokong tegar yang berada disekelilingnya umpama lalat yang hanya ingin mencari keberuntungan sahaja. semuanya sedang mengunakan talian hayat untuk kerjaya mereka disambung atau dipanjangkan lagi.

mereka tak pernah pun memikirkan kemajuan jajahan selama selain kemajuan diri semata-mata. kalau tok empat buka mata sedikit dia akan melihat yang mana intan yang mana permata, tetapi sayang tok empat hanya dikelilingi oleh batu dan pasir sungai semata. golongan tuanpunasihat ini hanya memikirkan kerjaya diri sahaja.

tuan director ingin membawa ingatan peminat filem pendek dalam epik sejarah berkaitan dengan tokoh pembaharuan Zaman Keemasan Melaka iaitu Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang. berkhidmat dengan 4 orang sultan, dan memainkan peranan yang sangat kuat dalam hal-hal pelantikkan raja dan meluaskan jajahan melaka.

sejarah tidak pernah menipu kita, cuma kita selalu memalsukan sejarah. tuan director mengaitkan alkisah lama ini agar menjadi pengajaran kepada tok empat yang merajai seluruh alam jajahan selama dalam hayat 3 tahun ini. tok empat gagal untuk melihat begitu ramai askar dan cendikiawan yang mempunyai sifat tun perak dalam diri mereka tetapi sayang tok empat lebih senang dikelilingi oleh golongan yang bersifat seperti raja mendeliar dan si kitul.

kita memang suka menghukum sejarah, tetapi sering lupa bahawa mengulangi sejarah pahit ialah membenarkan diri dihukum sejarah berkali-kali. cuba lihat jajahan selama ini, tuan director sering mengatakan demang tuanpenasihatsiparangkontot lah yang menyebabkan jajahan selama lingkup di bawah pemerintahan 3 orang tok empat. sayangnya semua tok empat seolah lupa sejarah dengan terus-terusan mendengar nasihat daripada orang yang gagal.

P/S : hahahahahahaha takpe lah tok empat, dengar kata kontrak takkan disambung lagi. berbaik-baik lah dengan demang tuanpenasihatsiparangkontot, mungkin boleh disambung sebagai cendikiawan dimana-mana kem atau pun kalau tak malu boleh juga dilantik di mana-mana kem sebagai tuanpenasihat.....mengulangi sejarah tuanpenditarajalaut. Adios....

May 18, 2010

RIBUT DALAM CAWAN

salam 2 all,

kahkahkah....., tuan director tergelak besar bila mendapat satu cerita tentang jajahan selama. mana tak pecah perut bila memikir lawak tahap gaban yang dibuat oleh tok empat n the gang. selama 3 tahun berpencak silat menyatakan akan ada gerakan baru di jajahan selama...balik-balik bunga yang sama yang dipersembahkan.

cerita bahawa tok empat ke IV iaitu tiangserisungaibayu akan membuat perubahan terhadap jajahan selama mungkin sudah basi tetapi tok empat memang pakar membuat promosi dengan bantuan pakar yang diimport khas iaitu tuanpenditasilatulrahim. selang beberapa purnama kita akan disajikan atau dijanjikan akan perubahan. cerdik sungguh strategi tok empat untuk mengekalkan momentum kepercayaan warga jajahan selama bahawa jajahan selama akan berubah wajah.

tok empat memang pandai dalam psikologi, maklumla itu bidang kepakarannya. tok empat sedar bahawa warga jajahan dahagakan perubahan, mereka nak tengok perubahan. rasa benci dan meluat warga jajahan tentang keadaan di jajahan selama yang tiada perubahan diexploitasi sepenuhnya oleh tok empat n the gang. janji perubahan sahaja kepada mereka...maka mereka akan hanyut dengan impian dan mereka akan lupa dengan realiti untuk berbulan akan datang.

itu lah yang berlaku sejak 3 tahun dahulu, cerita tentang perubahan telah dikompang, dimarhaban, dibungamanggar, dikhasidah dengan penuh keriangan dan harapan. siapa boleh lupa ucapan perubahan tok empat beberapa bulan setelah dilantik. ucapannya membantai mantan tok empat sebelumnya dan menjanjikan perubahan dalam tahun-tahun pemerintahannya masih segar dengan halatuju yang tak pernah pun terlaksana.

tahun kedua warga jajahan sekali lagi dijanjikan perubahan melalui pelancaran slogan baru dan tahun ketiga halatuju yang sama masih sempat dikompang dengan menjual datuk undang jajahan dengan janji perubahan.

3 tahun kita dijanjikan perubahan, jumlah kem akan dikurangkan, tuanpenasihat akan diganti, kem baru akan dibentuk, tentera akan diberi peluang dalam pemerintahan, cendikiawan akan dilibatkan dalam pembangunan. semuanya hanya janji...

dikala tok empat dikhabarkan berada di negeri atas angin. perubahan besar-besaran ditunggu-tunggu pun datang jua akhir. penstrukturan jajahan selama telah dimulakan. cuma tindakan tuanpenasihatsiparangkontot amat la kelakar. tuan director rasa kalau nak buat perubahan sekecil tu tak payah la tok empat terjerit sana sini mengatakan akan perubahan.

hahahahahaha....tuanpenasihatsiparangkontot hanya mampu menukarkan dua pang5perang sahaja..itu pun melibatkan kemnya sendiri. mana janji perubahan yang dikhabarkan diketuai oleh 3abdul1, takkan perubahan sebegitu besar hanya melibatkan 2 pang5perang... tuanpenasihatsiparangkontot memang pandai buat lawak, lawak yang sama sejak lapan tahun lepas...hahahahahaaha. pertukaran 2 pang5perang muda takkan memberi kesan apa-apa pada jajahan selama.

Nampak gaya tuanpenasihatsiparangkontot masih berjaya dengan strategi untuk mengekalkan pang5perang yang menyokongnya di posisi strategik. pang5tanggukikan terus dikekalkan, cuma dengar khabar kalau rancangannya tergugat, pang5perangchahketing akan mengantikan pang5tanggukikan di posisi sekarang. hahahahaha apa macam tok empat dan 3abdul...adakah persetujuan dicapai dengan tuanpenasihatsiparangkontot melibatkan juga pengekalan pang5perangkhas masing-masing...

P/S : nasihat pada tok empat atau 3abdul1,2 n 3 cukup mudah..humban sahaja tuanpenasihatsiparangkontot ke kandang unta, nyah sahaja dia dari jajahan selama. orang yang menyebabkan jajahan selama mundur dan tercorot adalah tuanpenasihatsiparangkontot. tukarlah berapa pun tok empat dan 3abdul, buatlah berapa KPI, tulis la puluhan halatuju...jajahan selama takkan kemana selagi ada individu yang bernama tuanpenasihatsiparangkontot....adios!