salam 2 all,
setelah lepak2 selama 2 minggu yang lepas dengan aktiviti simulasi perang dan berhadapan dengan kekangan masa, tuan director kembali dengan topik baru dan lama yang tak juga selesai. tuan director telah bercakap dengan nada yang sama bahawa innovasi takkan berjaya di jajahan selama selagi ada beberapa tuanpunasihat disamping tok empat.
tuanpunasihat ini lah yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut sekian lama dijajahan selama. sekiranya tok empat ingin membuat perubahan satu saja nasihat yang ingin diberikan oleh tuan director...cara yang sama beri hasil yang sama, cara yang berbeza melonjok hasil yang nyata berbeza.
tuan director kasihan melihat tok empat yang tak juga sedar diri bahawa begitu ramai penyokong tegar yang berada disekelilingnya umpama lalat yang hanya ingin mencari keberuntungan sahaja. semuanya sedang mengunakan talian hayat untuk kerjaya mereka disambung atau dipanjangkan lagi.
mereka tak pernah pun memikirkan kemajuan jajahan selama selain kemajuan diri semata-mata. kalau tok empat buka mata sedikit dia akan melihat yang mana intan yang mana permata, tetapi sayang tok empat hanya dikelilingi oleh batu dan pasir sungai semata. golongan tuanpunasihat ini hanya memikirkan kerjaya diri sahaja.
tuan director ingin membawa ingatan peminat filem pendek dalam epik sejarah berkaitan dengan tokoh pembaharuan Zaman Keemasan Melaka iaitu Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang. berkhidmat dengan 4 orang sultan, dan memainkan peranan yang sangat kuat dalam hal-hal pelantikkan raja dan meluaskan jajahan melaka.
sejarah tidak pernah menipu kita, cuma kita selalu memalsukan sejarah. tuan director mengaitkan alkisah lama ini agar menjadi pengajaran kepada tok empat yang merajai seluruh alam jajahan selama dalam hayat 3 tahun ini. tok empat gagal untuk melihat begitu ramai askar dan cendikiawan yang mempunyai sifat tun perak dalam diri mereka tetapi sayang tok empat lebih senang dikelilingi oleh golongan yang bersifat seperti raja mendeliar dan si kitul.
kita memang suka menghukum sejarah, tetapi sering lupa bahawa mengulangi sejarah pahit ialah membenarkan diri dihukum sejarah berkali-kali. cuba lihat jajahan selama ini, tuan director sering mengatakan demang tuanpenasihatsiparangkontot lah yang menyebabkan jajahan selama lingkup di bawah pemerintahan 3 orang tok empat. sayangnya semua tok empat seolah lupa sejarah dengan terus-terusan mendengar nasihat daripada orang yang gagal.
P/S : hahahahahahaha takpe lah tok empat, dengar kata kontrak takkan disambung lagi. berbaik-baik lah dengan demang tuanpenasihatsiparangkontot, mungkin boleh disambung sebagai cendikiawan dimana-mana kem atau pun kalau tak malu boleh juga dilantik di mana-mana kem sebagai tuanpenasihat.....mengulangi sejarah tuanpenditarajalaut. Adios....
No comments:
Post a Comment