May 31, 2010

AGENDA INNOVASI VS EMOSI

salam 2 all,

sekiranya saya masih bersekolah hari ini, mungkin saya telah pun tamat membuat ujian penggal persekolahan. minggu ini merupakan minggu terakhir bersekolah sebelum bercuti selama 2 minggu. satu tempoh percutian yang sangat singkat bagi anak kampung seperti saya. cuti sekolah lazimnya penuh dengan aktiviti sama ada yang akan mendatangkan pendapatan atau parut-parut luka kerana bermain.

anak kampung macam saya tak pernah pun fikir untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, cuma yang saya dan kawan fikir ialah untuk bermain sepuashati. guru lah yang menjadi pelita dan lilin kami ketika itu. Pencapaian anak murid merupakan bonus kepada mereka saban penggal. keikhlasan mendidik anak bangsa terserlah tiap kali nasihat diberi kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Apabila saya berjaya dengan agak baik dalam sijil rendah pelajaran, seorang guru memaklumkan kepada arwah bapa tentang keputusan tersebut. saya ketika itu berada dalam sungai bermain dengan rakan-rakan telah diminta oleh bapa untuk mengambil keputusan SRP di sekolah tanpa dimaklumkan keputusannya oleh bapa. Apabila saya sampai ke sekolah, saya dimaklumkan bahawa keputusan saya antara yang terbaik dikalangan calon SRP.

begitu ramai guru dan kawan-kawan memberi ucapan tahniah, ada kalangan guru telah pun bertanya tentang peluang saya melanjutkan pelajaran ke sekolah sains, MRSM, atau mana sekolah yang lebih baik. mereka ternyata tidak pun memikirkan kepentingan diri atau sekolah dengan menyekat saya belajar di sekolah lain. mereka bahkan beria-ia meminta saya belajar di sekolah yang menawarkan mata pelajaran sains tulen atau teknikal. itu lah sifat guru.

Bulan jun juga sepatutnya menjadi peringatan kepada jajahan selama terutama dikalangan pemimpinnya. bulan jun sepatutnya menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian KPI masing-masing. tuan director perhatikan tiada siapa pun yang kelam kabut bila Jun menjelma, kerana percaya atau tidak, pemimpin jajahan selama tiada pun merancang untuk melihat kembali, meneliti atau memantau KPI yang telah dibuat.

Jun merupakan bulan yang dikatakan akan berlaku perubahan, kalau Mei kita ditipu oleh Tiangserisungaibayu, tuan director dapat mengagak bahawa Jun juga sekali lagi kita akan ditipu oleh tok empat. cerita perubahan kepimpinan hanya akan menjadi retorik yang sudah dijangka dan berulang.

kenapa semua ini berlaku, jawapan cukup mudah, kita tidak pun dinilai dengan objektif akan pencapaian masing-masing. kita lazimnya akan dinilai oleh emosi pemimpin. sekiranya pemimpin suka akan kita maka semua yang kita lakukan akan mendapat sanjungan. tiada siapa pun yang nak ambil tahu apa sebenar tugas dan peranan kita atau KPI dicapai atau tidak. jarang benar kita dinilai berdasarkan merit sebenar pekerjaan kita.

tuan director ingin berkongsi cerita. seorang tuanpendita telah gagal memimpin kemnya, maka dia diberi kem baru. gagal juga, diberi tugasan baru. gagal lagi diberi sebuah kem yang lain pula. kerana apa, tok empat memberi jawapan yang mudah sahaja, kesian kat dia, kalau kita tak beri jawatan kepada dia, malu la dia, hilang la elaun bulanan yang dia nikmati.

Bulan Mei lepas kita ditipu tentang perubahan. apakah yang berlaku disebalik kelambu jajahan selama sebenarnya. ceritanya mudah. seorang tuanpendita telah mendapat tahu bahawa dia telah digugurkan dari menjadi ketua kem, begitu juga seorang pendita yang lain. sehari sebelum berlakunya hebahan agung dimana kita semua telah dijemput ke Gerai Kak Nah. dua orang tuanpendita telah menyelinap masuk ke koridor kuasa mengadu dan memohon agar khidmat sebagai ketua kem disambung lagi. dengan emosinya tiangserisungaibayu bersetuju dengan permintaan tersebut, maka sekali lagi kita ditipu.

itu belum masuk cerita askar-askar yang bertukar. cerita bertukar ini dah jadi episod drama swasta. kerana itu tuan director kata jajahan ini sukar untuk mencapai gemilang. semasa perubahan diumumkan maka berjumpa ketua-ketua kem dengan kem pokok durian, maka dihebahkan bahawa kem-kem akan mendapat pang5perang berdasarkan jumlah kambing yang dipelihara kerana kalau jumlah kambingnya banyak maka pang5perang yang akan menjaga kem perlulah lebih tinggi kepang5annya.

hahahahaha mau gelak pun ada, kerana masa perjumpaan dan perbincangan punya la hangat, ada ketua kem bangga kerana jumlah kambing yang banyak akan membolehkan kemnya mendapat pang5perang bertaraf tinggi. tup-tup dikhabarkan tak menjadi pun. semua ini kerana tuanpenasihatsiparangkontot sangat beremosi untuk melepaskan pang5perangtanggukikan kesayangannya.

tuanpenasihatsiparangkontot kata demi kepentingan perkhidmatan. banyak lawak la. dalam perbincangan LuPunyaUntung, telah ditegur betapa pang5perangtanggukikan telah gagal menjalankan tugasnya. tuan director langsung tak percaya akan dahyah tuanpenasihatsiparangkontot. semuanya kerana emosi sahaja

lebih hebat lagi apabila tuanpenasihatsiparangkontot mengaitkan pula dengan pang5perang yang lain dalam percaturan ini. 3abdul1 dikatakan enggan melepaskan pang5perangkhasnya begitu juga tiangserisungaibayu. serikandisentosa juga terpalit apabila dikatakan mengamuk dan enggan melepaskan pang5perangabgbesar. 3abdul3 juga dikatakan merajuk apabila pang5kanannya ingin ditukar.

cuma tuan director nak tanya la kepada kepimpinan jajahan selama, kenapa la susah sangat nak tukar pemimpin kem atau pang5perang nie. kalau memang dia orang nie bagus biar la mereka menabur bakti ditempat lain pula. yang tuan director nampak kenapa pertukaran tidak berlaku kerana ada agenda peribadi tertentu di kem-kem tertentu terutama tuanpenasihatsiparangkontot yang sangat risau pertukaran yang melibatkan kem pokok durian dan kem ambilan kambing.

P/S : Tuan director akan kembali bersiaran diproduksi lama selepas ini. cuma yang kelakarnya alasan ditempatkan di produksi yang menjadi tempat bermain sebelum ini ialah untuk mendapat pengalaman baru.....hahahahaah lu buat lawak la tuanpenasihatsiparangkontot. ingatan tuan director kepada kepimpinan jajahan selama ialah....lu pikirrrr la sendiri..adios.

2 comments:

  1. daripada analisis mudah saya, ceo ladang kambing nie agak cetek maklumatnya tentang apa itu PENGURUSAN.

    agak malang apa bila sekumpulan kecil gembala kambing yang TER berada dalam kumpulan jawatan pengurusan dan profesional tetapi apa bila bekerja atau menjalankan tugasan yang diberi tidak dapat melaksanakan dengan efision dan seterusnya gagal. malah jika dibandingkan dengan sebuah organisasi di medan selera yg mana produk nya hanya nasi lemak dan teh tarik lebih baik prestasi daripada ladang kambing kebangsaan yang kunun menjadi kebanggaan para alumni nya.

    sayang sekali kerana alma metar ini semakin terumbang ambing dan terus tenggelam menanti karam. apa yang boleh diharap pada seorang insan penuh emosi tanpa motivasi diri dan apa lagi poduktiviti untuk organisasi.

    sudah terbukti insan ini dan ini dan ini telah gagal berfungsi.

    dicadangkan supaya ceo pusat latihan kambing kebangsaan supaya mendapatkan segera buku Mengurus dan Mentadbir hasil karangan saudara samsudin wahab keluaran PTS.

    ReplyDelete
  2. terima kasih hangnakpimana,komen bernas nampak. rupanya di buana jajahan selama ini masih ada pendapat yang bernas, tak kira la hang dari kumpulan askar atau cendikiawan, jom kita berbahas. tuan director rasa kalau banyak baca buku pun tapi perangai takmo berubah memang susah la....adios

    ReplyDelete