salam 2 all,
anak saya tahun lepas bercerita tentang keinginan untuk menjadi pengawas sekolah. apabila saya bertanya kenapa sangat berkeinginan menjadi pengawas sekolah jawapan yang diberikan sangat mudah. " ayah, kalau ama dapat jadi pengawas sekolah, boleh ama tulis nama kawan-kawan yang buat bising dalam kelas masa guru takde". itu lah jawapan ikhlas dari seorang kanak-kanak.
apabila anak saya balik daripada Taska ABIM kira-kira sebulan yang lepas. ama ternyata marah-marah dengan kawan-kawan lain termasuk adiknya uzma. saya hanya ketawa tetapi sempat juga bertanya kenapa marah. " ayah tau tak , ama bengang betul ngan bebudak kat abim. ama suruh depa duduk kerana pengasuh suruh, depa buat tak kisah je. bila semua dah duduk, uzma plak yang taknak ikut arahan, dia suka2 je lari sana sini". saya hanya respon itu lah cabaran sebagai ketua..kena banyak bersabar dengan kerenah, itu belum lagi menjadi pengawas sekolah sambil ketawa.
sejak dua tiga hari, sms dan panggilan telefon meraung-raung tak tentu masa, tuan director pun naik pelik. ada yang ajak berjumpa ada yang buat-buat bertanya khabar. apa depa ingat tuan director nie peti sakti yang boleh berikan jawapan atas persoalan yang ditanya ka ? nasib baik yang telefon tu dikenali, kalau dia kata dia tersalah nombor ka memang mau angin satu badan...hahahahahahaha.
rupa-rupanya semua ingin tahu pandangan tuan director tentang tok empat ke-v jajahan selama. tuan director pun terkejut kerana tak jangka bahawa isu ini akan berbangkit seawal ini. baru bulan jun. tok empat tiangserisungaibayu ada masa hingga bulan ogos untuk memerintah lagi. tapi semua kata bahawa tuan director dah terlepas bas kerana jumpa dan duga calon tok empat jajahan selama telah pun dibuat.
wahhhhhhhhhhhh....terkejut lah tuan director, macam mana proses pemilihan tok empat jajahan boleh terlepas pandang. terus tuan director sms sumber. rupa-rupanya 7 nama telah naik dalam pemilihan tok empat. dua nama dari jajahan selama, 5 lagi dari luar jajahan.
nama tok empat tiangserisungaibayu pun ada. tak malu sungguh tiangserisungaibayu hadir acara jumpaduga untuk meneruskan jawatan tok empat. bukan kah sudah 3 tahun kita diperintah tanpa pencapaian cemerlang. takkan merayu untuk kontrak disambung dengan cerita pembaharuan yang baru bergerak sepurnama yang lepas. tu nampak sangat tak berapa cerdik, dah memerintah 3 tahun takkan baru nak buat pembaharuan....hahahahaha tapi mengenali tiangserisungaibayu, dia memang pandai promo diri dengan memburukkan orang lain, kalau tak percaya tanya la tuanpenasihatsiparangkontot.
dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot cadangkan 3abdul1 sebagai tok empat ke-V dan cadangan ini disokong oleh tiangserisungaibayu. nampak sangat liciknya permainan ini, biar siapa pun menjadi tok empat, tuanpenasihatsiparangkontot takkan rugi. 3abdul1 akan terhutang budi kalau dilantik, mungkin sebagai membalas budi akan menyambung kontrak tuanpenasihatsiparangkontot sebagai demang bila kontraknya tamat tahun depan. tiangserisungaibayu pula mungkin akan dilantik sebagai pendita kat mana-mana kem sebagai balasan.
sapa plak calon-calon lain yang muncul kat sesi jumpa dan duga. rupa-rupanya bukan 3abdul2 dan 3abdul3. sebaliknya muncul plak bekas 3abdul1 jajahan selama sebagai calon....tentu tuanpenasihatsiparangkontot dan pang5besarchahketing sangat risau dengan kemunculan calon ini kerana mereka sangatlah benci akan bekas 3abdul1 jajahan selama. calon ke 4 plak kawan lama tiangserisungaibayu kat jajahan nyiorsebatang. tentu calon ke 4 ini juga hebat kerana boleh bercerita kelemahan tiangserisungaibayu dulu, hahahahahaha
persoalanya siapa plak 3 calon lain. terpaksa la kabel dasar laut tuan director digoncang untuk mengetahuinya. selak sana sini, tiup jampi serapah dengan nokia, tak cukup dengan itu buat-buat panggilan dengan sahabat lama....akhirnya dapat juga nama 2 orang yang cukup tuan director kenali dan kagumi....cuma sahabat yang bagitau kata jangan heboh-heboh kerana jumpa dan duga 2 calon ini belum dibuat oleh datuk paduka raja. takut-takut nanti tak jadi plak. so kena kita semua sabar ye...mungkin kalau ada berita tuan director akan buat satu filem pendek khas...
p/s : apa macam dengan tuanpenasihatsiparangkontot, dah lama tuan director tak nampak berpoya-poya di unit ulatnangka....takkan dah berdamai dengan serikandibahtera sampai lupa pang5perang sendiri di ulatnangka...nampak sangat emosi menguasai diri. cuma askar-askar ulat nangka rindu la ngan cerita durian dan kambing yang dah lama tak bersiaran.....adios
Salam 1 Malaysia pada empunya buana. Harap perkenan pendapat hamba.
ReplyDeletePada hemat penulis, si parang kontot akan terus memainkan peranannya dan akan masuk campur secara aktif bagi mempengaruhi acara pemilihan pemerintah yang baru.
Ini kerana nasib dan survival si parang kontot ini bergantung 110 peratus kepada pemerintah yang baru. Dipercayai bahawa Si parang kontot terus bermuslihat serta akan melobi habis-habisan untuk memenangkan calon pilihan si parang kontot ini. Kepada calon pilihan si parang kontot, Awas. Anda sedang dikontotkan.
Tindakan beliau sedang ambil ini juga didorong dengan sentimen harga kambing dan durian yang tidak stabil dan menentu akibat daripada minat yang bercampur campur pembeli yang sedang demam Fifa WC. Oleh yang demikian, untuk berhenti awal bukanlah satu pilihan yang terbaik buat masa sekarang.
Maka terpaksalah siparang kontot, Mengontot pilihan yang beliau ada ini. Walau pun sebelum ini beliau gemar meng war war kan bahawa beliau akan mengontot tempoh perkhidmatan beliau.
Walau pun pemilihan pemerintah jajahan selama masih berlangsung, Penulis berharap agar pemerintah yang baru dipilih itu nanti memiliki fikiran yang baik dan wawasan yang jelas untuk jajahan selama. Ini kerana jajahan selama tidak memerlukan pemerintah yang berfikiran kontot seperti yang sedia ada dan sedia maklum sekarang.
Biarlah rupa fizikalnya kontot, tetapi karisma dan kualiti kepimpinan nya diakui kawan dan lawan.
P/S: Mavi Mamara adalah aktivis alam sekitar jajahan selama, merangkap Timbalan Ketua Biro Marin Tanjung Kupang, Gerakan Asah Belakang Parang. Penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau.
hahahahahaha selamat datang mavi, ingat kan mawi tadi, terkejut tuan director. amboi-amboi nama popular hang pilih ye, siap ada jawatan lagi. sapa lantik hang jadi timbalan ketua biro marin nie. rasanya hang pakar laut jangan la dok komen pasal bisnez kambing siparangkontot nanti dikontotkan plak hang kat jajahan selama. apa pun selamat datang tn mavi mamara...adios
ReplyDelete