
datuk k sangat suka menghadiri majlis-majlis koktail yang dipenuhi orang muda, gaya datuk k boleh membuatkan hadirin memandang 2 kali bila terserempak dengannya. pakaian berjenama, kasut kulit buaya, jam tangan rolex bersalut emas 24k, semuanya berada ditubuh berusia tapi muda datuk k.

pada satu malam yang damai setelah puas memukul golf pada sebelah siangnya,datuk k terlelap di kerusi ruang tamu rumah agamnya. lalu bermimpi sedang berada dalam satu acara bersama pembesar negara. maka memanda bendahara isketambolaraga pun bertanya kepada datuk k akan aktiviti perdagangannya. datuk k mengatakan dia sudah jemu berada di dunia glamour dan berhasrat untuk menabur bakti dalam akviti masyarakat, memanda bendahara mengangguk-angguk tanda setuju.

memanda bendahara lalu meminta datuk halehwalilmu mengeluarkan warkah lantikan kepada datuk k secara segera sebagai demang jajahan selama. setelah mempersiapkan diri selama 2 hari, bertolak lah datuk k ke jajahan selama dengan menaiki kuda hitam baka import dari negara atas angin.
datuk k memulakan hari pertama sebagai demang dengan tenang, sambil menghisap cerut cuba yang berharga RM40 sebatang, datuk k memanggil dayangnya lalu bertanya apa tugasannya di jajahan selama. dayang lalu memberitahu bahawa tugas pertama datuk k ialah memadam cerut kerana jajahan selama ialah zon larangan merokok...hahahaha

datuk k hanyut dengan kekaguman, besar sungguh jajahan selama ini. bertambah terkejut lagi bila dikhabarkan bahawa jajahan ulu selama masih dalam pembinaan dan akan siap awal tahun 2011. besar sungguh jajahan selama ini, maknanya banyak la kerja yang perlu dibuat sambil membandingkan hidupnya sebagai ahli perniagaan sebelum ini.

datuk k bertanya lagi kepada pang5perangtanggukikan apakah gerangan yang perlu dibuat untuk mengawal dan memerintah 29 kem jajahan selama ini, maka dijawap bahawa demang tak perlupun berbuat apa-apa. 29 ini telah pun berdikari selama ini tanpa bimbingan demang. semakin kagum datuk k terhadap jajahan selama.
datuk k bertanya pula kepada kepada dayangnya..sekiranya 29 kem ini boleh berdikari tanpa bimbingan, apa pula gerangan yang dibuat oleh demang sebenarnya. maka dayang sambil membelek2 buku catatannya mengatakan bahawa sebagai demang jajahan selama, datuk k hanya perlu hadir mesy tanpa perlu mengambil tindakan kerana aiman tak kisah...selepas lepak2 kat bilik dan merasa jemu bolehlah datuk k meronda2 ke kebun durian untuk bergurau senda dengan askarpembawatombak, inang sari atau menuju ke unitulatnangka untuk menghibur hati.
dayang juga mengatakan bahawa kalau datuk k ingin makan selain daripada kedai mamak yang menjadi persinggahan tetap bekas demang tuanpenasihatsiparangkontot bersama tuanpenasihatadamasyuk sebelum ini, datuk k juga digalakkan mengajak warga jajahan selama menjamu selera di siputgarden. cuma dayang ingatkan datuk k berhati2 takut2 terserempak dengan tuan director plak nanti...nanti tak pasal-pasal jadi cerita pendek dalam bicara azman.

datuk k semakin sesak nafas, dadanya seakan ditekan, mukanya pedih rasa ditampar...tiba-tiba datuk k terjaga..rupa-rupanya bermimpi tadi..didepannya kini, isteri tersayang yang merupakan penyanyi tersohor negara sedang cemas dengan sebaldi air...katanya dah berpuluh kali dia menampar manja muka datuk k yang sedari tadi menjerit2 menyebut jajahan selama, jajahan selama, jajahan selama....adios
No comments:
Post a Comment