June 14, 2010

MAK PAK KITA Sdn Bhd

salam 2 all,

bapa saya seorang perdagang yang sangat komited...tetapi arwah tak berapa gemarkan langkah saya untuk terlibat dalam perniagaan. katanya hang kerja kat gomen je la, lagi pun buat pe susah-susah nak berniaga kalau boleh berkerja tetap.

apabila saya membuka restoran di taman nuri, kulim kedah tahun 1996 saya berpeluang berjumpa rakan-rakan lama yang telah bertahun berpisah. ramai kalangan mereka yang telah berjaya dalam hidup walaupun hanya bekerja kilang. ternyata keberkatan tuhan seluruh buana melingkari hidup mereka.

ada juga rakan yang berniaga datang bertanya khabar. ketika itu ekonomi negara tengah memuncak, banyak sangat peluang perniagaan. ada satu peluang yang sangat besar menanti saya apabila Kulim Hitech ingin dibangunkan. kawan datang menawarkan untuk daftar perniagaan guna nama saya, bukan sebuah sebaliknya beberapa buah untuk tujuan tender kerajaan. saya hanya perlu tandatangan dokumen dan cek sahaja setiap bulan atau minggu dan menerima bayaran lumayan atas status bumiputra...hahahaha tentu sahaja saya menolak.

di jajahan selama juga rupanya bergema kaedah yang sama. mengunakan nama bumiputra untuk menyapu hampir setiap projek. tuanpenasihatadamasyuk tahu, pang5besarkananadamasyuk pun tahu, hatta askarpembawatombakadamasyuk pun tahu. sebut sahaja nama projek semuanya akan ditandingi oleh baba yang mengunakan nama ali. lebih teruk lagi ali tak pernah muncul termasuk semasa menuntut bayaran...yang muncul hanya baba dengan kuda hitam baka importnya.

filem pendek kali ini ingin membawa penonton melihat kem silatulrahim yang diketuai oleh tuanpendita import yang dibawa ke jajahan selama oleh tiangserisungaibayu, konon-kononnya sebagai pakar untuk mempopularkan jajahan selama ke seluruh buana. pelik tetapi benar dengan gaji hampir 15k sebulan tuanpendita ini tidak pun perlu menjadi ahli cendikiawan sebaliknya membuat kerja pang5perang sahaja. dah masuk 2 tahun di kem silatulrahim namun tuanpendita yang pakar dalam hal pujuk memujuk ini masih lagi gagal untuk mempopularkan jajahan selama...persolannya kenapa

tuan director selalu nak tergelak dengan sistem di jajahan selama, kononnya kalau ada kem baru ketuanya perlulah seorang ahli cendikiawan walaupun sebenarnya kecendikiawanan tidak pun perlu untuk membangunkan kem terutama kem yang hanya terlibat dalam perkhidmatan atau pentadbiran...akhirnya yang buat kerja ialah pang5perang juga....hahahahaha tuanpendita tersebut hanya mengambil elaun semata-mata...sungguh memalukan.

berbalik kita tentang kem silaturahim dengar cerita syarikat yang masuk mengambil projek di kem tersebut adalah syarikat Mak Pak Kita sdn bhd. desas desus cerita dalam kelambu ini tuan director dah dapat lama cuma kali ini nampak semakin jelas empunya bayang. hahahahaha sungguh luar biasa kaedah yang dibuat.

konon-kononnya apabila ada kerja-kerja ingin diberikan maka syarikat mak pak kita akan dimaklumkan butirannya termasuk harga yang sudah pun dirundingkan. syarikat mak pak kita akan membuat sebutharga dengan mengunakan anak syarikat iaitu mak sdn bhd, pak sdn bhd, ank sdn bhd, menantu sdn bhd dan cucu sdn bhd....sudah tentu harganya sama sahaja begitu juga butiran kerja

siapa yang akan mendapat projek tersebut akhirnya, sudah tentu syarikat mak pak kita sdn bhd. agak-agak kem adamasyuk boleh tangkap tak...tentu sahaja boleh kerana jelas yang masuk seburharga hanya mak pak kita sdn bhd bersama dengan anak syarikatnya sahaja. siapa dalangnya tentu sahaja kem silaturahim....

P/S : dengar citer banyak syarikat mak pak kita sdn bhd kat jajahan selama, mungkin tuanpenasihatadamasyuk dan tuanpenasihatsiparangkontot lebih afdal untuk memberi ulasan, kalau pang5perangtanggukikan nak juga memberi komen memang dialu-alukan.....contohnya syarikat warna warni sdn bhd yang saban tahun diberi projek...hahahahaha adios

5 comments:

  1. salam 1 Selama pada empunya buana. Mohon perkenan tulisan hamba.
    minta maaf pada sapa-sapa yang terasa. Cepat cepat la taubat pada yang MAHA ESA.

    Pada pandangan penulis yang kurang arif ni, kautim mengautim ni telah menjadi perkara biasa kat jajahan selama. Dari yang atas(kaw kaw punya) sampai la yang bawah sekali.

    Sebagai contoh yang paling mudah bila tiba ari nak femeli day. Untuk kem kem yang mendapat wang poket yang banyak setiap tahun spt kem tuanpenasihatinjinnyor dan kem tuanpenasihatadamasyuk(contoh aje) tempat berlangsungnye acara femeli day nie agak hebat. Bersekali dengan pakej hadiah-hadiah cabutan bertuahnye yang agak lumayan.

    WAlaubagaimanapun penulis angkat topi pada tuantuanpenasihat yang sanggup bersusah payah berkongsi sedikit hasil %$#@!* nie dengan semua warga kem.

    Cuma penilis tidak beberapa gemar dengan sikap tuanpenasihatsiparangkontot, ini kerana segala hasil *&^%$#@! nie biasanya akan dibahan beliau seorang. Maka terkulat kulat la warga kem beliau. Dan dari sumber askar upahan yang telah membocorkan rahsia, beliau juga sangat licik hingga tidak meninggalkan kesan.

    Analogi mudahnya macam budak budak dapat makan KFC. Sampai ketulang ditelanya. Seperti mana yang telah diulas serba sedikit oleh Tuan Director seperti di atas, dengar khabar syarikat warna warni sdn. bhd. dah ubah entiti menjadi syarikat hitam putih private limited. Rebrending katanya, mohon rujuk pada tuanpenasihattanggukikan bagi kepastian.

    Penulis ingin menyarankan kepada seluruh warga jajahan selama untuk mengadu isu yang telah disebutkan seperti di atas pada Suruhanjaya Pasti Ringgit Malaysia. Cawangannya yang terbaru pun telah mula bertapak dijajahan selama.

    P/S: Mavi Mamara adalah aktivis alam sekitar jajahan selama, merangkap Timbalan Ketua Biro Marin Tanjung Kupang. Penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau.

    P/S2: Ribuan terimakasih dan Terima kasih sekali lagi pada Tuan Syekh L Madali Wal Director kerana meraikan tulisan ana. Seboleh bolenya ana berhajat untuk mendalami ilmu kambiang dan ilmu duriyani dari tuan syekh. Ini kerana ana ada terdengar perkhabaran tentang si kontot yang kunun pandai dalam 2 cabang ilmu nie, tetapi telah sewenang-wenang di kontotkan oleh tuan syekh. ahaksss....

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Di sini hamba ingin berkongsi satu pengalaman hamba selama berkhidmat di jajahan ini. Perkara ini berkisar pada syarat panggilan 3 sebutharga yang dikenakan bagi proses perolehan. Waktu itu hamba terlibat dalam kerja-kerja mencetak pesanan-pesanan di sebuah jabatan. Hamba telah menerima 3 sebutharga dari panglima perang pada waktu itu dan telah diarahkan membuat dan mencetak pesanan. Setelah hamba teliti sebutharga yang pertama, hamba dapati ada kesilapan ejaan bagi item yang ingin dibeli. Pada waktu itu hamba rasa itu adalah perkara biasa sahaja almaklumlah kerja manusia. Tapi hamba terkejut apabila mendapati kedua-dua sebutharga yg lain juga mempunyai kesilapan ejaan pada perkataan yang sama!!! Ini adalah perkara yang jarang berlaku dan pada pandangan hamba yg cetek ini, 'inferences can be made that the 3 quotations came from the same person'. Jadi ketiga-tiga sebutharga ni dari individu yang sama tetapi syarikat berbeza. Bukankah ini satu penipuan terhadap tanah jajahan? Hamba terus menghadap panglima perang dan dia buat 'donno' je!

    Rasa-rasa syok jugak kalau dihebahkan keluar supaya boleh diaudit kaedah perolehan tanah jajahan ni.

    P.S. - Ampun Datuk-Datuk! Izinkan hamba mengundur diri dahulu untuk mencari bukti lain!

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Di sini hamba ingin berkongsi satu pengalaman hamba selama berkhidmat di jajahan ini. Perkara ini berkisar pada syarat panggilan 3 sebutharga yang dikenakan bagi proses perolehan. Waktu itu hamba terlibat dalam kerja-kerja mencetak pesanan-pesanan di sebuah jabatan. Hamba telah menerima 3 sebutharga dari panglima perang pada waktu itu dan telah diarahkan membuat dan mencetak pesanan. Setelah hamba teliti sebutharga yang pertama, hamba dapati ada kesilapan ejaan bagi item yang ingin dibeli. Pada waktu itu hamba rasa itu adalah perkara biasa sahaja almaklumlah kerja manusia. Tapi hamba terkejut apabila mendapati kedua-dua sebutharga yg lain juga mempunyai kesilapan ejaan pada perkataan yang sama!!! Ini adalah perkara yang jarang berlaku dan pada pandangan hamba yg cetek ini, 'inferences can be made that the 3 quotations came from the same person'. Jadi ketiga-tiga sebutharga ni dari individu yang sama tetapi syarikat berbeza. Bukankah ini satu penipuan terhadap tanah jajahan? Hamba terus menghadap panglima perang dan dia buat 'donno' je!

    Rasa-rasa syok jugak kalau dihebahkan keluar supaya boleh diaudit kaedah perolehan tanah jajahan ni.

    P.S. - Ampun Datuk-Datuk! Izinkan hamba mengundur diri dahulu untuk mencari bukti lain!

    ReplyDelete
  4. tak baik la tuduh-tuduh orang, terutama tuanpenasihatsiparangkontot yang suci bersih itu, lagi satu kalau nak tuduh tuanpenasihatadamasyuk,,,depa nie memang integriti tinggi terutama apabila sijil pengesahan diberi oleh pang5perangkeranatuhan....sebenarnya kalau nak tuduh kena tuduh semua orang, hahahahahaha adios

    ReplyDelete
  5. Salam respek pada Datuk Pujangga
    Berani dedah satu cerita
    Ayuh semua warga Selama
    Kasi bongkar semua berita

    Durja sungguh si panglimaperang
    Membuat onar dibelakang orang
    Kalu direport pada si parang
    Nak ker siasat wahai si tiang?

    Penulis sememang nya tidak meragui kesuci dan kemurnian tindak tanduk tuanpenasihatsiparangkontot selama ini.
    Jika kurang percaya, ambil la parang,
    belah la dada pang5perangtanggukikan untuk menyaksikan kesucian siparangkontot. ahaksss.......

    ReplyDelete