May 05, 2010

3 HARI YANG DAMAI

salam 2 all,

3 Mei, 8.31 am
suasana sangat nyaman pagi ini di jajahan selama, semalaman dan hampir ke subuh bumi bertuah jajahan selama disimbah air hujan, rahmat daripada Yang Esa. dingin pagi ini rupanya isyarat jelas untuk suasana yang akan bertukar sesak kemudian.

tiba-tiba semuanya riuh rendah dengan jeritan bebas! bebas! dan bebas!. kelakar juga baru satu minit tadi 2 ekor gajah bergerak meninggalkan jajahan, kini bebas pula dilaungkan warga jajahan. apa pertanda jeritan tadi, semuanya tergambar dalam 3 hari berikutnya.

pagi tersebut tersembur daripada ym seorang kawan tuan director dengan taglinenya jajahan selama damai untuk 3 hari. wahwahwah tertekan betul kawan tuan director dengan ketuanya yang turut juga berada dalam salah seekor gajah dan kuda hitam.

8.32 am pihak askarpemegangtombak mula sibuk dengan aliran trafik kuda-kuda pelbagai baka dan warna yang berasak untuk meninggalkan jajahan. kemana agaknya tujuan tuan-tuan kuda gerangannye ingin tuju. selalunya tak begini. lain benar jajahan selama pagi nie.

9.00 am 3 mei hingga 12 pm 5 mei
seluruh bandar tanjung sesak dengan warga jajahan. sebut je kat mana, ada je warga jajahan bersidai. kedai karim, pokok jambu, pokok manggis, kedai handphone, KFC, Pizza Hut, Secrect Resipe, ezzycafe, pasaraya Billion dan TF, maybank, publicbank, bank islam, bank rakyat, hatta pejabat pos penuh dengan warga jajahan seolah-olah semuanya sedang berpesta.

ahmeng, ahmad, mutusamy lambang semangat 1malysia sangat teruja, mana taknya rezeki mereka tiba-tiba melimpah ruah, tak menang tangan melayan warga jajahan yang dirasuk kebebasan. jajahan selama seolah-olah dilanda demam kebebesan, tuan director hanya berkata kudeta, kudeta dan kudeta....

Tuan director tersenyum, ramai yang tak pernah pun keluar untuk minum, terikut-ikut dengan rentak kebebasan, ada yang bila ditanya hanya berkata ...bila lagi nak lepak-lepak kat luar, dah ahli senator, tuan penasihat dan semua pembesar takde, ini lah masanya untuk huha.

nampak sangat kawalan longgar di jajahan, dengar kata tiada siapa pun diberi arahan untuk mengawal jajahan sempena acara simulasi perang pembesar berlangsung. jajahan bukan lagi organisasi, jajahan dah jadi macam...buat la macam rumah sendiri.

P/S : warga jajahan kecewa kerana dalam sibuk-sibuk mereka keluar membeli belah rupanya gerai kaknah pun tutup, dengar khabar 3 hari juga tutupnya...mana kaknah menghilang selama 3 hari nie..ada orang kata dia nampak tuanpenasihatsiparangkontot bersama seseorang dengan dokumen penting di kedai mamak malam kelmarin...bukan masa tu sepatutnya tuanpenasihatsiparangkontot jugak perlu berada di acara simulasi perang ke...cakap malam pandang-pandang la tuan..takut nanti jadi macam Blok L dan M yang hilang kepada Brunei....adios

May 03, 2010

ROMBONGAN ITU & INI

salam 2 all,

Saya cuba untuk mengingatkan kali pertama saya mengikut rombongan, sukar kerana saya amat tidak mengemari aktiviti ini ketika sekolah. anak kampung yang dilepas biar bebas seperti saya mungkin terlalu susah untuk mengikuti rombongan sekolah yang dikawal ketat guru yang sangat berdedikasi. cuma seingat saya semasa sekolah rendah saya pernah mengikuti rombongan pasukan bola keranjang ke bandar kulim, itu pun kerana saya salah seorang pemain sekolah.

Apabila memasuki sekolah menengah kerana aktif bermain hoki, bola sepak, dan rugbi. saya terlibat untuk mengikuti rombongan pemain-pemain sekolah berkunjung ke sekolah lain untuk tujuan bermain sahaja. tidak pernah pun berpeluang untuk mengikuti rombongan untuk lawatan sambil belajar.

saya memang suka berbuat sesuatu sendirian, pada tahun 1980, hari raya puasa yang ketiga, saya berebut menaiki bas di pekan mahang. zaman itu hari raya adalah peluang untuk berkunjung ke bandar kulim setelah penat mengutip duit raya pada hari raya pertama dan kedua. seksaan untuk mendapat tempat di dalam bas awam dapat digambar dengan mudah oleh saya iaitu dengan menaiki bas melalui tingkap, kalau tidak terpaksalah berdiri dalam perjalanan sejauh 45 km tersebut.

tahun 1980, ketika berusia 10 tahun, saya sudah pun sampai ke pulau pinang yang jauhnya dari rumah sekitar 150 km. menaiki bas ke kulim kemudiannya ke bukit mertajam, sehingga ke pengkalan feri raja uda, menaiki feri ke pulau pinang dan sampai di penang road untuk menikmati nasi kandar. Kembali ke rumah sekitar jam 6 petang, mak meletiri saya kerana pergi sejauh itu tanpa ditemani oleh sesiapa. pak hanya pandang dan senyum sahaja.

Pukul 7 pagi sms menjolok masuk dalam telefon tangan tuan director. mesejnya jelas untuk mengajak melihat sekumpulan orang-orang dewasa jajahan selama menaiki bas menuju ke destinasi simulasi perang. ketika itu tuan director terbayangkan suasana yang hampir sama barangkali dengan menghantar sekumpulan jemaah haji ke mekah, majoritinya tua dan tidak bermaya, mungkin ada seorang dua terselit yang muda-muda. kata saksi kerana tuan director tak sanggup tumpahkan air mata untuk melihat peristiwa tersebut, semua ahli rombongan memakai pakaian yang sama, lambang perpaduan katanya.

cuma barangkali perpaduan itu hanya pada nama sahaja, beberapa hari sebelum simulasi perang dijangka berlangsung semua ketua kem, senator, dan tuanpenasihat serta segelintir pang5perangbesar telah diingatkan beberapa perkara iaitu perjalanan harus menaiki gajah dan semua ahli rombongan perlu memakai seragam.

Pukul 8 pagi seorang demi seorang ahli rombongan sampai dengan pelbagai coloteh dan ragam. ada yang pergi kerana panggilan tugas, ada yang hadir kerana mengharapkan kontrak jawatan disambung dan ada yang tampil menyertai rombongan atas kepercayaan ini lah wadah perjuangan dan titik perubahan jajahan selama.

8.30 pagi ketika dua ekor gajah mengalas kerja mengangkut hampir 50 ahli rombongan menuju simulasi perang. sumpah seranah berbuku di hati, rasa tak puas hati berbaur marah. gosip liar dan tuduhan serta pelbagai rasa tumpah dihati hanya kerana satu perkara. dalam diam-diam ahli rombongan menyedari bahawa ada ahli yang gagal mentaati kata-kata sendiri.

hahahahaaha rupa-rupanya tok empat tiangserisungaibayu , tuanpenasihatsiparangkontot dan tuanpenasihatadamasyuk telah mengingkari janji seia sekata. mereka pergi dengan menaiki kuda hitam. hampa dan kecewa semua tuanpenasihat, pendita, senator dan pang5perang. acara simulasi perang gagal pada langkah pertama pertempuran.

P/S : tuan director cuma berharap bahawa tok empat dapat yakinkan semua ahli rombongan tentang kejujurannya membangunkan jajahan selama. banyak sangat janji tok empat dimungkiri diri sendiri. janji untuk mengumumkan nama ketua kem yang baru gagal ditunaikan, janji perubahan kem bermula 1 Mei juga tersasar hingga ke jun, janji tadbir urus terbaik juga telah gagal dengan campurtangan berterusan eksekutif. Apa lagi agaknya janji yang akan dibawa pulang 5 mei nanti untuk hidangan rakyat jajahan selama agaknya...adios

April 27, 2010

meriah nampak gerai KakNah

salam 2 all,

kenangan silam bermain-main dalam fikiran, menerjah fikiran dengan pengalaman berniaga kuih. mak berniaga kuih dengan bersungguh-sungguh. bangun dalam 4 atau 5 pagi sudah menjadi asam garam hidup mak sejak muda. kuih yang diniagakan pelbagai, karipap, kuih sagu, serimuka, tepung talam, bengkang, cucur keria, donut, koci, apom ( apam ), pulut udang. semua mak buat janji sembilan mulut yang ada dirumah dapat makan.

saya pula bangun pukul 6, dari tak pandai solat sampailah pandai solat bangun awal adalah wajib, kuih perlu dihantar ke setiap kedai, di kg bukit bertam saya singgah kedai Nan dan Kedai Lah, di pekan Mahang saya letak kuih kat kedai kopi bawah, kedai kopi atas, kedai simpang lobak dan simpang ke ulu mahang. semua kedai ada pasarannya sendiri, jumlah berubah ikut hari. kena pandai conggak agar kuih habis bila petang nanti di setiap kedai.

Apabila saya dapat peluang ke rumah kak Ta yang suaminya adalah tentera yang bertugas di kem sungai besi, saya melihat 2 situasi orang berjual kuih. satu ketika berada atas keretapi, yang mana penjualnya akan menjerit kuih dan nasi lemak serta kopi o di setiap hentian keretapi. kemudianya penjual kuih ala Siti Nurhaliza yang menjaja kuih dari rumah ke rumah di kuarters tentera sg besi. kedua-duanya membuat saya bangga kerana jual kuih bukan pun kerja memalukan.

tuan director tergamam apabila dijemput menghadiri acara penjenamaan semula gerai KakNah. amboi-amboi ramai betul pelanggan yang datang, berduyun-duyun umpama disuruh-suruh penduduk jajahan selama menghadirkan diri. sedangkan ramai dah tahu apa yang KakNah jual, tuan director pun selalu juga minum-minum sambil lepak-lepak kat gerai KakNah.

KakNah buat kejutan hari ini rupanya, bukan setakat dijamu penduduk jajahan selama dengan aneka kuih, pembalutnya pun istimewa. Kaknah kata PakNajib dah galak penduduk buat pembaharuan, KakNah pun takmo la ketinggalan. Lagi satu Pak Najib cakap pasal pendapatan tinggi, KakNah harap kuih kampung KakNah boleh la pie peringkat antarabangsa, dapat la pendapatan lebih nanti.

KakNah nie peramah orangnya, kalau jumpa tuan director memang senyum sentiasa, selalu juga dia tegur tuan director, patutlah gerai KakNah laku, dia memang pandai bab-bab komunikasi nie, mengalah tuanpenditasilatulrahim kemahiranya. hahahahaha tuan director pun amik kesempatan tanya-tanya KakNah yang tak jemu-jemu menyebut jenama baru kuih kampungnya.

'KakNah ! nie kuih apa nie, bulat-bulat macam guli je', KakNah senyum sambil bagitahu kuih tersebut ialah buah melaka hasil buatan Tokgan dari kg sempadan kandang kambing, cuma nama barunya ditukarnya Melaka Historical.

yang nie plak kuih apa. tuan director tertarik dengan karipap gulung yang nampak lembut je, baunya plak memang mengancam. ooooo itu kuih tepungkentangdidalam. kuih nie makcikNor yang buat. haaaa yang tu tuan director rasa la, sedap kuih seri muka tu, abgPet setuju namanya ditukarkan kepada SeriDewiMalam.


terpegun tuan director, memang cekap la KakNah buat promosi. kat meja kuih yang lain plak ramai yang berkumpul, tuan director pun mencelah nak tengok. wahwahwah putu mayum/mayam la. tapi kuih nie tak tukar nama, KakNah kata sebagai menghormati 1Malaysia, kuih nie dia takmola kacau. tuanpenditaserbabetul dan tuanpenditaunesco pun angguk tanda setuju. tuanpenditataraklayak yang membuat kuih nie pun tak setuju namanya ditukar.

setelah perkena teh tarik halia, tuan director pun nak angkat kaki la, masa tu terdengar la pekikan kuat AbgMad yang kecewa kuih tepung talamnya dipotong sebahagian dan disambung kuih cucur udang buatan AbgMie. yang nie nak nama apa, macam pelik je kuih nie nak digabungkan kata abgmie. KakNah pun namakan kuih nie sebagai tepungtalamcucurudang.

KakNah kata, gerai dia ada kuih baru, rupanya apam balik, cuma KakNah kata setakat ini nama tu belum nak ditukar, takut orang konpius pasal baru diperkenalkan kepada penduduk jajahan selama. kalau letak sebagai pizza terkejut lah orang nanti. pada tuan director, letak lah apa nama pun kalau rasanya karipap akan dipanggil karipap juga akhirnya.

P/S : jajahan selama nampaknya sibuk nak letak nama baru pada kem-kem yang ada. cuma tuan director nak tanya, apakah perubahan ini merupakan yang perlu atau sengaja dibuat-buat. pencapaian apa yang diharapkan untuk dicapai dari penukaran nama-nama kem ini. yang untung nampaknya sapa yang dapat kontrak buat papan tanda nama kem yang baru je. satu lagi nampak sangat tok empat cuba sedaya upaya membuat promosi untuk kontraknya disambung dengan menjemput undang luak hadir dalam acaranya.

April 25, 2010

KISAH ISTANA BESI BURUK

salam 2 all,

3 minggu lepas saya membawa uzma, iki n ama ke sungai samak untuk mandi-mandi sambil melayan keinginan anak-anak untuk bermain-main. memang seronok, air sungai yang jernih serta cetek memang memudahkan anak-anak bermain sambil mandi manda.

bermain di sungai adalah kenangan yang paling hidup dalam memori saya. pernah dua kali lemas di sungai kerian dan pernah juga membantu penduduk kampung menyembelih lembu di dalam sungai ketika air bah, menambah lagi kenangan hidup di bukit bertam

kalau musim kering, saya selain bermain wau atau turun ke sawah untuk menimba ikan ( menangkap ikan dengan cara mengeringkan kawsan) tentu sekali bermain istana pasir merupakan aktiviti yang sangat menarik. sepanjang hari boleh berada di beting pasir untuk membuat istana pasir. bersaing dengan kawan sekampung untuk reka bentuk yang kita mahukan.

tuan director termenung panjang, antara nak percaya atau tidak tuduhan terbaru. konon-konon tok empat ada saham dalam projek istana besi buruk. tak percaya kerana pada tuan director, tok empat bukan tergolong dalam kumpulan yang inginkan duit atau kekayaan dalam menguruskan jajahan selama. sekian lama, kritikan tuan director terhadap tok empat cuma berkisar kepada kepimpinan dan pengurusan jajahan selama cuma.

berita yang disampaikan oleh informer ternyata mengejutkan, berbulan juga jejak dikesan, denai diteroka, dan lurah dituruni. mencari pertunjuk baru dan lain untuk menilai kebenaran cerita. cerita campurtangan langsung tok empat dalam pembinaan istana besi buruk bukan cerita baru, campurtangan itu pada tuan director perlu untuk memastikan khazanah negara terjaga. itu bukan bukti tok empat hendak mencari untung.

tuan director buat temujanji dengan informer lain, kali ini perspektifnya berlainan. ini mengubah pandangan tuan director. rupanya tuanpenasihatenjinnyior hendak meletak jawatan disebabkan oleh campurtangan tok empat dalam projek istana besi buruk. ini bukan kali pertama campurtangan tok empat dalam semua perkara dijajahan selama.

keduanya campurtangan ini bermula apabila ada orang ketiga yang telah berjumpa senyap-senyap tok empat mengadu tentang kegagalan tuanpenasihatenjinnyior mengurskan projek. perjumpaan ini rupanya juga melibatkan syarikat putar alam sdn bhd yang mengatakan bahawa mereka tidak menyiapkan kerja kerana pang5perangbesiburuk tidak mengukirkan bentuk yang diinginkan dengan tepat.

nak tergelak pun ada kerana setahu tuan director, pang5perangbesiburuk ini diambilkerja oleh tok empat sendiri. takkan lah akhirnya cakap orang kepercayaan pula diragui. mungkinkah ada komplot mengunakan kelemahan tok empat untuk mengaut untung dari projek istana besi buruk ini. nampak sangat kasim pantulan ingin menjerat tok empat dengan projek 20%nya. hati-hati tok empat jangan nanti ayam terlepas tangan berbau tahi.

p/s : orang dah mula bercakap sekarang, ramai sangat kalangan tuanpenasihat suka buat kerja askar biasa, sampai bab mudah-mudah pun dia orang nak campur, tuan director nak tergelak pun ada bila larangan berpolitik dihantar ingatan oleh askar biasa. nampaknya kerja askar biasa dibuat oleh tuan penasihat, kerja tuanpenasihat askar biasa pula yang buat. dunia-dunia jual orang lagi untung dari jual unta.....

April 22, 2010

79 ye...ingatkan 65%

salam 2 all,

semalam hari jadi uzma auni, anak nombor 3 saya, satu-satu anak perempuan. dah berumur 4 tahun rupanya. sangat pantas masa berlalu. sambutannya seperti biasa la, maknye belikan sebiji kek yang tentunya ada warna pink. sepasang kasut yang ada rama-rama, sepit rambut dan sikat. saya, iki, uma dan fahim pun tumpang sekaki makan kek. lupa plak ada aiskrim dan air coca cola. akhirnya apam balik yang saya beli di ulu bernam tertinggal dalam kereta tanpa dijamah.

semalam jugak tuan director melihat markah untuk semua kerja yang dilakukan untuk 2009. mengimbau kembali semua produksi yang dibuat tentunya tuan director mahu juga dihargai dengan markah tinggi, tetapi mengenang bahawa jajahan selama telah diperintah secara emosi sejak lama dahulu harapan mungkin hanya tinggal harapan.

tahun 2009 merupakan cabaran yang hebat, dengan projek baru yang diberikan sekitar Ogos 2008, cabarannya sangat hebat untuk dilaksanakan. namum kerjakuat dan kerja berpasukan yang diamalkan menjadikan produksi yang dipimpin tuan director mencapai target dengan cemerlang.

bahana kerja kuat ada di mana-mana. fitnah, tikam belakang, lobi melobi, cerita yang diputarkan hinggap dalam setiap organisasi. sepak terajang politik organisasi kadang-kadang lebih jauh buruk dari politik kepartian. kalau orang politik boleh bertukar parti dan dijatuhkan dalam parti, di jajahan selama juga perkara yang sama juga berlaku.

bayang-bayang derita berpanjangan ini mula dicerminkan apabila produksi pertama tuan director tidak mahu dilancarkan oleh tiangserisungaibayu hasil hasutan tuanpenasihatsiparangkontot. ingatnya tamat begitu sahaja tetapi rupanya tidak, hasutan yang bertali arus menyebabkan tuan director disepak keluar dari produksi simulasi perang. bukan itu sahaja bahananya bahkan pencapaian tertinggi tahun 2008 pun tidak dipandang.

semua kerja kuat ini bukannya tiada bukti, produksi simulasi perang berjaya dalam banyak perkara termasuk lepas bebas dari auditan ISO, dapat surat penghargaan daripada JPA, jemputan berceramah datang bertubi untuk dikongsi pengalaman, lawatan dari jajahan lain juga bersambut. dan akhirnya jajahan selama tanpa rasa malu menghantar projek produksi ini sebagai best practice jajahan untuk dipamirkan kepada jajahan lain.

hehehehe nak cerita memang la panjangkan, cuma tuan director bukan lahir sebagai kaki ampu tapi kaki bambu, kalau tak betul tu tuan director cakap je, maka benar lah kata pepatah lama kerana pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. nak dikira memang banyak yang tuan director tak puas hati, semuanya dah difilemkan dalam filem pendek.

apa akibat semua ini, akibatnya amat mudah, tuan director diberi 79% untuk LNPT tahun ini, hahahaha bak kata seorang kawan " tu pun kira banyak kalau nak ukur bertapa bencinya tuanpenasihatsiparangkontot terhadap hang". kalau nak dikira dia boleh je bagi 65% kata tuan director.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, pesan orang tua-tua. tuan director tak kecil hati dengan markah tu cuma akan berjuang dengan cara sendiri dalam menuntut hak. itu hak dia untuk beri markah, harap-harap dia sudah pun membaca ini sebelum membuat keputusan. jangan marah apabila tuan director juga mengunakan hak untuk diadili. harap-harap jangan sampai begini akhirnya

April 20, 2010

APA KATA DEPA

salam 2 all,

apabila saya belajar di sekolah, perkara yang menyedihkan ialah apabila guru kesayangan atau kesukaan bertukar ke sekolah lain. mereka ini menjadi pojaan hati kerana mengajar dengan penuh dedikasi dan profesional. ilmu mereka mungkin hanya sedikit tetapi kesannya hingga ke akhir hayat saya kenang.

Guru saya di sekolah cina yang paling saya ingat ialah guru disiplin. seeorang guru lelaki yang sangat sayang kepada murid-murid, buktinya sangat nyata, apabila salah memang akan dirotan, apabila kami balik selepas waktu sekolah, beliau sambil menaiki basikal dengan seluar pendek dan stoking paras lutut akan mengiringi kami berjalan melalui pekan mahang dengan selamat. itu lah rutin beliau setiap hari sehingga pencen ketika saya di darjah 3.

seorang lagi cikgu johan yang mengajar saya mata pelajaran seni perusahaan, beliau bukan setakat mengajar tetapi menjadi mentor yang sangat berkesan kepada diri saya. Beliau memberi saya kepercayaan membuka dan menutup makmal seni perusahaan. beliau juga kemudiannya memperkenalkan permainan hoki kepada saya dan rakan-rakan sehingga kami mewakili sekolah kemudiannya. Ramai lagi guru yang memberi kesan kepada saya dari sekolah rendah sehingga lah ke universiti yang akan saya titipkan kisah mereka dalam penulisan akan datang.

tuan director tenang meneliti hasil kaji selidik selama 4 bulan yang dibuat terhadap tuanpenasihatsiparangkontot dan 2 bulan setengah terhadap tok empat tiangserisungaibayu. objektif kajian ialah untuk meneliti pandangan warga jajahan terhadap kepimpinan kedua-duanya selama pemerintahan mereka.

pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah, iaitu pembaca blog bicara azman melalui www.azmanlk1.blogspot.com boleh mengundi tanpa curiga untuk sekali undi pandangan mereka terhadap caragaya kepimpinan mereka. kalau mereka ingin mengundi 2 kali, kena la buka komputer lain plak. jadi kebolehpercayaannya agak tinggi bahawa semua pembaca telah sekurangnya diberi sekali peluang untuk mengundi.

hit tertinggi yang tercatat menunjukkan bahawa dalam sehari pembaca bicara azman mencecah 250 orang, dan pembaca tegar boleh dikatakan dalam lingkungan 150 orang. melalui pemerhatian 52 telah memberi respon untuk kepimpinan tok empat sementara 90 orang lagi terhadap tuanpenasihatsiparangkontot. secara ilmiahnya hampir lebih 33% pembaca tegar telah mengundi secara online. satu jumlah sampel yang membawa maksud mewakili keseluruhan populasi. hahahaha kalau tak percaya tanya la 3Abdul1 yang pakar dalam method kajian kuantitatif.

soalan yang dikemukakan tuan director terhadap kepimpinan demang berbunyi " wahai warga jajahan selama, apakah tindakan yang perlu tuan director lakukan terhadap tuanpenasihatsiparangkontot ?. Tangkap dan kurung dikandang unta (10 org, 11% ), kasi cium bontot kuda ( 13 org, 14% ), buang sahaja daripada jajahan selama (56 org, 62% ), dan saya pun tak tahu siapa siparangkontot (19 org, 21% )

hasilnya majoriti ( 62% ) mengatakan bahawa tuanpenasihatsiparangkontot wajar dibuang sahaja daripada jajahan selama. dapatan ini amat mengejutkan kerana kepimpinan tuanpenasihatsiparangkontot selama ini berciri club culture yang kurang menitikberatkan peraturan dan lebih kepada populariti dan emosi. amatlah mustahil majoriti warga jajahan menolak kepimpinan bentuk ini.

sementara 52 yang memberi respon terhadap soalan" tuan-tuan empunya diri, kita telah diperintah selama 2 tahun oleh tiangserisungaibayu, apakah persepsi tuan-tuan terhadap pencapaian pemerintahannya ?. dapatan kajian mendapati 80% mengatakan bahawa pemerintahannnya rentung dan hangit, 11% suku masak, 1% separuh masak dan 5% masak sepenuhnya.

80% yang memberi respon yang negatif ini ternyata telah menyatakan bahawa langkah pembaruan yang dibuat dengan 9 halatuju, kreatif dan innovatif yang dijaja dan langkah penstrukturan yang dibuat bukan lah langkah konkrit yang dilihat warga jajahan sebagai sesuai dengan jajahan selama. tuan director tidak menyalahkan sepenuhnya warga jajahan dalam memberi skor rendah terhadap tiangserisungaibayu. yang bersalah kerana selama ini promosi dan gerakkerja berkumpulan bukan amalan tok empat. nampak sangat langkah pembaruan tok empat telah membenam personalitinya sebelum ini.

P/S : tuan director pulangkan hasil kajian ini kepada warga jajahan selama untuk dinilai. banyak pendita yang telah dilantik dalam era tok empat tiangserisungai bayu memerintah, mungkin depa boleh buat kajian dengan kerjasama 3Abdul2 dengan lebih baik. hahahaha 3abdul1 boleh tak masukkan hasil kajian nie sebagai jurnal kajian ilmiah resume tuan director. lagi pun filem pendek tuan director nie peringkat antarabangsa nie.. hahahahaha adiosssss

April 14, 2010

CERITA ANAK KAMBING

salam 2 all,

jajahan selama sekali lagi menjadi mangsa serbuan. anak-anak kambing berbaris dengan penuh harapan untuk mencuba sedaya upaya untuk diterima masuk. pang5perangabangbesar cukup sedar realiti ini. setiap tahun anak kambing dari seluruh negara memagar impian membina harapan untuk diterima masuk ke jajahan selama.

anak-anak kambing dari pelbagai susur galur mengembek untuk diterima masuk kerana cita-cita mereka mendapat pekerjaan yang dikatakan terjamin bila selesai dilatih dalam tempoh beberapa tahun. tuan director sangat teruja kerana diberitakan bahawa anak-anak kambing ini melalui tapisan yang sangat ketat sebelum diterima masuk

pertama sekali anak kambing ini haruslah mempunya kelayakkan pengetahuan yang baik. setiap tahun ranking anak kambing yang diterima masuk semakin tinggi dan permintaan semakin mendesak untuk diterima masuk. tuan director sedar banyak anak kambing yang patutnya menjadi doktor, jurutera atau ahli farmasi lebih rela menerjunkan dirinya ke jajahan selama untuk menjadi lilin kepada masyarakat.

keduanya tentu sahaja anak kambing ini diuji pula sama ada mempunyai bakat atau tidak dalam bidang yang akan mereka akan pelajari dan amalkan kemudianya. di sini lah timbul banyak persoalan tentang kewajaran membuat ujian minat ini. yang kelakarnya ada juga tuanpendita yang meneriak di sana-sini mengatakan ujian ini tidak mencerminkan kehendak sebenar. cuma tuan director nak pesan kalau kita tak setuju, buat la alat lain yang boleh menilai bakat, setakat bangkang tanpa cadangan, tuan director pun pandai.

ketiganya tentu la anak kambing ini dipanggil untuk peraga diri, mana tau proses pertama dan kedua lulus tetapi ketiganya ada masalah. contohnya anak kambing tak boleh berjalan atau melompat dengan baik, mengembeknya kurang nyaring atau kuat, warna anak kambing pun perlu juga dilihat, jangan terlalu banyak kuning langsat atau manggis, atau coklatnya keterlaluan. bukan apa nak juga semangat 1Malaysia diamal dan dipraktiskan.

cuma saban tahun ada sahaja cerita tak baik yang kita dengar. prosesnya cuma ada 3, kalau kita ada integriti sampai bila-bila pun prosesnya 3. ini tidak, ada sahaja tangan-tangan nakal nak tambah proses jadi 4. proses keempat ini lah yang menimbulkan masalah kepada pang5perang yang berkhidmat di jajahan selama.

apa sebenarnya proses keempat. dalam bahasa indahnya dipanggil proses budi bicara, dalam bahasa kasarnya tuan director panggil salah guna kuasa atau bahasa kurang ajarnya buat macam mak pak kita punya. ini lah yang selalu jajahan selama hadapi. ramai sangat tuanpenasihat yang tiba-tiba nak guna proses keempat untuk membolehkan anak kambing pojaan hati mereka dapat masuk jajahan selama.

tuan director memang selalu ingatkan pang5perang tentang proses keempat ini. kalau mana-mana tuanpunahsihat cuba nak gunakan, mintak dia orang buat minit atau catatan, biar ada bukti dan saksi. senang kalau unit terjah nak masuk. jangan nanti ayam terlepas tangan berbau tahi. pang5perang kena jaga diri, kalau tuanpunahsihat nak buat onar biar mereka sahaja mereka yang tanggung, kita jangan sesekali terlibat.

p/s : dah banyak masalah berlaku di jajahan selama ini berpunca dari proses keempat ini. kalau tok empat pun selalu guna, jangan dimarah kalau tuanpenasihat pun terikut. kalau tuanpenasihatsiparangkontot pun amalkan, jangan dimarah kalau pang5perang pun tanpa segan silu berbuat demikian. kalau semua dah berbuat demikian, ramai-ramai lah kita mengaku jajahan selama memang mak pak kita la yang punya.