April 07, 2010

EKSPEKTASI DAN REALITI....LNPT

salam 2 all

tuan director sangat teruja untuk mengisi LNPT untuk kakitangan sejak seminggu lalu. keterujaan ini berpunca dari banyak perkara. pertamanya kerana inilah masa untuk menghargai pencapaian kakitangan, keduanya kerana dapat memberi merit pencapaian kepada kakitangan sepanjang tahun, ketiganya menguji integriti diri dalam pemberian markah dan sudah tentunya keempat melihat reaksi kakitangan untuk menerima markah masing-masing.

keinsafan yang singkat menyelinap masuk setiap roma diri tuan director bila mengenangkan betapa kerdilnya diri untuk membuat penilaian. maka rasa berdosa dan bersalah bersarang beberapa hari dalam diri untuk membuat penilaian ini kerana sangat takut keadilan tidak dapat diberikan kepada yang hak. tergambar dalam diri penilaian terbaik hanya Allah Yang Esa yang dapat berikan, namum ingatan tetap kepada

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu pendokong kebenaran kerana ALLAH, juga menjadi saksi dengan penuh keadilan. Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat untuk mencapai taqwa. Dan bertaqwalah kepada Tuhan, sesungguhnya ALLAH itu mahu mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al Maidah: 8 )

Maka untuk atasi dan cuba untuk adil, semua yang diberi markah LNPT oleh saya akhirnya mendapatnya melalui 3 saluran. pertama kakitangan diminta untuk menilai diri sendiri dengan sejujur-jujurnya. hahahahaha semua memberi markah diri yang tinggi kecuali seorang. keduanya saya meminta jasa baik kawan-kawan untuk memberi markah sebagai penilai yang dekat dengan kakitangan tadi. saya memang sangat berharap kawan-kawan ini juga berlaku jujur. dan ketiga markah dari saya. bila saya memimpin saya mengatakan kalau matlamat unit tercapai, semua akan mendapat markah 80%, kalau lebih anggaplah sebagai bonus. markah dari ketiga-tiga saluran inilah saya masukkan sebagai markah akhir semua kakitangan.

kerana tuan director percaya akan kejujuran setiap mereka yang memberi markah, maka markah akhir itulah bukti kejujuran diri sendiri, kawan-kawan dan tuan director sendiri. kita semua menanggung beban pertanggungjawapan untuk markah LNPT 2009. kalau masih ada suara yang tidak berpuashati. hanya Allah la tempat kita kembali, Allah jua la yang Maha Adil dalam penilaian

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (an-Nisa 40)

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa. (al-Imran 115)

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8) surah al-Zalzalah

Maka tanya pada diri, bila diri kita dinilai apa ekpektasi yang kita harapkan dari penilaian itu, bagi penilai juga kita akan ditanya diakhirat tentang realiti yang kita berikan hasil pekerjaan yang kakitangan kita buat. kita takkan mendapat kesempurnaan cuma ingat agama menyuruh kita berusaha untuk berbuat seadil mampu.

P/s : LNPT bukan untuk mengangkat kroni atau membenam yang dibenci, kalau itu lah yang kita amalkan di jajahan selama..usah dicari alasan kenapa jajahan selama tak berkembang..jawapannya ada pada jiwa dan nurani pemimpin yang berkuasa


"Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

No comments:

Post a Comment