April 22, 2010

79 ye...ingatkan 65%

salam 2 all,

semalam hari jadi uzma auni, anak nombor 3 saya, satu-satu anak perempuan. dah berumur 4 tahun rupanya. sangat pantas masa berlalu. sambutannya seperti biasa la, maknye belikan sebiji kek yang tentunya ada warna pink. sepasang kasut yang ada rama-rama, sepit rambut dan sikat. saya, iki, uma dan fahim pun tumpang sekaki makan kek. lupa plak ada aiskrim dan air coca cola. akhirnya apam balik yang saya beli di ulu bernam tertinggal dalam kereta tanpa dijamah.

semalam jugak tuan director melihat markah untuk semua kerja yang dilakukan untuk 2009. mengimbau kembali semua produksi yang dibuat tentunya tuan director mahu juga dihargai dengan markah tinggi, tetapi mengenang bahawa jajahan selama telah diperintah secara emosi sejak lama dahulu harapan mungkin hanya tinggal harapan.

tahun 2009 merupakan cabaran yang hebat, dengan projek baru yang diberikan sekitar Ogos 2008, cabarannya sangat hebat untuk dilaksanakan. namum kerjakuat dan kerja berpasukan yang diamalkan menjadikan produksi yang dipimpin tuan director mencapai target dengan cemerlang.

bahana kerja kuat ada di mana-mana. fitnah, tikam belakang, lobi melobi, cerita yang diputarkan hinggap dalam setiap organisasi. sepak terajang politik organisasi kadang-kadang lebih jauh buruk dari politik kepartian. kalau orang politik boleh bertukar parti dan dijatuhkan dalam parti, di jajahan selama juga perkara yang sama juga berlaku.

bayang-bayang derita berpanjangan ini mula dicerminkan apabila produksi pertama tuan director tidak mahu dilancarkan oleh tiangserisungaibayu hasil hasutan tuanpenasihatsiparangkontot. ingatnya tamat begitu sahaja tetapi rupanya tidak, hasutan yang bertali arus menyebabkan tuan director disepak keluar dari produksi simulasi perang. bukan itu sahaja bahananya bahkan pencapaian tertinggi tahun 2008 pun tidak dipandang.

semua kerja kuat ini bukannya tiada bukti, produksi simulasi perang berjaya dalam banyak perkara termasuk lepas bebas dari auditan ISO, dapat surat penghargaan daripada JPA, jemputan berceramah datang bertubi untuk dikongsi pengalaman, lawatan dari jajahan lain juga bersambut. dan akhirnya jajahan selama tanpa rasa malu menghantar projek produksi ini sebagai best practice jajahan untuk dipamirkan kepada jajahan lain.

hehehehe nak cerita memang la panjangkan, cuma tuan director bukan lahir sebagai kaki ampu tapi kaki bambu, kalau tak betul tu tuan director cakap je, maka benar lah kata pepatah lama kerana pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. nak dikira memang banyak yang tuan director tak puas hati, semuanya dah difilemkan dalam filem pendek.

apa akibat semua ini, akibatnya amat mudah, tuan director diberi 79% untuk LNPT tahun ini, hahahaha bak kata seorang kawan " tu pun kira banyak kalau nak ukur bertapa bencinya tuanpenasihatsiparangkontot terhadap hang". kalau nak dikira dia boleh je bagi 65% kata tuan director.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, pesan orang tua-tua. tuan director tak kecil hati dengan markah tu cuma akan berjuang dengan cara sendiri dalam menuntut hak. itu hak dia untuk beri markah, harap-harap dia sudah pun membaca ini sebelum membuat keputusan. jangan marah apabila tuan director juga mengunakan hak untuk diadili. harap-harap jangan sampai begini akhirnya

1 comment:

  1. Kaedah pemarkahan LNPT tidak manggambarkan kualiti sebenar prestasi kerja kerana:

    Pengawai penilai tidak diberikan taklimat khusus mengenai kaedah dan dasar pemberian markah menyebabkan purata markah kakitangan tidak berada pada julat yang boleh diterima akal.

    Buktinya: Kakitangan mempunyai penilai yang berbeza mengikut unit atau jabatan. Ada penilai yang memberi markah yang boleh dikatakan tinggi (yg murah hati) berbanding penilai unit atau jabatan lain sehingga ada yang memberi markah yang tinggi sehingga 95% sedangkan penilai-penilai lain hanya memberi markah disekitar 81 hingga 88 peratus. Kalau kita selidiki, ada bukti yang menyatakan jabatan tertentu mempunyai sejumlah besah pegawai yang dinaikkan pangkat ke gred yg lebih tinggi berbanding unit lain dalam jabatan yang sama.

    Berikutan daripada perkara ini maka LNPT tidak boleh digunakan sebagai penentu kenaikan pangkat pegawai. Tapi apa yang kita lihat seringkali LNPT dijadikan sebagai penentu bg kenaikan pangkat walaupun kakitangan yang berjaya pada peringkat temuduga adalah bukan daripada kalangan yang memperolehi markah yg luar biasa tinggi.

    Sekiranya LNPT dijadikan sebagai penentu kenaikan pangkat maka it will defeat the purpose of the interview sessions. Why attend the interview if you have a low LNPT, because if you are to be successful in the interview session, you will not be promoted due to the low LNPT. Congratulations to those who got the highest LNPT in their respective departments, rest assured that you definitely be promoted provided THAT YOU APPLY!

    Pada pandangan saya, lebih baik ditapis terus calon-calon temuduga terlebih dahulu mengikut markah LNPT atau tak payah diadakan sesi temuduga langsung, naikkan sahaja pangkat mereka yang ber LNPT tinggi.

    ReplyDelete