May 03, 2010

ROMBONGAN ITU & INI

salam 2 all,

Saya cuba untuk mengingatkan kali pertama saya mengikut rombongan, sukar kerana saya amat tidak mengemari aktiviti ini ketika sekolah. anak kampung yang dilepas biar bebas seperti saya mungkin terlalu susah untuk mengikuti rombongan sekolah yang dikawal ketat guru yang sangat berdedikasi. cuma seingat saya semasa sekolah rendah saya pernah mengikuti rombongan pasukan bola keranjang ke bandar kulim, itu pun kerana saya salah seorang pemain sekolah.

Apabila memasuki sekolah menengah kerana aktif bermain hoki, bola sepak, dan rugbi. saya terlibat untuk mengikuti rombongan pemain-pemain sekolah berkunjung ke sekolah lain untuk tujuan bermain sahaja. tidak pernah pun berpeluang untuk mengikuti rombongan untuk lawatan sambil belajar.

saya memang suka berbuat sesuatu sendirian, pada tahun 1980, hari raya puasa yang ketiga, saya berebut menaiki bas di pekan mahang. zaman itu hari raya adalah peluang untuk berkunjung ke bandar kulim setelah penat mengutip duit raya pada hari raya pertama dan kedua. seksaan untuk mendapat tempat di dalam bas awam dapat digambar dengan mudah oleh saya iaitu dengan menaiki bas melalui tingkap, kalau tidak terpaksalah berdiri dalam perjalanan sejauh 45 km tersebut.

tahun 1980, ketika berusia 10 tahun, saya sudah pun sampai ke pulau pinang yang jauhnya dari rumah sekitar 150 km. menaiki bas ke kulim kemudiannya ke bukit mertajam, sehingga ke pengkalan feri raja uda, menaiki feri ke pulau pinang dan sampai di penang road untuk menikmati nasi kandar. Kembali ke rumah sekitar jam 6 petang, mak meletiri saya kerana pergi sejauh itu tanpa ditemani oleh sesiapa. pak hanya pandang dan senyum sahaja.

Pukul 7 pagi sms menjolok masuk dalam telefon tangan tuan director. mesejnya jelas untuk mengajak melihat sekumpulan orang-orang dewasa jajahan selama menaiki bas menuju ke destinasi simulasi perang. ketika itu tuan director terbayangkan suasana yang hampir sama barangkali dengan menghantar sekumpulan jemaah haji ke mekah, majoritinya tua dan tidak bermaya, mungkin ada seorang dua terselit yang muda-muda. kata saksi kerana tuan director tak sanggup tumpahkan air mata untuk melihat peristiwa tersebut, semua ahli rombongan memakai pakaian yang sama, lambang perpaduan katanya.

cuma barangkali perpaduan itu hanya pada nama sahaja, beberapa hari sebelum simulasi perang dijangka berlangsung semua ketua kem, senator, dan tuanpenasihat serta segelintir pang5perangbesar telah diingatkan beberapa perkara iaitu perjalanan harus menaiki gajah dan semua ahli rombongan perlu memakai seragam.

Pukul 8 pagi seorang demi seorang ahli rombongan sampai dengan pelbagai coloteh dan ragam. ada yang pergi kerana panggilan tugas, ada yang hadir kerana mengharapkan kontrak jawatan disambung dan ada yang tampil menyertai rombongan atas kepercayaan ini lah wadah perjuangan dan titik perubahan jajahan selama.

8.30 pagi ketika dua ekor gajah mengalas kerja mengangkut hampir 50 ahli rombongan menuju simulasi perang. sumpah seranah berbuku di hati, rasa tak puas hati berbaur marah. gosip liar dan tuduhan serta pelbagai rasa tumpah dihati hanya kerana satu perkara. dalam diam-diam ahli rombongan menyedari bahawa ada ahli yang gagal mentaati kata-kata sendiri.

hahahahaaha rupa-rupanya tok empat tiangserisungaibayu , tuanpenasihatsiparangkontot dan tuanpenasihatadamasyuk telah mengingkari janji seia sekata. mereka pergi dengan menaiki kuda hitam. hampa dan kecewa semua tuanpenasihat, pendita, senator dan pang5perang. acara simulasi perang gagal pada langkah pertama pertempuran.

P/S : tuan director cuma berharap bahawa tok empat dapat yakinkan semua ahli rombongan tentang kejujurannya membangunkan jajahan selama. banyak sangat janji tok empat dimungkiri diri sendiri. janji untuk mengumumkan nama ketua kem yang baru gagal ditunaikan, janji perubahan kem bermula 1 Mei juga tersasar hingga ke jun, janji tadbir urus terbaik juga telah gagal dengan campurtangan berterusan eksekutif. Apa lagi agaknya janji yang akan dibawa pulang 5 mei nanti untuk hidangan rakyat jajahan selama agaknya...adios

No comments:

Post a Comment