March 29, 2010

AKU ORANG PERJUANGAN

salam 2 all

saya sentiasa berjuang dalam hidup, sebenarnya tiada noktah bila bercakap tentang perjuangan. maka bagi sahabat, kawan, musuh, bos dan anak buah atau sesiapa sahaja yang mengenali saya baik melalui penulisan atau berkesempatan berbual melalui lisan dengan saya, maka tentu sekali mereka akan mengesan satu ciri yang dominan menguasai saya. maka saya kutip sajak ini untuk tatapan semua..agar tiap kali kita berurusan rasmi atau peribadi jangan lupa tentang...

AKU ORANG PERJUANGAN

Aku Orang Perjuangan…
Sekal
i berjuang nyata ada
di satu sudut jiwa pengorbanan…
Kerna Aku Orang Perjuangan…

Nyata dalam perjuangan
Tiada kata mengalah
Kerna insan yang berjiwa kecewa
Sirna norma perjuangannya…


Aku Orang Perjuangan…
Sekali berjuang nyata ada
Di satu sudut nafas perjuangan…
Kerna Aku Orang Perjuangan


Nyata dalam perjuangan tiada nada hanya menurut
Kerna insan yang hanya tahu menggangguk
Sirna nilai perjuangannya…


Aku Orang Perjuangan…

Selama aku berjuang…
Nyata ada musuh dalam dan luar RUMAH
Yang mengiringi perjuangan ini…

Dari yang cinta adu domba,
Dari yang rindu pecah lara,
Dari yang kasih siksa rasa,
Dari yang sayang musuh jiwa,
Hingga rosak nikmat perpaduan,
Demi capai satu tujuan,menghancur kota kekuatan,
Membinasa tembok perjuangan…


Aku Orang Perjuangan…
Dari saat awal aku bersedia
Merentas jiwa-jiwa nan celaka itu
Demi langsungnya hidup jiwa perjuangan ini…
Walau aku diperosok ke lembah penghinaan,
Namun, aku tiada gentar,
Tak pernah rasa gementar
Dengan suara ugutan atau irama mengancam

Kerna aku berjuang…
Berjuang bukan demi kaya…
Berjuang bukan demi nama…
Berjuang bukan demi rosak jiwa…
Kerna Aku Orang Perjuangan…
Yang berjuang atas prinsip perjuangan

TULUS JIWA, ASLI RASA dan;
Kerna satu kata…
Aku Orang Perjuangan…

March 16, 2010

mandi minyak

salam 2 all

semasa kecil watak-watak keperwiraan dalam televisyen menjadi ikutan yang bukan sendikit terhadap kanak-kanak sebaya saya. filem gerak kilat tahun 1966 lakonan jins shamsuddin dan sarimah menjadi tontonan berkali-kali tanpa jemu. ramai kanak-kanak termasuk saya sendiri ingin menjadi hero





kemudiannya banyak cerita melayu yang menunjukkan aksi ketangkasan panglima beraksi. cerita harimau berantai di mana tamam idris berlakon juga menarik, filem hang tuah lakonan P.Ramlee juga memberi impak apatah lagi Semerah Padi.

semua pengalaman itu membuatkan ramai anak muda ingin belajar silat. silat gayung menjadi idaman kerana buahnya semua boleh membuat lawan rebah. bagi yang malas, setakat belajar silat pulut sudah cukup kerana boleh diperaga seketika di depan pengantin dalam majlis kenduri kahwin. cukup juga nak tunjuk gah depan awek kampung...hahahaha

kemudian banyak seni silat lain yang berkembang dan mendapat sambutan. anak muda ghairah untuk belajar seni mempertahankan diri. maka muncul la beberapa seni silat yang kemudiannya diharamkan oleh majlis fatwa kerana dilihat bercanggah dengan ajaran islam. Antaranya nasru-haq yang membolehkan pengamalnya memukul lawan dari jauh. saya pernah melihat anak murid pengamal ilmu ini menundukkan tok gurunya dengan sekali pukulan dari jarak 10 kaki dan tok gurunya rebah kerana patah gigi dan pengsan.

semalam dan hari ini riuh rendah jajahan selama ngan mandi minyak...kambing dah tamat berguru rupanya. tuan director amat la berharap kambing akan lebih berkemahiran selepas di asuh selama 4 tahun. jangan nanti menanduknye dah macam kerbau, berlarinya dah macam lembu, susah la orang nak kenalpasti. nak panggil lembu bunyinya mengembik, nak ajak berkubang takutkan air.

tuan director cuma nak komen beberapa perkara je.

tempat mahaguru berhenti rehat : dengar khabar sebuah teratak dihilir jajahan telah dipilih sebagai tempat mahaguru beristirehat. tuanpenasihattukselampit pun bangga kerana kemnya telah dipilih sebagai tempat singgahan mahaguru. tuanpenasihatenjinnyior pun dah pilih kontraktor. maka bilik sedia ada mahaguru pun dibaikpulih, karpet ditukar, cat dibarui, dinding dihias kertas baru..semunya kerana mahaguru nak datang untuk mandi minyak.

salah ke menyambut mahaguru..tidak pada pandangan tuan director..yang salah ialah apabila bilik tersebut tidak digunakan sebaliknya sebuah khemah ala seribu satu malam digunakan. takde tempat sangat ke sehingga mahaguru terpaksa disumbat dalam khemah tersebut..pantang anak melayu derhaka. seluas-luas jajahan selama khemah jua disua oleh tok empat kepada mahaguru. malang sungguh menjadi mahaguru jajahan selama sehingga mahaguru kecewa tanpa menjamah makan tengahari dan pulang kecewa.

siapa yang nak bertanggungjawab atas perkara ini. siapa yang nak berjumpa mahaguru dan menjelaskan keadaan. siapa pula yang perlu disecaj kerana melakukan pembaziran membaikpulih bilik asal mahaguru sehingga jajahan kehilangan duit yang sangat bernilai.

belanja promosi : dek kerana nak mandi minyak, butang baju telah diganti baru, betul lah telahan tuan director, semua pintu jajahan dipasang butang baru, mana pergi butang lama mungkin dah masuk kedai besi buruk..butang lama tembaga butang baru plastik..pandai sungguh orang yang membuatnya.

hahahahaha belum lagi tuan director terkejut ngan tagline baru jajahan, bila pulak dicipta, tagline lama pun dah buang ke..kelakar bin ajaib nie. lakaran grafik sempena mandi minyak plak macam awan kena panah petir...mana pergi ciri korporat yang dilaung-laung sebelum ini. mungkin tok empat nak bagi bayangan kot..dia umpama awan tersebut yang akan berlalu pergi bila bulan ogos menjelma nanti..bagus la.

cuma nak tanya la...pang5besarkananadamasuk. betul ke tuangpenasihatparangkontot and the gang yang dapat projek untuk promosi mandi minyak. dengar kata lebih dari 150 ribu, banyak tu kalau nak kira ngan tangan.

bajet makanan yang ciput : nie kena la tanya peng5besarkananadamasyuk, kenapa la bajet makanan tidak mengikut bajet jajahan untuk satu kepala tentera dan cendikiawan. patut2 semua orang boleh menikmati secara maksimum bajet tersebut..aduhai 3abdul1, tuan tak tengok ke harga makanan untuk pertugas..makanan kambing pun lagi mahal la tuan..kalau tak percaya tanya tuanpenasihatsiparangkontot yang pakar tentang kambing

March 10, 2010

PELUANG NAIK UNTA

salam 2 all,

satu ketika dahulu kampung bukit bertam mempunyai sawah yang subur, padinya menguning tiap kali musim menuai tiba. bila mengenangkan hawa panas sekarang..kenangan bermain di sawah datang kembali. ini la suasana bila musim menuai tiba..panasnya dan angin yang menderu. semuanya ada fungsi alam kepada manusia.

musim kering, sawah pun kering memudahkan petani mengerat (menuai) padi...tugas kaum wanita, lelaki pula membanting (memukul) padi dalam sebuah tong. selepas dikumpulkan padi akan dijemur untuk dikeringkan sambil dianginkan atau ditampi untuk membuang padi angin atau hampa padi. selesai semuanya padi disimpan dalam rumah atau kepuk. kalau nak makan padi tadi akan ditumbuk untuk memdapatkan beras. kalau lebih padi tadi akan dijual.

bercerita tentang sawah tentu tak dapat lari dari teman setia pesawah ketika itu..kerbau. di kampung saya ketika sawah berfungsi dengan baik ramai pesawah ada kerbau masing-masing. paklang jabar, awang kecik dan ramai lagi ada kerbau, kalau pun bukan untuk membajak sawah sekurangnya sebagai harta untuk dijual bila tiba hari raya.

pengalaman paling menarik walaupun arwah bapa saya tidak memelihara kerbau ialah menunggang kerbau. memandangkan saiz saya dan kawan-kawan yang kecik..kami mendapat peluang menunggang kerbau bila musim kerbau beranak tiba...hahahaha tentu la kena marah ngan pemilik kerbau..tetapi curi-curi menunggang anak kerbau memang menyeronokkan. kalau kerbau tersebut jinak kemudiannya saya dan kawan-kawan juga boleh gunakan untuk menungang sambil kerbau menyeberangi sungai kerian. kerbau memang pandai berenang.

al-kisah di jajahan selama pun ramai yang suka curi-curi menunggang kuda dan unta piliharaan jajahan selama. ada yang menunggang untuk minum pagi dan ada yang menunggang curi-curi untuk majlis rasmi...hahahahaha memang muka tak tau malu la

jom kita lihat reaksi orang yang curi-curi menunggang unta baru-baru ini

pang5perangtanggukikan : hahahahahaaha mana ada saya curi-curi tunggang unta, saya dah isi borang la, saya dah mintak ngan tuanpenasihatsiparangkontot lagi. lagi pun tahap kepang5an saya tinggi takkan nak naik gajah. Tu untuk kumpulan bawahan je..dan yang paling penting saya merupakan gembala no wahid semua piliharaan tunggangan jajahan selama..takkan saya takleh menunggang sekali sekala unta tu.

pang5besarkhutudkhanah : heheheheehe ( sambil senyum-senyum malu) betul kata pang5perangtanggukikan. kalau mengikut ISO yang saya merupakan auditor paling senior, tindakan tuanpang5 telah pun mengikut prosedur yang betul, saya yakin tiada pemerhatian yang boleh diberikan apatah lagi ketidakpatuhan...lagi pun saya pun menunggang bersama unta tersebut.

pang5besarkiriadamasyuk : hihihihihhi kalau ikut peraturan kewangan ok je....tak baik tuan director tanya-tanya macam nie

pang5perangkeranatuhan : kalau la akak tahu unta nie ditunggang secara curi-curi lama dah akak terjah unit peliharaan tunggangan nie. demi toohunt akak tak tahu pun tuanpang5tanggukikan berbuat durja ( tuan director angguk2 geleng2..sambil berkata pandai betul la makcik nak buat propa )

pang5perangkertaskajang : ala hang nie pun satu la tuan director, bab unta pun nak bising-bising, cuba hang tengok sikit tuanpenasihat yang dok naik kuda hitam, depa lagi la kalut...hehehehehe baik hang sembang ngan aku pasai sawit je

tuan director : pandai betul depa jawab soalan tuan director...takpa la kat doonia je kita boleh ckp bab-bab peraturan nie..macam-macam la kita leh bagi pekeliling dan lain-lain. tuan director pun banyak buat salah. takut sampai peluh sejuk kat tapak kaki...tapi maksiat buat jugak. jom la kita doa agar kita diberi kekuatan untuk amal makruh nahi mungkar

March 07, 2010

GENG BAS SEKOLAH

salam 2 all,

zaman saya bersekolah sebenarnya jarang benar saya menaiki bas ke sekolah. masa sekolah rendah, bila memasuki darjah satu, yang menghantar saya untuk beberapa bulan awal ialah kak kinah...kemudiannya saya berjalan kaki lebih kurang 1 km lebih selama 3 tahun. tahun 4 saya dapat basikal mini kak kinah saya untuk ke sekolah.

bila memasuki kelas peralihan di sekolah menengah, saya menaiki bas sekolah pakcik maidin, pemandunya sorang lelaki india. bila saya memasuki tingkatan 1, abg mad, abg ipar saya yang bertugas sebagai tentera di kamunting, taiping menghadiah sebuah basikal kepada saya yang saya guna sehingga lah saya tingkatan 3.

bila memasuki tingkatan 4, saya tinggal di asrama, jadi perjalanan dari kampung ke pulau pinang saya menaiki bas awam. bukan sebuah tapi 3 buah. mahang ke kulim, kulim ke butterworth, kemudian naik feri, lepas tu menaiki bas lagi ke jalan air itam..di mana sekolah teknik terletak. perjalanan dari kampung hingga ke sekolah mengambil masa lebih 4 jam.

apabila saya memasuki tingkatan 6 kemudian melanjutkan pelajaran ke UPM, bas awam memang menjadi pujaan hati. dari puduraya ke serdang selangor..bas tong fong 107 merupakan pilihan hati, walaupun ada bas metro yang jauh lebih elok, namum kerana bas tong fong lebih kerap, ternyata terjahan air hujan dari tingkap yang tak boleh ditutup bukan penghalang untuk saya menaiki bas tersebut selama pengajian 4 tahun di UPM.

tuan director terlibat ngan simulasi perang selama 3 hari di tanah tinggi, punya la penat. sapa la punya cadangan pada unit ulat nangka untuk bersimulasi perang kat tanah tinggi nie. dengar cerita salah seorang 3abdul punya angkara. hahahahaha tuan director cadangkan selepas ini kalau mana-mana tuan penasihat nak cadangkan tempat simulasi perang, kita minta la dia pie tengok tempat tersebut dengan menaiki gajah bukan kuda hitam kesayangan...baru dia tau penangan perjalanan.

simulasi perang kira ok la...tuanpenasihatsiparangkontot pun ada...nampak macam berminat ngan peperangan kali nie. banyak nasihat n pandangan dia bagi, kalau minat macam nie dia tunjuk sejak 10 tahun lepas jajahan selama tentu maju..hahahahaha tentu pang5perang dah terlatih untuk peperangan sebenar. apa pun tahniah la tuanpenasihatsiparangkontot dengan komitmen 3 hari.

simulasi perang 3 hari pun banyak yang menarik...kiranya tahniah jugak la ngan tuanpenasihatadamasyuk, tuanpenasihatkhutudkhanah dan serikandisentosa yang mempersembahkan simulasi perang yang menarik dan mendapat pujian ramai. tuanpenasihatenjinnyior pun cuba dengan bersungguh-sungguh nak jayakan simulasi walaupun pang5besarkainterpan yang merupakan orang kanannye tak hadirkan diri.

cuma yang kelakarnya kem-kem lain sama ada yang besar atau yang kecik masih keliru ngan peranan masing-masing dalam perang sebenar..kalau dalam simulasi pun gagal, tuan director boleh agak la macam mana bila peperangan sebenar berlaku. nampak gaya tuanpenasihatsiparangkontot kena lebih kuat bekerja untuk pastikan semua kem berfungsi dengan baik sebelum bersara sebagai demang di jajahan selama.

paling kelakar bila dah habis simulasi perang la. tuan director pun semangat nak balik...maklum la iklim sejuk tanah tinggi menyebabkan rindu plak ngan jajahan selama. dalam duk sibuk-sibuk kat anjung kem latihan simulasi, pang5perangulatnangka bagitau gajah yang sepatutnya menjemput kami kena tahan pasal bertembung dengan unta dalam perjalanan. tersadai la kami kat kem latihan.

dalam dok sibuk-sibuk tengok gelagat pang5perang nak selesai masalah, mata tuan director terpandang la seekor unta yang amat dikenali. eh eh eh unta nie sapa yang tunggang, bukan ke unta nie unta jajahan, macam mana boleh tersesat hingga ke tanah tinggi...rupa-rupanya pang5perangtanggukikan yang naik dengan kawan-kawan. selesa sungguh depa naik unta untuk ke tanah tinggi. sapa yang bagi kebenaran depa bawa unta ke tanah tinggi, bukankah gajah telah ditempah untuk semua pang5perang.

cuma tuan director pelik bin ajaib dengan jajahan selama nie, tiap kali ada simulasi perang walau gajah telah disediakan ramai yang suka menunggang kuda sendiri. kalau berlaku apa-apa berlaku dalam perjalanan, rasanya pang5perang tak boleh pun nak tuntut apa-apa. satu lagi kalau gajah dah disediakan, pang5perang tak layak pun nak naik unta jajahan walaupun unta-unta, kuda hitam dan gajah-gajah jajahan kita yang jaga. tuan director nak tunggu tindakan jajahan selama terhadap pang5perang yang salah guna kuasa mengunakan unta jajahan untuk ke tanah tinggi. kita tunggu dan lihat siapa yang berani nak amik tindakan terhadap pang5perang kesayangan tuanpenasihatsiparangkontot. hehehehehe tok empat ada berani ke..

akhir sekali tahniah pada pang5perang yang tabah dan berani turun dari tanah tinggi dengan menaiki gajah uzur dan tua..perjalanan yang awalnya diyakini akan menyebabkan isu perut pang5perang tersembur keluar berjaya dilalui dengan berkat kawalan gajah yang cemerlang oleh ucle yang sangat mesra. hahahahahah caya la geng bas sekolah

February 24, 2010

TAK PATAH TAK TUMBUH

salam 2 all

tengahari tadi saya keluar makan tengahari di abuya..sangat menyenangkan untuk duduk dan menikmati makanan di abuya walaupun cuaca panas membahang. nasi berlaukkan ikan siakap putih masak kari memang sedap. aroma kari ikan masakan melayu yang saya yakin dimasak oleh pekerja indonesia memberi sedikit kenangan makan di kg bukit bertam.

meninjau di meja masakan sayuran, saya nampak masaklemak daun ubi kayu yang saya cedok sesenduk, hahahahaha kemudian nampak plak kerabu pucuk paku dengan kelapa parut bergaul ikan bilis ditumbuk...nampak sederhana tapi sangat sedap. akhirnya untuk ulam saya hanya ada pilihan hirisan kobis cameroon.

cukup semua itu untuk mengalas perut hingga petang. sebelum keluar saya beli satu nescafe ais dan satu nescafe panas untuk kawan pejabat. belum sempat kaki mencecah lantai kereta, azan zohor mengamit saya untuk singgah di masjid tg malim. sejuk air kolah memberi kenangan masa kecil bermain air kolah di masjid bukit bertam...

tuan director menonpang dagu sambil sesekali mengaru-garu kepala yang tak gatal, pelik sungguh manusia ini...kalau tua buat cara tua, jangan sekali berbuat sesuatu yang menimbulkan tanda tanya orang muda atau masyarakat sekeliling. kalau buang tabiat orang kata ajalnya makin dekat.



dengar kata tuanpenasihat sorang ini mula pukul canang tentang penganti dirinya, buat-buat cerita dengan pang5muda dan pang5perang yang lain siapa yang layak menganti dirinya sebagai demang dijajahan selama. maka disebutnya 3 nama yang dikatakan layak untuk menganti dirinya. pang5besarchahketing, serikandisentosa dan serikandibahtera masuk dalam senarai. yang kelakarnya nama pang5perangtanggukikan juga masuk list...hehehehehe layak ke nie.

kelakar dengan citer di atas kerana hasrat hati tuanpenasihatsiparangkontot pada tuan director hanya nak test market sebenarnya bukan nak bersara pun. kalau dia ada rancangan untuk bersara dan menyibuk diri dengan projek durian dan kambing kenapa tak buat betul-betul perancangan peralihan kuasa. kenapa tahap pang5 tidak dinaikkan sehingga 54. jawapannya mudah...dengan tiada pang5perang tahap 54, tuanpenasihatsiparangkontot harap kontrak sebagai demang ditawarkan kepada dirinya.

strategi tuanpenasihatsiparangkontot sangat mudah dibaca. kata orang ukur baju dibadan sendiri. cuba tengok berapa ramai warga selama yang mengundi agar tuanpenasihatsiparangkontot dibuang dari jajahan selama. itu lah kenyataan sebenar, kalau betul-betul nak test market minta saje pang5perangtanggukikan buat kajian seluruh jajahan. kita tengok saja hasilnya.

konsep tuan director senang saja, kalau tak patah takkan nak tumbuh. kalau kita suka makan ulam, sebut saja apa nama..pucuk putat, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk gajus. semuanya kalau tak dipatahkan takkan ada puncuknya tumbuh menjadi banyak.konsep ini harus diamalkan jajahan selama. kalau dah sampai umur bersara, langkah je keluar dari jajahan..jangan nak amalkan tongkat langit..takut masa datang orang puji masa keluar orang keji.

February 21, 2010

PERMATA YANG HILANG

salam 2 all,

tak banyak citer yang nak dikongsi dengan penonton sekarang...nampak gaya macam ramai tuanpenasihat yang amik langkah drastik mengetatkan mulut warga jajahan selama dari berkata-kata sekarang

tajuk filem pendek terbaru nie tentu kasi ghairah beberapa pihak...hahahaha, judul ini sebenarnya merupakan sebuah buku yang banyak beri sentuhan kepada kehidupan suami isteri..anak muda gunanya untuk berimaginasi.

permata apa yang hilang tu..kena la tuan director teropong betul-betul, takut nanti tersalah plak ceritanya. dengar citer banyak permata yang hilang dari jajahan selama baru-baru nie. yang bercerita mengatakan bahawa jajahan rugi besar buat perniagaan batu permata dengan isteri pembesar. hehehehehe

setelah meneropong dan membuat renungan makrifat maka muncullah satu nama...tiang, tiang, tiang, tiang tanpa henti. maka faham lah akan tuan director...rupanya permata yang hilang ini ada kaitan dengan tiang. dikaji dan dipandu, diselidik dan direnung tiada lain empunya diri kecuali tiangserisungaibayu, tok empat jajahan rupanya.


perniagaan permata nie bukan senang. kena cari yang betul-betul pakar, setakat pandai berbahasa atas angin saja tak boleh jadi. ketua kena la faham jenis-jenis permata nie. kalau tidak batu sungai pun akan dikatanya permata. Peribahasa hanya jauhari yang mengenal manikam memberi bimbingan keperluan memilih orang yang betul dalam melaksanakan tugas.

tuan director cuma boleh melihat saja...sekarang nie kedai permata sedang diubahsuai lagi, sejak mengarah filem pendek nie, ubahsuai kedai permata tak juga siap-siap...maklumla bangunan lama, make up macam mana pun tetap nmpk tua...mungkin kerana itu agaknya isteri pembesar negara tak minat dengan kedai permata jajahan selama.

dengar kata projek permata 2 juta sudah hilang...sayangkan duit tu terbang ke jajahan lain. dengar kata jajahan bangi dapat 20 juta..fuhhhhhh suspek la sama tok empat jajahan bangi. duit permata jajahan selama juga dengar citer terbang ke jajahan klang....satu lagi terbang ke jajahan serdang. nampaknya jajahan lain mula dapat perhatian pembesar negara.

apa pun jajahan selama tak terlewat..tok empat kena amik tindakan drastik kot. tukar je pakar batu permata yang palsu tu..ganti dengan pakar sebenar. satu lagi kedai punya pengurusan pun kena ubah, nak pikat isteri pembesar nie kena bagi nampak mewah skit. hehehehehee kalau macam reban ayam sapa percaya kita jual permata. Mamat sebelah nie nampak macam berminat je dengan perniagaan ini...cuma risau kalau-kalau dia pernah memakai cincin sakti di jari hantu...hahahahaha

February 17, 2010

Nie ORGANISASI atau EMOSI

salam 2 all

setiap ibu bapa kalau ditanya akan anak mereka, sentiasa akan mengatakan anak mereka yang terbaik kalau tak di dunia sekurang-kurang di kampung atau taman tempat tinggal mereka. sifat melindung ini adalah anugerah semulajadi ibu bapa dari Pencipta.

kalau ada sapa-sapa cerita keburukkan anak mereka, ibu bapa akan menentang habis-habisan atau cuba sebaik mungkin menafikan berita tersebut. yang lebih ultra akan cuba pula menceritakan kehebatan anak-anak mereka walaupun mungkin barangkali anak mereka adalah kulit kupang yang tak boleh pun dijual sekupang.

kalau kita menonton filem bawang putih bawang, kita akan jumpa dengan watak ibu tiri yang kejam yang cuba memastikan anaknya sendiri mendapat segalanya terbaik di dunia berbanding anak tiri yang direjam dengan segala tohmahan dan nista.

hehehehehe ibu bapa memang selalunya emosi bila berhadapan dengan realiti anak-anak. tuan director pun kadang-kadang over bila berhadapan dengan perbuatan orang lain terhadap iki dan ama. sifat mempertahan anak-anak nie ada baik dan buruknya.

di jajahan selama pun sama sahaja. ada tuanpenasihat yang mempertahankan tindakan anak buahnya dengan penuh perasaan, walaupun tahu bahawa anak buahnya dah buat salah yang kalau dihadap ke jawatankuasa tatatertib, pilihan yang ada adalah dibuang daripada jajahan selama .

lebih buruk lagi bila tuanpenasihat berpakat sesama sendiri menutup salah kawan-kawan dengan penuh perasaan .harapan mereka pada masa depan mendapat sokongan kawan-kawan untuk naik pangkat atau sekurang-kurangnya jaminan untuk kontrak kerja disambung lagi.

belum lagi kita berbicara tentang firaun kecil yang pantang kemnya dikritik. sembungnya mengalahkan ibu ayam baru turun anak. walaupun terang-terang kem tersebut gagal berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh jajahan selama. namun bila pang5perang bergabung dengan tuanpenasihat untuk mempertahankan kem, tok empat tiangserisungaibayu pun tak berdaya mengambil tindakan.

Ini lah masalah jajahan selama....kadang-kadang tuan director pun keliru...nie organisasi atau emosi. banyak sangat emosi digunakan untuk buat keputusan. helloooo tuan-tuan penasihat semua ... organisasi buat keputusan mengunakan fakta la