March 15, 2011

putih hitam kehidupan

salam 2 all,

semasa tingkatan 6, subjek bahasa melayu dan sastera disatukan. mahu tidak mahu saya yang tidak berminat untuk belajar diploma kejuruteraan awam di utm walaupun ditawarkan, kembali ke sekolah menengah sultan badlishah untuk mengambil STPM aliran sastera.

ketika ini lah saya berjumpa kembali rakan-rakan lama dari sekolah menengah mahang. fadzli, hasni, rohani, dan suhaida. beberapa rakan baru membentuk team rumah sewa di kg padang kulim... aziz, zul, sayuti n muin. hahahahahahaha masih tak jumpa kini walaupun dalam facebook.

belajar sastera memberi perasaan yang cukup mendalam tentang nilai baik dan buruk manusia, watak hitam dan putih dipaparkan dengan jelas seumpama dalam filem-filem tahun 50an. ketika itu watak diangkat dengan mudah sama ada baik atau jahat, pengajaran yang diperolehi amat jelas buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas hukuman. tontonla Penarik Beca dan lihatlah bagaimana watak p ramlee menewaskan watak saleh kami atau tonton juga Bara bagaimana watak rosham nor ditewaskan watak awie.

saya berpeluang untuk membaca hikayat hang tuah, sejarah melayu, keluarga gerila, sedikit luar biasa mungkin dengan novel Faridah Hanum karya Syed Syeikh al-Hadi, semuanya watak baik berjaya diakhiran cerita. jarang sekali watak kelabu wujud, kalau pun ada akhirnya dia seolah dilahir semula dan menjadi baik. permahaman saya mudah, semua penulis melayu islam bersetuju bahawa watak baik akan menang kalau pun bukan di dunia tetapi tetap mendapat pulangan baik di akhirat, itu kesimpulan saya kerana sastera juga meningkatkan pemahaman islam dalam diri saya juga. terima kasih kepada guru sastera saya ....cikgu ahmad sulong yang amat la garang orangnya....

tuan director berpeluang dalam pembikinan filempendek berjumpa dengan bekas pang5perang. dari dulu tuan director amat hairan kenapa pang5perangtua ini tidak naik pangkat, cuma pencen dengan gred terendah pang5perang. akhirnya setelah berjumpa beberapa pang5 lama, baru lah ceritanya menjadi jelas... rupa2nya satu ketika dulu hanya terdapat 2 pang5perang yang berebut jajahan selama, seorang digelar pang5perangsikontot dan seorang lagi pang5perangtua... gerak geri pencak silat keduanya untuk mendapat tempat di jajahan selama.

pertempuran kedua2 pang5 nie memang penuh dengan muslihat, kalau pang5perangtua berjaya mendekatkan diri dengan tok empat jajahan selama yang pertama, pang5perangkontot pula berjaya dengan tok empat kedua. pertempuran keduanya khabarnya berjaya dimenangi oleh sikontot apabila sikontot dengan tanpa belas ehsan menyembelih demang pertama, setelah tersingkirnya demang pertama, pang5perangsikontot yang baik dengan tok empat kedua kini dinaikkan
pangkat pang5nya dengan gelaran tuanpenasihatsiparangkontot, dendamnya terhadap pertentangan dahulu dimutakhirkan dengan menghukum pang5perangtua dengan dibuang ke hujung jajahan, hidup bersendiri dengan bertapa diri sehingga bersara.

kejayaan menghukum pang5perangtua membuat tuanpenasihatsiparangkontot semakin begis dan kejam, kekejamannya diselindung konon2nya dengan sifat baik hati dan mesranya....terutama dengan anak-anak gadis....hehehehehehe sifat demang memang macam tu kalau tak percaya tonton saja filem melayu dolu-dolu. kini tuanpenasihatsiparangkontot menguasai seluruh jajahan selama, tok empat hanya boneka... umpama pupet yang diarah itu dan ini.

kuasa ditangan demang umpaman kuku ditangan harimau, habis dicalarnya semua musuh-musuh dirinya. mana-mana pang5perang yang menunjukkan belangnya akan diterkam dan dikekahnya.... tiada belas kasihanpun.... pang5perang yang boleh duduk dan tunduk sahaja akan dibelanya... dibiarkan pang5perang yang taat dan tunduk sahaja berada disekitarnya. kalau ada yang berani melawan semuanya akan dihukum.... dalam banyak kes hanya tumbuk rusuk dan tikam belakang yang berani dibuat oleh tuanpunahsihatsiparangkontot terhadap saingannya.

terbaru pang5perangdagangpakmalau telah dihalau keluar dari kem kandang kambing, hahahahaha nampaknya tuanpunasihatsiparangkontot cuba menekan 3abdul2... pelahan-lahan semua pang5perang 3abdul2 yang berkebolehan disepak keluar dan dijauhdiri dari 3abdul2. taktik ini memang terbiasa diperbuat oleh tuanpunahsihatsiparangkontot. pantang dirinya melihat mana-mana tuanpenasihat lain mempunyai ayam tambatan....mungkin takut ayam daging dirinya iaitu
pang5perangtanggukikan dilibas barangkali dalam mana-mana pertempuran.

P/S : suka tuan director mengira bagi pihak tuanpunahsihatsiparangkontot akan dosanya kerana tidak menaikkan pangkat mana-mana pang5perang yang layak dari sudut wang. contohnya pang5perangtua. akibat kelicikan tuanpunahsihat RM1000 tidak dapat dinikmat oleh pang5perangtua selama 10 tahun. jumlahnya 1000x12x10 iaitu rm120,000. setelah berpencen kerana tiada kenaikan pangkat walaupun layak pang5perangtua hilang pula rm500.... amik kira pencen yg dinikmati untuk 20 tahun.. jumlahnya rm120,000. jumlah seluruhnya 240k. bagaimana 240k ini kalau ditukar kebentuk dosa......huhuhuhuhuhuhu 240 ribu dosa beb... kalau lantik orang tak layak pula bagaimana.... hehehehehehe u tanggungla semua..... hitam putih kehidupan.... heheheheheheheeh lalalalalalalalalalala adios amigos

March 02, 2011

pabila tok empat asyik setuju

salam 2 all,

mamak bendahara mengangguk-angguk akan kepalanya, cerita kambing sebentar tadi menghantui fikirannya. adakah benar begitu teruk jajahan selama dikerjakan tok empat yang suka akan pasembur udang ini. mamak bendahara mencari akal bagaimana untuk menghukum tok empat yang sangat vogue penampilannya ini.

sebentar tadi mamak bendahara negeri berpeluang berjumpa dengan wakil-wakil kambing tanpa dibenarkan seorang pun wakil tok empat atau jajahan selama hadir.... kah23 pertemuan ini memberi peluang wakil kambing membuka pekung didada dan menyelak kain sehingga terserlah panau dan kurap jajahan selama. mamak bendahara memang naik angin dengan berita yang diterima... maka bergugurlah lagi rambut dikepala yang sedia kurang itu.

kisah kambing kelaparan kerana pie tie pie tie yem lambat bagi duit, kisah kandang kambing yang serba kurang dan tak mencukupi, kisah gajah2 yang selalu lewat dan tua-tua belaka.... pelbagai kisah yang diadukan kambing menyebabkan darah mamak bendahara membuak-buak... kini amarah itu ditujukan kepada tok empat....ingatannya mudah... selesaikan masalah kambing atau mamak bendahara akan susahkan tok empat pada purnama ke lapan nanti untuk disambung kontrak.

agaknya kerana gertakan sang mamak bendahara negeri, tok empat tiangserisungaibayu menjadi tidak keruan lagaknya, habis seluruh jajahan cuba dicari punca kambing-kambing membuat sembah derhaka kepada mamak bendahara negeri. maka ketika pemilihan terbaru ahli mesyuarah peladang penternak.. dibenarkan segala perkumpulan kambing bertanding sehingga akhirnya parti bulan purnama mendapat laba yang bukan sedikit....kahkahkahkah... dengar citer mamak bendahara negeri amat murka apabila kambing-kambing parti penimbang tidak berjaya diangkat tok empat menduduki seluruh kerusi mesyuarah peladang penternak yang terbaru.... jerat membidas muka sendiri layaknya.

terbaru tok empat yang sangat popular dengan janji manismu membuat tawaran baru kepada kambing-kambing yang masih terkesan dengan kemenangan kumpulan suara kambing parti bulan purnama dan mata lebam. dalam perjumpaan tersebut...kambing yang percaya kepada konsep kambing power membuat pelbagai tindakan dan permintaan yang tak terfikir dek akal dan tok empat pulak bersetuju tanpa banyak soal.

pertama tok empat bersetuju untuk menetapkan tarikh penerimaan bantuan pie tie pie tie yem kepada semua kambing-kambing yang layak. kahkahkahkah tok empat ingat dia pengerusi pie tie pie tie yem ke sampai boleh janji bila bantuan akan masuk.... mana akal dia dapat masa berjanji nie.... dan kelakarnya kambing pun percaya tok empat ada kuasa tu... kena tipu la hangpa semua.

sepatutnya kambing-kambing menyiasat duduk perkara sebenar... bantuan tu tak dapat pada masanya kerana tok empat kurang teliti ketika membuat keputusan. tarikh akhir pie tie pie tie yem tetapkan agar dihantar maklumat latihan kambing tak berjaya dipatuhi oleh jajahan selama, sapa yang buat keputusan...tentulah tok empat yang terlebih layan kumpulan cendikiawan sehingga akhirnya kambing terima bahana... mengalih pandangan kepada kem kandang kambing, kem latihan kambing atau kem adamasyuk hanya taici tok empat nak lepaskan diri...kahkahkah memang kaki belit la tok empat nie.

permintaan kedua plak agar selepas balik dari semulasiperang, semua kambing-kambing disediakan kandang untuk berteduh.... tok empat letakkan beban kepada tersebut kepada pang5besarchahketing... para pemimpin kambing patut bertanya dah empat tahun tok empat berkuasa berapa reban kambing yang tok empat dah siapkan dan berapa pulak kapasiti yang kambing boleh duduk. para kambing patut sedar reban yang ada untuk kambing tahun 1 je...dan sedikit sgt untuk tahun 2,3 dan 4 kecuali aktif menyumbang kepada jajahan selama. tok empat memang pandai taici , kambing pula cuma menang sorak sahaja...persetujuan tok empat tak bermakna kerana kapasiti reban memang tak cukup pun...patutnya tuanpenasihatenjin dibebankan untuk menyediakan kandang.... hahahahaha 3abdul3 patut ingatkan tok empat bahawa kem kandang kambing cuma uruskan kandang dan bukan buat kandang....

macam-macam kambing minta dan semua permintaan kambing tok empat setuju... tuan director nampak tok empat dah macam ahli politik je ..... mungkin tempias merlimau dan kerdau dah menimpa tok empat kot... atau tok empat sedang membelai hati kambing agar jangan lagi menyembah berita negatif jajahan selama kepada mamak bendahara negeri... atau tok empat mengharapkan sokongan kambing-kambing untuk menyambung kontrak dirinya... hanya tok empat yang tahu justifikasi tindakannya yang umpama cacing kepanasan.

P/S : dengar citer semua ketua kem bertandang ke bandaraya bersejarah untuk mengasah keris kuasa... dalam sibuk-sibuk nak mengasah keris baru lah ketua kem terperasan akan keris masing-masing, ada yang berkarat dan ada yang hulunya tercabut...lebih terkejut lagi ada yang terpandang bertapa pendeknya keris kuasa masing-masing.... cuma tuanpunahsihat yang seorang ini tak terkejut apa-apa pun kerana dia tiada keris sebalik dia mempunyai sebilah parang.... cuma malang parangnya kontot....kah23... adios amigos

February 27, 2011

pabila bulan purnama

salam 2 all,

mengenang kembali perjuangan politik kampus memberi semangat yang bukan sedikit kepada saya. sewaktu di UPM, kekuatan utama politik kampus didokong sepenuhnya oleh aliran politik islam yang ditunjangi oleh Persatuan Mahasiswa Islam. amat jarang ketika itu mahasiswa terpengaruh dengan aliran kebangsaan, dan amat susah sekali untuk melihat kehadiran orang politik dari parti kerajaan di kampus.

kalau pun ada hanya kehadiran menteri kabinet atau exco negeri untuk tujuan perasmian majlis atau acara yang dianjurkan pelajar. rata-rata kami ketika itu menjemput orang kerajaan kerana terdapat bersamanya peruntukkan kewangan yang dibawa bersama menteri terbabit. begitu juga apabila melibatkan GLC atau swasta. yang difikirkan ialah adakah terdapat wang mengiringi kehadiran mereka dalam majlis.

dalam satu acara di kolej keempat atau dikenali kolej jelapang dan terkini dikenali sebagai kolej canselor, jemputan terhadap seorang CEO sebuah GLC negeri bumi kenyalang memberi tuah yang bukan sedikit apabila diakhir ucapan majlis makan malam kolej , CEO tersebut memperuntukkan derma 10 ribu ringgit untuk aktiviti kepimpinan pelajar kolej. memang lumayan 10k pada tahun 1993.

tuan director telah lama menghidu bahawa di jajahan selama bulan sabit hampir mengambang penuh dek kerana kelalaian dan kealpaan pang5perang menjalankan tugas. bertahun lamanya kambing-kambing mendapat asuhan luar untuk bertanding sebagai ahli Mesyuarah Peladang Penternak, beberapa minggu lepas hantu-hantu yang muncul bersama bulan mengambang tertonjol-tonjol sekitar jajahan selama. hantu-hantu ini pun kenal akan tuan director dan cuba mengelak diri bertembung bersemuka, namun bau harum hantu-hantu ini tetap menunjukkan kehadiran mereka di jajahan selama untuk menghasut akan kambing-kambing jajahan.

sayang seribu kali sayang, 3abdul3 tersalah percaya akan pang5perang sendiri. ada kalangan pang5perangnya sendiri memang berkawan dengan hantu-hantu ini. maka lebih mudah lah hantu-hantu mendekati kambing dengan bantuan jampi serapah dari pang5perang. bukan jampi menghalang hantu tapi jampi menjemput akan hantu untuk menghasut kambing.

tuan director juga tercium serigala dikalangan pang5perang dan cendikiawan. kambing-kambing yang tajam daya baunya mengatakan bahawa setiap kali berjumpa akan pang5perang dan cendikiawan tertentu bukan parang tajam yang ditakuti tetapi kuku serigala yang amat dikhuatiri. pemikiran kambing-kambing habis diracun. mereka ini umpama musang berbulu ayam atau kambing berkulit serigala. hahahahahahaha

segerombolan pang5perang pula sibuk dengan dacing untuk menimbang berat kambing, semua kambing ditimbang untuk tahu akan beratnya. al kononnya dengan hanya menimbang kambing sahaja maka sudah dikenali dan diketahui akan tingkah dan laku kepmpinannya. dek kerana terlalu taksub akan alat penimbang tersebut mereka langsung menjadi hamba kepada alat penimbang dan merosakkan majoriti kambing tersebut.

hahahahahahahaha, 3abdul perlukan pang5perang yang lebih handal untuk bermain dengan hantu dan dalam masa yang sama berkawan dengan dacing. lebih merbahaya apabila pemikiran kumpulan mata lebam mula menghasut akan kambing-kambing yang tidak berdosa. Apa pun bulan hampir mengambang penuh di jajahan selama seminggu yang lalu.

P/S : wah23, dengar2 tiangserisuanngaibayu dan tuanpunasihatsiparangkontot melompat-lompat macam kanak2 menerima kehadiran kumpulan peninjau. habis semua pang5perang diminta bersedia menyambut kumpulan peninjau dan mempamirkan segala alatan perang masing-masing. sayang seribu kali sayang semua peralatan perang tersebut bukan lah ciptaan dan idea tiangserisungaibayu dan tuanpunasihatsiparangkontot. itu jasa tok empat terdahulu... ini dah macam lembu punya susu sapi dapat nama je..... yang paling heboh ialah apabila dicelah2 itu yang kuat melompat ialah 3abdul2...apa sumbangan u 3abdul2 dalam hal ini....hahahahahaha chor citer, chor citer...... adios amigos

February 16, 2011

ketua darjah

salam 2 all,

menoleh kembali 30 tahun lepas, saya antara mereka yang amat anti dengan ketua kelas, kerana ketika itu fahaman saya bahawa ketua kelas hanya mereka yang kaki ampu atau suka sangat aksi berbaik-baik dengan guru dan ternyata sekali amat suka melaporkan kesalahan rakan untuk dihukum guru.

saya sering berpesan kepada zikry n ammar bahawa kalau ingin menjadi ketua hanya kerana ingin mendapat perhatian guru, atau untuk digunakan bagi menekankan kawan-kawan, baik lupakan sahaja hasrat tersebut. pemimpin adalah mereka yang sentiasa adil dan juga sentiasa memikirkan nasib warga di bawah jagaannya.

kerana selalunya saya menyuarakan keadilan dengan jelas serta amat kerap berdebat , jarang sekali saya akan dipilih menjadi ketua dalam mana-mana kelas yang saya duduki, ramai sekali kawan mahupun guru saya sama ada di sekolah atau universiti melihat keberanian ini sebagai kelemahan saya yang terunggul dalam menghalang saya untuk dipilih menjadi pemimpin no one.

minggu depan merupakan minggu yang agak sibuk buat tuan director, selain daripada perebutan kambing-kambing jajahan untuk ahli Mesyuwarah Peladang Penternak , pang5perang pun sibuk mengasah parang untuk diangkat mengetuai PERDUJA.

kepimpinan merupakan tradisi pengurusan hidup manusia, maka aspek perhubungan sesama insan akan menjadi penentu sapa akan dipilih untuk menjadi pemimpin. sekiranya jajahan selama mengangkat pemimpin dengan kuasa lantikan rasmi, maka PERDUJA lebih menarik kerana pang5perang yang ingin dilantik perlu mempengaruhi majoriti pang5perang untuk dirinya diangkat sebagai pemimpin. sapa cekap dalam mempengaruhi persepsi awam makan dirinya akan terpilih menjadi ketua.

pang5perang yang akan turun memilih seharusnya berfikir tentang kepimpinan yang dikehendaki. kalau inginkan orang yang hanya tahu membodek dan mengampu pun ada ramai yang berkelayakan. kalau mahu mereka yang berjuang melintang lalu membujur patah juga ada dalam senarai. kalau inginkan juara taici jugak ada. pendek kata calon-calon yang bertanding amat dikenali tingkahlaku kepimpinan yang akan dilaksana kelak setelah dipilih. filem pendek ini cuma mengharapkan bahawa siapa akan dipilih nanti, mereka menangggung satu tanggungjawab terberat untuk memastikan kebajikan pang5perang terpelihara dengan sebaiknya.

ingatan tuan director cukup mudah, jawatan yang disandang bukan untuk menekan rakan dan jauh sekali untuk mendapat pujian dan sanjungan. siapa jua yang terpilih seharusnya mampu berhubung dengan tiangserisungaibayu dan tuanpunasihatsiparangkontot dengan profesional, bukan pula sebagai kaki ampu dan bodek untuk meningkatkan kerjaya diri sendiri.

P/S : kumpulan wawasan nampaknya sekali lagi akan cuba menguasai PERDUJA dengan meletakkan pang5perang mereka, hahahahahaha... pang5perangtanggukikan mungkin diarahkan untuk bertanding sebagai peneraju. ini mungkin akan digunakan sebagai talian hayat terakhir tuanpunahsihatsiparangkontot untuk menyambung kontrak dirinya apabila tiba masanya nanti...tiangserisungaibayu juga mungkin berharap kepada tanggukikan yang boleh bersifat 2 alam sekiranya perlu...maka renung-renungkan ....adios amigos

February 09, 2011

naga dan harimau

salam 2 all,

selamat tahun baru cina kepada semua, terkenang pengalaman menyambut TBC selama hampir 20 tahun di kg bukit bertama n pekan mahang. sangat indah kerana walaupun tanpa konsep 1Malaysia ketika itu, arwah pak n mak akan tetap memasak nasi minyak untuk membalas pemberian kawan-kawan cina mereka yang akan menghantar sudah tentu limau mandarin, air botol bergas, kacang dan pelbagai makanan ringan yang lain ke rumah kami.

sudah tentu juga ketika itu, nyonya mewa, amiaw, lehock, chinguan dan ramai lagi masyarakat cina faham dan amat jelas tentang makanan halal haram bagi melayu islam seperti saya. walaupun ada tapi amat jarang ketika itu kuih bulan atau saya panggil kuih bakul diberi orang cina kepada orang melayu kerana menyedari sensitiviti masyarakat, walaupun kini saya dapati berlambak kuih bulan bertanda halal di pasaran.

orang melayu, cina dan india sangat harmoni di pekan kecil mahang ketika itu, bahkan di kg bukit bertam, ada seorang sikh yang sentiasa saban tahun menderma wang untuk moreh ketika bulan ramadhan. mengingati TBC ketika itu amat berbeza kini. kini masyarakat seolah dipaksa-paksa menyambut perayaan kaum lain, jauh sangat berbeza dulu dan kini.

saya masih ingat sekitar tahun 1984 barangkali, TBC tahun itu saya mengunjungi rumah chinwei, ahtong, ahsu, soknee, suiwen, sokchin dan ramai lagi. ketika di rumah ahfat kawan baik saya ketika itu, maknya bertanya adakah saya tidak takut dihidang dengan makanan haram, saya hanya tersenyum sahaja kerana sedar , walaupun ada makan haram yang dihidang, saya masih dapat memilih roti, kacang, dan byk makanan ringan yang halal. minuman kotak pun disediakan kalau takut berkongsi gelas dengan minuman keras.

tuan director hampir kekeringan idea untuk menfilemkan hal jajahan selama ketika ini. cuma tertarik dengan pemberitahuan kekosongan 3abdul3. hahahahahaha setakat ini calon-calon yang memohon amat la kelakar untuk kita mendengarnya. jamal pak tongkol (JPT) yang menyelinap ke bilik pang5perangtanggukikan memaklumkan ada perkembangan terkini tentang jawatan 3abdul3 tersebut.

tuan director tak suka dengan cara keji jamal pak tongkol mendapatkan maklumat, ceritanya bahawa dia ada kunci pendua kem tanggukikan amat mengejutkan tuan director. hahahahaha JPT rupanya mengunakan musim cuti masyarakat tionghua untuk membuka beberapa lembaran kertas untuk mendapatkan maklumat tersebut. hahahahahaha nampak sangat la nakalnya JPT apabila cuba mendapat maklumat mengunakan pintu depan dengan cara belakang.... musyuk la lu JPT.

adapun calonnya yang pertama ialah tauke opera tiongkok yang sedang disiasat melarikan beberapa peti syiling emas jajahan selama, ketua kem tari menari nie memang ada hati nak jadi 3abdul3, patutlah asyik layan kehendak tiangserisungaibayu rupanya ada badak di belakang kemuncuk( temucut). calon kedua ialah bekas ketua kem propa yang kini membuang diri bertapa di kem bahasa jiwa bangsa. tuanpenditasilatulrahim nampaknya tak serik walaupun baru saja disepak tiangserisungaibayu kerana gagal memenuhi nafsu serakah merompak khazanah jajahan selama untuk tiangserisungaibayu n kroni. calon ketiga namanya agak samar-samar, tetapi dikaitkan dengan jawatan presiden kelab cendawan jajahan selama sebelum ini. JPT mengaku dalam sibuk2 dia memamah maklumat tu, askarkeamanan meronda... so tak dapat la dia melihat 2 @ 3 nama lagi.

P/S : ramai orang ambil kesempatan hidang nasi minyak sempena TBC, tuan director mengucapkan selamat pengantin baru la. yang sorok-sorok nasi minyak pun ada. hahahahahah tuan director memang suka nasi minyak nie, so kalau ada yang nak sorok pun macam terbau nasi minyak dari kem kandang kambing je, harap2 yang sorok nasi minyak nie pun akan bahagia la....kah23 takkan nak lari kot, nasi minyak pun dah ditayangkan kat Mukabuku. adios amigos

February 05, 2011

bual bicara piramid

salam 2 all,

kalau tuan-tuan membuka akhbar kini, terpampang berita tentang kegawatan di mesir, kata ahli sejarah dan politik, teori domino hampir pasti berlaku sekitar negara mediterraniean berkaitan kepimpinan, terkini ianya melarat ke laut adden...semuanya berkaitan bangkitan kuasa rakyat menjatuhkan kepimpinan negara yang terlalu lama berkuasa. umpama waadat antara demang lebar daun dan seri teri buana atau atau janji sultan mahmud mangkat dijulang dengan laksamana bentan.

frasa popular... manusia melupakan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu faktanya atau manusia yang melupai sejarah akan dihukum oleh kejadian atau fakta yang sama.. hahahahahaha ini juga umpama pepatah pelanduk melupai jerat, tetapi jerat takkan lupa akan pelanduk... semua ini mengingatkan kita betapa belajar melalui sejarah atau kisah masyarakat tedahulu akan membuatkan kita berhati-hati dengan semua tindakan kita kini.

tuan director menfilemkan tentang kedegilan pemimpin turun takhta kuasa kerana merasakan mereka berhak terus di tampuk kepimpinan, hanya untuk mengingat kepimpinan jajahan selama yang umpama menongkat langit gayanya. berapa ramai pemimpin kem dan jajahan merasakan bahawa mereka berhak untuk kekal dalam kepimpinan seolah-olah mereka adalah pewaris yang akan mati bersama kuasa kepimpinan mereka di jajahan selama.

betapa ramai ketua kem yang sentiasa perasan bahawa mereka pemimpin agung yang tiada tolok bandingnya dalam kepimpinan, betapa ramai yang merayu kepimpinan atasan acapkali untuk kekal berkuasa konon2nya kerana banyak idea dan perancangan mereka yang belum terlaksana. sudah diberi 2 tahun harap diberi 2 tahun lagi, telah diberi 3 tahun nak juga disambung setahun pula.

tanyalah diri, 2 tahun yang diberi adakah diisi dengan perancangan untuk jajahan atau sibuk meminta itu dan ini untuk keselesaan peribadi, apabila dah terlalu selesa menduduki tampuk kuasa, berjuang pula untuk mengekalkan kuasa, sekali lagi bukan untuk jajahan sebaliknya untuk diri. betapa ramai yang sepatutnya telah mula beramah mesra dan duduk beribadat di masjid sebaliknya masih sibuk untuk kekal berkuasa di jajahan selama. namun demikian tuan director sangat hormat pada beberapa penditatua yang sangat komited mengajar kambing dan langsung tidak berhajat untuk berkuasa , meraka ini langsung berbeza dengan 2 atau tiga ketua kem yang tak sedar diri masih mau berpaut pada takhta kuasa semata-mata walaupun berusia senja.

berundurlah dengan mulia, jangan sampai kita dipaksa melakukannya.. semak diri tentang galasan tanggungjawab yang telah terpikul di bahu selama ini, adakah telah dilaksanakan, jangan hanya memikirkan tentang gemerlapan takhta semata.. ingatan ini juga disuarakan agar tuanpenasihatsiparangkontot dapat bersara dengan aman tanpa perlu merayu sana sini meminta kontrak disambung seperti tiangsesungaibayu perlakukan tempohari untuk kekal menjadi tok empat

p/s : terpercik di akal kenapa kambing import bulunya dibiarkan tanpa kawalan... kambing tempatan pula dipaksa beruniform pula hidup mereka hehehehe soalan nie untuk 3abdul3. tertanya juga bersediakah sang gembala untuk mengendalikan kambing import yang konon2nya sibuk nak lulus sahaja tetapi berlatih amat la malas...hehehehehe soalan ini untuk 3abdul1 tau... adios amigos

January 26, 2011

boleh bekerja ke

salam 2 all,

ketika saya kecil atau menginjak remaja, saya mempunyai satu kesukaan yang arwah ibu sangat tidak gemar, bahkan ketika ini sendiripun saya tidak gemar pula kalau iki dan amar iaitu dua anak saya mengulanginya. perbuatan atau tingkah laku yang apabila orang dewasa bersembang....anak-anak tercongok untuk turut mendengar perbualan tersebut.

namun saya kemudiannya sedari dan akui bahawa kerana perangai itu juga selama 3 tahun saya mampu menahan diri dari gagal hadir mendengar setiap kuliah fikah dan tauhid Ustaz Mdnooq di masjid kg bukit bertam setiap malam selasa. menekuni setiap patah bicara ustaz kemudiannya amat berguna apabila saya hadir ke kelas agama islam di sekolah pada siang harinya, kemudianya menjadi panduan diri bila menginjak dewasa.

kerana sifat itu juga barangkali kemudiannya saya dapati kemampuan saya mendekati semua warga di kampung bukit bertam untuk terlibat dalam kenduri kawen, majlis tahlil, gotong royong memindah atau mengangkat rumah atau membersih kubur dan masjid. kerana sifat itu juga hubungan dengan warga dewasa kampung dapat dipereratkan dan dipermudahkan.

tuan director rupanya amat tidak sabar apabila telinga dihujani dengan tarbiah selama 3 kali berturut-turut oleh tiangserisungaibayu, kemudiannya oleh 3abdul3 dan terakhir ini oleh tuanpunahsihatsiparangkontot. ketiga-tiga tarbiah ini walaupun cuba disampaikan dengan penuh ikhlas... namun sehingga kini tuan director tidak mampu merumuskannya dalam satu ayat... apakah sebenar kehendak jajahan selama terhadap warganya. ketiga-tiga tarbiah amat kontradik sekali maksud dan kehendaknya.

suatu perkara yang telah disentuh oleh tuan director kebelakangan ini ialah pewarisan kepimpinan jajahan selama. dalam ketiga-tiga acara tarbiah ini... rumusan yang dapat dilihat begitu ramai pak angguk mendapat tempat dihati ketua kem. rupanya kualiti kepimpinan yang diinginkan oleh pemimpin jajahan selama ialah pelapis atau penyokong yang akan mengangguk semua tindakan mereka.

tuan director mengangap pendekatan ini sangat merbahaya kepada pencapaian jajahan selama pada masa akan datang. budaya memilih pemimpin yang serupa atau sentiasa bersetuju dengan kepimpinan jajahan takkan membawa jajahan selama ke mana-mana pun. kepimpinan jenis ini hanya memusnahkan impian kreativiti sang empunya diri atau cita2 tiangserisungaibayu cuma. nampak sangat kepimpinan kini sedang mengamalkan pewarisan secara dinasti.. membina pemimpin masa depan jajahan selama berdasarkan kekerapan bersetuju dengan semua tindakan kepimpinan kini.

maksudnya jelas... pemimpin kini jajahan selama sibuk mencari penganti yang boleh dipercayai dari mencari pemimpin yang boleh bekerja. kah23 dalam bahasa mudahnya mereka mencari orang yang sentiasa bersetuju dengan mereka, sama ada tindakan mereka itu salah atau benar, mereka mencari orang yang akan menyokong mereka walaupun mereka terang-terang merompak di siang hari segala khazanah jajahan... mereka mencari orang yang akan diam membisu walaupun perbuatan kepimpinan mereka melanggar suruhan agama atau moral masyarakat. inilah bentuk kepimpinan yang dicari jajahan untuk mewarisi kepimpinan kini untuk masa depan.

alternatifnya ada... dalam kesukaran mengukur kepercayaan seseorang hatta dalam beragama..tuan director cenderung mencari mereka yang mampu dan boleh bekerja untuk jajahan selama..mereka yang kreatif, berani kurang ajar dalam idea, berani berekperimental dalam tindakan, menyanggah rutin harian, sewajarnya diberi peluang seluas mungkin dalam kepimpinan tranformasi jajahan... mereka ini lah yang mampu membangun dan menjayakan segala visi dan misi... kerana orientasi mereka lebih kepada proses dan penentu kejayaan mereka adalah produk, pengukuran KPI mereka sudah tentu outcomes.

jajahan selama mempunyai keupayaan sekiranya mereka memikirkan konsep 3 perkara yang disentuh 3abdul3 dalam tarbiahnya yang ringkas, hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini . maka semak kembali kepimpinan semalam, kenapa gagal... gagal kerana kita mencari pemimpin pelapis yang boleh dipercayai, bukan boleh bekerja. kedua semak pencapaian kita hari ini, kenapa masih gagal, gagal kerana kita masih bertindak seperti semalam. maka untuk berjaya esok hari... seruan tuan director mudah cari pemimpin yang dapat bekerja...lupakan pemimpin yang boleh dipercayai. moga2 esok jauh berjaya dari hari ini.

P/S : tuan director nak terguling ketawa apabila tuanpenasihatsiparangkontot berharap sangat skrip tarbiahnya dijadikan filem pendek jajahan selama minggu ini. hahahaha semua pang5perang sendiri mendengar tarbiah tersebut bukan...biarlah mereka sendiri menilai tarbiah tersebut... pada tuan director tarbiah tersebut tiada kualiti untuk dijadikan skrip filem... maaf lah ye tuanpunasihatsiparangkontot... dah 10 tahun menjadi demang.. ingatkan tarbiah yang disampaikan berkualiti rupanya umpama sembang kedai kopi sahaja layaknya... hehehehe skrip anda ditolak untuk difilemkan.. adios amigos