February 05, 2011

bual bicara piramid

salam 2 all,

kalau tuan-tuan membuka akhbar kini, terpampang berita tentang kegawatan di mesir, kata ahli sejarah dan politik, teori domino hampir pasti berlaku sekitar negara mediterraniean berkaitan kepimpinan, terkini ianya melarat ke laut adden...semuanya berkaitan bangkitan kuasa rakyat menjatuhkan kepimpinan negara yang terlalu lama berkuasa. umpama waadat antara demang lebar daun dan seri teri buana atau atau janji sultan mahmud mangkat dijulang dengan laksamana bentan.

frasa popular... manusia melupakan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu faktanya atau manusia yang melupai sejarah akan dihukum oleh kejadian atau fakta yang sama.. hahahahahaha ini juga umpama pepatah pelanduk melupai jerat, tetapi jerat takkan lupa akan pelanduk... semua ini mengingatkan kita betapa belajar melalui sejarah atau kisah masyarakat tedahulu akan membuatkan kita berhati-hati dengan semua tindakan kita kini.

tuan director menfilemkan tentang kedegilan pemimpin turun takhta kuasa kerana merasakan mereka berhak terus di tampuk kepimpinan, hanya untuk mengingat kepimpinan jajahan selama yang umpama menongkat langit gayanya. berapa ramai pemimpin kem dan jajahan merasakan bahawa mereka berhak untuk kekal dalam kepimpinan seolah-olah mereka adalah pewaris yang akan mati bersama kuasa kepimpinan mereka di jajahan selama.

betapa ramai ketua kem yang sentiasa perasan bahawa mereka pemimpin agung yang tiada tolok bandingnya dalam kepimpinan, betapa ramai yang merayu kepimpinan atasan acapkali untuk kekal berkuasa konon2nya kerana banyak idea dan perancangan mereka yang belum terlaksana. sudah diberi 2 tahun harap diberi 2 tahun lagi, telah diberi 3 tahun nak juga disambung setahun pula.

tanyalah diri, 2 tahun yang diberi adakah diisi dengan perancangan untuk jajahan atau sibuk meminta itu dan ini untuk keselesaan peribadi, apabila dah terlalu selesa menduduki tampuk kuasa, berjuang pula untuk mengekalkan kuasa, sekali lagi bukan untuk jajahan sebaliknya untuk diri. betapa ramai yang sepatutnya telah mula beramah mesra dan duduk beribadat di masjid sebaliknya masih sibuk untuk kekal berkuasa di jajahan selama. namun demikian tuan director sangat hormat pada beberapa penditatua yang sangat komited mengajar kambing dan langsung tidak berhajat untuk berkuasa , meraka ini langsung berbeza dengan 2 atau tiga ketua kem yang tak sedar diri masih mau berpaut pada takhta kuasa semata-mata walaupun berusia senja.

berundurlah dengan mulia, jangan sampai kita dipaksa melakukannya.. semak diri tentang galasan tanggungjawab yang telah terpikul di bahu selama ini, adakah telah dilaksanakan, jangan hanya memikirkan tentang gemerlapan takhta semata.. ingatan ini juga disuarakan agar tuanpenasihatsiparangkontot dapat bersara dengan aman tanpa perlu merayu sana sini meminta kontrak disambung seperti tiangsesungaibayu perlakukan tempohari untuk kekal menjadi tok empat

p/s : terpercik di akal kenapa kambing import bulunya dibiarkan tanpa kawalan... kambing tempatan pula dipaksa beruniform pula hidup mereka hehehehe soalan nie untuk 3abdul3. tertanya juga bersediakah sang gembala untuk mengendalikan kambing import yang konon2nya sibuk nak lulus sahaja tetapi berlatih amat la malas...hehehehehe soalan ini untuk 3abdul1 tau... adios amigos

No comments:

Post a Comment