April 25, 2010

KISAH ISTANA BESI BURUK

salam 2 all,

3 minggu lepas saya membawa uzma, iki n ama ke sungai samak untuk mandi-mandi sambil melayan keinginan anak-anak untuk bermain-main. memang seronok, air sungai yang jernih serta cetek memang memudahkan anak-anak bermain sambil mandi manda.

bermain di sungai adalah kenangan yang paling hidup dalam memori saya. pernah dua kali lemas di sungai kerian dan pernah juga membantu penduduk kampung menyembelih lembu di dalam sungai ketika air bah, menambah lagi kenangan hidup di bukit bertam

kalau musim kering, saya selain bermain wau atau turun ke sawah untuk menimba ikan ( menangkap ikan dengan cara mengeringkan kawsan) tentu sekali bermain istana pasir merupakan aktiviti yang sangat menarik. sepanjang hari boleh berada di beting pasir untuk membuat istana pasir. bersaing dengan kawan sekampung untuk reka bentuk yang kita mahukan.

tuan director termenung panjang, antara nak percaya atau tidak tuduhan terbaru. konon-konon tok empat ada saham dalam projek istana besi buruk. tak percaya kerana pada tuan director, tok empat bukan tergolong dalam kumpulan yang inginkan duit atau kekayaan dalam menguruskan jajahan selama. sekian lama, kritikan tuan director terhadap tok empat cuma berkisar kepada kepimpinan dan pengurusan jajahan selama cuma.

berita yang disampaikan oleh informer ternyata mengejutkan, berbulan juga jejak dikesan, denai diteroka, dan lurah dituruni. mencari pertunjuk baru dan lain untuk menilai kebenaran cerita. cerita campurtangan langsung tok empat dalam pembinaan istana besi buruk bukan cerita baru, campurtangan itu pada tuan director perlu untuk memastikan khazanah negara terjaga. itu bukan bukti tok empat hendak mencari untung.

tuan director buat temujanji dengan informer lain, kali ini perspektifnya berlainan. ini mengubah pandangan tuan director. rupanya tuanpenasihatenjinnyior hendak meletak jawatan disebabkan oleh campurtangan tok empat dalam projek istana besi buruk. ini bukan kali pertama campurtangan tok empat dalam semua perkara dijajahan selama.

keduanya campurtangan ini bermula apabila ada orang ketiga yang telah berjumpa senyap-senyap tok empat mengadu tentang kegagalan tuanpenasihatenjinnyior mengurskan projek. perjumpaan ini rupanya juga melibatkan syarikat putar alam sdn bhd yang mengatakan bahawa mereka tidak menyiapkan kerja kerana pang5perangbesiburuk tidak mengukirkan bentuk yang diinginkan dengan tepat.

nak tergelak pun ada kerana setahu tuan director, pang5perangbesiburuk ini diambilkerja oleh tok empat sendiri. takkan lah akhirnya cakap orang kepercayaan pula diragui. mungkinkah ada komplot mengunakan kelemahan tok empat untuk mengaut untung dari projek istana besi buruk ini. nampak sangat kasim pantulan ingin menjerat tok empat dengan projek 20%nya. hati-hati tok empat jangan nanti ayam terlepas tangan berbau tahi.

p/s : orang dah mula bercakap sekarang, ramai sangat kalangan tuanpenasihat suka buat kerja askar biasa, sampai bab mudah-mudah pun dia orang nak campur, tuan director nak tergelak pun ada bila larangan berpolitik dihantar ingatan oleh askar biasa. nampaknya kerja askar biasa dibuat oleh tuan penasihat, kerja tuanpenasihat askar biasa pula yang buat. dunia-dunia jual orang lagi untung dari jual unta.....

April 22, 2010

79 ye...ingatkan 65%

salam 2 all,

semalam hari jadi uzma auni, anak nombor 3 saya, satu-satu anak perempuan. dah berumur 4 tahun rupanya. sangat pantas masa berlalu. sambutannya seperti biasa la, maknye belikan sebiji kek yang tentunya ada warna pink. sepasang kasut yang ada rama-rama, sepit rambut dan sikat. saya, iki, uma dan fahim pun tumpang sekaki makan kek. lupa plak ada aiskrim dan air coca cola. akhirnya apam balik yang saya beli di ulu bernam tertinggal dalam kereta tanpa dijamah.

semalam jugak tuan director melihat markah untuk semua kerja yang dilakukan untuk 2009. mengimbau kembali semua produksi yang dibuat tentunya tuan director mahu juga dihargai dengan markah tinggi, tetapi mengenang bahawa jajahan selama telah diperintah secara emosi sejak lama dahulu harapan mungkin hanya tinggal harapan.

tahun 2009 merupakan cabaran yang hebat, dengan projek baru yang diberikan sekitar Ogos 2008, cabarannya sangat hebat untuk dilaksanakan. namum kerjakuat dan kerja berpasukan yang diamalkan menjadikan produksi yang dipimpin tuan director mencapai target dengan cemerlang.

bahana kerja kuat ada di mana-mana. fitnah, tikam belakang, lobi melobi, cerita yang diputarkan hinggap dalam setiap organisasi. sepak terajang politik organisasi kadang-kadang lebih jauh buruk dari politik kepartian. kalau orang politik boleh bertukar parti dan dijatuhkan dalam parti, di jajahan selama juga perkara yang sama juga berlaku.

bayang-bayang derita berpanjangan ini mula dicerminkan apabila produksi pertama tuan director tidak mahu dilancarkan oleh tiangserisungaibayu hasil hasutan tuanpenasihatsiparangkontot. ingatnya tamat begitu sahaja tetapi rupanya tidak, hasutan yang bertali arus menyebabkan tuan director disepak keluar dari produksi simulasi perang. bukan itu sahaja bahananya bahkan pencapaian tertinggi tahun 2008 pun tidak dipandang.

semua kerja kuat ini bukannya tiada bukti, produksi simulasi perang berjaya dalam banyak perkara termasuk lepas bebas dari auditan ISO, dapat surat penghargaan daripada JPA, jemputan berceramah datang bertubi untuk dikongsi pengalaman, lawatan dari jajahan lain juga bersambut. dan akhirnya jajahan selama tanpa rasa malu menghantar projek produksi ini sebagai best practice jajahan untuk dipamirkan kepada jajahan lain.

hehehehe nak cerita memang la panjangkan, cuma tuan director bukan lahir sebagai kaki ampu tapi kaki bambu, kalau tak betul tu tuan director cakap je, maka benar lah kata pepatah lama kerana pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. nak dikira memang banyak yang tuan director tak puas hati, semuanya dah difilemkan dalam filem pendek.

apa akibat semua ini, akibatnya amat mudah, tuan director diberi 79% untuk LNPT tahun ini, hahahaha bak kata seorang kawan " tu pun kira banyak kalau nak ukur bertapa bencinya tuanpenasihatsiparangkontot terhadap hang". kalau nak dikira dia boleh je bagi 65% kata tuan director.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, pesan orang tua-tua. tuan director tak kecil hati dengan markah tu cuma akan berjuang dengan cara sendiri dalam menuntut hak. itu hak dia untuk beri markah, harap-harap dia sudah pun membaca ini sebelum membuat keputusan. jangan marah apabila tuan director juga mengunakan hak untuk diadili. harap-harap jangan sampai begini akhirnya

April 20, 2010

APA KATA DEPA

salam 2 all,

apabila saya belajar di sekolah, perkara yang menyedihkan ialah apabila guru kesayangan atau kesukaan bertukar ke sekolah lain. mereka ini menjadi pojaan hati kerana mengajar dengan penuh dedikasi dan profesional. ilmu mereka mungkin hanya sedikit tetapi kesannya hingga ke akhir hayat saya kenang.

Guru saya di sekolah cina yang paling saya ingat ialah guru disiplin. seeorang guru lelaki yang sangat sayang kepada murid-murid, buktinya sangat nyata, apabila salah memang akan dirotan, apabila kami balik selepas waktu sekolah, beliau sambil menaiki basikal dengan seluar pendek dan stoking paras lutut akan mengiringi kami berjalan melalui pekan mahang dengan selamat. itu lah rutin beliau setiap hari sehingga pencen ketika saya di darjah 3.

seorang lagi cikgu johan yang mengajar saya mata pelajaran seni perusahaan, beliau bukan setakat mengajar tetapi menjadi mentor yang sangat berkesan kepada diri saya. Beliau memberi saya kepercayaan membuka dan menutup makmal seni perusahaan. beliau juga kemudiannya memperkenalkan permainan hoki kepada saya dan rakan-rakan sehingga kami mewakili sekolah kemudiannya. Ramai lagi guru yang memberi kesan kepada saya dari sekolah rendah sehingga lah ke universiti yang akan saya titipkan kisah mereka dalam penulisan akan datang.

tuan director tenang meneliti hasil kaji selidik selama 4 bulan yang dibuat terhadap tuanpenasihatsiparangkontot dan 2 bulan setengah terhadap tok empat tiangserisungaibayu. objektif kajian ialah untuk meneliti pandangan warga jajahan terhadap kepimpinan kedua-duanya selama pemerintahan mereka.

pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah, iaitu pembaca blog bicara azman melalui www.azmanlk1.blogspot.com boleh mengundi tanpa curiga untuk sekali undi pandangan mereka terhadap caragaya kepimpinan mereka. kalau mereka ingin mengundi 2 kali, kena la buka komputer lain plak. jadi kebolehpercayaannya agak tinggi bahawa semua pembaca telah sekurangnya diberi sekali peluang untuk mengundi.

hit tertinggi yang tercatat menunjukkan bahawa dalam sehari pembaca bicara azman mencecah 250 orang, dan pembaca tegar boleh dikatakan dalam lingkungan 150 orang. melalui pemerhatian 52 telah memberi respon untuk kepimpinan tok empat sementara 90 orang lagi terhadap tuanpenasihatsiparangkontot. secara ilmiahnya hampir lebih 33% pembaca tegar telah mengundi secara online. satu jumlah sampel yang membawa maksud mewakili keseluruhan populasi. hahahaha kalau tak percaya tanya la 3Abdul1 yang pakar dalam method kajian kuantitatif.

soalan yang dikemukakan tuan director terhadap kepimpinan demang berbunyi " wahai warga jajahan selama, apakah tindakan yang perlu tuan director lakukan terhadap tuanpenasihatsiparangkontot ?. Tangkap dan kurung dikandang unta (10 org, 11% ), kasi cium bontot kuda ( 13 org, 14% ), buang sahaja daripada jajahan selama (56 org, 62% ), dan saya pun tak tahu siapa siparangkontot (19 org, 21% )

hasilnya majoriti ( 62% ) mengatakan bahawa tuanpenasihatsiparangkontot wajar dibuang sahaja daripada jajahan selama. dapatan ini amat mengejutkan kerana kepimpinan tuanpenasihatsiparangkontot selama ini berciri club culture yang kurang menitikberatkan peraturan dan lebih kepada populariti dan emosi. amatlah mustahil majoriti warga jajahan menolak kepimpinan bentuk ini.

sementara 52 yang memberi respon terhadap soalan" tuan-tuan empunya diri, kita telah diperintah selama 2 tahun oleh tiangserisungaibayu, apakah persepsi tuan-tuan terhadap pencapaian pemerintahannya ?. dapatan kajian mendapati 80% mengatakan bahawa pemerintahannnya rentung dan hangit, 11% suku masak, 1% separuh masak dan 5% masak sepenuhnya.

80% yang memberi respon yang negatif ini ternyata telah menyatakan bahawa langkah pembaruan yang dibuat dengan 9 halatuju, kreatif dan innovatif yang dijaja dan langkah penstrukturan yang dibuat bukan lah langkah konkrit yang dilihat warga jajahan sebagai sesuai dengan jajahan selama. tuan director tidak menyalahkan sepenuhnya warga jajahan dalam memberi skor rendah terhadap tiangserisungaibayu. yang bersalah kerana selama ini promosi dan gerakkerja berkumpulan bukan amalan tok empat. nampak sangat langkah pembaruan tok empat telah membenam personalitinya sebelum ini.

P/S : tuan director pulangkan hasil kajian ini kepada warga jajahan selama untuk dinilai. banyak pendita yang telah dilantik dalam era tok empat tiangserisungai bayu memerintah, mungkin depa boleh buat kajian dengan kerjasama 3Abdul2 dengan lebih baik. hahahaha 3abdul1 boleh tak masukkan hasil kajian nie sebagai jurnal kajian ilmiah resume tuan director. lagi pun filem pendek tuan director nie peringkat antarabangsa nie.. hahahahaha adiosssss

April 14, 2010

CERITA ANAK KAMBING

salam 2 all,

jajahan selama sekali lagi menjadi mangsa serbuan. anak-anak kambing berbaris dengan penuh harapan untuk mencuba sedaya upaya untuk diterima masuk. pang5perangabangbesar cukup sedar realiti ini. setiap tahun anak kambing dari seluruh negara memagar impian membina harapan untuk diterima masuk ke jajahan selama.

anak-anak kambing dari pelbagai susur galur mengembek untuk diterima masuk kerana cita-cita mereka mendapat pekerjaan yang dikatakan terjamin bila selesai dilatih dalam tempoh beberapa tahun. tuan director sangat teruja kerana diberitakan bahawa anak-anak kambing ini melalui tapisan yang sangat ketat sebelum diterima masuk

pertama sekali anak kambing ini haruslah mempunya kelayakkan pengetahuan yang baik. setiap tahun ranking anak kambing yang diterima masuk semakin tinggi dan permintaan semakin mendesak untuk diterima masuk. tuan director sedar banyak anak kambing yang patutnya menjadi doktor, jurutera atau ahli farmasi lebih rela menerjunkan dirinya ke jajahan selama untuk menjadi lilin kepada masyarakat.

keduanya tentu sahaja anak kambing ini diuji pula sama ada mempunyai bakat atau tidak dalam bidang yang akan mereka akan pelajari dan amalkan kemudianya. di sini lah timbul banyak persoalan tentang kewajaran membuat ujian minat ini. yang kelakarnya ada juga tuanpendita yang meneriak di sana-sini mengatakan ujian ini tidak mencerminkan kehendak sebenar. cuma tuan director nak pesan kalau kita tak setuju, buat la alat lain yang boleh menilai bakat, setakat bangkang tanpa cadangan, tuan director pun pandai.

ketiganya tentu la anak kambing ini dipanggil untuk peraga diri, mana tau proses pertama dan kedua lulus tetapi ketiganya ada masalah. contohnya anak kambing tak boleh berjalan atau melompat dengan baik, mengembeknya kurang nyaring atau kuat, warna anak kambing pun perlu juga dilihat, jangan terlalu banyak kuning langsat atau manggis, atau coklatnya keterlaluan. bukan apa nak juga semangat 1Malaysia diamal dan dipraktiskan.

cuma saban tahun ada sahaja cerita tak baik yang kita dengar. prosesnya cuma ada 3, kalau kita ada integriti sampai bila-bila pun prosesnya 3. ini tidak, ada sahaja tangan-tangan nakal nak tambah proses jadi 4. proses keempat ini lah yang menimbulkan masalah kepada pang5perang yang berkhidmat di jajahan selama.

apa sebenarnya proses keempat. dalam bahasa indahnya dipanggil proses budi bicara, dalam bahasa kasarnya tuan director panggil salah guna kuasa atau bahasa kurang ajarnya buat macam mak pak kita punya. ini lah yang selalu jajahan selama hadapi. ramai sangat tuanpenasihat yang tiba-tiba nak guna proses keempat untuk membolehkan anak kambing pojaan hati mereka dapat masuk jajahan selama.

tuan director memang selalu ingatkan pang5perang tentang proses keempat ini. kalau mana-mana tuanpunahsihat cuba nak gunakan, mintak dia orang buat minit atau catatan, biar ada bukti dan saksi. senang kalau unit terjah nak masuk. jangan nanti ayam terlepas tangan berbau tahi. pang5perang kena jaga diri, kalau tuanpunahsihat nak buat onar biar mereka sahaja mereka yang tanggung, kita jangan sesekali terlibat.

p/s : dah banyak masalah berlaku di jajahan selama ini berpunca dari proses keempat ini. kalau tok empat pun selalu guna, jangan dimarah kalau tuanpenasihat pun terikut. kalau tuanpenasihatsiparangkontot pun amalkan, jangan dimarah kalau pang5perang pun tanpa segan silu berbuat demikian. kalau semua dah berbuat demikian, ramai-ramai lah kita mengaku jajahan selama memang mak pak kita la yang punya.

April 07, 2010

kita ini tetamu senja

salam 2 all,


kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.
bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat

segera kita insaf – kita ini punya kiblat
segera kita ingat – kita ini punya tekad.
bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.
kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!

a. samad said
utusan zaman
13 november 1955
Kopratasa - Tetamu Senja.mp3

EKSPEKTASI DAN REALITI....LNPT

salam 2 all

tuan director sangat teruja untuk mengisi LNPT untuk kakitangan sejak seminggu lalu. keterujaan ini berpunca dari banyak perkara. pertamanya kerana inilah masa untuk menghargai pencapaian kakitangan, keduanya kerana dapat memberi merit pencapaian kepada kakitangan sepanjang tahun, ketiganya menguji integriti diri dalam pemberian markah dan sudah tentunya keempat melihat reaksi kakitangan untuk menerima markah masing-masing.

keinsafan yang singkat menyelinap masuk setiap roma diri tuan director bila mengenangkan betapa kerdilnya diri untuk membuat penilaian. maka rasa berdosa dan bersalah bersarang beberapa hari dalam diri untuk membuat penilaian ini kerana sangat takut keadilan tidak dapat diberikan kepada yang hak. tergambar dalam diri penilaian terbaik hanya Allah Yang Esa yang dapat berikan, namum ingatan tetap kepada

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu pendokong kebenaran kerana ALLAH, juga menjadi saksi dengan penuh keadilan. Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat untuk mencapai taqwa. Dan bertaqwalah kepada Tuhan, sesungguhnya ALLAH itu mahu mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al Maidah: 8 )

Maka untuk atasi dan cuba untuk adil, semua yang diberi markah LNPT oleh saya akhirnya mendapatnya melalui 3 saluran. pertama kakitangan diminta untuk menilai diri sendiri dengan sejujur-jujurnya. hahahahaha semua memberi markah diri yang tinggi kecuali seorang. keduanya saya meminta jasa baik kawan-kawan untuk memberi markah sebagai penilai yang dekat dengan kakitangan tadi. saya memang sangat berharap kawan-kawan ini juga berlaku jujur. dan ketiga markah dari saya. bila saya memimpin saya mengatakan kalau matlamat unit tercapai, semua akan mendapat markah 80%, kalau lebih anggaplah sebagai bonus. markah dari ketiga-tiga saluran inilah saya masukkan sebagai markah akhir semua kakitangan.

kerana tuan director percaya akan kejujuran setiap mereka yang memberi markah, maka markah akhir itulah bukti kejujuran diri sendiri, kawan-kawan dan tuan director sendiri. kita semua menanggung beban pertanggungjawapan untuk markah LNPT 2009. kalau masih ada suara yang tidak berpuashati. hanya Allah la tempat kita kembali, Allah jua la yang Maha Adil dalam penilaian

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (an-Nisa 40)

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa. (al-Imran 115)

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8) surah al-Zalzalah

Maka tanya pada diri, bila diri kita dinilai apa ekpektasi yang kita harapkan dari penilaian itu, bagi penilai juga kita akan ditanya diakhirat tentang realiti yang kita berikan hasil pekerjaan yang kakitangan kita buat. kita takkan mendapat kesempurnaan cuma ingat agama menyuruh kita berusaha untuk berbuat seadil mampu.

P/s : LNPT bukan untuk mengangkat kroni atau membenam yang dibenci, kalau itu lah yang kita amalkan di jajahan selama..usah dicari alasan kenapa jajahan selama tak berkembang..jawapannya ada pada jiwa dan nurani pemimpin yang berkuasa


"Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

March 31, 2010

Filem Pendek Box Office

salam 2 all,

8.01 AM - tiangserisungaibayu meletak jawatan sebagai tok empat jajahan selama. Sambil menitis air mata, surat peletakkan jawatan mengariskan sebab-sebab peletakkan jawatan yang mengejutkan. tiada lagi keupayaan memimpin kerana sering diberi nasihat yang salah oleh tuanpunahsihat jajahan dan kecewa kerana arahan diri tidak diambil tindakan oleh seluruh askar dan cendekiawan. Peletakkan jawatan ini juga dikaitkan dengan dapatan kajian oleh oleh Tuan Director yg menunjukkan responden menolak kepimpinan tiangserisungaibayu

8.30 AM - surat peletakkan jawatan tok empat sampai ke pengetahuan Pembesar Negara. 3Abdul jajahan selama juga dalam perjalanan ke Pusat Pentadbiran Putrigagal untuk menerima surat pelantikkan sebagai Tok Empat V jajahan selama. konsep pelantikkan ialah sapa cepat dia dapat

8.31 AM - 3 ekor kuda hitam meluru keluar dari jajahan selama dengan laju, tujuannya Putrigagal. kuda hitam 3abdul1 tiba-tiba membelok ke hospital semasa perjalanan kerana tertekan dengan perlumbaan. 3Abdul3 mendapat idea mengunakan sekatan jalan raya untuk melambatkan 3abdul2, nyaris-nyaris kuda hitam kepunyaan 3abdul2 disaman kerana memandu 180kmsjm.

9.31 AM - kedua-dua kuda hitam sampai tepat ke perkarangan pejabat Pembesar Negara Putrigagal. 3abdul2 mengunakan muslihat akhirnya, menaiki pejabat Pembesar Negara dengan unit gerakkhas tentera . bom asap telah menghalang 3abdul3 mendekati lif. 3abdul2 sah menjadi tok empat ke-V jajahan selama.

11.00 AM - Tok Empat Ke-V jajahan selama dimasyurkan dengan gelaran TiangseriSungaiSeputih

11.01 AM-Arahan pertama Tiangserisungaiseputih ialah melucutkan jawatan demang jajahan selama. Tuanpenasihatsiparangkontot dengan berat hati menandatangani surat peletakkan jawatan sebagai demang ke-II jajahan selama.

12.01 PM - tuanpenasihatkhutudkhanah menghadiahkan sebijik kek pulut kepada Tiangserisungaiseputih dengan harapan dirinya terus menjadi tuanpenasihat sehingga Ogos 2010.

12.30 PM - tuan director dipanggil oleh Tiangserisungaiseputih untuk berdamai dan menamatkan pengeluaran filem pendek. hahahahaaha mana boleh...ada hakcipta ma

1.00 PM - jamuan makan untuk seluruh angkatan tentera dan cendekiawan telah dibuat. dalam ucapan pendeknya Tiangserisungaiseputih berjanji tindakan segera untuk beberapa perkara antaranya kenaikan pangkat yang lebih adil, menyiasat kenaikan pangkat pendita yang dibuat secara cuai, siasatan terhadap tuanpenasihat yang gagal menjalankan tugas....hahahaha turut diumumkan untuk ubahsuai pejabatnya.

2.00 PM - penstrukturan yang diwarwarkan diubahsuai sedikit. kem teknologi maklumat di letakkan di bawa kem sains teknologi, batalion governan diturunkan kepada kompeni sahaja dan diletakkan bawah kem tok empat. kem seni muzik kekal tetapi ditabah dengan kebudayaan dibelakangnya. kem bahasa telah ditambah kepada kem bahasa 1Malaysia ( nak bodek la tu )

3.00 PM - Calon demang dihantar ke Putrigagal...panglimabesarchahketing, serikandibahtera dan serikandisentosa..nama pang5perangtanggukikan yang disebut-sebut dan dilatih oleh demang tuanpenasihatsiparangkontot melalui kerja-kerja mewakili dirinya keseluruh alam buana sejak beberapa purnama telah digugurkan. hahahaha calon luar jajahan pun diberitakan memohon.

4.00 PM - semua ahli MuraiPutusEkor hadir untuk mesyuarat tergempar untuk menyelamatkan diri dengan menyatakan taat dan setia kepada tok empat ke-V. seperti biasa semua menyatakan rasa kagum dengan pelantikkan dan mengucapkan tahniah serta bersedia melaksanakan pembaharuan yang baru sahaja dicadangkan pukul 1 tadi

5.00 PM - arahan serta merta pertukaran pang5perang dikeluarkan. pang5 pertama yang telah ditukarkan ialah pang5perang ulatnangka yang dinaikan menjadi pang5khas kepada Tiangserisungaiseputih kerana dilihat berani menyatakan bangkangan terhadap perkara-perkara yang tidak betul.

setakat berita ini ditulis, berkotak-kotak tisu telah ditempat diluar Koridor Kuasa Tiangserisungaiseputih untuk pang5perang mengelap air mata kerana dipindahkan setelah bertahun menjadi kroni tuanpenasihatsiparangkontot. tuanpenasihatsiparangkontot baru sebentar tadi dilihat berbaris diluar pejabat pesuruhjaya sumpah untuk mengesahkan dokumen bagi syarikatnya yang diberitakan akan dikenali sebagai Kambing & Durian Sdn Bhd.


hahahahahaha nukilan sempena April Fool