February 04, 2010

SAPA PLAK PENDITA KANGKUNG

salam 2 all

saya sangat suka makan sayur bayam. sama ada bayam hijau atau merah pada saya boleh meningkatkan pengambilan nasi. apa sahaja yang arwah mak saya masak dengan bayam tu saya suka saja. tak kira masak lemak ke, goreng bersama ikan bilis ke, tumis air ke atau buat sup bersama ayam.

kalau saya pergi pasar, sayur yang pasti saya beli ialah bayam, isteri saya sudah dapat meneka kalau tetiba saya nak ke pasar pada hari cuti, balik nanti tentu ada bayam yang dibeli. mak mertua saya pun barangkali sudah dapat meneka dengan tepat bila acapkali membeli di pasar teluk intan sudah tentu bayam menjadi plihan

apabila saya bersekolah asrama di sekolah teknik penang. arwah mak memang tak lupa membeli bayam bila saya balik. hahahahaha adik beradik saya tentu dapat meneka dengan mudah apabila mak masak bayam...azman mungkin dalam perjalanan pulang.

jom kita bersembang ngan tuan director tentang sayur-sayur kat jajahan selama. semalam dapat satu berita tentang kangkung. konon-kononnya tiangserisungaibayu ngan kerjasama tuanpenasihatsiparangkontot dok sibuk pilih kangkung. kangkung yang dipilih dengar kata dah dibuang oleh perniaga. perniaga yang dapat kangkung-kangkung nie kata kualiti kangkung kali nie sangat la teruk, maklum lah musim hujan, lagi pun kangkung nie tak dibaja dengan elok, banyak sangat yang dah tua dan daunnya plak kena makan ulat.

tiangserisungaibayu nampaknya tak serik-serik lepas kes pilih kangkung yang lepas yang menyebabkan jajahan selama disiasat. maklum la walaupun kangkung yang tak elok nie dimasak dengan udang harimau oleh siparangkontot, ramai yang tahu kualiti kangkung memang la rendah mutunya. akhirnya udang saja yang dimakan, kangkung plak dibiarkan ditepi pingan.

tahniah kepada dua pendita baru jajahan selama. sorang tuanpenditaunesco dan sorang lagi tuanpenditataliban. dua-dua ada kualiti dengarnya kerana dipilih oleh perniaga luar dalam lelongan kangkung terbuka. perniaga luar nampaknya berpuashati ngan kualiti kangkung nie. sangat gemuk, daunnya pun hijau dan muda, besar-besar plak tu, batangnya lembut. kiranya semuanya berkualiti la, buat goreng tanpa udang harimau pun sedap.

cuma tak sedapnya dengar kata bukan main marah tiangserisungaibayu dengan pemilihan tuanpenditataliban oleh perniaga luar. dibuatnya mesyuarat tak bersetuju dengan penilaian tinggi mutu oleh perniaga luar. sampai pang5tanggukikan ngan tuanpenasihatsiparangkontot berpakat nak sabotaj kangkung kualiti ini. yang pelik dan abjaibnya pemilihan tuanpenditaunesco tak plak dipertikaikan. mungkin pengaruh 1Malaysia kot

tuan director tak kisah la sapa yang tiangserisungaibayu nak pilih sebagai pendita, cuma nak ingatkan jangan salah guna kuasa sudah. jangan kita pilih kerana dia kawan kita. kita pilih kerana ada kualiti dan intergriti. tuanpenasihat sekeliling kena la bagi nasihat, jangan dok sokong melulu kerana nak kredit je. jajahan selama amanah, kalau pendita kangkung saja yang ada, mana masa depan jajahan selama nak diletakkan.

kalau kangkung tu dah ditolak perniaga luar, baik buang saja. tanam sekali lagi, mungkin tuaian akan datang kangkung yang ada akan lebih elok dan berkualiti. jangan dok buat keje gila nak hidangkan juga pada kambing. nanti kambing sakit perut sapa yang susah. 3abdul1 juga yang susah. heheheheehe 3abdul1 kena tengok skit kualiti kangkung. kambing kalau sakit perut memang bising..kalau tak percaya tanya tuanpenasihatsiparangkontot

No comments:

Post a Comment