January 28, 2010

bila firaun kecil bersuara

salam 2 all

tahun 70an dan 80an, saya biasanya akan melayan cerita dari negeri arab dalam pukul 5 atau 6 kerana arwah tokwan dan bapa saya suka menonton siri yang dibawa dari tanah arab tersebut, sama dengan kegilaan kini kita dengan cerita-cerita khayalan dari indonesia.

cerita yang dibawa berkisarkan apa yang berlaku di bumi ambiya, penentangan terhadap Rasul Allah. watak-watak nabi tak pernah kelihatan kecuali para sahabat dan penyokong. kalau kita rajin menilai kita akan dapat melihat bertapa stereotaipnya muka pelakon berwatak jahat dan baik. yang baik mukanya manis dan yang jahat mukanya sangat la buruk dan mengerunkan.

kalau filem berkaitan Nabi Musa AS dipertontonkan kita akan berjumpa dengan pelbagai watak. namun watak paling zalim yang diperlihatkan ialah Firaun iaitu maharaja mesir yang tidak percaya akan kewujudan Allah, bongkak dan sombong dengan kekuasaan di muka bumi serta buruk akhlaknya.

kali nie jom kita lihat di jajahan selama. tuan director taknak sentuh tiangserisungaibayu dan tuanpenasihatsiparangkontot dalam post ini. cuma nak membawa penonton melihat bagaimana jajahan selama berkembang di bawah firaun-firaun kecil ( little napoleon ).

budaya ini sangat menarik kerana firaun kecil nie kadangkala bertindak melebihi suara tok empat dalam semua hal. kalau kita bertanya, firaun kecil akan melaung-laungkan bahawa ini arahan tok empat, siapa yang menentang akan dipancung kepalanya.

kerana firaun-firaun kecil inila, maka tuan director sangat yakin jajahan selama takkan berjayapun menyokong saranan agung tok empat tempohari. kreatif dan inovatif bukan ditentang oleh saya tetapi secara senyap yang akan memusnahkan usaha ini ialah firaun-firaun kecil yang berada di jajahan selama. orang yang sabotaj usaha ini ialah golongan sesumpah yang didepan telunjuknya lurus, di belakang kelingkingnya berkait.

firaun-firaun kecil inilah berusaha bermatian memusnahkan kerjaya tuan director di jajahan selama. golongan ini bercakap dengan kalimah tuhan tetapi hatinya penuh dengan amarah syaitan. lidah mereka basah kononnya dengan kebenaran hati mereka sebenarnya berpalit kepalsuan.

tuan director sebenarnya sudah berpuluh kali difitnah orang yang hanya bersifat teman dihadapan tetapi dibelakang penuh nista. kumpulan firaun kecil ini tidak segan silu melaung-laungkan agar kerjaya tuan director dipancung hanya kerana dosa kecil kononnya menegur pengurusan jajahan selama.

pengurusan jajahan selama bukan Allah SWT. mereka hanya hamba yang sentiasa melakukan maksiat, adakah salah menegur kepincangan mereka. tuan director berulang kali mengatakan bahawa kalau batang tubuh tuan director salah, panggil dan nasihatlah. pihak pengurusan adalah bapa, nasihat dan tegur adalah tanggunjawab mereka. tuan director hanyalah anak yang cuba berulang kali untuk akur dan taat.

namun kalau bapanya tidak adil, zalim dan bermegah dengan kuasa. tuan director tiada pilihan lain kecuali menegur agar akhirat nanti kita tidak menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan berlaku. teguran dibuat kerana sayangkan jajahan selama. tidak mahu melihat jajahan tersungkur kerana kecuaian pemerintahnya.

firaun-firaun kecil inilah yang sentiasa membisikkan racun dalam diri tok empat. tuan director tiada upaya menentang kumpulan ini tetapi ingatlah hari pembalasan akan sampai juga. hari di mana firaun-firaun kecil ini tiada lagi upaya melindungi kepalsuan mereka. lidah-lidah mereka akan digantung dengan api dari neraka. moga-moga hati firaun-firaun kecil ini cepat sedar, tuan director hanya dapat berdoa agar mereka diberi keampunan Allah SWT.

1 comment:

  1. berlambak2 firaun kat sini...semua jenis x takut Tuhan

    ReplyDelete