January 11, 2010

SAPA UNTUNG


ketua kelas 2010 telah berucap di depan guru kelasnya. berapi-api dengan persembahan yang penuh dengan kartun dan animasi. hahahahaha nak tergelak pun ada bila tengok persembahannya, memang la banyak idea, cuma atas kertas je la. tiangserisungaibayu lupa nak tunjuk betul-betul data untuk kelas 2009 dan 2008. masa dia belasah ketua kelas 2007, siap tunjuk pencapaian seolah-olah tok empat yang lepas tak buat apapun. tuan director cuma boleh kata untuk 2010 tiada yang baru, tok empat tiangserisungaibayu patut letak jawatan sahaja, itu langkah mulia sebelum disingkirkan pengetua.

jom kita kira berapa banyak pulak duit jajahan selama untuk kita habiskan setelah tahun 2009 kita perabih banyak untuk buat butang baju baru. tahun nie kita nak tukar plak nama-nama darjah kat jajahan selama. semua darjah nak ditukarnya, darjah sains teknologi jadi sain matematik la pulak. kesian la kat guru darjah tu, nak kena buat nama baru untuk kelas dia, murid-murid pulak sama je, guru pun sama. kalau karipap tu karipap la walaupun letak nama tepungkentangdidalam.

yang paling seronok dan melompat ialah tukang lobi yang cadang nama-nama kelas ditukar la. tukang cadang nie ada agenda sebenarnya. tahun lepas kalau dapat 2-3 ratus ribu kerana tukar butang baju, tahun nie berapa plak nak dapat bila nama darjah ditukar. mana ada kaitan tukar nama dengan pencapaian kelas. tu semua omongan kapitalis untuk mengilang duit sahaja. nampak sangat tok empat dah kena jerat.

kesian tok empat dah kena gula-gula, jangan percaya sangat konsep penjenamaan semula . konsep tu hanya sesuai untuk produk yang mengalami kemerosotan jualan sahaja atau ingin diperkenalkan semula. jajahan selama dah popular pun. percaya lah bahawa dengan tukar nama darjah sahaja tidak cukup. baik bawa guru darjah pergi kursus dan membuat perubahan terhadap intipati, rasa, ramuan, cara membuat, cara menyampaikan yang tentu akan membawa hasil yang jauh lebih baik untuk jajahan selama.

apapun tuanpenasihatsilatulrahim tentu sibuk lepas dengar rancangan pertukaran nama darjah, kena la naik feri untuk cari kontraktor yang dapat membuat semua kerja-kerja tanda nama darjah nanti, takkan nak biarkan sahaja. lagi satu kumpulan yang melobi tentu nak cadangkan nama-nama kontraktor pilihan hati untuk mendapat habuan projek tukar nama nanti. hehehehe berapa pulak kos kali nie. takkan puluh ribu je, tentu ratus ribu lagi terbang.

tuanpenasihatenjinnyior pun kena la buat tanda nama kelas baru, tanda jalan baru. banyak kerja tu. dan tentu banyak juga sebutharga nak dibuat. tuanpenasihatadamasyuk tentu lagi sibuk nak layan semua sebut harga nie. pang5perangtanggukikan dan tuanpenasihatsiparangkontot tentu juga sibuk dok layan permintaan kontarktor yang merengek minta projek penjenamaan semula ini.

hehehehehe. KPI tahun nie untuk semua darjah ialah
100% nama darjah ditukar menjelang Mei 2010
95% hasil setiap darjah perlulah ada elemen kartun dan animasi

3 comments:

  1. terima kasih kerana cenderung untuk menipu.

    terima kasih sebab buang masa berkualiti kebanyakan pekerja.

    terima kasih sebab bagi masa kepada warga organisasi untuk mengimbas semua filem dan kartun yang dah lama juga baru tapi dah basi.

    terima kasih sebab bagi peluang pada komuniti untuk memperhebatkan budaya mengumpat kepada pemberi amanat.

    terima kasih sebab bagi data GULA GUla.

    terima kasih kerana bakal berjaya meneruskan tradisi kegagalan tahun tahun yang lalu.

    terima kasih sekali lagi atas sebab dan kerana yang disebutkan diatas.

    makna kreatif mengikut kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp adalah mempunyai daya atau keupayaan untuk mencipta, atau bersifat ciptaan. difinasi pemidato tempoh hari dirasakan agak lemah kerana kerana menyentuh hanya dari aspek filem, iklan surat khabar university lain, kartun dan juga animasi CGI.
    sila buat persediaan yang rapi berserta hujah yang lebih konkrit dan bernas pada masa akan datang. juga dicadangkan supaya diwujudkan satu badan khas yang menapis serta meluluskan satu-satu ucapan yang penting bagi mengelakkan salah maklumat kepada audian dan menjaga maruah dan martabat organisasi.

    ReplyDelete
  2. hahahahaha pandai pun hangnakpimana komen, siap rujuk kamus lagi, nmpk la ilmiah skit. apa pun jajahan selama memang susah nak dibangunkan kerana cara yang sama hanya akan memberi hasil yang sama juga

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Satu cara lagi adalah dengan berjimat cermat. Tapi ada darjah di jajahan ni yang tak reti nak berjimat. Contoh mudah yang saya diberitahu oleh askar berpangkat Koperal adalah melibatkan seorang daripada ahli nujum negara dalam menjalankan kajian hukum-hukum alam. Setiap kali menjalankan kajian mengunakan peralatan tenaga kilat maka setiap kali itu juga Koperal ini akan terpaksa menukar bahagian jantung alat tersebut kerana terputus arteri agungnya. Maka dalam setiap 6 purnama beratus-ratus jantung terpaksa dibeli untuk merealisasikan kajian tenaga kilat ahli nujum tersebut.

    Nak mintak beli jantung ni pun bukan mudah plak tu. Kena jumpa Staf Sarjan (baru je naik dari Sarjan). Tanya kenapa banyak pakaila...hape la..Cuba la Tuan-tuan Sarjan dan Staf Sarjan tengok askar-askar lain di tempat sentri mereka. Belajarla kepedihan anak buah.

    Kalau dapat dikurangkan pembelian seperti ini maka saya rasa operating cost tanah jajahan akan berkurang.

    Lagi satu...Sarjan dan Staf Sarjan tak perlu belajar benda baru ke? Kajian baru biar Koperal saja yg belajar? Ada pulak yg boleh cakap saya Koperal Kor Perubatan dulu. Tanya pasal sakit2 boleh la sedangkan telah bertukar ke Kor Artileri.

    Pegawai Waran 2 plak sibuk nak tunjuk terer sebab dapat jadi Pegawai Waran 2 walaupun pengalaman kerja dulu tak adalah boleh dibangga sangat. Sebab anda Pegawai Waran 2 anda bijak la ye? Tahu tak ada prebet dan koperal dan juga sarjan yang sama kelayakan dan ada juga yg lebih berkelayakan dari anda?

    Macam-macam manusia ada kat tanah jajahan ni.

    ReplyDelete