December 27, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 4


salam 2 all

p/s  .... ramai yang terdiam... keliru... binggung... gembira .... Pang5perang bertukar jajahan baru
....kepada tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong.... baca la ayat dibawah...

Surah 4:135  

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 

 

December 04, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 3

salam 2 all,

semalam saya teruja kerana berjumpa insan yang tak jemu2 saya membaca beritanya bermula ketika berumur 10 tahun. Bapa saya membeli akhbar berita harian dan utusan melayu bertahun ketika saya kecil, entah apa yang merasuk arwah Pak sehingga akhbar jawi dan rumi bertandang ke rumah saban hari tanpa jemu.

Pengalaman membaca mengenai Tun M pada 1980, hahahaha kerana usia 10 tahun baru saya mula pandai membaca .... dan 1982 saya sudah lancar .... berebut setiap hari untuk membaca akhbar adalah nikmat yang saya rindukan...

Semalam wajah yang dulu tegang menjadi kendur pada tatapan saya... namun semangat Tun M tiada yang kendur tetapi saya lihat masih membara pada matanya.. senyuman manis tidak dapat melindungi tekad dan semangat kuat Tun...

banyak peringatan menarik yang disampaikan oleh Tun M pada tanggal 4 Disember 2018 waktunya 17.15 petang di Jabatan Perdana Menteri... Tun mengimbau kembali pengalaman dirinya pada waktu remaja dan mengatakan di pekan Alor Star ketika itu orang melayu hanya ada satu setengah buah kedai.... sebuah adalah kedai orang terangganu yang menjual barangan tembaga dan songket, separuh kedai pula adalah kawan Tun yang menjual kitab ....

Untuk itu Tun mengingatkan semua yang hadir, hanya sikap rajin dapat mengubah orang melayu dan meningkatkan pencapaian mereka dalam kehidupan. Tun M memberi contoh bagaimana berpuluh tahun dulu orang cina yang rajin akhirnya menguasai ekonomi negara dan terkini orang Bangla yang rajin secara pelahan-lahan sedang membuat perkara yang sama dalam negara kita

Kedua ingatan adalah amanah... Tun M mengingatkan semua bahawa sifat amanah dalam pelaksanaan tugasan dan kerja amat penting...  Jangan sesekali terlibat rasuah.... rasuah yang sedikit demi sedikit diterima akhirnya tidak akan cukup.... kita akhirnya akan memcuri untuk memenuhi keinginan nafsu...

Ketiga Tun mengingatkan bagaimana bangsa Jepun akhirnya berjaya walaupun diuji dengan bom atom... bukan sebiji tapi dua... sifatnya adalah disiplin... orang yang ingin berjaya perlu ada disiplin yang kuat.. walaupun kita berdiri di atas tanah yang mempunyai emas... tanpa kerajinan, amanah dan disiplin kita akan gagal....

akhirnya... yang menginsafkan saya...  Tun M mengatakan bahawa semangatnya terus membakar kerana malu melihat kelemahan dan kemunduran bangsa sendiri... selagi kita ada rasa malu kerana kelemahan kita akan terus berjuang untuk membaiki diri kita tanpa jemu .....

P/S .... adakah tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong ada rasa malu dengan apa yang diperbuat di jajahan selama... adakah mereka rajin, amanah dan disiplin dalam hal-hal lantikan pang5perang ataupun bernafsu nafsi... akhir kalam... apa khabar negeri atas angin kangaru agak2nya sekarang...

Adios Amigos 


https://azmanlk1.blogspot.com/2009/12/siapa-yang-kayasiapa-pula-yang.html

November 26, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 2

salam 2 all...

Ammar anak kedua saya sedang mengambil peperiksaan SPM... mcm2 perubahan yang saya dapat lihat apabila manusia menghadapi ujian... Ammar menjadi rajin bukan sahaja hal peperiksaan dan pelajaran sebaliknya rajin juga beribadat... manusia rupanya dalam semua keadaan ujian akan kembali semula mengadap penciptaNya untuk mengadu hal dan permintaan.

Anak ke3 saya seorang gadis kini... telahpun mendapat keputusan peperiksaan sekolah agama, walaupun keputusannya tidak mengembirakannya namun saya tetap berbangga kerana pengetahuan agamanya lebih baik daripada saya ketika sama usia dengannya

Ujian datang dan pergi bersama keputusan yang kita suka dan meraikannya atau bersedih lalu menyalahkan pelbagai pihak... namun harus diangat berkali-kali dalam keinginan mencapai impian dan keputusan yang kita suka ... anak2 saya diingatkan jangan sesekali menipu, berbohong apatah lagi mencuri... sebagai bapa saya ingatkan berkali-kali perkara yang merugikan ini.

Jajahan Selama riuh rendah dengan isu si pencuri cita... askar dan pang5perang mengadu dan membawang serata ceruk... dari lembah ke gunung dari timur ke barat ... dari pucuk tertinggi ke rantaian rumput di kaki...

Semuanya kerana IbundaMaklong dituduh memcuri cita... diberi persalinan kepada budak suruhan kesayangan walaupun budakya tentera yang tiada perwira... diangkat budak menjadi pang5perang walaupun tarian perangnya sumbang dan pincang... hampir tiada rasa malu ibundaMaklong berhujah dan mewajarkan pilihan... 

IbundaMaklong sembang kencang... gertak dan takutkan orang... hahahahaha... itu memang tn director kenal sangat... bukan sehari bersama mengarah dan berlakon... terkini ibundaMaklong kumpul semua pang5perang yang disayangi dalam kubu sendiri... untuk apa... untuk berperang atau bertahan dari serangan...

akan tiba masa... IbundaMaklong akan disailang dan dipailang oleh pang5perang sendiri... suhu panas dalam hujan berterusan masih berbahang di Jajahan Selama... mengundang benci bertali...

P/S... Apa khabar TiangseriRajabadut... dengar cerita membawa pang5perang berbulan madu... aiseyman..... Adios Amigos

https://azmanlk1.blogspot.com/2009/10/panglima-perang-siparangkontot.html

November 15, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 1

slm 2 all

sungguh menarik untuk tinggal di kuala kangsar, makanan dan manusianya sangat magnetik sekali... dialek kualenya memang sangat mekaklimahkan suasana. tambahan lagi bandar diraja dipakai pada hujung nama bandarnya menimbulkan lagi keseronokkan.

sesekali laluan menuju ke bandar hingar bingar dengan siren, bagi yang lama di bandar ini pasti tahu itu pertanda Raja sudah sampai atau Raja ingin berpergian... bulatan jam yang dihiasi bunga pun akan berubah tiap kali adanya keberangkatan Raja... bandar ini tentu saja mati tanpa Raja Bersemayam...

saya teringat semasa kecil dulu, bermain bola merupakan keseronokkan luar biasa... ketika bersekolah rendah... padang yang ada dikampung saya hanya tanah bendang kepunyaan penduduk.. kami yang kecil-kecil dan seusia 8-12 terpaksa membuat sendiri tiang gol daripada buluh minyak tepi sungai kerian, menebang dan cukup menyacak 2 batang buluh sudah menjadi tiang gol yang menarik

Tiap kali balik ke kampung bukit bertam dan melalui kawasan sawah tersebut saya akan kembali teringat bertapa indahnya suasana ketika kecil dan bendang itu terasa sangat luas... sekarang bendang ini masih wujud ... tapi penuh dengan pokok kelapa sawit
    
lama juga tuan director tidak membuat filem, banyak punca sebenarnya... suasana aman jajahan selama antara puncanya... semalam ada tentera upahan hantar maklumat... Aloha Seri Muka dah lama tak bagi maklumat... maklumla sejak naik pangkat dan berpindah divesyen... aloha Seri Muka macam dah berlagak... 

Tertiba semalam Aloha Seri Muka  tiba-tiba berahi sekali, mesejnya sangat banyak dan bertubi, macam tak cukup plak ruang wasap nak dibedalnya dengan mesej... habis semua papan kekunci hp buatan china dihembur termasuk @#$%^&*+... tuan director pun nak tergelak... gelojoh sangat nak bercerita

Dalam marah-marah dan makian Aloha Seri Muka tu... tn director cuba nak faham... awat yang jadi lagu tu... rupa-rupa bab permakaian seragam baru pang5perangmacho... kah23... ramai pang5perang angin pasai IbundaMaklong tanpa segan silu bagi seragam baru pada pang5perangmacho... lama dah cerita ni berjalan rupanya... cuma kali ni ibundaMaklong tanpa rasa segan mencurahkan rasa berahi pada anak muda pang5perangmacho tanpa malu-malu... terus bagi persalinan baru... kecewa la pang5perangmukajahanam... mana nak cari makan...

tuan director dah faham sangat bab pemakaian seragam yang dibuat sesuka hati... tapi zaman chahketing semua nampak ok... penyakit berahi pada pang5perangmacho hanya bermula zaman IbundaMaklong saja... mungkinkah ibunda sedang mancing anak ikan... hihihi..

P/S... semalam tiangserirajabadut buat persembahan... terpaksa import penyanyi dan tawar hadiah nak tarik penonton... tiangserirajabadut patut letak jawatan sahaja... lawak hang dah tak laku


January 18, 2017

Kedai Tuak Halal # season 3 episode 1

salam 2 all,

saya membesar di bukit bertam... dan sudah tentu terpalit dengan apa yang berlaku di Pekan Mahang... yang memisahkan perak dan kedah hanya sungai Kerian... sejauh 40 meter... kalau musim kering boleh saja melintas sungai ini dengan berjalan tanpa berenang... hahahahahaha... lebih mudah kalau tanpa baju n seluar....

Bandar terdekat yang menjadi keseronokkan ialah Kulim... 21 batu jauhnya .... walaupun bandar di perak lebih dekat iaitu selama yang jaraknya hanya 9 batu... namum kulim yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan banyak sekali kedai untuk keperluan... maka menjadi satu kebanggaan kalau sesekali bertandang ke pekan Kulim

banyak yang menarik termasuklah Pawagam.... kali pertama menonton di Pawagam di bandar kulim ceritanya ialah King Kong... penuh sesak panggung... terpaksa pula menumpang tidur di rumah Pak Su Mir di padang tembak... kerana bas terakhir ke pekan mahang jam 6.30 petang...

Perjalanan ke pekan kulim dari Mahang kita akan melalui banyak sekali estet... termasuk yang kekal nostalgia ialah Dublin Estet... kenapa estet ini terpahat dalam ingatan... pertama kerana ramai sekali kawan-kawan india dari estet ini menjadi kawan baik saya.. Ravi antaranya yang sekarang menjadi perniaga besi buruk... Suk Wen pula anak kepada tukang jahit di Estet No 4 Dublin... charles... murugan.. muniandy... suresh... parameswari dan banyak lagi menjadi kawan semasa belajar di Sekolah Menengah Mahang...

Sesuatu yang menarik minat saya ialah pemandangan di Estet No 5 Dublin... ada sebuah kedai yang ramai melepak dan duduk-duduk santai sambil berbual... cawan atau kole..atau jug kecil dipasang rantai kerana minuman tuak yang terhidang menyebabkan peminatnya mabuk... kole mungkin hilang kalau tidak dirantai... semuanya halal kerana ada melayu yang tentunya islam dan india yang tentunya hindu saban hari menghabiskan wang mereka di kedai ini... halal bukan takrifan agama cuma undang-undang membenarnya... peminumnya tetap berdosa dari sudut agama...

di Jajahan Selama... bergegar cerita panas 2 Pang5perangbesar mendapat imbuhan melalui kartel mereka... 2 penyamun tarbus ini telah merembat duit jajahan dengan cara halalan toyyiban .... modus operandi mereka sangat mudah... hang garu belakang aku... aku geletek belakang hang... gatai ka dak lain cerita...

Depa nie bab duit cukup cekap merembat... depa bukan pang5perang ada bintang pun... level pang5perangbesar je... tapi bab undang2 depa nie cekap... depa buat la gerakan .... sembang kaw2 dalam Murai Punya Ekor... siul sana siul sini... bagi bunyi menarik...

lepas dah dapat pikat... gang2 dalam tu... depa pie bawak pulak tape sora dalam Kumpulan Lu Punya Untung... depa citer la banyak jasa depa buat... sampai la Jajahan Selama maju dan berjaya... puak2 yang tak berapa faham pun simpati la... kesian sangat kat depa lama sangat jadi pang5besar... akhirnya dengan segala muslihat... 2 penyamun tarbus ... pang5besaradamasyuk dan pang5besarkhutubkanah pun dapat la level or taraf pang5bintang....tapiiiiiiiiii taraf nie takde menda pun.... depa hanya pikir mau rembat duit je...

p/s ..... takkan gaji pun mau tipu.... adoi... yai...... nampak mcm halalkan... tapi haram guna pasai tipu punya duit....ha23


adios amigos


September 21, 2016

Pakcik 6 Bulan # season 2 episode 14

salam 2 all

tuan director agak kelakar membaca kisah yang dikhabarkan beberapa hari yang lalu... rupanya dalam sibuk2 merayakan mandi minyak kambing-kambing... banyak rahsia dikongsi... cuma yang paling menarik kisah pakcik yang sejak dua menjak nie suka berkunjung ke kaunter perkhidmatan....

Pakcik Zack nie memang hensem... tinggi dan berkumis... kalau pompuan tengok sure minat melampau... kerja Pakcik Zack ini memandu.... pada  31 Julai pakcik Zack dapati lesen memandunya mati.... hissss tak boleh jadi nie... kerja aku memandu... kalau lesen memandu dah tamat tempoh macam mana nak bawa bos nanti... gerutu dirinya...

Esoknya 1hb Ogos pakcik Zack pun terpacul kat pejabat jpj... target nak hidupkan lesen memandunya.... sampai kat kaunter sambil senyum2 kat kerani... pakcik Zack hulur rm20 kat kerani sambil bagitau nak hidupkan lesen 6 bulan.... kerani jpj pun bagitau la .... pakcik.... rm20 untuk lesen setahun.... pakcik zack pun bagitau dia takmo hidup lesen setahun kerana pada 31 hb Januari 2017 dia dah nak pencen... so tak perlu dah lesen memandu sampai setahun... bermatian pakcik Zack nak juga lesen 6 bulan walaupun dia layak dapat lesen untuk setahun dengan rm20.... huhuhuhuhuhu... kelakar la pakcik Zack nie... hensem... tapi bodo...

pakcik zack dok pikiaq... nak buat pa lesen memandu lepas januari 2017... satgie bini dok suruh bawa dia pie pasar je... so pakcik zack pun pikiaq... lepas Januari 2017 aku ingat nak buang dalam sungai la lesen nie.... jpj nie dok buat leceh bagi sampai setahun nak buat apa

Pakdie semangat sungguh.... Pakdris kata nak bawa pakdie pie thailand... tengok rongeng... pakdie kena sedia pasport je... lain2 jabatan tanggung pasal pakdie nak pencen dah 28 feb nanti... pakdris bagitau ada pembekal akan tanggung makan minum kerana jasa pakdie bagi kontrak buat hotel kat depa... pakdris kata dia dah buat kertas kerja lawatan ke thailand dan telah diluluskan.... ho23

Esoknya pakdie pun terconggok kat pejabat Imegresen... semangat sungguh dengan kereta merah sportnya... pakdie walaupun boroi... mulut manis... semua suka kat dia bila bercakap... tapi bila nyanyi memang hampeh... kawan pakdie dah ingatkan bawa rm200 untuk buat pasport... pakdie pun isi borang ... bagi rm200... bila siap je pakdie mengamuk.... buat pa sampai 5 tahun pasport nie... saya nak pencen dah lagi 6 bulan...nak perli saya ka.... pegawai imegresen pun terpaksa la pujuk pakdie... bagitau lani pasport memang 5 tahun... bukan nak perli pun....

Pakdie keluar dari pejabat imegresen dengan bebelan yang tak habis-habis... geram betul... bagi 5 tahun nak buat apa... Febuari 2017 dah nak pencen... mana aku nak boleh guna dah pasport nie... selama nie aku pie luar negeri aku buat paper je... jabatan yang tanggung... makan minum pembekal hulur....... pakdie dok geram tengok pasport... terus niat dalam hati lepas feb 2017 aku akan bakaq pasport nie...

p/s....amoisiam dok mengamok dalam acara mandi minyak dengar cerita... marah kat dayang istana kerana tak sokong macai dia jadi gundik.... alolololo.... takkan pang5adamasyuk tak sokong... pang5tanggukikan pon boleh sokong kalau nak... awat dok pie mengamuk... malu kat orang arsssssssss.... lagi satu dengar cerita... tiangseri nak diberi watak 2 tahun lagi... tapi dia takmo nak 6 purnama saja untuk berlakon.... arsssssss sembang kuat nohhhhhhhh

adios amigos

August 31, 2016

Gotta catch 'em all # season 2 episode 13

salam 2 all,

Deman Pokemon rupanya menjangkiti warga Jajahan Selama rupanya.... sana-sini bergeraknya individu mencari dan menangkap watak animasi yang mengisi perolehan mata dan kedewaan tahap permaianan... dalam kegilaan permainan ini tuan director terkenan akan satu pemain Pokemon yang aktif bermain pabila Jajahan Sela ma menganjurkan acara.... Cendawan Pokemon nama diberi.... Cendawan Pokemon ini pemain ye nnnn bukan watak pokedek   ....

Dalam Sembang Agung oleh TiangseriSungaiSeputih kelibat Cendawan Pokemon sangat jelas... kesana kemari mencari cahaya matahari untuk meningkatkan kuasa racun Burbasaur..... ahhhhhhh Cendawan Pokemon akhirnya berjaya mengubah Burbasaurnya menjadi Ivysaur setelah berjaya mendekati 3Abdul1.... kuasanya meningkat setiap kali berjumpa watak2 utama jajahan selama..... semakin kuat la Cendawan Pokemon bermain kerana kini telah tumbuh benih2 bunga kat belakangnya .... hahahahahaha

Sembang Agung ini hanya wayang emosi TiangseriSungaiSeputih memohon ampun dan maaf.... kot2 bersalah sepanjang merajalelakan diirinya di jajahan selama... sebak suara hanya menimbulkan gelihati Tuan Director... takkan nak nangis kot.... menangis kerana tamat kontrak atau kerana kuda hitam pujaan hati gagal dimiliki.... hanya sedikit lagi masa... kalaulah boleh... tipu muslihat untuk memiliki kuda ini dapat dijalankan... aduhhhhhh mana mungkin aku gagal ..... getus hatinya

Teringat akan kisah kuda hitam Tiangseri... dibeli secara terburu-buru kononnya ingin berperang bagi jajahan selama...macam2 sebab dan alasan diberi... kuda lama telah lelah berlari... kuda lama telah tua ... kuda baru mengangkat harga diri jajahan... kuda baru pantas berlari memecut kuasa Jajahan.... sebenarnya lebih kepada ingin prestij nama jepun daripada nama melayu yang terpahat pada kepala dan punggungnya kuda hitam sebenarnya.... adoiiiii... ini pun ada warga jajahan boleh kena tipu...

ehhhhhhh terlupa pula kepada Cendawan Pokemon nampak sangat kuasanya akan meningkat kerana kehadiran hampir semua watak utama.... sekali lagi Cendawan Pokemon berjumpa watak utama... Pang5amoisiam.... siap bergambar... alahai... rupanya markah skit sangat   ada pada pang5amoisiam... ehhhhhh Dayang Diraja pun jadi la.... amik sekali lagi gambar.... huhhhhhhhh naik skit je....... saatnya akan tiba juga aku akan mencapai Venesaur.... tekad Cendawan Pokemon....

Akhirnya Cendawan Pokemon berjaya bergambar bersama dengan TiangseriSungaiSeputih.... fuhhhhhhhhhhh kuasanya memuncak...Ivysaur telah bertukar setahap lagi menjadi Venesaur... wahhhh kagum  tuan director... Cendawan Pokemon telah menumbuhkan bunga dibelakang dirinya... kuasanya kini penuh dengan emosi... semua watak utama jajahan simpati kepadanya... bersembunyi dengan watak sebenarnya yang jahat dan beracun... Cendawan Pokemon akhirnya berjaya mendekati TiangseriSungaiSeputih di Ajung Kuasa sambil berbisik.... hati2 dengan tuan director... khabarnya siri tv Jajahan Selama mendapat peruntukkan lagi.... ehhhhhh jahatnya Cendawan Pokemon main2 tikam belakang pulak.....

adios amigos