November 20, 2011

tentang dhia & dia

salam 2 all,

petang hari isnin hingga khamis, minat utama isteri saya tentunya menonton siri tentang dhia menerusi slot akasia, adaptasi dari novel zikir buat dhia barangkali. saya kalau berkesempatan akan turut layan sebabak dua drama lakonan nora danish dan 2 pelakon lelaki yang macho, satu mamat singapork bernama ady putra dan seorang jejaka melayu atau barangkali separa mamak bernama ako mustapha. menarik untuk direnung dan dibicarakan hasil drama ini walaupun mesej islamnya tidak sesarat drama indonesia, para pencari tuhan.

sebuah kerusi kayu tepi sawah mengambil panorama tanjong karang memang membuai kenangan saya terhadap kampung bukit bertam. hahahahahaha bukan tentang gadis kampung semacam nora danish yang keningnya telah dibuat-buat atau juga seorang lelaki yang terlebih usia berlakon sebagai pelajar tingkatan 5, apa pun slot drama ini mengamit kenangan yang bukan sedikit dalam hidup saya.

tuan director juga terkenangkan tentang dia, satu mamat licik yang tak terperi muslihatnya dan tiada tandingan di jajahan selama untuk babak manipulasi dan menipu dalam kerjaya. tuan director percaya langkah mamat licik memasuki jajahan selama dengan satu hasrat, panjat tangga kerjaya dengan pantas kerana umurnya ketika itu sudah dianggap tua, kalau terus berada ditempat lama, mamat licik nie mungkin berpencen dengan level pang5perangmuda saja.

belajar dari tempat kerja lama, yang ditinggalkan dengan rekod yang tak begitu bersih,, mamat licik pandai berpura dan akan membunuh semua saingan dirinya umpama singa memulakan langkah penguasaan. pang5perangtua adalah sasaran pertama kerana dilihat akan membantutkan hasrat dirinya. maka setiap saat yang berharga digunakan dengan maksimun namun usaha ini gagal.. peluang hanya terbuka bila pang5kanan berpencen.

taktik mamat licik memang handal, kerana dia yang menjaga semua surat sambungan kontrak, surat pang5kanan dilaporkan hilang dan rekodnya penuh dengan buruk dan onar sahaja, maka kotraknya ditamatkan. penonton tentu tahu siapa yang mengantikan pang5kanan, mamat licik muka seposen yang berjaya.

sifat pendendam mamat licik tak kunjung padam, pang5perangtua ditohmah dengan pelbagai cerita karut marut, sehingga pencen taknaik pangkat.... mamat licik memang pandai, dia naikkan orang lain, semua yang naik dimaklumkan lebih bagus dari pang5perangtua, hakikatnya mamat licik hanya ingin melunaskan dendam, bukan nak majukan jajahan selama.

mamat licik baca banyak kisah maharaja cina barangkali, kerana itu semua pang5perang yang dilantik dipastikan tidak melebihi dirinya. ini strategi jangka panjang. mamat licik faham dia naik pangkat pun dah tua, kontrak dirinya akan tamat sebelum merasa semua usahanya. mamat licik sengaja naikkan pangkat pang5perang paling lemah sebagai orang kanan, mana2 pang5perang yang bagus sama ada dihukum mati atau dibuang jauh dari jajahan selama. kenapa agaknyanya...

apabila mengadap tiangseri, mamat licik akan bercerita tentang kelemahan pang5kanannya, cerita yang sama diulang bertahun untuk semua warga jajahan percaya, mamat licik pun handal dalam memastikan pang5kanan yang dilantik pangkatnya jauh dari pangkat dirinya, maka akan dicanang bahawa tiada calon layak untuk mengantikan dirinya kerana pang5kanan yang ada terlalu baru naik pangkat dan tak sesuai menjadi pang5agung. kah23 memang licik mamat nie.

mamat licik juga berpura-pura menyokong parti cap timbang kerana yakin parti nie dapat tolong dirinya, sebenarnya dalam dirinya bersarang fahaman parti cap mata lebam. satu hari mamat licik mengunakan talian hayat untuk naik pangkat dengan guna saluran politik...kah23 tak berjaya dan mamat licik diberi amaran jangan ulangi.... patut akta patriot 605 dah lama digunakan terhadap mamat licik nie, sekali lagi mamat licik terlepas.

mamat licik yang sememangnya licik tak berputus asa, tahun 2008..... jajahan selama dapat berita gembira pang5agung akan mendapat gelaran jeneral walaupun tahap Brigadier cuma. mamat lacik telah berbohong kononnya pangkat itu untuk dirinya pada tiangseri, maka promosi pangkat tak dimaklumkan, mamat licik dinaikan tanpa temuduga.... mamat licik memang handal n licik, Mahmud Syarikat Percetakan Ramah Mesra pun tau kes nie, cuma kesian nak panjangkan kes agaknya.

terkini mamat licik dah nak habis kontrak, dia meroyan seluruh jajahan kata takmo sambung kontrak dengan warga jajahan kononnya nak jaga cucu dan melancong ke cameroon higland nak belajar tanam strawberry, tapi diam-diam mamat licik jumpa merata orang berkuasa rayu kontak disambung kononnya tiada pang5kanan yang layak dan masih junior nak jadi brigedier jeneral, sebenarnya mamat licik hutang banyak dengan ahlong rakyat..... kah23 mana ada duit kalau kontrak tak sambung untuk bayar hutang.

mamat licik dah lebih awal buat skrip untuk jajahan selama, jauh awal dari kemunculan tuan director dan tiangserisungaiseputih. pada tuan director tiada siapa pun yang lebih licik dari mamat nie, naik pangkat dengan penipuan sejak hari pertama jejak kaki ke jajahan sampailah kontraknya akan disambung 2 tahun lagi... bravo mamat licik.

 
p/s : 3abdul2 sibuk bertanya bagaimana wataknya akan difilemkan dalam filempendek jajahan selama, tuan director cuma boleh berkata buat baik berpada-pada.... pada tiangserisungaiseputih yang sibuk nak buat plan strategik jajahan selama, nasihat tuan director hentikan je kerja sia-sia dan perabih duit tu. semua tiangseri sebelum nie buat plan strategik, semuanya gagal dilakanakan kerana tuanpunahsihatsiparangkontot sudahpun ada plan dirinya sejak lama dulu.... bak kata Chedet.... dah lama dah.... adios amigos    

November 15, 2011

kalau menang VS kalau salah

salam 2 all,

sekarang sudahpun menghampiri hujung tahun, minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan. iki n ama telahpun mendapat keputusan peperiksaan mereka 2 minggu lepas. pada ibu bapa sekarang mungkin keputusan peperiksaan sangat penting, bukan untuk anak tetapi maruah dan ego ibubapa barangkali, kerana itu ramai yang sibuk bertanya berapa A anak-anak jiran mereka dapat, sangat takut dan bimbang kalau2 A anak jiran jauh mendahului anak mereka barangkali.   

saya juga sesekali terbabas dalam menilai keberjayaan anak-anak dalam menguasai ilmu, kadang2 mementingkan sangat pencapaian ingatan dan hafalan mereka tanpa memperdulikan amalan. saya yakin bahawa ilmu adalah amalan dan bukan setakat jumalah A yang diperolehi. saya akan merasa puas kalau iki n ama mampu bertutur fasih bahasa melayu dan inggeris dari mereka mendapat A tetapi tak mampu berkomunikasi.

tuan director terbahak-bahak ketawa sampai nak pecah perut apabila mengenangkan perangai pang5perang jajahan selama dan orang-orang kaya jajahan. dah banyak kali tuan director menulis tentang perangai  cencaru makan petang, menangguk di air keruh atau lembu punya susu sapi dapat nama nie. baru-baru nie dengar citer satu mamat cendikiawan sudah sapu projek anak buah sendiri. tapi pelek bin ajaib sampai sekarang penguasa jajahan tak berani plak nak amik tindakan. mungkin kerana sebelum nie dah berlaku kes bapak borek anak rintik kot, jadi tiangserisungaiseputih taknak menconteng arang ke muka tiangserisungaibayu kalau tindakan diambil.

bab mengaku projek anak buah sebagai projek sendiri nie memang dosa tak terampun dalam donia cendikiawan, songlap dan sibat projek kawan atau anak buah dah jadi macam budaya plak,  masalah paling teruk bila projek tambah nama.... yang nie lagi nak termuntah tuan director dibuatnya. projek tambah nama nie selalunya berlaku bila anak buah dah hampir siapkan projek atau projek dah siap sebelum dihantar... tup2 orang besar call bagitau mintak solfcopy..... last2 bila tengok kat kertas projek nama mak pak buah yang jadi ketua... anak buah yang buat sampai tak tido malam cuma jadi ahli projek saja, lebih memualkan apabila mak pak buah ajak sekali kawan2 dia joint.... anak buah last2 jadi urusetia saja.... kah23
       
tuan director tambah nak pening dan pitam apabila projek menang, yang tiada kaitan pun meluru naik pentas nak terima hadiah, cuba kita bayang fasha sandha menang hadiah pelakon berkemban terbaik tertiba pakwejijai dia yang terhengeh-hengeh naik pentas berebut hadiah.... kan tak kena sangat tu.... bab berebut hadiah ngan anak buah nie atas pentas memang kelakar la..... nak interframe pun biar la nampak asli bukan terkejar2 macam tarzan.

cuma tak sedapnya bila anak buah buat salah la, tersalah beli kambing ke, tersalah beli kuda ka, kuda sakit perut ka, kandang kambing patah rasuk ke, gajah terpijak pelanduk ke, anak durian mati tak siram ke,  masa nie mak pak buah lari tak cukup tanah dibuatnya, larinya lebih laju dari tarzan dikejar kingkong. masa nie tak plak mak pak buah mengaku sama kesalahan, bukan setakat tu, lebih teruk tak menagaku depa mak pak buah kepada anak buah. lebih migrain kepala tuan director apabila anak buah terus ditukarkan konon-2nya takmo mengaibkan keluarga.... kah46.

 
p/s : tahniah kepada tuanpunahsihatsiparangkontot kerana dilanjutkan kontrak lakonan 2 tahun lagi dengan tipu muslihat yang telah dilaporkan selama ini oleh tuan director. takziah kepada tiangserisungaiseputih kerana akan mewarisi 2 tahun pemerintahan  yang sama gagal dengan tiangseri2 sebelum ini kerana bersetuju dan menyokong penuh sambungan kontrak lakonan tuanpunahsihat....adios amigos

October 20, 2011

Masih aku Terasa

salam 2 all,

Tuan director amat suka menerbitkan sesuatu filem yang sifatnya memberi pengajaran. tentu sahaja pengajaran itu mahal harganya. orang yang dungu sering mengelar orang yang pandai menipu kerana kebodohan dirinya. kalau seorang ahli sains mengatakan besi boleh terbang atau timbul di permukaan air , bagi orang yang dungu akan berkata ' orang bercakap itu bodoh atau cuba memperbodohkan saya dalam hal tersebut'.

kalau seorang penulis sedang berkarya dengan mengambarkan tiangserisungaibayu itu seorang penipu yang zalim dan kakibelit. siapa-siapa yang bernama tiangserisungaibayu sewajarnya tahu menjarakkan dirinya sebenar dengan watak ciptaan penulis yang bernama tiangserisungaibayu. sudah tentu juga tiada kaitan dengan siapa pun yang bernama tiangserisungaibayu dalam dunia realiti, cuma penulis mengunakan nama tersebut bagi mengambarkan watak. tiada orang melayu, atau arab yang sewajarnya terasa dan seterusnya menyaman penulis.nama salina diangkat oleh A Samad dalam novelnya, tiada seorang pun di singapura yang terasa, tiada seorang pun gadis melaka menyeret Pak Samad berdebat tentang nama tersebut.

Tuan director merasa bangga kerana karya filempendek ini mendapat tempat kalangan pengemar, cuma kecewa kerana filempendek ini dibahas oleh mereka yang tak pandai pun.paling kelakar apabila pakar buah cuba membahas tentang tembikar.... pakar nie mungkin terlupa bertapa berbezanya tembikar dengan tembikai, persamaan antara keduanya hanya mungkin bentuk tetapi amat berbeza tentang isi dan penghasilannya, agaknya ini lah kualiti pakar yang kita ada dalam industri di jajahan selama. patutlah jahanam jajahan ini ditangan penguasanya.
 
karya tuan director merupakan hak peribadi tuan director, tiada kena mengena dengan sesiapapun, sekiranya ada sesiapa terasa, maka nasihat yang dapat diberi ialah, siapa termakan cili, dia lah terasa pedas. rasa pedas itu tidak dipaksa kepada sesiapapun, sebaliknya pengemarnyalah yang memulakan langkah untuk merasa kepedasan tersebut. kalau masih tidak faham tuan director memberi perumpamaan paling mudah siapa yang makan nangka dialah terasa getahnya. kalau masih bodoh dan tidak faham adalah lebih baik belajar kata bidalan atau perumpamaan.

terkenang tuan director akan Mamat Khalid yang mengarahkan Hantu Kak Limah Balik Rumah, seorang bernama kak limah kalau otaknya sihat takkan terasa bahawa watak itu ada kaitan dengan dirinya. kalau dia masih terasa sedemikian adalah lebih baik individu tersebut cepat-cepat berjumapa dengan pakar psikologi untuk merawat dirinya yang sangat perasan itu.... kah23

p/s : tiangserisungaibayu memaklumkan kepada hussin pantulan dirinya disihirkan semasa menjadi tok empat.... kah23, kini sibuk mencari tuanpunasihatsiparangkontot untuk mengubati dirinya. Ini sahaja nasihat tuan director dalam bentuk pantun
Cuaca mendung di hujung senja, Gelap sekali langit keliling.
Kalau kecubung berulam ganja, Bagai pencuri berteman maling.
       

October 06, 2011

TENGOK SENDIRI

salam 2 all,

 tuan director diasak kiri dan kanan untuk menyatakan pandangan tentang kepimpinan tiangserisungaiseputih, para peminat tegar filem pendek ini seolah hilang kesabaran untuk menonton filem pendek berkisar tingseri kita yang baru.... tak banyak yang boleh diperkatakan kerana tak banyak paluan gendang perang dialun dek tiangseri. tok empat seolah-olah sangat misteri atau masih terkejut dengan lantikan semerta dirinya mengantikan tiangserisungaibayu.

tok empat seolah terpaku dan terlupa tarian perang yang ingin diperagakan. atau tok empat sedang menunggu 'wahyu' Kumpulan Perfileman Tayang Menayang untuk beraksi. lebih teruk lagi adakah tok empat tetiba bersikap acuh tak acuh dek penangan mandrum tuanpunahsihatsiparangkontot... moga2 dijauhkan Sang Pencipta hendaknya. 

tuan director ingin memberi nasihat sedikit. Nada bahasa sebegini memanglah pedih dan hanya orang bebal, orang tidak cerdik atau orang tidak berkepentingan sahaja boleh mengucapkannya. Namun risikonya tetap ada. Jadi, terpulanglah kepada yang empunya diri untuk menilai filem pendek ini sebagai kerja orang dengki, orang tak sedarkan diri dan orang iri hati atau sebagai peringatan yang mungkin, di sana sini, terselit sedikit kebenaran. Wallahualam.
 
tuan director menyeru tok empat turun berjumpa warga marhaein, selongkar semua isi hati mereka secara tuntas dan terperinci. turunlah sebagai rakyat terbanyak, lupakan protokol dan iringan tuanpenasihat. lazimnya iringan dan protokol akan menyebabkan semua kebenaran akan terpelanting dan terusir dari kebenaran.

lupakan mesyuwarah mingguan di koridor kuasa, sebaliknya dengarlah idea dan pandangan masyarakat bawahan yang melimpah ruah tanpa diselit dengan kepentingan dan kepalsuan.lupakan bicara lama tuanpunasihat yang tidak membawa kemana pun jajahan selama dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. tuanpunahsihat selalunya akan berkata ok sahaja... akhir yang KO adalah tiangseri jua.

ambillah semua nasihat warga jajahan, selitkan dalam diri sekiranya ada kebaikan untuk jajahan selama, ucaplah terima kasih atas keterujaan warga untuk turut sama membangunkan jajahan.buang semua pang5perang yang beku dan tiada semangat untuk majukan jajahan. cantas dan baja mereka kalau masih berguna untuk jajahan selama, kalau tidak baik dikuburkan sahaja mereka hidup-hidup, sekurangnya bermanfaat untuk tanah bagi dijadikan baja.

mandat yang diberikan kini bukan mandat biasa, buktikan diri tidak berpihak atau naik melalui orang kedua atau ketiga, jangan percaya bahawa mandat ini hasil usaha parti timbang atau jauh sekali simpati kumpulan mata lebam dan parti bulan. elakkan diri dari dilihat menjadi kuda tunggangan 3abdul tertentu. buat keputusan dengan berani. gugurkan semua beban era tiangserisungaibayu.... kini yang berkuasa adalah Tiangserisungaiseputih, beranilah seperti singa muda yang baru berkuasa untuk membunuh semua anak dari baka singa tua terdahulu. sedikit kejam agar semua dalam kawalan. 

Dengarlah keluh-kesah rakyat bawahan  askar pemegang tombak, joki kuda hitam yang penuh maklumat, dayang2 istana. Bukan cerita-cerita bermadu dan lagu merdu tuanpenasihat dan pang5perang kaki bodek. Bukan cerita-cerita ingin kontrak disambung dan lobi melobi hendak naik pangkat. berhentilah menjadi seperti tiangserisungaibayu yang membawa masuk ramai tuan pendita yang akhirnya merugikan jajahan selama.



p/s : kalau tiada keberanian jangan dimpi untuk menjadi pemimpin, adil dan intergriti akan dituntut sehingga hari pembalasan yang tiada hijab atara kita dengan Sang Pencipta. dengarlah bait-bait lagu Tanya Sama Hud2 nyanyian M.Nasir daripada terikat dengan lagu Joget Lambak nyanyian Adam  
   

October 03, 2011

PANTANG DAN LARANG

salam 2 all,

semasa kecil saya mengalami banyak musibah kerana 2 perkataan yang saya ambil ringan dalam kelangsungan hidup sebagai manusia. nasihat orang tua dan lama diambil mudah kerana hanyut dengan jiwa kanak-kanak dan remaja, hatta dewasa ini juga banyak sekali nasihat yang dilanggar bahkan dicabuli saya.

pertama arwah emak memesan jangan mandi waktu tengahari di sungai kerana bimbang disampok makhluk halus, saya langgar dengan bermandian sepanjang tengahari tanpa takut dan bimbang.... hehehehehehe balik saja terus tidur kerana keletihan. apa jadi ye.... tentunya tidur saya dihempap dan ditindih ntah jembalang apa, sehingga menjerit dan terpaksa memanggil paklong ya untuk dijampi serapah...

kedua arwah bapa berpesan jangan terlalu kerap mandi sungai semasa air bah atau banjir, hahahahaha jiwa saya memberontak kerana mandi atau bermain ketika banjir lebih mencabar terutama acara tejun dari jambatan sungai kerian sambil menyelam... apa jadi ye.... tentunya saya lemas 2 kali di sungai kerian.... kali kedua hampir-hampir melayang nyawa.

ketiganya pesan tok mudin jangan banyak jalan dan minum air selepas sunat, bukan takat berjalan saya buat, 4,5 hari lepas acara yang bakal mendewasakan saya.... saya main bola sepak dengan budak kampung.... apa jadi ye..... hahahahahaha tuan/puan yang ada anak lelaki tentu dapat meneka apa yang jadi kannnnnnn

tuan director menasihati tiangserisungaiseputih beberapa perkara.... pertama nasihat paling mudah menjauhi tuanpunahsihatsiparangkontot.... hahahahahaha tiangserisungaiseputih bukan menjauhi diri sebaliknya seumpama orang baharu  berkahwin lagaknya apabila berbulan madu bersama sikontot di tanah kanggaro

tuan director menasihati tiangserisungaiseputih jangan mengikut langkah2 maut tiangserisungaibayu semasa awal pemerintahan dulu dalam acara jalan berjalan berjumpa dengan cendikiawan sebaliknya tiangseri berkunjung juga ke tanah kanggaro untuk bermadah manja bersama cendikiawan.

pada tuan director langkah awal bunga silat dan tari tiangserisungaiseputih belum menyerlah dan menawan hati warga jajahan selama sebaliknya gendang perang yang dipalu 3abdul2 yang sedang menbingarkan suasana jajahan. pemimpin perlu disedari kehadirannya.... bak kata tuan guru saya haji annuar, pemimpin perlu vibrant terutama pada penampilan pertama....


p/s :  apa hal tuanpunahsihatsiparangkontot bermatian tidak mahu melepaskan pang5perangabangbesar ke kem kandang kambing.... kalau rasa pang5besartanggukikan begitu bagus dalam berperang dan berpedang marilah sama-sama bertarung.... jangan main kotor tikam belakang.... ayam yang diletak racun pada taji selalunya tak pandai berlawan tapi menang kerana permainan kotor tuannya     



   

September 14, 2011

ROTI CANAI JAJAHAN

salam 2 all,

tuan director diajak ramai sekali rakan ke rumah terbuka mereka sempena syawal. tahun nie tuan director tak bercadang untuk membuat open house. kalau mana-mana kawan nak minum dan makan-makan, kita bertanggak saja ke kedai mamak. sekitar tanah jajahan bersepah kedai mamak berniaga. lagipun bak kata orang utara, dah cemuih dengan biskut raya yang warna dan bentuk saja berbeza, rasanya sama je..... kah23.

tahun nie banyak kedai mamak buat promosi perniagaan mereka dengan pelbagai cara, al maklumla bahana cuti 4 purnama seluruh jajahan alam malaya menyebabkan perniagaan terjejas. tambahan pula kambing2 yang bercuti meranggut rumput di luar jajahan selama.

Mamak Gulam paling kreatif dalam mempromosi kedainya apabila tahu ramai peminat filempendek mengemari watak-watak dalam filempendek Jajahan Selama. Idea kreatif mamak gulam berpunca bila dia berjumpa dengan bekas tok empat tiangserisungaibayu (ex-tiang ) yang merayau mencari kotak dikedai. cadangan nama makanan ini adalah idea kreatif dan innovatif ex-tiang sebenarnya.

Murtabak Tiangserisungaiseputih - merujuk kepada kepelbagaian yang diharapkan berlaku di bawah pemerintahan tok empat baharu. maklumlah murtabak mamak ini mengumpulkan pelbagai rencah termasuk ayam masak kurma semalam dan mungkin daging masak kicap minggu lepas. yang baru cuma tepung rotinya sahaja. maksudnya diharapkan tiangserisungaiseputih tidak melupakan semua warga baru dan lama dalam mengolah keberjayaan tanah jajahan selama pada masa depan.

Roti Canai Pisang 3abdul1 - belum dijual kerana tiada resepinya lagi

Roti Telur Double 3abdul2 - merujuk kepada keberanian luar biasa 3abdul2 mereformasi dan mentranksisikan pembangunan Kem Kandang Kambing. ini lah contoh kepimpinan yang diharapkan untuk mengubah jajahan selama. keberanian membuat keputusan dalam semua perkara yang dirujuk.



Roti Bom 3abdul3 - merujuk kepada cakap kuat tanpa tindakan 3abdul3 dalam hal2 cendikiawan.... hehehehehehe.

Roti Tisu Adamasyuk - hehehehehe ini merujuk kepada kepimpinan air mata tuanpenasihatadamasyuk dalam menguruskan hasil jajahan selama. kerapuhan dalam mempertahan keputusan apabila bertembung dengan kehendak siparangkontot umpama roti tisu di kedai mamak.

Roti Tampal khutudkhanah - ini merujuk kepada nilai tambah yang wujud dalam diri khutudkhanah setelah diangkat menjadi tuanpenasihat . asalnya hanya roti kosong cuma ditambah nilai apabila ada telur yang ditampal. harap-harap ramai lagi diberi peluang seperti khutudkhanah dalam kerjaya mereka.

Peknga Enjinnyior - sejak PM makan peknga di Permatang Pauh, mamak gulam turut memperkenalkan peknga di kedainya sebagai menu tambahan. hehehehehehe tiangserisungaiseputih sure terliur dengan peknga cicah dengan gulai kawah.

Roti Siparangkontot - selepas musim raya, mamak gulam kata pelanggan dia banyak yang tak berapa berduit jadi dia perkenalkan roti siparangkontot mengantikan roti kosong atau roti takde telur. idea nie timbul kerana nak menjaga imej pelanggan yang malu meminta roti kosong. ini merujuk kepada kurang keberanian siparangkontot membuat keputusan dan melaksanakan pembaharuan terutama apabila melibatkan pertukaran pang5perang jajahan selama.

 
p/s : dengar citer durian terbaru dipasaran tiada biji..... ada pertandingan untuk menamakan durian tersebut... warga jajahan selama diminta menamakan berdasarkan watak penting filempendek. cumaaaaaa tuan director dah cop satu nama tau iaitu durian siparangkontot.... adios amigos   

         

September 12, 2011

TOK EMPAT KE- V...... TIANGSERISUNGAISEPUTIH

salam 2 all,

bersorak lah sekelian mahkluk serata jajahan menerima akan kehadiran tok empat kelima jajahan selama. titah perintah akan pemasyuran tiangserisungaiseputih sebagai tok empat telah diarak dengan paluan gendang dan nafiri menandakan sambutan meriah dan penuh harapan akan warga jajahan selama terhadap penguasa baharu mereka. bermulalah harapan baru diulit kebimbangan tentang corak pemerintahan akan sang penguasa.

tuan director tetap akan mengarah filempendek ini dengan tenang, penilaian akan keberkesanan lakonan tiangserisungaiseputih sukar untuk ditelah untuk beberapa purnama akan datang. untuk tempoh ini akan berderulah sekelian tuanpenasihat, pang5perang, tuanpendita meniup angin dingin kearah tok empat untuk mendapat tempias lantikan tok empat. musuh akan menjelma menjadi kawan dan mungkin kawan sebelum ini menjadi musuh pula. maka tuan director mengingatkan akan tiangserisungaiseputih akan beberapa perkara :


pertama  : berlaku adil kepada semua warga jajahan selama tidak kira kedudukannya dalam strata jajahan. ingat lah bahawa berlaku adil akan membolehkan diri dekat dengan Sang Pencipta.

kedua : kuasa umpama pedang, boleh melukakan musuh dan mencederakan diri sendiri. tontonlah siri Star Wars, ikutilah falsafah George Lucas tentang kuasa baik dan jahat. belajarlah mengawal kuasa. Guru silat selalu berpesan kuasa akan menyebabkan isim ( kegilaan kerana kuasa atau kepandaian baru) sekiranya tidak dikawal.

ketiga : timbang dan perhalusi berita sekitar yang disampaikan sama ada oleh musuh atau kawan. musuh menyampaikan kebenaran bersalut kepalsuan dan kawan akan menyekat kebenaran agar bersalut keselesaan. banyak berita yang berlegar-legar di koridor kuasa hanya untuk mengembirakan tiangseri nanti.


keempat : jangan ulangi kesilapan tok empat terdahulu. kesemua tok empat terdahulu mempunyai idea baik untuk membangunkan jajahan selama. namun tiada kumpulan untuk menyokong dan melaksanakan idea tersebut. tuan director telah mengarah banyak filempendek bab kegagalan ini untuk menjadi renungan. maka tubuh lah pasukan tentera dan cendikiawan untuk melaksanakan segera semua cita dan keinginan.


kelima : hahahahaha jauhi diri dari pasukan lama tiangserisungaibayu. pasukan ini telah gagal. ingatlah moto pengurusan yang paling mudah. buat dengan cara yang sama akan mendapat hasil yang sama. maka tuanpenasihat baru harus dikenali, pang5perang baru harus digilap dan cendikiawan perlu dinilai kebolehannya.

 
p/s :hehehehehehe nasihat paling ringan ialah jauhi tuanpenasihatsiparangkontot....tuan director tertiba rindu dengan lagu winter sonata, teringin nak main salji..... macam nak terbang dengan isteri je ke korea.....kah23 ..... adios amigos