December 27, 2010

hanya tuhan yang mampu menyelamatkannya

salam 2 all,

tuan director selain tugas hakiki sebagai pengarah dan penerbit filem pendek jajahan selama, ada juga terlibat dengan simulasi perang sekali sekali diluar jajahan. di jajahan selama dah lama tuan director diharamkan oleh tuanpunahsihatsiparangkontot untuk terlibat... tiangserisungaibayu pun bersetongkol dengan tindakan tuanpenasihatnya.

ramai peminat yang berminat dengan kaedah simulasi perang tuan director sering bertanya bila nak buat simulasi perang untuk warga jajahan. hahahahaha... jawapan yang standard ialah kalau orang tak jemput takkan la kita pipi tersorong-sorong. so pada pertanyaan ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan tuan director dalam mana-mana segmen simulasi perang... kita tunggu la sampai tuanpunahsihatsiparangkontot dan tiangserisungaibayu mati skim... selepas itu mungkin lah akan muncul tuan director dalam mana2 segmen simulasi perang.

tuan director terfikir sejak bersembang dengan beberapa kawan-kawan tentang kenapa jajahan terus dirundung nasib malang. jawapan pertama... kepimpinan yang lemah, bak pepatah lama cina, ikan akan mula busuk dari kepalanya. ini merupakan tumor kepada jajahan kerana hampir semua anggota Murai Punya Ekor merupakan sekumpulan tukang sorak sahaja kepada kepimpinan tiangserisungaibayu. tuan director cuma meletak harapan kepada 3abdul1 dan 3abdul3 sahaja. namun kedua2nya pula dirundung masalah kesihatan sejak dua menjak ini. kalau kedua-dua sedikit berani menghentak meja mungkin kepimpinan jajahan akan bertambah baik.

tuanpunahsihatsiparangkontot memang takleh diharap kepimpinannya. tuanpanasihatadamasyuk pula mungkin takkan berani mengatakan tak kepada siparangkontot kerana sentiasa diberi peluang menunggang kuda hitam baka tempatan bersama-sama. tuanpenasihatenjinnyior yang kelihatan garang pula masih bergelumang dengan kegagalan untuk menyiapkan hatta landskap jajahan sekalipun. sementara tuanpenasihatkhutudkhanah mungkin lebih sibuk mengukuhkan kedudukan dalam kelab Murai Punya Ekor sendiri. 3abdul2 yang paling junior dalam kelab mungkin takkan memberi apa-apa sentuhan ajaib memandangkan telahpun gagal semasa menjadi ketua kem di jajahan kelang.

kepimpinan yang tidak berubah cara dan tindakannya takkan mampu untuk mengubah jajahan selama untuk lebih baik pada masa depan. tuan director masih mengatakan bahawa mereka yang gagal memimpin jajahan sejak 10 tahun dulu sepatutnya tidak lagi diberi peluang untuk memimpin jajahan hatta untuk barang sehari lagi pun di jajahan. kadang-kadang pelik bin ajaib bagaimana orang yang menyalahgunakan kuasa, kemudahan dan menyebabkan kerugian terus diberi peluang dan kenaikkan pangkat pula di jajahan selama.... agaknya inilah manusia akhir zaman

kepimpinan jajahan kadang2 dilihat seperti ingin berubah... cuma pada tuan director perubahan yang dibuat hanyalah umpama seorang pesakit kulit diberi pakaian baru sahaja. pertukaran baju takkan mengubah tuanpunya batang tubuh. kegagalan bukan kerana pakaian tetapi penyakit yang ada pada batang tubuh diri yang perlu dibuang. tuan director umpamakan kepimpinan jajahan umpama umpama batang tebu yang telah berulat ruasnya. potong la ruas yang rosak sebelum seluruh batang tebu tidak mungkin dapat dirasai kemanisannya kelak. lu pikir la sendiri brader!!!!!

perkara kedua ialah mewariskan kepimpinan. ingatlah apa yang dipesan junjungan besar kita tentang keperluan menguatkan barisan pemuda pemudi kerana merekalah yang akan menentukan kemajuan/kemampuan ummah yang akan datang. kepimpinan jajahan selama yang melantik manusia lemah disekeliling mereka kerana ingin diri mereka dilihat kuat telah melakukan dosa yang paling berat untuk masa depan jajahan selama. tuan director melihat kecenderungan melantik dan menaikkan pangkat kaki ampu dan bodek menyebabkan jajahan selama akan terus tenggelam pada masa depan.

ingatlah berapa ramai pemimpin yang gagal dan dihukum sejarah kerana gagal memilih pelapis pemimpin masa depan yang cemerlang, berapa pula kerajaan yang runtuh kerana kepimpinan waris mereka yang lemah . jajahan selama nampaknya dalam jajaran tersebut, pelapis yang dilihat mampu menjadi pemimpin masa depan jajahan telah lama disembelih kononnya kerana menentang kepimpinan kini. kaedah tuba dan cantas sebenarnya menyebabkan hanya tunas2 kepimpinan yang lemah akan kekal memimpin untuk generasi baru jajahan nanti.

tiada lagi upaya untuk jajahan bangun dan bangkit sekiranya ini lah bentuk kepimpinan yang memusuhi idea baru, tenaga baru, seruan baru, kreativiti baru, suara di luar kotak pemikiran yang luar biasa. takkan bersinar jajahan selama sekiranya kepimpinan pelapis yang cemerlang dituba dan dicantas hanya kerana perbezaan pendekatan dengan kepimpinan kini. akhir kalam sekiranya kelab eksklusif Murai Punya Ekor masih dengan pendekatan kepimpinan jumud hanya tuhan yang mampu menyelamatkan jajahan selama.

p/s : tuan director mendesak 3abdul3 yang baru pulang dari berjogging di negara siam menyiasat bagaimana kemnya telah mengadakan simulasi perang bersekali dengan acara membeli belah tanpa kelulusan kelab Murai Punya Ekor. hahahahaha siasat juga bagaimana warkah tipu-tipuan 3abdul3 jajahan penyu menangis digunakan sebagai tempelan untuk mengelirukan kepimpinan jajahan selama. siasat angkara siapa sehingga belanja puluhan ribu digunakan untuk xtvt semulasi perang haram ini.... hahahaha adios

December 22, 2010

spotcheck kandang kambing

salam 2 all,

kalau zaman sekolah pemeriksaan mengejut banyak dibuat oleh guru kerana adanya laporan bahawa terdapat pelanggaran peraturan oleh pelajar yang memerlukan tindakan segera. ataupun satu rutin agar pelajar sentiasa patuh kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa di sekolah. operasi sebegini bagi pelajar seperti saya umpama permainan antara tikus dan kucing sahaja. hari malang kucing terlepas tikus, hari malang tikus ditangkap kucing.

ketika di sekolah teknik penang, pemeriksaan rutin berlaku ketika perhimpunan setiap pagi, jangan beranggapan bahawa pemeriksaan tersebut kita terlepas akan terlepas sepanjang hari kerana kalau nasib tak baik akan ada pemeriksaan di kelas pada bila-bila masa. berkasut tak berstolking salah, stolking berwarna hatta sepalit warna salah, berstolking pendek salah. kalau zaman saya yang rock kapak berleluasa, seluar ketat dan singkat mungkin mengundang guting guru membelah kaki seluar tersebut.

pelajar perempuan pun sama. pakai rantai tangan salah, rantai leher pun akan diselak tudung oleh guru untuk diperiksa. tak pakai kain dalam pun salah, kain singkat sikit pun salah. macam-macam idea juga diperbuat pelajar untuk terlepas. seluar simpanan dalam beg, buku ditebuk ditengah-tengah untuk menyimpan barang larangan seperti rantai, rokok sebatang yang menjadi kebanggaan dan pelbagai lagi.... kalau terlepas satu kepuasan pulak.. kalau tertangkap mungkin dijulang sebagai hero.. hahahahahaha.

tuan director terkejut selang sehari lepas. tiangserisungaibayu bersama gerombolan penasihatnya menerjah ke salah sebuah kandang kambingnya. ahli Murai Punya Ekor terkedik-kedik mengikut tiangserisungaibayu memeriksa setiap ceruk kandang kambing... dengar cerita, aksi ini lanjutan Mesyuawarah Peladang Perternak telah mewarkahkan berita tentang kedaifan kandang kambing mereka kepada tiangserisungaibayu.

kah23 nak tergelak pun ada apabila mengenang terjahan ini, kerana 7 purnama atau lebih yang lepas tiangserisungaibayu telahpun menerjah kandang kambing yang sama... dan hasil intipan oleh jamal pak tongkol, ini mungkin kali yang ke 3 atau 4 terjahan dibuat terhadap kandang kambing tersebut... akhirnya wak asal balik asal... tiada perubahan pun

lanskap kandang kambing umpaman kubur sahaja... pokok yang ada cuma kemboja yang sesuai ditanam di kubur kerana kekuatannya untuk kekal hidup tanpa jagaan. dek kerana terjahan terbaru yang turut dihadiri tuanpenasihatenjinnyior, maka beberapa pasu pokok yang tidak dimakan kambing turut ditempatkan segera, namun kosmetik segara ini tidak pun dapat menghilangkan kedut-kedut tua kandang kambing bahkan menambahkan lagi kekuburan lanskap kerana sekali lagi tumbuhan senonim kubur ditempatkan iaitu puding... tuan director cadangkan letak sahaja replika nisan, heheheheheehe mungkin elemen seram akan lebih berjaya dibentuk berbanding filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang hangat di pawagam kini.

tiangserisungaibayu boleh menyatakan kekecewaan, kekesalan dan sudah tentu sepanjang terjahan tersebut membebel itu ini, namun percayalah, semua itu rutin yang difahami seluruh warga jajahan. itu lah tingkahlaku tiangserisungaibayu apabila menerjah ke sana sini. akhirnya tiada juga langkah konkrit yang diambil. cuma ingin bertanya kalau betul-betul serius ingin membangunkan kandang kambing peringkat antarabangsa, mana kertas cetakan birunya, mana dasarnya, siapa pelaksana yang diamanahkan, mana pula kumpulan pemantau yang akan melaporkan perkembangan dan kemajuan dasar yang dirangka lebih awal.

eh..eh..eh..eh tuan director mana layak mengajar tiangserisungaibayu tentang pengurusan... sepanjang terjahan dikhabarkan diiringi juga oleh 3abdul2... yang menjadi kokokan iringan yang menyuruh tukar itu dan ini, dan ada juga penditapengurusan yang diculik dari jajahan utara turut bersama.... semua tu kumpulan cakap-cakap sahaja yang lebih... selagi tiada pengurus projek... terjah la berapa kali pun.. setakat membawa tuanpenasihat yang sering bercerita tentang parangkontotnya, terjahan tinggal terjahan sahaja la gamaknya.

paling kelakar tuan punya kandang kambing pun takde... dengar cerita sedang berjogging di negeri siam.... tempat sejuk plak tu. takkan wakil pun takde... pang5besarchahketing takkan tak tahu ada terjahan.. mana plak pang5perangkhas... takkan pang5perangsenyumsokmo pun tak hadir... ini dah kes terjah masuk rumah orang tanpa izin... patutlah tuan rumah pun tak tahu... tapi kalau tahu pun apa nak buatkan... kandang kambing suasana kubur ini bukan baru... dah lama sangat... hatta tempat makan kambing pun dah hampir setahun ditutup.

p/s : mana pergi pang5perangkeamanan... dengar cerita cabut lari waktu malam... apamacam tuanpunahsihatsiparangkontot... yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. dengar cerita kedua2 pang5perangkeamanan dah cabut ... ini lah bentuk pengurusan kebun durian yang ketinggalan zaman... nampaknya unit mata tunas kena la dibaikpulih..takpun diganti baru... apapun tuanpunahsihatsiparangkontot dah macam ayam tak dapat tangan pulak berbau tahi.. adios.

December 15, 2010

wikileaks....jajahan selama

salam 2 all,

semalam kelam kabut tuan director cari jamal pak tongkol (JPT), sejak dua menjak nie, JPT macam ada usahakan sesuatu yang rahsia je. Aloha Seri Muka (ASM) pun sama, macam nak sembunyikan diri... dah tak galak untuk bersembang. siasat punya siasat rupa-rupanya depa dok diam-diam baca wikileaks. fuhhhhhhhhh bahasa inggeris tu, memang susah nak faham ... tengah malam baru depa citer... dasyat juga citer JPT n ASM nie.

depa kata wikileaks berjaya pintas kabel diplomatik antara jajahan selama dengan Kumpulan Perfileman Tayang Menayang... termasuk la komen tuanpenasihat jajahan kelang bersama jajahan serdang... antara isu hangat yang berjaya digodam ialah

1. Peneraju Kumpulan Perfileman Tayang Menayang sangat berbulu dengan tiangserisungaibayu yang melobi berterusan nak jugak 3abdul2 dari jajahan kelang. komen paling negatif yang dibuat bahawa tiangserisungaibayu tidak teragak-agak mengunakan semua rangkaian kenalan untuk memaksa Kumpulan Perfileman Tayang Menayang memenuhi kehendak dirinya. Namun komen paling buruk yang dibuat menyebut Tiangserisungaibayu akan terus diselubungi perasaan bersalah kerana kegagalannya membangunkan jajahan selama

2. Jajahan kelang dalam kawat diplomatik kepada Kumpulan Perfileman Tayang Menayang menyebut bahawa semua warga jajahan sangat gembira kerana akhirnya Jajahan Selama memungut warganya untuk diangkat sebagai 3abdul2 walaupun telah terbukti selama berjuang di jajahan kelang... 3abdul2 tidak pun disukai oleh kemnye sendiri. 3abdul2 sendiri telah meninggalkan medan perang cuma setahun selepas dilantik sebagai ketua kem di sana kerana sering bergaduh dengan seluruh ahli kemnya. jajahan Kelang juga mengingatkan bahawa hukuman menanti 3abdul2 kerana meninggalkan jajahan kelang tanpa kebenaran menuju jajahan selama.

3. sementara satu lagi kawat dari ahli tetap LuncaiPunyaUntung menyebut betapa kecewanya mereka kerana sebelum ini dalam pemilihan tuanpendita jajahan... mereka telah menolak untuk melantik 3abdul2 sebagai pendita jajahan sebaliknya sekarang orang yang ditolak dahulu, kini menjadi sebahagian ahli tetap LuncaiPunyaUntung...( kah23 inilah lawak paling kualiti jajahan selama )

4. komen dari tuanpenasihat yang dipintas pulak macam-macam la tentang 3Abdul2 nie, hahahahahaha. tuanpunahsihatsiparangkontot kata ' hahahahahaha nasib la... aku dah nak pencen' . seorang penditatua pula kata ' aku kenai sangat 3abdul2 nie sejak muda... mampuih la hangpa'. seorang dari 3abdul pulak kata ' nie la bala yang tiangserisungaibayu bagi kat kita'

hahahahaha tu la lebih kurang kebocoran maklumat yang berjaya dibuat wikileaks jajahan. nasihat tuan director kepada tiangserisungaibayu, cepat-cepat siasat siapa dalam koridor kuasa yang dah bocorkan maklumat kepada JPT n ASM. mungkin tuanpenasihatlabah2 perlu meningkatkan kekuatan saranglabah2 agar tidak koyak ditiup angin wikileaks jajahan

P/S : Kuda hitam baka tempatan mana plak nak diberi tunggang oleh pang5perangtanggukikan kepada 3abdul2 yang baru.... bukan apa.. takut nanti mengamuk plak 3abdul2 kerana kuda hitam yang sepatutnya tunggangannye diberitakan masih ditunggang mantan 3abdul2. hahahahaha lawan tetap lawan mantan 3abdul2. selamat kembali sebagai cendikiawan... buktikan kepada tiangserisungaibayu anda bukan cendawan... adios

December 08, 2010

tiba2....islam dan melayu

salam 2 all,

selamat menyambut tahun baru hijrah..tuan director mengingatkan diri bahawa tahun baru ini menandakan bahawa banyak lagi filem pendek yang perlu diarah untuk kesedaran diri sendiri dan memberi kesedaran kepada khalayak penonton semua. sekurangnya kalau sedikit perubahan yang baik berlaku di jajahan selama hasil garapan filem tuan director, itu sudah cukup memadai dengan usaha yang dibuat.

tergerak hati untuk turun ke semulasi perang untuk mendengar tuanpendetabukanindia berbicara tentang melayu dan islam. hahahahahaha turut sama tiangserisungaibayu yang beberapa purnama lepas telah menghantar surat berantai mempertikaikan konsep kedaulatan melayu ( malas nak guna ketuanan melayu ) kepada seluruh warga jajahan selama.

tentu sahaja tuan director bersetuju tentang program islam dan kedaulatan melayu di jajahan selama. tiada bangkangan langsung. mengenali tuanpendetabukanindia, sejak di jajahan lain lagi dia sentiasa tetap pendirian tentang hak melayu dan islam, mana2 semulasi perang seluruh buana ini menyanjung daya cendikiawannya berbicara tentang islam dan melayu, berpuluh bahkan beratus kenyataannya mempertahankan kedaulatan islam dan melayu.. tiada dapat disangkal lagi.

kah23.... cuma nak tergelak bila terselit dicelah-celah semulasi perang itu seorang insan yang tidak nampak pun selama ini menyokong kedaulatan melayu dan islam di jajahan selama. tiba-tiba berteriak sakan seolah dirasuk jembalang tanah mengelupur menghembur kata mengajak warga jajahan menentang meraka yang cuba mempertikaikan kedaulatan islam dan melayu. terpinga-pinga warga jajahan yang cuma beberapa kerat yang hadir itu.... tuan director juga hampir nak pengsan... hebat betul lakonan tiangserisungaibayu memainkan peranan konon2nye sebagai pejuang kedaulatan islam dan melayu.

ini persoalan yang perlu dijawap oleh tiangserisungaibayu kalau ingin warga jajahan menyokong isu kedaulatan islam dan melayu. pertama apakah program-program penerapan nilai islam dibuat secara bersungguh-sungguh dijajahan selama. hahahahaha kalau dulu ada perarakan maulidil rasul... sekarang bagaimana... apakah program yang dibuat untuk makmurkan surau yang conet tet itu. kalau solat zuhur pun satu saf pun tak penuh ... macam mana nak lawan pencabulan terhadap islam... berapa banyak program islam dibuat... hinanya islam bila program islam dibuat waktu rehat tengahari.... hahahaha islam agama rasmi ke kalau macam ini amalan jajahan selama.

tuan director nak pesan skit kat tiangserisungaibayu ... buat la program penerapan islam bersungguh2, wajibkan kehadiran warga secara bergilir-gilir mengikut kem2 dijajahan. perancangan dan pelaksanaan program islam wajar dibuat dengan tekad yang kuat. jangan jadikan kehadiran dan program sebagai kosmetik kepimpinan sahaja. kalau pelaksanaan islam dibuat secara bersungguh... nescaya Allah beri banyak lagi kemakmuran dan diangkat lagi jajahan di mata alam buana. ingat lah mereka yang menolong agama Allah ... pertolongan Allah akan sentiasa dekat dengan mereka.

berkaitan kedaulatan melayu plak.... mana program mengangkat martabat melayu... teringat dulu apabila dianjurkan tulisan jawi dipapan penunjuk jalan jajahan selama dicadangkan PERDUJE... siapa yang menentang... agenda bumiputra jajahan selama, jawatankuasa mana yang pantau. mana program untuk kambing-kambing melayu jajahan selama. jangan la kita
bercakap berdegar2 tentang mengangkat martabat melayu... tapi kambing-kambing boer juga yang kita ternak bagai nak rak....

tuan director cuma nak cakap.... cukup2 la retorik politik murahan mengangkat diri mengunakan isu kedaulatan islam dan melayu. kalau melayu diangkat martabatnya... kalau islam disyumulkan amalannya di jajahan selama... itu lah pertanda tiada siapa lagi yang berani untuk mempertikaikan kedaulatan islam dan melayu. apabila kita kuatkan islam dan melayu... musuh gerun mengeletar untuk pertikai... tapi kalau hanya kuatkan suara... kah23 umpama anjing menyalak bukit natijahnya.

p/s : berapa ratus ribu dihabiskan untuk opera tiongkok berkumandang di jajahan selama... berapa pulak tuanpenasihatrentaktari masukkan dalam koceknye keuntungan mengimport kambing boer.... akhirnya hanya 3 ekor kambing boer je yang masih hidup... nampak sangat tiangserisungaibayu dah dikencing dek penasihat sendiri...adios

November 30, 2010

pembaharuan jajahan selama

salam 2 all

tuan director cukup bangga dan terharu la dengan usaha murni Persatuan Durian Jajahan Selama ( PERDUJE) dengan kerjasama Unit Ulat Nangka menganjurkan pertandingan pembaharuan jajahan selama buat julung-julung kalinya. nampaknya projek usahasama sebegini dah menjadi ikon untuk membuat projek di jajahan selama. tahniah la pada pang5perangtanggukikan yang mempelopori usaha kerjasama yang menjadi ikutan ini. hahahahaha nampak sangat kaedah tumpang tui dah menjadi amalan.

sempena pertandingan ini , maka dengan rendah hati dan berlapang dada, tuan director ingin mencalonkan beberapa warga jajahan dan kem-kem tertentu untuk dipertandingkan dan nescaya akan menerima sokongan daripada warga jajahan untuk mereka memenangi hadiah utama pada hari pertandingan kelak. tuan director percaya mereka takkan mencalonkan diri kerana malu-malu akan kelebihan masing2.... hahahahaha malu-malu kucing gitu

calon anugerah pembaharuan tiangserisungaibayu ( kepimpinan )

pang5perangtanggukikan dengan pembaharuan paling mengejutkan iaitu projek kerjasama bersama dengan kem-kem lain. melalui pembaharuan jenis ini, tanggukikan telah berjaya mengamalkan kaedah kerja minima tetapi mendapat hasil maksima. hahahahaha pembaharuan jenis ini ternyata membolehkan tanggukikan muncul dalam mana-mana majlis ketika acara utama berlangsung sementara kerja-kerja awal lain dibuat oleh rakan kerjasama. Slogan utama konsep ini kerjasama hangpa semua...hehehehe jangan lupa aku sorang dapat nama.

calon anugerah pembaharuan tuanpunahsihatsiparangkontot ( tadbirurusterbaik )

kem kajian orang-orang dengan tajuk projek cara menjayakan aktiviti tanpa kelulusan Murai Punya Ekor. pembaharuan yang dilakukan melalui projek ini ialah bagaimana menjalankan aktiviti kem tanpa kelulusan. ini dilakukan dengan melanggar arahan, membuat tuntutan pembelian tipu, selit mana-mana resit dalam tuntutan lain... dan yang paling penting suruh askar-askar biasa tanggung semua masalah berbanngkit pada kemudian hari. slogan utama konsep ini... kalau orang lain buat seharian... kami mampu tipu jajahan dengan 3 minggu .

calon anugerah pembaharuan penjimatan tuanpenasihatadamasyuk ( ringgit malaysia )

kem khutudkhanah dengan tajuk projek cara penjimatan super. pembaharuan yang dilakukan melalui projek ini ialah meminta semua warga kem membiayai majlis persaraan tuanpenasihatkhutudkhanah di sebuah hotel dengan duit poket sendiri. hahahahahahaha slogan utama ...semua orang makan dengan kemampuan sendiri...

calon anugerah pembaharuan cendikiawan 3 abdul2 ( tulin bang )

tiangserisungaibayu tanpa saingan dicadangkan menerima anugerah ini kerana berpakat dengan seorang warga jajahan yang belum dikenali mengambil hasil kerja orang lain dan mengaku kerja tersebut kepunyaan diri sendiri. slogan utama ...kalau nak berjaya.. tiru la macam saya

anugerah pembaruan tuanpenasihatlabah2 ( sewang sawang )

calon untuk anugerah ini terlalu ramai... meliputi pang5perangkhas dan dayang-dayang kem-kem terlibat. anugerah ini diberikan kerana berjaya memperdaya ketua kem untuk menyerahkan katakuncisuratelektronik dan pelbagai aplikasiatastalian kepada diri masing-masing. slogan utama ....semua yang bos malas buat...apalagi kami la kena buat

P/S : alohaserimuka mengumumkan filem pendek bertajuk jajahan selama arahan tuan director memenangi kategori khas juri dengan tajuk projek sapa berani buat... kena la berani tanggung. hahahahaha projek ini tentang satira elektonik membaiki jajahan diangkat pemenang bertepatan dengan konsep pembaharuan yang dilaung-laungkankan sendiri oleh tok empat tiangserisungaibayu setahun yang lepas . menewaskan saingan utama iaitu kawan baik tuan director, pang5perangulatnangka dengan projeknya biar pendek tapi pedas di laman YangMalu..... hahahahahah adios...

November 29, 2010

BILA KENA TANG KITA

salam 2 all,

tuan director terdengar dari jauh, bahawa tuanpunahsihatsiparangkontot akan membuat rombakan kecil melibatkan sarjan2askar dalam seminggu 2 lagi. mungkin macam sebelum ini, langkah membuat rombakan ini takkan berjaya kerana tentangan dari pang5perang atau dari ketua kem akan bersahutan di seluruh buana menentang rombakan.

tuanpunahsihatsiparangkontot pada tuan director bukan seorang jeneral perang yang berani, kalau rancangan rombakannya dicium mana-mana pang5perangbesar dan disergah rombakan itu, nescaya tuanpunahsihatsiparangkontot akan menikus diri. ini lah kelemahan yang ketara warnanya pada diri tuanpunahsihatsiparangkontot.

sebelum ini, tuan director terdengar bahawa rombakan besar-besaran melibatkan seluruh kem akan dibuat, semua rancangan diatur untuk menyokong plan innovasi melibatkan penstrukturan kem-kem seluruh jajahan selama. hahahahaha akhirnya kerana beberapa ketua kem menyergah dirinya, tuanpunahsihat menarik balik rombakan tersebut. maka rancangan tiangserisungaibayu berkaitan innovasi dan penstrukturan yang gah seluruh alam selama tersadai layu begitu saja.

kerana itu, tuan director tak percaya bahawa rombakan ini akan menjadi kenyataan, serikandisentosa awal-awal lagi mula melobi untuk mengekalkan askarnya yang dinaikan pangkat sarjan untuk terus kekal di kem melatih kambing. tu baru ura-ura bahawa akan berlaku rombakan... minggu akan datang akan ramai lagi yang akan menangis, buat muka sedih dan kecewa di muka pintu koridor kuasa untuk menahan rombakan... silap-silap ada yang akan menalipon atau menjengah tiangserisungaibayu mohon perkenan agar rombakan tak berjalan.

P/S : terdengar juga bahawa juak dan penyokong 3abdul3 sedang mengerakkan tentera masing-masing untuk menunjukkan tanda protes kalau kontrak 3abdul3 tidak disambung. dengar citer ramai nak isi borang bertukar kem kalau 3abdul3 tidak ditawarkan sambungan kontrak. nasihat tuan director mudah sahaja.... ini la masa tuanpunahsihatsiparangkontot menunjukkan seni peperangannya untuk menawan kem kandang kambing... jangan diharap pada pang5besarchahketing untuk mengawal keadaan... dia dah lama gagal.... adios

November 15, 2010

BerKorban aPa saJa

salam 2 all,


esok merupakan hari raya korban....setiap kali raya korban datang saya akan teringat kepada arwah mak saya... sama apabila hari raya aidilfitri datang... arwah pak meninggal dalam bulan ramadhan. kedua-dua raya saya kehilangan manusia yang sangat saya hormati dan saya sayangi ...tiada dua antara mereka.

raya korban membangkitkan banyak nostalgia.. kalau di kampung dulu banyak yang boleh dilakukan sebelum raya korban. ronda-ronda sekitar beberapa kampung untuk melihat lembu atau kerbau yang nak dikorban... usik atau kacau-kacau ternakan tersebut... kalau yang jinak boleh ditunggang belakangnya walaupun orang tua kampung melarang... namun curi-curi berbuat demikian menimbulkan keseronokkan yang membahagiakan.

itu belum lagi menyertai orang kampung mencari lembu korban yang terlepas talinya menjelang raya atau bersama orang kampung menangkap kerbau untuk dikorbankan. memandangkan semua penduduk memelihara kerbau secara lepas bebas.. menangkap kerbau juga satu keseronokkan yang mendebarkan menjelang raya korban. tempat terbaik kerbau dikepung dan kemudian ditangkap ialah kawasan dusun pakngahmir.

tu semasa kecil dulu... sekarang ternakan yang paling banyak dikorban ialah lembu.. setiap tahun kalau saya balik ke teluk intan atau berada di tanjung malim.. jumlah korban meningkat, ramai yang dah banyak duit.. satu-satu kariah kadang-kadang berbelas ekor dikorban.. ramai yang turun membantu sama ada dia ada kemahiran melapah atau tidak ...daging korban berlambak-lambak... bahkan banyak anggota ternakan yang boleh dimakan ditanam sahaja kerana sama ada tiada yang ingin melapahya atau tiada kesempatan contohnya kepala lembu.. hahahahaha

saya teringat kalau di utara tanah air... daging korban ini akan direbus dan dicicah air asam sahaja.. jarang sangat dimasak lain.. itu ketika saya kecil. selain itu akan dimasak nasi tomato untuk disesuaikan dengan daging rebus dan air asam tadi.. walaupun demikian saya rasa ketika itu sangat berbaloi untuk hadir dan menikmati makanan semacam itu.. sekarang kalau dibuat korban, dagingnya dimasak pelbagai..

di jajahan selama pun pang5perangsahibulsamahah sibuk membuat acara korban... cuma sayangnya tuan-tuanpenasihat jarang sangat hadirnya... mungkin mereka sibuk dengan acara dikampung masing-masing. cuma yang menariknya tuanpenasihatsiparangkontot selalu hadir..ini yang tuan director nak tabik.. siap dengan uniform lagi.. memang kalau tuanpenasihatsiparangkontot hadir selalunya dia akan jugak melapah dan turut memotong daging.. bab ini tuan director memang pujila

cuma yang pelek dan ajaibnya acara korban ini dibuat makan-makan, memasaknya dari pagi sampai tengahari, ramai la kaum ibu jajahan selama yang terlibat..ini masih ok kerana ramai warga jajahan yang terlibat dari pagi perlukan makanan untuk mengisi perut.. cuma tak menariknya kerana jamuan tengaharinya akan dihadiri oleh jemputan kalangan ketua kem.. yang hanya hadir untuk makan.. diburukkan lagi apabila acara korban ini disulami dengan makan-makan di meja vip... mana perginya kesaksamaan dan kesamarataan sebagaimana pakaian ehram di mekah yang melaut dengan keputihannya...

so nasihat mudah tuan director.. kalau nak dibuat acara korban jangan la diadunkan dengan makan-makan vip atau apa jua acara yang memperlihatkan wujudnya kasta atau perbezaan darjat kalangan warga jajahan. berhenti dari mentaliti pejabat apabila mendekati acara korban.. buang pangkat dan kedudukan apabila melibatkan diri dalam acara keagamaan ...dan jangan jadikan acara korban untuk mendapat publisiti untuk jajahan dengan acara memberi daging korban pada fakir dengan tiangserisungaibayu berposing sakan depan kemera... bertingkahlakulah macam tuanpenasihatsiparangkontot yang meningggalkan semua itu untuk turut sama dalam acara korban dan bergelumang dengan darah korban dan bau hanyirnya.

p/s : nasihat kepada tiangserisungaibayu cukup mudah...sempena hari baik ini.. belajar lah sesuatu dari acara korban... sekiranya sudah gagal memimpin jajahan selama ke jalan yang benar.. sekiranya sudah tiada lagi daya dan kudrat fikiran untuk mendatangkan kebaikan kepada warga jajahan ... sekiranya tiada lagi upaya mendatang manfaat kepada jajahan ..adalah lebih baik berkorban dengan meletakkan jawatan tanpa menunggu tamatnya kontrak.... adios