December 27, 2010

hanya tuhan yang mampu menyelamatkannya

salam 2 all,

tuan director selain tugas hakiki sebagai pengarah dan penerbit filem pendek jajahan selama, ada juga terlibat dengan simulasi perang sekali sekali diluar jajahan. di jajahan selama dah lama tuan director diharamkan oleh tuanpunahsihatsiparangkontot untuk terlibat... tiangserisungaibayu pun bersetongkol dengan tindakan tuanpenasihatnya.

ramai peminat yang berminat dengan kaedah simulasi perang tuan director sering bertanya bila nak buat simulasi perang untuk warga jajahan. hahahahaha... jawapan yang standard ialah kalau orang tak jemput takkan la kita pipi tersorong-sorong. so pada pertanyaan ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan tuan director dalam mana-mana segmen simulasi perang... kita tunggu la sampai tuanpunahsihatsiparangkontot dan tiangserisungaibayu mati skim... selepas itu mungkin lah akan muncul tuan director dalam mana2 segmen simulasi perang.

tuan director terfikir sejak bersembang dengan beberapa kawan-kawan tentang kenapa jajahan terus dirundung nasib malang. jawapan pertama... kepimpinan yang lemah, bak pepatah lama cina, ikan akan mula busuk dari kepalanya. ini merupakan tumor kepada jajahan kerana hampir semua anggota Murai Punya Ekor merupakan sekumpulan tukang sorak sahaja kepada kepimpinan tiangserisungaibayu. tuan director cuma meletak harapan kepada 3abdul1 dan 3abdul3 sahaja. namun kedua2nya pula dirundung masalah kesihatan sejak dua menjak ini. kalau kedua-dua sedikit berani menghentak meja mungkin kepimpinan jajahan akan bertambah baik.

tuanpunahsihatsiparangkontot memang takleh diharap kepimpinannya. tuanpanasihatadamasyuk pula mungkin takkan berani mengatakan tak kepada siparangkontot kerana sentiasa diberi peluang menunggang kuda hitam baka tempatan bersama-sama. tuanpenasihatenjinnyior yang kelihatan garang pula masih bergelumang dengan kegagalan untuk menyiapkan hatta landskap jajahan sekalipun. sementara tuanpenasihatkhutudkhanah mungkin lebih sibuk mengukuhkan kedudukan dalam kelab Murai Punya Ekor sendiri. 3abdul2 yang paling junior dalam kelab mungkin takkan memberi apa-apa sentuhan ajaib memandangkan telahpun gagal semasa menjadi ketua kem di jajahan kelang.

kepimpinan yang tidak berubah cara dan tindakannya takkan mampu untuk mengubah jajahan selama untuk lebih baik pada masa depan. tuan director masih mengatakan bahawa mereka yang gagal memimpin jajahan sejak 10 tahun dulu sepatutnya tidak lagi diberi peluang untuk memimpin jajahan hatta untuk barang sehari lagi pun di jajahan. kadang-kadang pelik bin ajaib bagaimana orang yang menyalahgunakan kuasa, kemudahan dan menyebabkan kerugian terus diberi peluang dan kenaikkan pangkat pula di jajahan selama.... agaknya inilah manusia akhir zaman

kepimpinan jajahan kadang2 dilihat seperti ingin berubah... cuma pada tuan director perubahan yang dibuat hanyalah umpama seorang pesakit kulit diberi pakaian baru sahaja. pertukaran baju takkan mengubah tuanpunya batang tubuh. kegagalan bukan kerana pakaian tetapi penyakit yang ada pada batang tubuh diri yang perlu dibuang. tuan director umpamakan kepimpinan jajahan umpama umpama batang tebu yang telah berulat ruasnya. potong la ruas yang rosak sebelum seluruh batang tebu tidak mungkin dapat dirasai kemanisannya kelak. lu pikir la sendiri brader!!!!!

perkara kedua ialah mewariskan kepimpinan. ingatlah apa yang dipesan junjungan besar kita tentang keperluan menguatkan barisan pemuda pemudi kerana merekalah yang akan menentukan kemajuan/kemampuan ummah yang akan datang. kepimpinan jajahan selama yang melantik manusia lemah disekeliling mereka kerana ingin diri mereka dilihat kuat telah melakukan dosa yang paling berat untuk masa depan jajahan selama. tuan director melihat kecenderungan melantik dan menaikkan pangkat kaki ampu dan bodek menyebabkan jajahan selama akan terus tenggelam pada masa depan.

ingatlah berapa ramai pemimpin yang gagal dan dihukum sejarah kerana gagal memilih pelapis pemimpin masa depan yang cemerlang, berapa pula kerajaan yang runtuh kerana kepimpinan waris mereka yang lemah . jajahan selama nampaknya dalam jajaran tersebut, pelapis yang dilihat mampu menjadi pemimpin masa depan jajahan telah lama disembelih kononnya kerana menentang kepimpinan kini. kaedah tuba dan cantas sebenarnya menyebabkan hanya tunas2 kepimpinan yang lemah akan kekal memimpin untuk generasi baru jajahan nanti.

tiada lagi upaya untuk jajahan bangun dan bangkit sekiranya ini lah bentuk kepimpinan yang memusuhi idea baru, tenaga baru, seruan baru, kreativiti baru, suara di luar kotak pemikiran yang luar biasa. takkan bersinar jajahan selama sekiranya kepimpinan pelapis yang cemerlang dituba dan dicantas hanya kerana perbezaan pendekatan dengan kepimpinan kini. akhir kalam sekiranya kelab eksklusif Murai Punya Ekor masih dengan pendekatan kepimpinan jumud hanya tuhan yang mampu menyelamatkan jajahan selama.

p/s : tuan director mendesak 3abdul3 yang baru pulang dari berjogging di negara siam menyiasat bagaimana kemnya telah mengadakan simulasi perang bersekali dengan acara membeli belah tanpa kelulusan kelab Murai Punya Ekor. hahahahaha siasat juga bagaimana warkah tipu-tipuan 3abdul3 jajahan penyu menangis digunakan sebagai tempelan untuk mengelirukan kepimpinan jajahan selama. siasat angkara siapa sehingga belanja puluhan ribu digunakan untuk xtvt semulasi perang haram ini.... hahahaha adios

No comments:

Post a Comment