bapa saya seorang perdagang yang sangat komited...tetapi arwah tak berapa gemarkan langkah saya untuk terlibat dalam perniagaan. katanya hang kerja kat gomen je la, lagi pun buat pe susah-susah nak berniaga kalau boleh berkerja tetap.apabila saya membuka restoran di taman nuri, kulim kedah tahun 1996 saya berpeluang berjumpa rakan-rakan lama yang telah bertahun berpisah. ramai kalangan mereka yang telah berjaya dalam hidup walaupun hanya bekerja kilang. ternyata keberkatan tuhan seluruh buana melingkari hidup mereka.
ada juga rakan yang berniaga datang bertanya khabar. ketika itu ekonomi negara tengah memuncak, banyak sangat peluang perniagaan. ada satu peluang yang sangat besar menanti saya apabila Kulim Hitech ingin dibangunkan. kawan datang menawarkan untuk daftar perniagaan guna nama saya, bukan sebuah sebaliknya beberapa buah untuk tujuan tender kerajaan. saya hanya perlu tandatangan dokumen dan cek sahaja setiap bulan atau minggu dan menerima bayaran lumayan atas status bumiputra...hahahaha tentu sahaja saya menolak.di jajahan selama juga rupanya bergema kaedah yang sama. mengunakan nama bumiputra untuk menyapu hampir setiap projek. tuanpenasihatadamasyuk tahu, pang5besarkananadamasyuk pun tahu, hatta askarpembawatombakadamasyuk pun tahu. sebut sahaja nama projek semuanya akan ditandingi oleh baba yang mengunakan nama ali. lebih teruk lagi ali tak pernah muncul termasuk semasa menuntut bayaran...yang muncul hanya baba dengan kuda hitam baka importnya.
filem pendek kali ini ingin membawa penonton melihat kem silatulrahim yang diketuai oleh tuanpendita import yang dibawa ke jajahan selama oleh tiangserisungaibayu, konon-kononnya sebagai pakar untuk mempopularkan jajahan selama ke seluruh buana. pelik tetapi benar dengan gaji hampir 15k sebulan tuanpendita ini tidak pun perlu menjadi ahli cendikiawan sebaliknya membuat kerja pang5perang sahaja. dah masuk 2 tahun di kem silatulrahim namun tuanpendita yang pakar dalam hal pujuk memujuk ini masih lagi gagal untuk mempopularkan jajahan selama...persolannya kenapatuan director selalu nak tergelak dengan sistem di jajahan selama, kononnya kalau ada kem baru ketuanya perlulah seorang ahli cendikiawan walaupun sebenarnya kecendikiawanan tidak pun perlu untuk membangunkan kem terutama kem yang hanya terlibat dalam perkhidmatan atau pentadbiran...akhirnya yang buat kerja ialah pang5perang juga....hahahahaha tuanpendita tersebut hanya mengambil elaun semata-mata...sungguh memalukan.
berbalik kita tentang kem silaturahim dengar cerita syarikat yang masuk mengambil projek di kem tersebut adalah syarikat Mak Pak Kita sdn bhd. desas desus cerita dalam kelambu ini tuan director dah dapat lama cuma kali ini nampak semakin jelas empunya bayang. hahahahaha sungguh luar biasa kaedah yang dibuat.konon-kononnya apabila ada kerja-kerja ingin diberikan maka syarikat mak pak kita akan dimaklumkan butirannya termasuk harga yang sudah pun dirundingkan. syarikat mak pak kita akan membuat sebutharga dengan mengunakan anak syarikat iaitu mak sdn bhd, pak sdn bhd, ank sdn bhd, menantu sdn bhd dan cucu sdn bhd....sudah tentu harganya sama sahaja begitu juga butiran kerja
siapa yang akan mendapat projek tersebut akhirnya, sudah tentu syarikat mak pak kita sdn bhd. agak-agak kem adamasyuk boleh tangkap tak...tentu sahaja boleh kerana jelas yang masuk seburharga hanya mak pak kita sdn bhd bersama dengan anak syarikatnya sahaja. siapa dalangnya tentu sahaja kem silaturahim....P/S : dengar citer banyak syarikat mak pak kita sdn bhd kat jajahan selama, mungkin tuanpenasihatadamasyuk dan tuanpenasihatsiparangkontot lebih afdal untuk memberi ulasan, kalau pang5perangtanggukikan nak juga memberi komen memang dialu-alukan.....contohnya syarikat warna warni sdn bhd yang saban tahun diberi projek...hahahahaha adios


















