November 05, 2009

INI REPORTCARD SIAPA PUNYA


november datang lagi, ketika kecil-kecil dulu arwah tokwan akan bawa saya berjalan-jalan melawat rumah sedara-mara pada bulan ini kerana cuti sekolah telah bermula. pakngah saya yang kami adik beradik memanggilnya dengan panggilan abah pula akan menunggang motosikal vespanya dari felda teloi kanan, akan mengajak saya mengikutinya tinggal di felda musim cuti sekolah begini.

saya takkan membiarkan saja peluang berjalan bersama tokwan pada cuti sekolah, cuma kelemahan saya ialah muntah teruk bila menaiki kenderaan awam, teksi siapapun saya tak akan tahan dengan baunya, biar sebersih mana pun, bau minyak diesel teksi raju, amat, atau botak takkan berjaya menahan isi perut saya daripada dipaksa keluar.

kalau saya menaiki bas pun saya akan termuntah juga, cuma tokwan memang istimewa pada ingatan saya, sambil menghisap curut cap tekonya, dia akan mengeluarkan plastik untuk semua isi perut yang meronta-ronta nak melihat dunia.

bulan november juga istimewa kerana pencapaian saya sebagai pelajar akan jelas terpampang di reportcard, sebenarnya arwah pak ngan mak tak pernah marah pun dengan pencapaian saya, cuma seringkali nasihat diberi agar lebih rajin belajar. cuma bila saya menjadi ayah, pencapaian iki dan ama akan saya teliti, kadang-kadang gembira, kadang-kadang kecewa....hahahahaha.

petang ini tuan director sibuk menulis reportcard untuk watak utama kelas 2009.

tiangserisungaibayu : kejayaan anda sebagai pelajar hanya suam-suam kuku sahaja, sebagai ketua kelas anda perlu belajar macam mana hendak mengawal kelas dengan lebih baaik. rekemen untuk anda ialah menghadiri kursus mengawal kelas.

3abdul1 : prestasi sangat cemerlang. cuma tuan director risau dengan kesihatan diri anda. rekemen untuk anda ialah lebih aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, mungkin boleh jadi ketua kelas tahun 2010

3abdul2 : prestasi baik. nasihat tuan director jangan suka merayau-rayau dalam kelas dan menganggu rakan lain membuat kerja. rekemen agar ditukar suka sama suka kedudukan dalam kelas dengan 3abdul3

3abdul3 : prestasi baik, pencapaian matapelajaran agama meningkat. nasihat agar lebih banyak berkata-kata dalam kelas. rekemen agar jangan suka-suka ponteng kelas

tuanpenasihatsiparangkontot : pencapaian sederhana. nasihat jangan suka buli kelas bawahan. dilarang merayau-rayau tanpa tujuan ke kelas lain terutama kelas tadika. rekemen tukar sekolah. ingatan jangan suka tiru kerja sekolah rakan sekolah lain.

tuanpenasihatadamasyuk : pencapaian baik. nasihat jangan suka nangis dalam kelas, jangan tiru perangai tak baik kawan-kawan kelas. rekemen mengambil kelas tambahan menangani pujuk rayu kawan-kawan

tuanpenasihatkhutudkhanah : pencapaian biasa. nasihat jangan asyik nak makan dalam kelas sahaja, tumpu perhatian bila belajar. jangan suka bersembang bila dalam kelas. rekemen turun kelas atau tahan kelas.

tuanpenasihatenjinnyior : sangat cemerlang dalam teknikal, kena belajar kemanusiaan sikit lagi, boleh naik kelas kalau kerja sekolah siap ikut jadual. rekemen dihantar untuk kelas urus projek

APA PUNYA CENDOL LA MAMAK

bila bercerita tentang cendol nie, air liur boleh tumpah. semua orang suka cendol. di stesyen bas kulim cendolnya memang sedap. dari awal persekolahan saya, mamak cendol nie memang saya hormat, kualitinya sentiasa meningkat. tahun 80an mana ada cendol pulut lagi, cendol cuma ditambah dengan kacang merah atau hitam sahaja, itu pun dah kira 'special'.

tahun 90an cendol dah banyak berubah pun dari segi hidangan, macam-macam tambahan diperkenalkan, ada yang tambah pulut, ada yang tambah tapai, bahkan nak nampak hebat tambahkan pulak ngan aiskrim. hahahahahaaha semakin global la cendol. yang menariknya walaupun macam-macam ditambah, cendol stesyen bas kulim tetap ada kualiti, rasanya dari dulu sampai sekarang tetap hebat.

walaupun peniaganya berubah kerana balik ke india, pengantinya tetap mengekalkan kualiti cendol. sekarang ini kalau saya singgah membeli cendol di kulim, nostalgia sentiasa berlagu dalam ingatan. mamak yang peramah, sentiasa mengalukan pelanggan dan bersemangat tetap melayan pelanggannya walaupun yang berniaga sekarang ini merupakan generasi kedua. benih yang baik kalau tercampak kelaut menjadi pulau, tercampak ke langit menjadi kejora.

jajahan selama buka gerai cendol lagi tahun ini, sepatutnya gerai cendol ini dibuka awal tahun, tetapi seperti biasa la kan, hujung tahun baru dibukanya, maklumlah tiangserisungaibayu sibuk, tak sempat nak tengok senarai pelanggan yang telah lama menempah untuk merasai cendol indaman mereka.

mamak perniaga cendol memang la bising, apa nak buat, berniaga dengan tuanpenasihatsiparangkontot memang derita dibuatnya, kejap nak tambah tapai, kejap nak tambah pulut, silap-silap nanti dicadangnya nak tambah durian.....hahahahaha ada-ada je la yang dia nak tambah.

golongan cendikiawan dan askar di jajahan selama memang la berharap sangat untuk merasa cendol nie, inilah hidangan yang tiap tahun diberikan kepada warga jajahan sebagai tanda penghargaan kerja kuat mereka. cendol ini cendol sakti hingga ramai warga berebut-rebut ingin merasai nikmatnya, tempahan harus dibayar dengan kerja kuat. orangbesar jajahan lah yang akan cadangkan siapa yang akan mendapat cendol sakti ini.

namun demikian warga jajahan tidak tahu bahawa kerja kuat mereka dan pilihan orangbesar jajahan bukanlah syarat yang dikuti sangat oleh tiangserisungaibayu dengan muslihat tuanpenasihatsiparangkontot. walaupun kerja kuat ini diakui oleh orangbesar jajahan dan pang5perang jajahan, ada sahaja penerima cendol sakti adalah merupakan orang kuat tuanpenasihatsiparangkontot, warga jajahan yang telah bekerja kuat pun akan mendapati tempahan mereka dipadam dengan sengaja oleh tuanpenasihatsiparangkontot, hanya kerana mereka bukan orang yang disukai oleh pang5perang tuanpenasihatsiparangkontot atau dirinya sendiri.

sian mamak, walaupun berusaha mengekalkan kualiti, cendolnya kadang-kadang dipersoalkan orang....apa punya cendol (apc) la mamak.

November 03, 2009

ISLAM U ISLAM I



mengenang kembali pembelajaran agama ketika kecil kekadang tu ketawa sendiri saya. semasa belajar muqadham, abang dan kakak saya selalu menegur perangai saya yang tidak serius belajar. di rumah juga mak akan marah kerana perangai nakal saya. di sekolah ustaz dan ustazah juga merungut perangai yang sama. itu di sekolah rendah.

bila menjejak kaki di sekolah menengah, ada pembelajaran agama di masjid bukit bertam, tenaga pengajarnya bernama ustaz madnooq, saya sangat teruja mengikuti kelas pengajarannya kerana suaranya yang nyaring dan pandai membuat lawak. masa itu isnin malam selasa menadah kitab terasa nikmat untuk kita belajar agama.

salah satu cerita yang saya tak dapat lupa ialah hukum menyembelih yang ditetapkan oleh agama terhadap haiwan yang hidup. ustaz madnooq mulakan cerita tentang kegemaran orang di bendang ( sawah ) menangkap burung ciakpadi atau ciakraya ( pipit ) yang selalu menjadikan padi hasil tanaman penduduk sebagai makanan. ustaz kata ada seorang penangkap burung memasukkan burung ke dalam guni dan kemudian memotong hujung guni ibarat leher burung dan menganggap semua burung didalam guni sudah disembelihnya lalu menghempapkan guni berisi burung ke tanah hingga semua burung didalam guni mati. langkah mudah ini diambil kerana kurang memahami atau salah faham tentang hukum menyembelih dan sikap ambil mudah terhadap agama.

seorang kawan saya menceritakan perasaannya tentang perangai orangbesar jajahan selama. beliau berkata bahawa beliau telah berjumpa dengan seorang tuanpenasihat berceritakan tentang perkhidmatan yang tidak begitu cekap dan pelanggaran peraturan kakitangan di bawah penyeliaan tuanpenasihat ini . Beliau menceritakan aduannya dengan terperinci. Oleh kerana aduan tersebut kalau diceritakan menjadi aib kepada orang , biarlah saya simpan aduannya itu.

setelah aduan dibuat dan diceritakan, akhirnya ketua jabatan memutuskan dengan berkata, "Awak sepatutnya bersyukur kerana masih dibayar gaji, jangan masuk campur urusan orang lain, di luar sana masih ramai yang inginkan pekerjaan seperti kamu. Bersyukurlah dan terimalah semua ini sebagai dugaan Allah. Usah mengadu!"

cerita ini saya nukilkan sebagai ingatan kepada kita, jangan libatkan tuhan dan biarkan konsep bersyukur dan redha yang cukup murni dan baik disalahgunakan bagi menutupi kelemahan perkhidmatan. janganlah mengunakan agama sebagai alasan untuk tidak bertindak atas penyelewengan yang berlaku

cerita ini mengingatkan saya bertapa hancurnya perasaan kakak saya Sakinah ketika menunaikan haji pada musim haji yang lepas. arwah mak memang kurang baik kesihatannya ketika menunaikan haji, meninggal di sana selepas 3 hari dimasukkan ke hospital. belasan kali kakak yang keseorangan mengunjungi pejabat pengurusan haji bertanyakan tentang emak yang sudah 3 hari lenyap tanpa berita, reaksi yang diterima ialah, "Ini semua adalah ujian Allah s.w.t. kepada semua pengunjung tanah suci Mekah." banyaklah bersabar kerana akan diberi pahala yang tinggi oleh Allah.

setiap kali saya mendengar helah bela diri ini, saya merasa sayu kerana kesukaan kita meletakkan kegagalan memberikan perkhidmatan kepada Allah s.w.t. saya sangat letih mendengar berulang kali konsep sabar, syukur dan redha dijadikan "punching bag" bagi menutupi kelemahan diri kita sendiri. jom la berubah, islam u dan islam i hanya satu.

nombor dalam hidup kita

nombor sangat penting dalam hidup, orang india dikatakan antara masyarakat paling awal mengunakan sistem nombor dalam kehidupan harian mereka, sistem nombor sekarang mencapai kemuncak ketepatan semasa ilmuan islam menguasai bidang matematik ratusan tahun yang lepas.

semasa saya bekerja bersama pak di restoran sentosa, saya sudahpun diminta menyiapkan akaun kedai sesekali, saya juga diminta berunding bersama pemborong untuk pembelian barang basah. latihan ini memberi makna kepada saya kerana pengalaman bersama angka ini kemudianya menjadikan saya antara pelajar yang cemerlang dalam matematik. tambahan pula bersekolah cina yang menekankan kebolehan menguasai angka secara maksimum.

nombor juga memberi kenangan berharga pada saya tentang pencapaian dan pengharapan hidup masyarakat kampung yang rata-rata bekerja sendiri. saya berjumpa dengan watak matpiah seorang yang sangat leka dengan nombor ini, cuma kelekaannya pada empat nombor sahaja. cerita yang akan berkumandang hampir saban hari di kedai kopi arwah pak berkisar siapa yang kena nombor pada minggu tersebut. sebelah kedai arwah memang popular sebagai tempat pemungut nombor ekor haram.

orang kampung yang majoritinya beragama islam tanpa segan silu dan kadang-kadang masih bersongkok atau berkopiah akan mengunjungi kedai barangan harian untuk membeli nombor ekor, nombor ini akan tertulis pada kertas rokok yang menjadi pengenalan kepada pengusaha bila ada tuntutan hadiah nanti, dan pembelinya pula berharap nombor yang mereka beli akan naik kesokkan harinya.

matpiah pernah kena nombor ekor, dengar khabar sampai 30 ribu lebih, cuma sedikit malang nombor ekor yang dia beli dari sebuah kedai lain telah salah ditulis nombornya, kalau betul ditulis sebagai kedai pertama, tentu matpiah kayaraya, pada tahun 80an, 60,000 bukan kecil jumlahnya, mungkin sama dengan 3,4 kali ganda wang sekarang.

jajahan selama memang mementingkan angka, semua orangbesar jajahan akan melihat angka sebagai penandaaras kejayaan, jom kita lihat angka bicara azman seminggu ini

mungkin selepas ini saya juga akan diberi anugerah kerana berjaya memperkenalkan jajahan selama dengan cemerlang. slogan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' jangan setakat menjadi retorik pada akhiran surat sahaja.

November 02, 2009

sembang-sembang bersama tuan director




















wartawan : tahniah la tuan director kerana berjaya menghasilkan 20 cerita pendek terkini. berapa lama masa diperlukan untuk buat cerita pendek nie

tuan director : terima kasih la kerana temubual ini, siapa hantar u all datang temubual saya nie, tuanpenasihatsilatulrahim apa khabar. saya arah filem ini dalam 30 minit je, maklum la bajet ciput, kalau tuanpenasihatadamasyuk boleh up skit bayaran bolehla buat filem panjang skit.

wartawan : tuanpenasihatsilatulrahim takde hari nie, dia ke kandang kuda melihat para cendikiawan dan pendita berbahas ilmu dalaman manusia, setakat ini masih sihat tuanpenasihatsilatulrahim, walaupun diusik-usik jiwanya oleh tuan director. apa tajuk filem terbaru tuan director

tuan director : filem baru mungkin sekuel kalau saya pendaftar universiti itu atau mimpi semalam sebagai vc, tapi yang terbaru mungkin juga APA PUNYA CENDOL LA MAMAK, nie pun banyak skrip yang tersadai, sms dengan panggilan telefon tak henti-henti mintak buat filem tentang wilayah masing-masing, tak tenang tidur sekarang ini, banyak sangat skrip baru dihantar.

wartawan : nampaknya tuan director sangat popular, bila nak buat filem Anak Mami, dengar cerita skrip tu dah siap ditulis, nanti basi lak cerita tu

tuan director : anak mami memang cerita menarik, cuma nak tunggu tuanpenasihatsiparangkontot sahkan je, kalau jadi, filem ini akan box-office la. gangguan banyak sekarang ini, susah nak buat filem, latihan perang pun ramai yang nak suruh buat. so setakat ini, cukuplah kot dengan beberapa filem seminggu.

wartawan : tuan director tak ikut serta ke dalam temasya ilmu dalaman manusia, bukankan tuan director juga dalam bidang yang sama sebelum terjun dalam bidang pengarahan filem

tuan director : kandang kuda yang depa pilih mahal sangat, kalau saya nak turut serta terpaksa saya jual kemera dengan kerusi pengarah saya nie, lagi satu saya takut kena pukul di sana, dengar kata semua orang besar berlapan dan tuanpenasihat berada di sana, mana tau tangan saya dipulas nanti, susahlah saya nak mengarah filem. harap-harap temasya yang menelan 200,000 duit jajahan selama berjaya, bukan apa takut nanti semua yang terlibat dipotong gaji, hehehehe.

wartawan : patut la hari nie suasana di jajahan selama meriah, rupanya hampir semua pang5perang dan orang besar jajahan berkampung di kandang kuda. dengar kata sekarang tuan director dah ubah ke saluran baru, bagi la komen skit

tuan director : ala biasa la, tuanpenasihatsaranglabah kata saluran lama tu sempit sangat, ramai yang menonton filem saya hingga sesak saluran tu. itu yang saya tukar ke saluran baru, jangan la takut, kalau saluran ini juga sesak saya akan buka saluran lain pula.

wartawan : terima kasih la tuan director kerana bagi peluang sembang-sembang petang ini, nampak sangat tuan director gila glamor sampai sembang-sembang ini pun difilemkan

tuan director : hahahahahaaha jahat la mulut ko nie wartawan, apa pun kalau ada nilai cerita saya buat je filem untuk tatapan jajahan selama. mungkin tajuk lepas ini Ayu Gadis Bertudung Pink. hehehehehehe jangan plak ko gosip aku ada apa2 plak, nanti aku saman ko

November 01, 2009

HARI PENYAMPAIAN HADIAH














terkenang masa dulu-dulu bila belajar, hari paling seronok ialah hari penyampaian hadiah sekolah, pelajar pandai seperti golongan cendikiawan di jajahan selama seronok kerana mendapat hadiah, golongan suam-suam kuku seperti golongan tentera termasuk saya lebih teruja untuk berkeliaran sekitar sekolah membuat xtvt sendiri. guru lazimnya tidak masuk kelas, pengawas sekolah pula akhirnya sama je dengan yang lain akan memeriahkan suasana.

ketika di sekolah rendah jenis kebangsaan sin tiong, saya antara yang cemerlang dalam pelajaran, sama juga bila belajar di sekolah menengah, pandai cuma malasnya yang lebih, akhirnya saya sambung belajar di sekolah teknik tunku abdul rahman putra di pulau pinang. saya kemudian sambung belajar tingkatan enam di kulim. semasa belajar disini, saya rasa paling bertuah bila dipilih pelajar terbaik pengajian am, bangga bila nama tersenarai sebagai penerima hadiah dari Sultanah Kedah. cuma kerana saya kurang selesa untuk menerima hadiah tersebut maka saya cukur kepala sehari sebelum majlis, maka guru saya menggugurkan nama saya dari senarai penerima...hahahaha

ketika saya berada di lautan yang pernah menyaksikan sultan abdullah menandatangani perjanjian dengan inggeris, telefon bimbit saya tak putus menerima pesanan ringkas dari kawan-kawan bertanyakan tentang filem arahan saya yang seterusnya. saya hanya berkata bersabar kerana jajahan selama sekarang musim panas, ramai pembesar yang terpaksa menukar persalinan dan merendahkan suhu bilik masing-masing. pedas betul cili hasilan tuan director.

hari kedua dan ketiga, saya menghasilkan skrip pendek untuk mengubat rindu pembaca, yang kemudiannya menjadi panjang kerana teruja dengan sambutan. berdasarkan kiraan oleh akauntan bertauliah Husin Lempoyang & Partners, filem arahan saya yang percuma ini disinggahi oleh ramai peminat sehingga kehabisan ruang untuk peminat, cuma sedikit gangguan oleh produser pada hari ketiga menyebabkan saya menukar filem ini kesaluran lain.

dalam sibuk-sibuk membuat simulasi perang untuk pang5perangmuda, satu sms tertera ' jajahan selama gempak dengan cerita baru'. saya berjanji untuk menghantar beberapa tentera upahan menyiasat bila tamat latihan peperangan. beberapa sms lagi masuk dan keluar untuk pengesahan berita tadi.

Rupanya ada acara makan-makan dan penyampaian persalinan untuk pemenang Walpakari Al-Ciptaan anjuran Pak Belalang Al-Majnun. saya terkejut kerana ingatkan hanya makan-makan sahaja yang diberi oleh Durian Runtuh Sdn Bhd, rupanya persalinan baru juga diberi, dengar cerita sejenis mesin taip kaya ingatan diberinya, untung sungguh golongan cendikiawan, bila menang saja diberi persalinan baru.

tuan director pun ada menang beberapa arward juga sebelum ini, cuma kena la tanya kenapa Durian Runtuh Sdn Bhd beria-ia nak bagi persalinan kepada pemenang, jajahan ulu selama belum siap dibangunkan lagi, takut-takut ada udang disebalik batu. jangan nanti kalau pembangunan ulu selama lewat, tok empat serba salah nak mengambil tindakan. orang tua-tua selalu berpesan jangan termakan budi...., ingatan turut dipertanggunjawabkan kepada 3abdul yang turut menerima persalinan....bukan apa bila jadi tok empat nanti susahlah 3abdul nak buat kerja.

PAKTEH & PAKJAB


Arwah bapa membuka restoran sentosa pada 1986. pekerjanya ialah bapa, mak, abg amer, saya dan seorang pekerja dari india dan longsara yang membantu mak di dapur. tahun tersebut merupakan tahun saya mengambil SRP ( sijil rendah pelajaran ). memang penat bangun jam 6 pagi, abg amer bersiap-siap menunggu bas untuk ke sekolah menengah kebangsaan kulim ( jauhnya lebih kurang 40km dengan menaiki bas ), saya pula bersiap ke sekolah menengah mahang.

kami tidur lebih kurang jam 11 malam selepas mengemas kedai, lazimnya tak banyak masa untuk membuat ulangkaji pelajaran kerana mengantuk yang amat sangat. selepas balik dari sekolah jam 1.25 petang , jam 2.30 saya telahpun memulakan rutin harian sebagai pembancuh kopi di kedai arwah. dua orang pelanggan yang paling saya suka ialah pakteh dan pakjab, keduanya peminat kopi 'o', sebenarnya tak untung berniaga dengan 2 orang nie, kopi 'o' depa nie boleh buat 3 cawan kopi 'o' kepada orang lain.

pakjab dan pakteh ada port masing-masing di kedai arwah, pakteh suka meja paling depan dalam kedai, pakjab pula posisinya berubah-ubah. pakteh menaiki basikal tua yang dijaga rapi, bersih dan berkilat basikalnya. pakjab pula menaiki basikal mini, jenis basikal yang selalu perempuan tunggang kerana tiada galang ditengahnya.

mereka dua orang ini juara bercerita ( orang kedah kata geybang kuat, setengah tempat kata temberang ). kalau seorang dah mula bercerita, seorang lagi tentu ada cerita yang lebih hebat lagi. kalau dah mula tu tak kering gusi dengar cerita depa siap dengan aksi, maklum la depa dua orang dah dua, dan banyak pengalaman.

satu petang semua pelanggan sibuk cerita tentang menangkap ikan, penduduk kampung namakan menuba ikan. pakjab memulakan cerita bahawa dia pernah menangkap ikan yang sangat besar, dengan aksi selambanya dia kata ikan yang ditangkapnya sangat besar kerana ketika proses menangkap berlaku dia terpaksa duduk diatas ikan dan ikan tersebut berupa membawanya seumpama dia menunggang kuda. riuh-rendah kedai dibuatnya.

pakteh yang diam sejak tadi mencelah dengan nyaring, aku pernah tengok lagi besar di sungai sidam ( berhampiran sungai petani, kedah ) . semua pelanggan teruja dengan cerita pakteh, pakteh yang perasan pelanggan mula menumpukan kepada ceritanya meneruskan cerita. aku nak mandi ketika tu, aku turun la ke pelantar ( tempat mandi yang dibina atas permukaan air sungai ) lepas tu aku memijak sebatang kayu seperti kayu balak tepi pelantar dan mula mengunakan gayung ( batok ) untuk mandi, lepas mandi bila naik semula ke pelantar, baru aku perasan ( sedar ) kayu tadi rupanya seekor ikan. maka riuh rendah dan gamat la lagi suasana kedai dengan cerita pakteh.

jajahan selama pun ada orang seperti pakjab & pakteh, kalau bercerita semua hebat, tiada yang cacat cela diri mereka. semua yang mereka buat berjaya dan sangat hebat. selalunya golongan pang5perang rajin la bercerita, kalau orangbesar16 atau 32 ada dibiarnya mereka bercerita hebat masing-masing, pandai juga pang5perang berpolitik untuk masa depan. disokongnya cerita orang besar bagai nak rak, maka bangga la orangbesar ini.

kadang-kadang orang besar berlapan juga berwatak seperti pakjab & pakteh, kalau 3abdul cerita dia sahabat pembesarnegeri, ada la nanti yang sambung cerita dia kawan pembesarnegara, kalau tiangserisungaibayu cerita dia kawan baik dengan isteri pembesarnegara, semua diam kerana khuatir takut-takut tok empat terasa ada lagi yang lebih besar dari dia. tuanpenasihatsiparangkontot jarang bercerita dia kenal sapa-sapa, dia lebih suka bercerita tentang minat dia sahaja....hahahaha

tuan director pun sembang kuat juga, selalunya dia la nak menang....hehehehe ini filem arahan saya jadi sapa lawan kena la duduk di kandang unta