November 01, 2009

HARI PENYAMPAIAN HADIAH














terkenang masa dulu-dulu bila belajar, hari paling seronok ialah hari penyampaian hadiah sekolah, pelajar pandai seperti golongan cendikiawan di jajahan selama seronok kerana mendapat hadiah, golongan suam-suam kuku seperti golongan tentera termasuk saya lebih teruja untuk berkeliaran sekitar sekolah membuat xtvt sendiri. guru lazimnya tidak masuk kelas, pengawas sekolah pula akhirnya sama je dengan yang lain akan memeriahkan suasana.

ketika di sekolah rendah jenis kebangsaan sin tiong, saya antara yang cemerlang dalam pelajaran, sama juga bila belajar di sekolah menengah, pandai cuma malasnya yang lebih, akhirnya saya sambung belajar di sekolah teknik tunku abdul rahman putra di pulau pinang. saya kemudian sambung belajar tingkatan enam di kulim. semasa belajar disini, saya rasa paling bertuah bila dipilih pelajar terbaik pengajian am, bangga bila nama tersenarai sebagai penerima hadiah dari Sultanah Kedah. cuma kerana saya kurang selesa untuk menerima hadiah tersebut maka saya cukur kepala sehari sebelum majlis, maka guru saya menggugurkan nama saya dari senarai penerima...hahahaha

ketika saya berada di lautan yang pernah menyaksikan sultan abdullah menandatangani perjanjian dengan inggeris, telefon bimbit saya tak putus menerima pesanan ringkas dari kawan-kawan bertanyakan tentang filem arahan saya yang seterusnya. saya hanya berkata bersabar kerana jajahan selama sekarang musim panas, ramai pembesar yang terpaksa menukar persalinan dan merendahkan suhu bilik masing-masing. pedas betul cili hasilan tuan director.

hari kedua dan ketiga, saya menghasilkan skrip pendek untuk mengubat rindu pembaca, yang kemudiannya menjadi panjang kerana teruja dengan sambutan. berdasarkan kiraan oleh akauntan bertauliah Husin Lempoyang & Partners, filem arahan saya yang percuma ini disinggahi oleh ramai peminat sehingga kehabisan ruang untuk peminat, cuma sedikit gangguan oleh produser pada hari ketiga menyebabkan saya menukar filem ini kesaluran lain.

dalam sibuk-sibuk membuat simulasi perang untuk pang5perangmuda, satu sms tertera ' jajahan selama gempak dengan cerita baru'. saya berjanji untuk menghantar beberapa tentera upahan menyiasat bila tamat latihan peperangan. beberapa sms lagi masuk dan keluar untuk pengesahan berita tadi.

Rupanya ada acara makan-makan dan penyampaian persalinan untuk pemenang Walpakari Al-Ciptaan anjuran Pak Belalang Al-Majnun. saya terkejut kerana ingatkan hanya makan-makan sahaja yang diberi oleh Durian Runtuh Sdn Bhd, rupanya persalinan baru juga diberi, dengar cerita sejenis mesin taip kaya ingatan diberinya, untung sungguh golongan cendikiawan, bila menang saja diberi persalinan baru.

tuan director pun ada menang beberapa arward juga sebelum ini, cuma kena la tanya kenapa Durian Runtuh Sdn Bhd beria-ia nak bagi persalinan kepada pemenang, jajahan ulu selama belum siap dibangunkan lagi, takut-takut ada udang disebalik batu. jangan nanti kalau pembangunan ulu selama lewat, tok empat serba salah nak mengambil tindakan. orang tua-tua selalu berpesan jangan termakan budi...., ingatan turut dipertanggunjawabkan kepada 3abdul yang turut menerima persalinan....bukan apa bila jadi tok empat nanti susahlah 3abdul nak buat kerja.

PAKTEH & PAKJAB


Arwah bapa membuka restoran sentosa pada 1986. pekerjanya ialah bapa, mak, abg amer, saya dan seorang pekerja dari india dan longsara yang membantu mak di dapur. tahun tersebut merupakan tahun saya mengambil SRP ( sijil rendah pelajaran ). memang penat bangun jam 6 pagi, abg amer bersiap-siap menunggu bas untuk ke sekolah menengah kebangsaan kulim ( jauhnya lebih kurang 40km dengan menaiki bas ), saya pula bersiap ke sekolah menengah mahang.

kami tidur lebih kurang jam 11 malam selepas mengemas kedai, lazimnya tak banyak masa untuk membuat ulangkaji pelajaran kerana mengantuk yang amat sangat. selepas balik dari sekolah jam 1.25 petang , jam 2.30 saya telahpun memulakan rutin harian sebagai pembancuh kopi di kedai arwah. dua orang pelanggan yang paling saya suka ialah pakteh dan pakjab, keduanya peminat kopi 'o', sebenarnya tak untung berniaga dengan 2 orang nie, kopi 'o' depa nie boleh buat 3 cawan kopi 'o' kepada orang lain.

pakjab dan pakteh ada port masing-masing di kedai arwah, pakteh suka meja paling depan dalam kedai, pakjab pula posisinya berubah-ubah. pakteh menaiki basikal tua yang dijaga rapi, bersih dan berkilat basikalnya. pakjab pula menaiki basikal mini, jenis basikal yang selalu perempuan tunggang kerana tiada galang ditengahnya.

mereka dua orang ini juara bercerita ( orang kedah kata geybang kuat, setengah tempat kata temberang ). kalau seorang dah mula bercerita, seorang lagi tentu ada cerita yang lebih hebat lagi. kalau dah mula tu tak kering gusi dengar cerita depa siap dengan aksi, maklum la depa dua orang dah dua, dan banyak pengalaman.

satu petang semua pelanggan sibuk cerita tentang menangkap ikan, penduduk kampung namakan menuba ikan. pakjab memulakan cerita bahawa dia pernah menangkap ikan yang sangat besar, dengan aksi selambanya dia kata ikan yang ditangkapnya sangat besar kerana ketika proses menangkap berlaku dia terpaksa duduk diatas ikan dan ikan tersebut berupa membawanya seumpama dia menunggang kuda. riuh-rendah kedai dibuatnya.

pakteh yang diam sejak tadi mencelah dengan nyaring, aku pernah tengok lagi besar di sungai sidam ( berhampiran sungai petani, kedah ) . semua pelanggan teruja dengan cerita pakteh, pakteh yang perasan pelanggan mula menumpukan kepada ceritanya meneruskan cerita. aku nak mandi ketika tu, aku turun la ke pelantar ( tempat mandi yang dibina atas permukaan air sungai ) lepas tu aku memijak sebatang kayu seperti kayu balak tepi pelantar dan mula mengunakan gayung ( batok ) untuk mandi, lepas mandi bila naik semula ke pelantar, baru aku perasan ( sedar ) kayu tadi rupanya seekor ikan. maka riuh rendah dan gamat la lagi suasana kedai dengan cerita pakteh.

jajahan selama pun ada orang seperti pakjab & pakteh, kalau bercerita semua hebat, tiada yang cacat cela diri mereka. semua yang mereka buat berjaya dan sangat hebat. selalunya golongan pang5perang rajin la bercerita, kalau orangbesar16 atau 32 ada dibiarnya mereka bercerita hebat masing-masing, pandai juga pang5perang berpolitik untuk masa depan. disokongnya cerita orang besar bagai nak rak, maka bangga la orangbesar ini.

kadang-kadang orang besar berlapan juga berwatak seperti pakjab & pakteh, kalau 3abdul cerita dia sahabat pembesarnegeri, ada la nanti yang sambung cerita dia kawan pembesarnegara, kalau tiangserisungaibayu cerita dia kawan baik dengan isteri pembesarnegara, semua diam kerana khuatir takut-takut tok empat terasa ada lagi yang lebih besar dari dia. tuanpenasihatsiparangkontot jarang bercerita dia kenal sapa-sapa, dia lebih suka bercerita tentang minat dia sahaja....hahahaha

tuan director pun sembang kuat juga, selalunya dia la nak menang....hehehehe ini filem arahan saya jadi sapa lawan kena la duduk di kandang unta

October 28, 2009

BELANJA HANGUS

amat menarik kenduri kahwin dulu-dulu, penduduk kampung semua sangat sepakat untuk menjayakan majlis. 2 minggu sebelum majlis penduduk bergotong-royong membina balai untuk tetamu, untuk memasak dan juga menyediakan kayu api untuk memasak. selepas penat bekerja lazimnya tuan rumah menyediakan minum petang iaitu roti mayat ( biskut ) dan bubur kacang, itu menu yang boleh diteka, cuma pada saya ketika itu makanan ini sangat lumayan.

sehari sebelum majlis penduduk sibuk pula dengan xtvt memasak, lazimnya lembu, kerbau, ayam itik disembelih sehari awal. saya antara yang paling sibuk membantu, lapah lembu, cuci ayam merupakan xtvt yang saya sangat teruja untuk buat. watak paklanghelil, paklangchup, paklangjaba, pakngahlazim, husin janggut, pakjanglembik, tokketuaya, paklangdali antara mereka yang relevan dalam xtvt penduduk, sudah tentu ada yang sudah arwah. moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.

paling meriah bila bermula majlis kahwin, pagi dah tentu dengan marhaban, doa selamat dan tahlil. pukul 11 selalunya sudah boleh mula makan. kaum ibu lebih sibuk dalam rumah berbicara tentang hantaran dan belanja. saya ketika itu sering tertanya apa maksud serba satu, 7 atau sembilan dulang dan belanja hangus. hahahaha hanya faham bila saya berkahwin pada 29.5.1999

beberapa hari lalu timbul cakap-cakap orang tentang belanja hangus di jajahan selama. askar biasa mula berbicara tentangnya, pang5perang pula berhujah tentang kewajarannya, orangbesar pula lebih suka berbisik sesama mereka dan kemudian akan ketawa atau tersenyum sinis. rahsia umum menjalar umpama arus, sekejap cuma untuk sampai kepada tuan director....sapa pulak nak kahwin nie, saya menyoal diri.

cerita pertama tentang 60,000 yang dihabiskan oleh tuanpenasihatsilatulrahim untuk meraikan kejayaan tok empat dalam suratulkhabaran wal utusan mencuri perhatian saya. banyak sungguh duit jajahan selama untuk menjaja kejayaan tok empat, saya yakin kalau tok empat tak menang, pemenang lain hanya layak ditampal mukanya di simpang jalan saja.

cerita kedua tentang 800,000 yang lesap dari jualan kambing. ini kita kena la tanya tuanpenasihatadamasyuk macam mana boleh berlaku. dengar citer ribuan yang lesap nie dari simpanan lama, kambing-kambing pun dah lama jadi pang5perang. heran bin ajaib bila mengenangkan macam mana tiangserisungaibayu tak perasan akan kehilangan yang sangat besar nie, jangan lupa tau, duit nie duit jajahan

cerita ketiga bila 1,000,000 lebih yang lesap di istana dagang, mana pergi duit sebanyak itu, sapa tuanpenasihatuntungrugi yang perlu dihadapkan ke persidangan timbangtara, takkan kita nak diam je, duit tu banyak, berapa banyak kita guna untuk keseronokkan dan berapa pula untuk kerja-kerja yang sebenar.

cerita keempat ialah tentang kehilangan 0.05 dari mesin fotokopi. ini yang paling hangat dibincang oleh pang5perangkeranatuhan, semua pang5perangnya dan askar biasa telah dikerahkan untuk menyiasat. setakat hari ini kehilangan ini lah yang paling sensasi

walaupun jumlahnya sangat kecil, cerita keempat sangat menarik perhatian untuk disiasat. ini kerana kehilangan lain melibatkan orang besar jajahan, kehilangan keempat melibatkan golongan pemegang tombak je, pang5perangkeranatuhan nampaknya mengamalkan konsep mudah. kuman diseberang lautan kelihatan, gajah dihadapan mata....

BILA GENDANG PERANG DIPALU


waktu kecil-kecil dulu bila arwah mak tak bagi saya bermain di luar rumah waktu malam, perkara paling mudah dilakukan ialah dengan menakutkan saya. maka banyak lah watak hantu yang dijelmakan dalam fikiran saya. hantu raya, hantu stokin, hantu kum-kum, langsuir dan pelbagai nama hantu lagi.

apabila saya semakin besar dan langkah semakin jauh, banyak lagi cerita yang orang tua-tua kampung karang untuk takutkan remaja seperti saya. bermulalah cerita kepala anak muda dicari orang untuk korban jambatan. dalam sungai kerian ada orang terserempak buaya, ini berlaku bila kamu sibuk bermain sungai dan tak ingat balik rumah. itu cerita zaman kecil saya. tujuan orang dewasa sangat mulia, mengawal pengerakkan dan keselamatan remaja cergas seperti saya.

hari ini gendang perang dipalu kuat oleh jajahan selama, rasanya selama dua minggu saya bersilat takde sapa2 yang nak mainkan musik mengiringi bunga pencak silat saya. nampaknya gelanggang telah dibuka, paluan gendang pun sudah kedengaran, tok empat menurunkan ayam sabungnya yang pertama, tuanpenasihatsaranglabah. ternyata bunga silat persembahan tuanpenasihat dua alam ini bukan lah permainan menarik, pukulan tumbuk rusuk secara curi bukan adat orang melayu, takkan cubaan nak menakutkan saya dibuat sebegitu rupa, kalau hantu pun saya tak pernah takut, apatah lagi saranglabah yang tersangkut kat muka.

zaman internet, permainan silat pukul curi macam samseng kampung dusun tidak lagi diterima orang. ini zaman maklumat, mari berpencak seperti anak jantan, perturunkan semua pang5perang yang ada, biar kita bersilat, jangan ada berlagak seperti ayam jantan, berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

orangbesar jajahan selama perlu melihat secara adil kenapa Tun Mahathir merealisasikan teknologi maklumat untuk rakyat, dasar keterbukaan kritikan amat penting untuk orangbesar jajahan memahami inspirasi warga jajahan.

begitu banyak blog dibuka agar kerajaan mendapat maklumbalas tentang kemahuan rakyat, pepatah mengatakan kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. penguasa jajahan yang menjadikan perkara rasmi menjadi peribadi, perkara peribadi menjadi rasmi harus ditegur. kenang kembali bila khalifah islam pertama dilantik, apakah kata-kata Syaidina Abu Bakar.......tentang hak pemimpin dan hak rakyat.

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

October 27, 2009

KEMENYAN SIAPAKAH INI


Arwah bapa merupakan seorang yang sangat sederhana orangnya. bila saya mengambil keputusan untuk berhenti dari UTM kerana bidang yang ditawarkan bukan minat saya, bapa tanpa banyak bicara bersetuju dengan tindakan saya. beliau mengatakan bahawa saya anak yang sangat kuat jiwa dan kemahuan, dengan suara yang sedikit rendah katanya 'InsyaAllah hang akan berjaya dalam semua kerja yang hang nak buat, pak tahu hang kuat untuk hadapi semua cabaran hidup' itulah kata-kata bapa di belakang kantin sekolah menengah mahang, kira-kira 22 tahun yang lalu. tersemat di hati doa pak tu, jadi azimat sehingga kini.

Arwah pernah bercerita tentang satu cerita yang sangat menarik. di kampung saya satu ketika budaya berjumpa bomoh merupakan satu-satunya inisiatif untuk berubat. tak kira sakit apa, semua bomoh yang akan ditemui dulu, takpun jumpa imam masjid minta dijampinya air kolah masjid buat mandi pemulih semangat.

ada seorang bomoh yang sangat korporat sifatnya, dia tahu kelemahan orang kampung ketika itu, tiap malam dengan bantuan orang kanannya, hanturayanya dihantar kerumah penduduk untuk menganggu penduduk, esoknya mula la orang tersebut meracau dan demam. orang kanannya akan datang untuk bertanya khabar dan menawarkan khidmat bomoh. atas penawaran khidmat tersebut bomoh dan orang kanannya berkongsi seorang separuh upah yang diperolehi.

di jajahan selama sekarang pun heboh diperkatakan orang tentang xtvt berbomoh. macam-macam hajat diutarakan oleh warga jajahan bila berjumpa bomoh. ada yang jumpa kerana nak naik pangkat, ada yang jumpa nak tundukkan bos, ada yang jumpa nak pastikan kawan baik tak naik pangkat, yang paling kelakar ada tuanpenasihat jumpa bomoh kerana nak kahwin dengan dayangnya. nampaknya yang paling untung jadi bomoh la.

xtvt berbomoh ini sekarang sudah bersifat glokal, dengar kata ada orang besar 16 menyeberang sempadan berjumpa bomoh jawa. minta dijampi tiangserisungaibayu agar lembut hati untuk menyambung kontraknya sebagai orangbesar16. kalau jajahan selama sering melaung-laung tentang pengatarabangsaan, nampaknya 3abdul1 tak perlu risau lagi kerana ada orangbesar16nya telahpun menandatangani MOU dengan tanah jawa tentang xtvt pembomohan.

musim berbomoh datang lagi, pawang mana kita nak cari selepas ini. dengar kata jajahan selama menang anugerah paling banyak terima warkah terbang, mungkin tuanpenasihatsiparangkontot perlu mencari kemenyan sakti dari negeri atas angin untuk membantu, atau kita mandikan saja tiangserisungaibayu dengan air kolah masjid untuk memulih semangat, cuma masalahnya tiada kolah dalam jajahan kita.

October 25, 2009

BERAPA KALI HANG NADIM HARUS DIBUNUH

kenangan belajar di tingakatan enam menerjah benak fikiran. saya merupakan pelajar sekolah menengah sultan badlishah kulim. ramai kawan saya di sekolah ini merupakan anak-anak penoreh getah atau kerja kampung berasal dari pelbagai kampung sekitar kulim, ada yang datang sejauh labu besar dan baling.

saya tinggal menyewa di kampung padang kulim bersama 4 lagi rakan, zul dari kg lobak, aziz dari pekan mahang, sayuti pekerja kilang, dan seorang residen iaitu muin, yang selalu lepak bersama. sebelah rumah ialah tuan tanah yang tinggal bersama-sama anak-anaknya, salah seorang anak perempuannya merupakan bahan cerita kami kerana cantik dan berkulit mulus.

belajar di tingkatan 6 merupakan saat pembelajaran yang mendewasakan saya, guru sejarah digelar mat besi, guru geografi pulak mengentar jiwa remaja, guru sateranya awang sulung, sementara pengajian am dikendalikan oleh profesor. semua merupakan guru yang saya ingati sebagai mentor yang hebat. bila memasuki enam atas guru pengajian am diganti oleh Baskeran, sangat dedikasi terhadap tugas.

Sudah tentu bacaan wajibnya buku keluarga gerila karya Pramoedya Ananda Toer, dan untuk sastera sudah tentu hikayat Hang Tuah menjadi santapan saban waktu. kedua-dua buku ini memberi kesan langsung kepada saya mengenai perjuangan dan berjuang untuk sesuatu yang benar. watak yang terkesan di hati sudah tentu hang nadim, seorang yang sangat inovasi dalam alam melayu seperti yang tergambar dalam penceritaan sastera.

Di alam jajahan selama, watak hang nadim hadir dalam jiwa hampir semua rakyatnya. tidak kira sama ada dia cuma askarbiasa atau panglimaperang, bahkan watak ini lebih menyerlah dalam jiwa golongan cendikiawan yang saban waktu disogok persalinan sekiranya memenangi hadiah dalam temasya mereka.

apabila Tiangserisungaibayu berkuasa kira-kira 20 purnama yang lalu, tok empat mengajak rakyatnya berubah, ditayang-tayang kegagalan tok empat yang lalu tentang perubahan, tiada yang baik sedikit pun tentang tok empat yang lepas, puluhan bahkan ratusan janji untuk mengubah jajahan selama menjadi antara jajahan yang masahor dilaung-laungkan. pang5perang bersama tuangpenasihat bertempik mengatakan inilah zaman yang kita nanti-nanti, cuma tempikan menjadi semakin suram, kini bisikan halus mula menjalar, tok empat dilihat gagal, bahkan sudahpun ada bisikan nakal mengatakan bahawa tiangserisungaibayu lebih layu dari tok empat sebelumnya.

kini warga jajahan termangu dan tertanya, hukum karma apakah ini, sumpahan siapakah ini, hingga kerusi tok empat tidak pernah bersinar. tilikan cendikiawan diaju, makrifat alim dipandu, tiada yang dapat diilhamkan kecuali satu, bila pekerjaan diserahkan kepada orang yang salah, tunggulah kehancuran yang mendatang. Rupa-rupanya ramai golongan hang nadim telah diketepikan.

dalam golongan tentera, bisikan jahat peng5perang kepada tuanpenasihatsiparangkontot menyebabkan golongan pejuang diketepikan secara sistematik, idea baru dirampas, projek baru diberikan kepada penderhaka bertopeng malaikat. pejuang dihantar ke hulu sungai, diberi tanah baru yang kering kontang, dipaksa berdiam diri dengan ugutan dan tindakan kejam penguasa jajahan.

dalam golongan cendikiawan, golongan pendita dan cendikiawan kanan sentiasa membuli dan merampas hak cendikiawan muda. kajian cendikiawan muda diplagiat berterusan dengan cara jijik dan kotor, nama mereka dijulang dalam makalah,diri mereka diangkat dalam temasya hasil jerit cendikiawan muda. lebih kelakar kajian kambing-kambing juga mahu diambil secara palsu oleh golongan ini.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud ' Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan'.

kepada semua tuanpenasihat dan pang5perang jajahan selama, tanyalah diri kita, berapa ramai hang nadim ingin kita bunuh, berapa kali pembunuhan hang nadim pula ingin kita ulangi, agar kita kekal dipesada kuasa.

XPDC ULU SELAMA



sejak 2 minggu lepas, ama dan iki asyik menuntut janji sahaja, bila nak pergi panjat bukit, keseronokkan jelas terbayang pada wajah mereka apabila janji ini saya buat sebelum peperiksaan sekolah mereka bermula. iki anak yang sulung sangat terkesan dengan kata-kata, kalau kisah keluarga dipaparkan dalam drama siri mudah tumpah air matanya, sangat kenestatik budaknya. ama anak kedua hatinya sangat kuat, sekeras teras pokok, kalau dipukul takkan lari, buat keje dengan laju, nafasnya pendek-pendek, jelas anak ini visual sifatnya.

satu ketika dulu saya juga asyik dengan xtvt keluar masuk hutan ini. Nama kampung saya diambil dari nama sebuah bukit iaitu bukit bertam, nasib baik tidak diambil dari kembar bukit tersebut yang dipanggil berot. mendaki bukit bertam zaman saya kecil merupakan acara tahunan, dibuat orang masa musim kemarau, pemandangan dari kedua-dua puncak bukit sangat menarik, dari atasnya dapat dilihat seluruh mayapada bukit bertam.

semalam cuti hujung minggu, selepas solat subuh, giliran iki dan ama pula dikejut dan diminta solat, bingkas bangun apabila disebut xtvt panjat bukit, lebih bersemangat dari hari biasa untuk ke sekolah. selepas bersiap saya membawa dua hero ini sarapan di Restoran KP. selepas membelasah roti canai telor dan nasi lemak, kemudiannya membeli sarapan untuk uma dan umi, kami mulakan xpdc hari minggu.

7.30 pagi memulakan perjalanan dengan lafas bismillah, dan sudah tentu dengan kaki kanan, melompat-lompat iki dan ama kegembiraan. kami masuk melalui jalan tangki air, dan menempuh kawasan berbukit ladang getah, dalam perjalanan saya berhenti untuk menunjukkan kepada anak-anak buah getah, kawasan tapak babi hutan mencari makan dan berkubang, menikmati kicauan burung awal pagi, hahahahaha dan membiarkan kulit diratah penghuni tetap kebun getah....nyamuk

8.00 pagi sampai di sempadan ulu selama, kawat duri menjadi halangan pertama, kawasan ini baru sahaja dipagar, paya yang menjadi kunjungan kaki pancing tenang sahaja airnya, tak nampak sangat ada ikan di paya ini, dalam xpdc sebelum ini terjumpa dengan beberapa kaki pancing memburu haruan di kawasan ini. iki dan ama terus mengenalpasti kawasan ini dengan berkata 'ayah, dulu kita dah mai kan kat sini, la ni ada pagaq la pulak'. iki selamba je melepas kawat berduri, ama pula seperti biasa la, berlagak hero dan tersangkut seluarnya di kawat duri.

8.30 pagi sampai di ulu selama, bunyi deruan air anak sungai dengan ikan-ikan kecil berkejaran terkejut dengan kehadiran kami amat mengujakan, iki dan ama menyesal tak membawa kelengkapan mandi, kali kedua sampai ke ulu selama, suasananya sudah berubah, pagar yang dibina membolehkan saya mengenalpasti sempadan ulu selama dengan kawasan kota kereta. anak sungai telah dibina atau diluruskan aliranya, hilang kesemulajadiannya.

meneroka kawasan ini memperlihatkan kurangnya perhatian orang besar terhadap jajahan baru ini, kawasan anak sungai telah kembali dihuni lumpur kuning, tandanya kawasan ini disodok dengan rakus oleh aliran hujan yang membawa bersama kelodak dari seluruh isi perut jajahan, tasik yang dibina juga sendat dengan lumpur, berapa pula duit rakyat akan dihabiskan untuk mengorek semula tasik buatan ini. kalau dari sekarang pang5perang diberi tugas menanam pokok di gigi anak sungai, tentu cantik kawasan ini dalam beberapa tahun akan datang. jangan la dibuat acara menanam pokok hanya untuk mendapat perhatian tiangserisungaibayu sahaja, tentu sahaja kemasukan kambing baru nanti boleh digunakan untuk menanam sejumlah pokok baru, lihat sepanjang jalan menuju ulu selama, pokok-pokok di gigi jalan ditanam oleh kambing-kambing baru kira-kira 5 tahun yang lepas, kumpulan kambing ini sudah lama pun menjadi pang5perang di jajahan baru mereka sekarang.

9.00 pagi saya bersama iki dan ama berada di kemuncak ulu selama, sebuah bukit yang digondolkan tanpa sebab, kami cuma dapat melihat dengan sayu, kenapa tiada pengawasan dibuat terhadap pembangunan ulu selama, di atas bukit yang paling tinggi ini, kawasannya penuh dengan kesan penempatan manusia, botol air, tilam, tikar, plastik, bahkan baju dibiarkan sahaja, saya rasa kami mungkin antara yang terawal menerokai kawasan puncak bukit ini selain daripada warga pati negera jiran yang mengunakannya untuk bersembunyi dari penguasa negeri.

banyak yang boleh dilakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi di ulu selama, penanaman pokok salah satu xtvt yang dilihat berpotensi. pokok-pokok boleh diminta secara percuma daripada banyak jajahan lain, penanaman boleh dibuat mengunakan buruh percuma dari jajahan selama sendiri. amat lah malang kalau jajahan selama hanya bergantung kepada kaedah penanaman biasa yang bermotifkan adamasyuk cuma.

9.30 pagi sebelum kami sekeluarga keluar dari pagar ulu selama,saya sempat menunjukkan kepada iki dan ama pokok seduduk, buahnya boleh dimakan dan akan menyebabkan lidah berwarna biru. seronok kerana xpdc berjaya, rancangan akan datang ialah merentasi ulu selama menuju ke kota kereta. mungkin iki dan ama kena membeli kasut baru untuk xtvt akan datang