December 13, 2009

siapa yang kaya...siapa pula yang ....

kelakar pun ada bila ada cadangan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan selalunya akan melibatkan kakitangan kumpulan sokongan. jarang sekali kita melihat atau membaca bahawa kumpulan pengurusan yang akan terlibat. kalau terlibat juga lazimnya yang akan terima tempiasnya tetap kumpulan sokongan. jom kita lihat macam mana nak jimat duit kerajaan secara lebih baik dan berkesan

Ahmad Muhammad seorang pembantu am pejabat, kerjanya setiap hari hantar dan terima surat, surat sapa yang dia hantar, tentu la surat pejabatnya, minyak yang dia isi dalam tangki kapcai atau kancilnya siapa yang bayar, tentu dari poket sendiri kan, keretanya sapa bagi, tentu la hasil dia berjimat sedekad umurnya . berapa gaji Ahmad....hehehehe sendiri pikir la. kalau cubaan dibawa ke mesyuarat untuk tambah kemudahan Ahmad mau mengamuk ketua organisasi, habis diungkitnya....antaranya elaun basikal ahmad, berapa nilainya tuan-tuan....sendiri pikir la

lain pula dengan Ahmad Lahab, dia ketua jabatan, dapat sebuah kereta rasmi, dapat pula kad minyak, bukan dia takde kereta dan tak mampu nak isi minyak, cuma itulah kemudahan yang dia dapat. kereta sendiri dia simpan kat rumah tak lupa diselimut, maklumla kereta import. nak kemanapun dia guna kereta jabatan, makan kenduri dia kata tugas rasmi kerana dijemput oleh kakitangan, pergi pasar pun tugas rasmi kerana menjemput kakitangan datang makan-makan kat rumah, nak pergi beli akhbar pun tugas rasmi kerana sebagai ketua jabatan dia kena banyak membaca. pandai sungguh ahmad lahad beri justifikasi.

paling menarik sekali Ahmad Tempei, dia ketua jajahan, dapat sebuah kereta rasmi, dapat kad minyak dan dapat seorang pemandu. mana-mana dia pergi pun guna kereta rasmi kerana dia takde kereta sendiri, nak kata tak mampu tentu la pecah kepala nak cari alasannya. kereta rasminya dah macam kereta sewa je, kejap isteri dia bawak, kejap anak jantan dia, kejap plak dia yang bawak, nasib baik anak pompuan belum ada lesen. kalau dia nak guna sepanjang hujung minggu untuk balik kampung, kad minyak pemandu yang dia akan gunakan...kelakarkan kad pemandu bos yang guna. semua tempat yang dia pergi adalah tugas rasmi kerana dia ketua jajahan...hehehehehe pergi sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam, semuanya kereta rasmi.

kalau difikirkan, apa la logiknya kereta rasmi diberi kepada orang yang banyak gajinya, nak kata tak mampu, antara 3 Ahmad yang paling miskin Ahmad Muhamad la kan. tapi dia lah yang saya lihat paling kaya antara semuanya, kereta dan minyak dia beli sendiri. kalau kerajaan nak jimat belanja, rasa-rasanya kena la fikirkan nasib 2 ahmad lagi tu, kalau kawalan kereta rasmi dibuat...mau menangis 2 ahmad kerana tak dapat balik kampung....so renung-renungkan agak-agaknya berapa kerajaan dapat jimat kalau 2 ahmad ditarik balik kereta rasmi

December 09, 2009

hari-hari terakhir....

ketika saya bersekolah di sekolah rendah sin teong mahang, hari terakhir datang dengan pelbagai rasa. sayang kepada sekolah yang berada atas sebuah bukit membuak-buak, sayang kepada guru-guru yang sangat prihatin mendidik saya walalupun berlainan bangsa dan agama, sayang kepada tukang kebun yang bernama maniam, yang saban tahun saya lihat mulut dan belakangnya dicucuk besi tajam dalam ritual agamanya. sayang kepada rakan sekelas yang kini bertebaran diseluruh alam, zaidi, malik, sukri, zubaidah rakan melayu saya, ahsu, chinwei, taksiang, jinhun, suhwen, sokchin, siewchin rakan cina saya, ravi, muniandy rakan india saya. tetiba, saya rindu kepada 1Malaysia versi saya 30 tahun yang lepas.

sekolah rendah ini banyak memberi pengajaran kepada saya. hari pertama di sekolah kejutannya dapat kawan-kawan dari pelbagai kaum. kemudian kesukaran bila ke tandas kerana hanya tisu sahaja disediakan, apabila darjah tiga bila tandas baru dibina, baru masalah ini selesai. hehehehehe tiga tahun kena bawa air bila nak ke tandas. bahasa pula memang la mandarin, sukar tetapi kemudiannya menjadi umpama nasi yang dimakan setiap hari.

perkara kedua yang menguji saya ialah bab makanan. pada usia darjah satu, memang sukar untuk menolak makanan yang disediakan di kantin sekolah oleh kontraktor cina. mana mungkin kita membezakan atau menerima konsep halal haram ketika itu. walalupun arwah mak dan pak mengingatkan saban hari tentang makanan, bebudak macam saya mungkin patuh dan ingkar. terdapat dua godaan, satu dari rakan-rakan yang mengajak untuk makan mee udang atau asam laksa yang sangat sedap...hehehehehe. keduanya pemberian makanan dari guru-guru untuk program bantuan makanan, nak ditolak rezeki kan. cuma apabila ramai pelajar islam menolak pemberian nasi lemak atau mee goreng, sekolah mengambil inisiatif menyediakan roti.

di mana pun kita berada, frasa hari-hari terakhir sentiasa mengekori kita. kita mungkin secara tetiba berhadapan dengan hari-hari terakhir sebagai bapa, anak, suami dan isteri bila ajal menjemput kita. ajal tidak pernah lewat walau sesaat pun menjemput kita. mungkin ajal tuan director berlaku ketika dia mengarah filem pendek atau ajal tuan-tuan penonton ketika menonton filem pendek saya...hehehehehe mana tahu kan.

tuanpenasihat, orang besar jajahan, pang5perang hatta askar biasa dan golongan cendikiawan juga akan mengalami frasa hari-hari terakhir tak kiralah apa jawatan kita pun. kalau bukan kerana ajal menjemput mungkin kerana kita dipecat daripada jawatan, meletak jawatan, memilih bersara awal atau sudah sampai masa untuk kita bersara. kalau di jajahan selama pula ditambah satu lagi, kerana kita sudah habis kontrak...hehehehehe dah tua la tu.

bercerita tentang habis kontrak ini, menjelma dalam kepada tuan director tentang tok empat tiangserisungaibayu, dengar kata kontrak dah nak habis. elok lah kot mula memikir-mikir tentang hari terakhir sebagai tok empat. kalau maharaja china atau firaun di mesir, lazimnya yang dibuat sejak awal pemerintahan mereka ialah makam yang besar dan mewah untuk hari terakhir mereka. tuan director nak tanya la apa yang tok empat nak tinggalkan kepada rakyat jajahan bila tiba hari-hari terakhir nanti.

zaman sekarang tak cukup dengan tinggalkan amanat atau wasiat sahaja. pemimpin kena fikir siapa yang nak ganti dia. jangan macam tok empat ketiga sebelum ini yang sampai hari ini menyesal menyokong tiangserisungaibayu sebagai pengantinya. tok empat tiangserisungaibayu kena mula fikir calon-calon tok empat akan datang, kalau boleh latih mereka sikit tentang membuat keputusan penting jajahan selama, sokong 3abdul dalam menjalankan tugas...hehehehe jangan plak sibuk dok lobi menteri nak kekal sebagai tok empat. huhuhuhuhu udah-udah la tu tok empat.

mungkin dah sampai masa kot hari-hari terakhir seorang tok empat...sebelum orang lain buat apa-apa acara, tuan director nak ucapkan selamat bersara la tok empat, mungkin baik untuk mengikut langkah ketua pengarah suruhajaya pencegahan rasuah malaysia. hehehehehehe tuanpenasihatsiparangkontot apa tunggu lagi, mungkin boleh mulakan cepat skit projek kambing...

December 07, 2009

tiru macam saya

mohon maaf kepada para pembaca yang sering mengikuti filem pendek saya kerana bercuti beberapa hari dan lewat mengemaskini filem baru. saya ke utara semenanjung beberapa hari dan semalam menemani ama dan iki ke klinik syifa untuk pembedahan kecil...hehehehe berkhatan. harap-harap ama dan iki akan lebih matang dalam hidup lepas ini.

semasa saya kecil, satu disiplin yang diterapkan oleh arwah bapa ialah berjimat cermat. bab bil air dan elektrik sangat dititikberatkan, arwah akan bertanya kenapa lampu bilik atau dapur tidak dipadamkan sedangkan tiada siapa yang berada dikawasan tersebut. paip air yang menitis airnya akan disoal kenapa tidak ditutup dengan elok. latihan ini kemudiannya menjadi budaya kepada saya untuk pastikan lampu ditutup dan penggunaan air cuba diminimakan.

arwah bapa juga sangat menitikberatkan hal-hal berkaitan makanan, walaupun suka berbelanja besar untuk makanan, dan kami 9 beradik tidak pernah kelaparan. bapa sering mengingatkan tentang perlunya menghabiskan makanan dipinggan, kalau hendak menambah atau mengambil makanan pastikan mampu menghabiskannya, jangan membazir dan suka mengikut perangai syaiton katanya.

jajahan selama juga cuba menerapkan budaya berjimat cermat. kalau bab elektrik, kakitangan selalu diingatkan tentang menutup suis lampu ketika rehat pukul 1, maka kini kita melihat banyak kem-kem bergelap ketika rehat pukul 1. orangbesar jajahan juga berusaha keras memastikan arahan tok empat dipatuhi.

macam-macam cara berjimat dicadangkan untuk mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran ini. sekarang ini popular pula tentang kurangkan penggunaan kertas. arahannya gunakan kertas kitar semula, semua kem digalakkan mengunakan kertas belakang dan depan untuk semua urusan. sekali lagi sibukla orangbesar jajahan berceramah tentang keperluan mengikuti arahan tok empat jajahan.

tuanpenasihatkeranatuhan juga sibuk mempromosikan slogan jimat cermat ini. dengan bangganya arahan menulis jumlah salinan robot pendua juga diamalkan. maka sibuklah orangbesar jajahan mengarah sarjan tentera masing-masing mewujudkan buku-buku penggunaan robot pendua ini.

dengan semua langkah penjimatan ini, banyak juga wang yang dapat dijimatkan oleh jajahan selama, mungkin ratusan ribu ringgit. tok empat juga berjimat dalam menguruskan jajahan selama, cuma caranya saja berbeza. contohnya dalam lawatan ke negara sonota musim salju bilik penginapan 5 bintang untuk penginapan tok empat telah dinaikkan taraf menjadi 6 bintang. lawatan 8 hari ke negara bekas tuan penjajah menjadi 10 hari dan terbaru dalam sibuk-sibuk seluruh negara sibuk dengan ekonomi yang semakin mengucup, tok empat dengan bangganya menjalankan sembang-sembang kedai kopi di istana kuda emas.

hehehehehe jangan marah ye tok empat, tuan director cuma ingatkan je, penat-penat semua askar berjimat takkan tok empat berbelanja sakan, duit jajahan ini amanah negara bukan keluarga kita punya. dengar cerita jajahan lain berjimat rasa bangga tuan director, ada tok empat jajahan lain bila menaiki burung besi hanya guna tiket ekonomi je, tok empat tiangserisungaibayu bila lagi nak tunjukkan konsep kepimpinan melalui teladan.

November 29, 2009

cemburunya i


saya membesar bersama 8 adik beradik yang lain. pak dan mak melakukan pelbagai kerja untuk menyara kami 9 beradik. walaupun hampir sepanjang masa kedua arwah berniaga, ada satu ketika arwah pak dan mak pernah berhijrah dan tinggal di besut terengganu dan bekerja di ladang ayam di kawasan sura gate, berdekatan dengan bukit besi. tindakan ini diambil kerana ingin memastikan kami semua mendapat makan dan pakai yang sempurna.

kehidupan kami sekeluarga sangat menarik, walaupun sedikit susah dan kesempitan, arwah pak dan mak berusaha keras memenuhi tanggungjawab mereka. walaupun kadang-kadang perlu berjuang untuk mendapatkan sesuatu, pada saya hakikat ini kemudiannya amat berguna bila saya bekerja, dan semangat juang itu tidak pernah padam, tinggalan kedua arwah yang paling saya hargai.

sebenarnya sepanjang hidup saya ketika kecil dan remaja, saya sangat teringin memiliki basikal sendiri, sesuatu yang tidak pun menjadi kenyataan sehingga sekarang ini. semua basikal saya adalah pemberian atau tinggalan abang dan kakak. saya belajar menunggang basikal mengunakan basikal mini kakak dan kawan-kawan. selepas saya pandai menunggang saya selalu juga berpeluang mengunakan basikal tua tokwan saya. basikal mini kak kinah kemudianya saya ubahsuai untuk diri sendiri bila kak mula bekerja di kuala lumpur. semasa tingkatan 2 saya mendapat sebuah basikal daripada abg mad iaitu abang ipar saya, walaupun basikal terpakai, saya guna hingga tingkatan 3 untuk berulang alik ke sekolah menengah mahang.

cemburu adalah sifat yang baik kerana mendorong kita untuk berusaha mendapatkan sesuatu seperti orang lain. mari kita lihat sifat cemburu yang sangat menarik di jajahan selama

cemburu buta. sifat ini dipunyai oleh orangbesarjajahan yang mempunyai dayang-dayang untuk melayan mereka. yang kelakarnya dayang-dayang ini bukan isteri mereka tetapi kalau lah ada mana-mana pang5perang yang cuba berbaik dengan dayang-dayang ini hukumannya sangat berat iaitu dibuang dari kem tentera atau istana. lagi kelakar ada juga orangbesarjajahan yang tidak membenarkan dayang-dayang ini bertukar kem atau istana kerana terlalu la cinta akan dayangnya.

cemburu tuli. sifat ini sangat pelek kerana yang dicemburui ialah sifat buruk orang lain. contohnya jamal pak tongkol sangat cemburu melihat sifat pemalas dan culas aloha seri muka. hahahahaha kelakar bukan kerana warga jajahan berlumba-lumba untuk malas kerana orangbesarjajahan sangat mesra dengan golongan pemalas, cuba lihat berapa ramai kaki malas yang terdapat di kem dan istana yang bebas berbuat sukahati tanpa diambil tindakan.

cemburu songsang. heheheheehe bukan hubungan songsang tau. cemburu ini lebih kepada cemburu orangbesarjajahan terhadap kakitangan yang cemerlang, mereka sangat khuatir kalau-kalau kerja hebat kakitangan mereka mendapat pujian tok empat. kebanyakkan orangbesarjajahan yang ada sifat ini selalunya akan membunuh kerektor kakitangan cemerlang mereka di depan tok empat sehingga tok empat yang emosi akan benci pada kakitangan cemerlang jajahan.

cemburu singa atau harimau. heheheheehe ini yang paling teruk tau, pernah lihat harimau atau singa membunuh anak singa atau harimau betina. kenapa singa jantan berbuat demikian, kajian mendapati tindakan ini diambil untuk memboleh singa betina biang dan singa jantan dapat mengawan dengan segera. cuma dalam kes di jajahan selama, pang5perang akan dibunuh kerjayanya agar tidak menjadi ancaman pada orang besar jajahan pada masa depan

cemburu tarak sebab. ini super teruk, kalau dah kena penyakit ini patut dibuang dari jajahan sahaja. contohnya bila pang5perang atau ketua askar memarahi askar-askar biasa yang malas, bukan pujian diberikan sebalik pang5perang atau ketua askar ini akan ditukar kem, tambahan pula yang pergi mengadu dan menangis ini askar muda yang cantik, lagilah penyakit cemburu tarak sebab ini akan mengila dalam diri orangbesarjajahan.

agak-agak bilalah tok empat nak menjelma menjadi tun fatimah, penyakit cemburu ini sekarang sedang berleluasa, dengan khabar ramai pang5perang akan bertukar tahun 2010, banyak kes hanya kerana cemburu. huhuhuhuhuhu dah macam H1N1 je, ubat mujarab sebelum terkena penyakit ini ialah cuci muka, tangan, rambut dan kaki lima kali sehari, huhuhuhhuhu

November 24, 2009

NASIB pang5perangbesiburuk

kadang-kadang bila memikirkan kekuatan diri, saya sering merujuk kepada zaman kecil saya, banyak pengalaman semasa kecil begitu bermakna kerana membentuk diri yang ada kini. kawan-kawan ada bertanya dari mana datang personaliti diri tuan director, sukar memberi jawapan tepat. ahli psikologi tentu akan mengatakan bahawa personaliti kita datang dari asuhan ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, pesekitaran sosial dan ekonomi.

semangat berniaga atau mencari wang saku merupakan perkara yang sangat menarik untuk saya cerita. arwah bapa suka membaca akhbar utusan melayu, saya dan adik beradik yang lain lebih suka menatap akhbar berita harian, kadang-kadang jiran datang berkongsi membaca akhbar yang dibeli kerana rumah saya betul-betul di hadapan masjid bukit bertam, sebelum solat ada yang tumpang membaca akhbar.

saya mengambil inisiatif mengumpul akhbar kerana saya nak jual kepada kedai runcit sebelah rumah. selain kertas surat khabar, tentu sahaja ada benda lain yang boleh dijual. saya mengumpul botol kicap, sos dan botol perasa minuman. botol kicap lebih murah kerana kacanya berwarna, botol sos lebih mahal dan yang paling mahal ialah botol perisa oren yang ketika itu boleh mencecah 40 sen sebiji. peraih bahan kitar semula ini saya panggil banggali botol. anaknya sashikumar merupakan kawan baik saya ketika sekolah menengah.

di jajahan selama pun ada aktiviti mengumpul besi buruk. bertahun-tahun perusahaan ini cuba dibangunkan. macam-macam tuanpenasihat dilantik bersilih ganti, pelbagai pang5perang diangkat menerajui perusahaan ini. setelah sekian lama, purnama berganti purnama, semakin bertimbun besi buruk dikumpulkan, nampaknya ada perubahan perusahaan ini kini. dengar kata gudang besi buruk sedang diubahsuai untuk menjadi istana besi buruk, bukan dibesarkan cuma cuba diusahakan agar kembali berseri seperti baru rupanya.

tuan director pun ada beberapa bahan untuk disumbangkan kepada perusahaan ini, ketika mula-mula berkhidmat dahuluu tuan director mengunakan mesin taip kaya ingatan cap matahari, mungkin kalau ditanya tuanpenasihatsaranglabah, mesin taip tuan director boleh dicari kembali. kalau tak berapa ingat diingatan mungkin syarikat durian runtuh yang sedang membangunkan ulu selama boleh diminta mengorek beberapa tempat di ulu jajahan selama untuk mencari artifak sejarahnya.

usaha pang5perangbesiburuk perlu la disanjung, bukan senang perusahaan ini hendak dimajukan, almaklumlah semuanya buruk-buruk belaka. banyak sangat kerja yang perlu dilakukan untuk mengilatkan besi-besi tersebut, disamping mengekalkan keasliannya. mungkin juga beberapa ekor kuda tunggangan orang besar juga boleh dimasukkan ke istana besiburuk untuk menjadi tatapan warga jajahan selama.

dalam kealpaan dan keasyikan mengumpul besi buruk tiba-tiba datang titah tok empat tiangserisungaibayu untuk menunjuk-nunjukkan kepada sekalian alam koleksi besi buruk yang ada di jajahan selama. pang5perangbesiburuk dengan segenap hulubalangnya bekerja siang dan malam menyempurnakan titah perintah tok empat. pantang orang melayu, titah tok empat disembah derhaka. maka pada hari tunjuk menunjuk dijalankan, bangga lah tok empat dengan koleksi besi buruknya, ramai orangbesar memuji-muji acara tunjuk menunjuk tersebut. tok empat menganugerahkan warkah pujian-pujian kepada pang5perangbesiburuk dan para hulubalang atas jasa mereka itu.

hukum karma datang lagi, langit mendung kilat sabung menyabung, bumi jajahan selama seolah tahu ada musibah akan melanda . pang5besaradamasyuk membawa khabaran duka, perusahaan besiburuk membuat onar katanya..rupa-rupanya dalam keasyikkan untuk menyempurnakan titah perintah tok empat, hukum kira mengira telah dilanggar oleh pang5perangbesiburuk. luluh dan hancur hati askar-askar perusahaan besiburuk, pang5perang mereka terhukum atas jasa yang diperlakukan....sambil terpaku dan bergenang air di mata mereka berbisik 'sampai hati tok empat berbuat begini'.

tuan director hanya ketawa dengan tindakan tok empat, bagus menjadi tegas, cuma tak kena dengan gayanya....kalau pang5besaradamasyuk ada berani cuba la tanya tiangserisungaibayu adakah jubahpersalinan tok empat tidak melanggar hukum kira mengira jajahan selama..hahahahaaha

November 23, 2009

KALAU SAYA.....

subjek yang memberi impak besar dalam pembelajaran saya tentu bahasa melayu, saya banyak hadapi kesukaran untuk menguasai subjek ini kerana kelemahan utama saya dalam mengeja dan membaca ketika sekolah rendah. terima kasih tersangat pada guru bahasa saya ketika di SJKC Sin Teong iaitu Miss Fong, anak jati Mahang yang memahami kelemahan saya dan kemudian mengambil inisiatif yang bukan sedikit membantu saya secara berterusan untuk menguasai bahasa melayu ketika itu.

memasuki kelas peralihan kemudiannya di sekolah menengah mahang, saya belajar bahasa melayu daripada cikgu rusni, kemudiannya cikgu mashitah dan cikgu halim. semua mereka memberi sumbangan bukan sedikit kerana kemudiannya saya menjadi antara pelajar terbaik dalam mata pelajaran bahasa melayu dan akhirnya memilih opsyen minor bahasa bahasa melayu ketika belajar di UPM.

berada di fakulti pengajian pendidikan ketika itu membolehkan saya kemudiannya mengenali beberapa nama besar dalam pengajian bahasa melayu seperti prof dr hamid mahmood yang sarat jenaka dalam kuliahnya, sdr arbak othman yang penuh dengan semangat perbezaan tatabahasa berbanding tatabahasa dewan, che ibrahim yang popular dengan permulaan kuliah bersama frasa ' saya penat' dan beberapa orang lagi.

mempelajari bahasa melayu membenarkan kita berimaginasi, guru-guru saya dari sekolah rendah berpuluh kali menyuruh pelajarnya berimaginasi dengan tajuk yang bermula dengan frasa sekiranya saya sebatang pen, sepohon pokok, sebuah kereta dan sebagainya, boleh juga karangan berakhir dengan frasa ..tiba-tiba saya saya tersedar dari mimpi ngeri itu. peluang berimaginasi ini membentuk ruang dan peluang mencuba sesuatu tanpa kita perlu melaluinya.

kalau saya sebuah universiti tiba-tiba terloncat dalam fikiran saya, menerjah segenap ruang penafasan, membuak-buak semangat untuk menulis. saya sudah tua, lahir dalam tahun-tahun sukar di tanah melayu, ketika majoriti orang melayu belum kenal erti kemerdekaan, ketika semangat nasionalisme begitu sebati dalam jiwa hanya minoriti masyarakatnya. lahir 1922 memberi peluang berbakti kepada nusa dan bangsa, melayulah duniaku ketika itu.

tiada yang lain, aku lahir sebagai ibu kandung yang kemudiannya menjadi jiwa dan raga orang melayu. membesar dengan semangat Zaaba di pejabat karang mengarang, teruja dengan kelantangan kesatuan melayu muda, terleka dengan slogan melayu raya. dari perut ini kemudiannya lahir tokoh pejuang tanahair, tokoh bahasa yang tidak kering pena menulis tentang pembangunan bangsanya. maka dalam akbar penyuluhlah perjuangan dihalakan.

zaman berubah, aku menjadi dewasa, kalau dulu anak kandung hanyalah lelaki, kini dunia meminta aku menerima mendidik anak perempuan. agaknya ini lah kesan penulisan hikayat faridah hanum karangan syed sheik al hadi 1925 . duniaku semakin kompleks, hatta nama empunya diri juga berubah.

dari sebuah maktab aku menjadi institut, bangsaku telah lama berubah, mereka kini memaksaku menerima bangsa lain sebagai anak didikan, jiwa ibu kandung tidak berubah, sentiasa ingin berbakti mendidik anak bangsa tak kira warna kulitnya. kalau dulu aku menjadi tempat bangsaku berjuang, kini aku tetap menjadi tempat bangsaku berjuang, bukan hanya untuk bangsa melayu kini aku lebih mesra dengan bangsa 1Malaysia.

kini aku sedar aku berubah lagi rupanya, sudah hampir 12 tahun aku menjadi universiti. anak-anak kandung semakin cerdik aku lahirkan, dulu semuanya sijil, kemudianya diploma, kini anak-anak ku bangga menunjuk Phd mereka. duniaku semakin sesak dengan manusia, bermula dengan puluhan anak kini aku menampung belasan ribuan tanggungan.

aku sedar, dunia kian berubah. aku hanya mampu melihat dan menerima. dari dulu aku menerima semuanya, semua yang diarahkan oleh penguasanya. jatuh bangun diriku atas usaha penguasa...aku pasrah atas takdir ini.

November 22, 2009

TINGKAT SATU

ketika remaja, saya selalu lepak di rumah asin janggut ( pakngah hashim ), saya sangat teruja berada dipersekitaran itu kerana bersesuaian dengan minat saya sebenarnya. rumah ini berada dibelakang masjid bukit bertam dan dikelilingi pokok durian serta pokok buah yang lain. anak-anaknya yang menjadi kawan sepermainan saya ialah lee dan amin. kadang-kadang saya makan tengahari di rumah mereka walaupun arwah mak melarang saya makan di rumah orang.

lepak di rumak asin janggut memang memberi saya banyak ilmu berkaitan penangkapan ikan dari cara-cara membuat bubu (lukah), membaiki jaring atau jala, memancing dengan pelbagai cara hinggalah membuat tali pancing mengunakan daun nenas. ini termasuk juga membuat umpan pancing dan bubu dari biji getah yang diperam, baunya boleh melekat di tangan berhari-hari.

pembelajaran secara tidak langsung ini memberi pengalaman berharga buat saya, saya belajar mencari buluh lemang dari spesis yang jarang digunakan iaitu buluh akar, saya juga belajar kemudiannya cara memelihara kambing dari mereka. tahu bahawa perangai kambing sangat mencabar kesabaran kita sebagai manusia. saya juga belajar bercucuk tanam bersama amin apabila kami mengerjakan tanah dusun matwali dengan tanaman timun huma. tempat lepak ini menjadikan saya manusia yang berdikari bertahun kemudian.

dijajahan selama pun banyak tempat lepak yang dikunjungi oleh warganya, ada warung mamak untuk minum pagi, makan tengahari banyak pilihan kedainya, kalau tak puas lagi bersembang boleh sambung dengan minum petang. tiada siapa yang peduli bila warga selama minum-minum sambil sembang-sembang kerana pengurusan pun tiada ubat mujarab untuk perangai keluar minum ini, tuan director pun terkena jangkitan ini. tak sah kalau tak bersembang sambil minum-minum.

sekarang ini tuan director terperasan satu tempat lepak yang menarik, bersebelahan dengan istana tuanpenasihatsiparangkontot. tempat lepak ini istimewa kerana askar-askar biasa hingga ke pangkat sarjan boleh guna untuk bersembang sambil kutuk-kutuk orang ( hahahahahaha dengar kata tuan director pun termasuk dalam topik bualan ). banyak juga rancangan yang diatur untuk menyingkirkan tuan director bermula dari tempat lepak nie. bilik mesyuwarah tingkat satu koridor kuasa nampaknya telah menjadi bilik operasi mencantas orang.

satu waktu dulu di jajahan selama ada sebuah kumpulan yang bercita-cita tinggi, tuan director namakan sebagai kumpulan wawasan la, mereka yang terangkum dalam kumpulan ini bercita-cita menjadi penganti tuanpenasihatsiparangkontot dalam beberapa tahun mendatang. kumpulan ini terdiri daripada pang5perangmuda ketika itu. cuma kumpulan ini berpecah atas perasaan tidak puashati apabila kalangan ahli mereka dinaikkan pangkat jadi pang5perangmudakanan.

namun karma memberi mereka peluang keemasan kini. tuanpenasihatsiparangkontot telah melantik pang5perangtanggukikan sebagai orang kanannya kini, maka bergema kembali kumpulan wawasan kini walaupun ahli asalnya telah berpecah. ahli kumpulan wawasan sekarang semakin kuat, dengan mengunakan tingkat satu koridor kuasa, mereka telah menerbitkan rasa benci terhadap persaing. kaedah membunuh kerektor pang5perang yang lain setakat ini berjaya menyingkirkan tuan director dan beberapa pang5perang yang lain. nampaknya kumpulan wawasan semakin kuat kerana keahlian telah dibuka hatta kepada askar biasa sahaja.

adakah jajahan selama akan maju, setakat ini tingkat satu koridor kuasa telah berjaya menyingkirkan pesaing mereka. apakah sumbangan mereka kepada kelangsungan hidup jajahan ? tepuk dada tanya selera, tiada apa yang signifikan yang mereka buat kecuali memporakperandakan jajahan selama sahaja. warga jajahan tentu boleh menilai kejayaan kumpulan wawasan dalam melaksanakan tugasan mereka.






mungkin pang5perangchahketing dan serikandibahtera serta serikandisentosa mempunyai jawapannya. hehehehe lazimnya kita tak tahu apa ada dalam mangkuk tingkat sebelum membukanya. dan jangan lupa hanya dengan membuka mangkuk tingkat satu kita tak tahu apa ada dalam tingkat-tingkat yang lain. takkan kita nak makan nasi tanpa lauk atau lauk tanpa nasi. ingatan pada tuanpenasihatsiparangkontok 'jangan membuat keputusan dengan melihat tingkat satu sahaja'.