November 19, 2009

JUAL PASIR LAGI UNTUNG

kerian daerah kelahiran saya masuk surat khabar setiap hari sekarang. musim hujan yang berterusan membuatkan kerian lemas dengan gelombang air bah. dua tiga hari lepas saya hubungi abg tua saya di kampung bertanyakan khabar mereka, air setinggi 1.2 memasuki rumah kata mereka.

banjir atau air bah atau air naik semacam satu lingkaran hidup yang sentiasa datang dan pergi pada orang kampung saya. musim-musim sebegini bagi orang yang hidupnya bergantung pada alam akan mengeluh kerana rezeki mereka tersekat, mungkin yang gembira ialah kanak-kanak yang suka bermain air

banyak kenangan ketika musim banjir. membantu mak dan pak memindah barang perabot dalam rumah, lepas banjir terpaksa memcuci lumpur dalam rumah. proses pembersihan ini boleh memakan masa berminggu. kalau karpet yang basah memang takkan kering, ditambah dengan cuaca mendung berterusan, mau dekat seminggu disidai. baunya tak payah cakap la.

tahun sembilan puluhan pendekatan untuk mengatasi banjir diperkenalkan. wujudkan kuari pasir sungai. dari ulu kerian ke kg batu tujuh wujud beberapa kuari pasir. dasar sungai menjadi dalam dan baru-baru ini abg saya memberitahu sungai di kampung saya telah mula dihuni buaya, memang betul la sungai tu semakin dalam. cuma masalah banjir tak juga selesai. buktinya semakin kerap kebelakangan ini banjir di kerian dipaparkan.

jajahan selama juga sekarang popular dengan istilah pasir ini. ' jangan masuk pasir dalam periuk nasi orang'. tuan director pun terkena dengan perkara ini. susah juga hidup tuan director sejak dua menjak ini. tuanpenasihatsiparangkontok nampaknya suka sangat nak campak pasir dalam periuk nasi tuan director. habis semua pang5perang diarahkannya, askar biasa dari tuansarjan hingga prebet pun dilibatkan untuk mengangkut pasir, bukan sedikit pasir yang dicurah bahkan dah melimpah sampai depan rumah tuan director pun dah penuh dengan pasir.

cuma tuan director agaknya lebih kreatif sikit kot. sekarang nie tuan director tak masak nasi kat rumah, tetapi banyak makan kat luar saja, maklum la sibuk ngan biznes baru pulak. tuan director sekarang sejak mengarah filem pendek nie dapat idea baru. dah banyak sangat pasir yang dicurahkan oleh askar dan pang5perang tuanpenasihatsiparangkontot lebih baik la tuan director jadi pembekal pasir. alhamdulillah setakat ini jualan pasir semakin meningkat nampaknya sampai tak menang tangan, cuma risau pulak lepas ini lesen jualan pasir ditarik balik oleh jajahan selama.

ingatan kepada seluruh warga jajahan selama, jangan risau dengan perilaku rakan-rakan dan orangbesar yang suka memasukkan pasir dalam periuk nasi kita. ubah paradigma, bahawa jika kita usaha, kejayaan akan menjelma.

November 12, 2009

TAZKIR ' INI TIDAK ADIL '

kalau anda adalah peminat filem arwah P.Ramlee, tentu banyak kritikan yang dapat dilihat dilemparkan oleh beliau dalam filem-filem arahannya. cerita 3abdul sangat mempersonakan saya kerana memperlihatkan bahawa sekiranya kerja atau tanggungjawab diberikan kepada orang yang tidak layak, akhirnya yang berlaku adalah pengabaian terhadap amanah yang diberikan. pada saya frasa yang paling melucukan ialah ' ini tidak adil' yang diucapkan oleh 3abdul2 bila pembahagian harta dibuat.

Mari kita renung beberapa hadis yang menjelaskan keadilan dalam aspek pengurusan hidup kita, moga-moga filem tazkir ini memberi kita sedikit keinsafan


Pemimpin Adalah Perisai
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” (Muslim)


Menghukum Dengan Adil
Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).” (al-Baihaqi)

Keadilan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.” Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Pemerintah Wajib Berlaku Adil
“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”. Riwayat Muslim

Keadilan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah”. Riwayat Ahmad

Pemimpin Yang Adil Mendapat Kedudukan Tinggi Disisi Allah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”. Riwayat Muslim

renungalah apa yang sering berlaku di jajahan selama

bagaimana orang yang kerjanya gagal tidakpun diberi teguran dan hukuman. bahkan kalau mana-mana pang5perang cuba mengambil tindakan, mereka pula yang disalahkan orangbesar jajahan

bagaimana orang yang berjaya sering diberi kerja-kerja orang gagal, maka beruntunglah orang-orang yang gagal, kerjanya hanya menuntut upah bila hujung bulan, rugilah orang yang bagus kerana memikul kerja sigagal tadi tanpa imbuhan tambahan

bagaimana orang yang telah dianggap gagal tetap juga diberi anugerah kerana yang memilih mereka adalah orangbesar jajahan

bagaimana tentera biasa dihukum kerana lewat masuk kem, sedangkan orang besar jajahan dengan menaiki kuda perkasa dengan selamba datang lewat

tuan-tuan yang budiman boleh menyambung senarai ini berpuluh bahkan beratus dalam beberapa hari ini. tuan director ingin bercuti hingga kita berjumpa pada 20/11/2009

November 11, 2009

PERSONA NON GRATA


selain bermain bersama kawan-kawan ketika kecil, saya sangat suka menonton wayang. ketika itu arwah pak dan mak membuka perniagaan gerai laksa di pekan mahang. selain pak dan mak, abang lid dan abg kahar merupakan pembantu kedai, kadang-kadang dibantu oleh pakmid dan awang cemey yang merupakan petugas rumah enjin, sejenis generator berkuasa disel untuk membekalkan eletrik kepada penduduk yang bermula pembekalannya jam 5 petang.

arwah mak akan dibantu oleh kakyam, seorang jiran untuk menyediakan laksa dan meehun bagi tujuan jualan di rumah, kemudiannya semua bahan jualan ini akan dibawa ke kedai sama ada dengan menjinjingnya atau diletakkan di atas basikal. ketika itu semua masakan mengunakan kayu api, kalau musim hujan memang la mencabar untuk memulakan pembakaran. dapur rumah pula memang penuh dengan jelaga atau kesan asap.

tayangan wayang ketika itu bermula jam 5 petang dan kemudian satu tayangan lagi jam 8 malam. kalau hari ahad dan ada filem yang menarik seperti kingkong contohnya tayangan akan bermula 9 pagi, 11 pagi, 2 petang, 5 petang, dan 8 malam. begitu juga kalau musim perayaan memang penuh sesak panggung ketika itu.

penonton atau peminat wayang datang dari pelbagai kampung seperti sg bayor, sungai taka, sungai pasir, banggol jas, kampung dingin, ulu kerian dan ulu mahang. kalau ada filem tamil atau hindi bertambah la semangat 1Malaysia. masyarakat india dari estet dublin atau kini dikenali sebagai guthrie dan kemudiannya simedarby akan keluar beramai-ramai untuk filem lakonan MGR . masyarakat cina pula lebih tertumpu kepada filem dari hongkong.

saya ketika itu berusia tujuh tahun sentiasa mendapat tiket wayang percuma, walaupun filem apa pun ditayangkan saya akan menonton. penjaga pintu pawagam ialah matleh atau tidak pun amiaw. ketika itu untuk mendapat satu tiket wayang bagi filem box-office baharom dan din gelong boleh bergaduh di kaunter tiket, masa tu pun kerjaya ulat tiket telah pun digunakan untuk mendapat keuntungan.

hari ini tertiba saya teringat satu filem beberapa tahun lepas yang mengisahkan tentang orang-orang yang terbuang atau tidak dikehendaki. di jajahan selama ada beberapa watak yang cuba dibuang secara halus dari arus perdana dengan teratur. sama ada dibuat kerana mereka tidak menunjukkan prestasi baik, atau terlalu baik dan dicemburui oleh orang lain. perbuatan membunuh kerjaya dengan cara yang sangat dayus ini dilakukan oleh pang5perang atau tuanpenasihat dibuat secara terbuka dan menjadi rahsia umum

ada kes tentera biasa yang menjadi persona non grata hanya kerana mengetahui perangai buruk orangbesar jajahan. lazimnya mereka dikubur sebelum mati dengan cara ditukarkan ke baruh atau ke hulu. pang5perang yang berani menyanggah pula akan dipasung tanpa diberi kerja atau ditukar kem demi kem untuk melunturkan semangat. cubalah lihat apa yang berlaku kepada pang5perangtua, banyak rahsia tersimpan didadanya perihal orang besar jajahan.

insan-insan persona non grata ini terus terhukum tanpa memahami kesilapan mereka, seolah mereka ditahan tanpa bicara, dibicara tanpa ruang pembelaan, dihukum tanpa mengetahui hukuman. adakah jajahan selama cuba untuk memaksa pelakuan sivaji the bos menjelma dan menuntut bela. hanya pemimpin yang menentukannya

November 10, 2009

eh...eh...eh..bagi la i satu

Bujuk, li, amin, chup, lan, eton, paksu, matji, dan ramai lagi merupakan rakan sepermainan semasa saya kecil. bermain-main di sungai sambil bergayut pada dahan pokok seperti tarzan atau terjun dari atas jambatan di sungai kerian sangat menyeronokkan. pernah satu ketika eton, anak pakcik hasan yang baru berpindah ke kampung saya mengikuti bapanya seorang anggota polis mandi disungai hilang gelang kaki, kami semua menyelam dan mencari gelang kakinya, nasibnya memang baik kerana keesokkannya ada rakan saya yang menjumpai gelang kaki tersebut dan memulangkannya.

ketika itu kehidupan di kampung hanya bergantung kepada kreativiti untuk bermain bersama rakan-rakan. kalau lepas musim menuai padi memang main wau (layang-layang) menjadi kelaziman, wau helang, wau bulan, wau kangkang, wau bintang, dan wau paling senang iaitu wau labi. masa tu masuk hutan atau dusun orang mencari buluh seolah perkara wajib.

satu permainan lagi ialah bermain gasing, selalunya kalau musim gasing ini akan menimbulkan masalah dengan orang dewasa kerana keperluan mencari kayu untuk dibuat gasing akan melibatkan tanaman penduduk ditebang. kayu gasing yang menjadi idaman ialah pokok limau dan pokok jambu batu. selalunya kami curi-curi tebang dahan pokok ini atau kalau dah tak dapat cari dahan yang sesuai pokok pun jadi mangsa. memang tahan gasing yang dibuat daripada pokok jenis ini.

namun satu permainan yang tiba-tiba muncul entah dari mana ialah polis dan penjahat. dalam permainan ini tentu lah ada pistol dan gari. satu lagi alat ialah telefon. telefon ini dibuat mengunakan tali nyalon atau plastik saja. tali ini disambung dengan tempurung atau mewah lagi dengan tin susu. bukan jelas pun isi percakapan cuma seronok kerana dapat berlakon dan main-main tangkap orang. nak cakap pun kena kuat, kadang-kadang hanya dengar gema pantulan sahaja

jajahan selama pun dengar kata bagi pada orangbesar jajahan peralatan canggih ini, bukan tali dan tempurung tau. tapi telefon berjenama, nak gelak pun ada kerana ada kalangan orangbesar jajahan nak guna telefon canggih nie pun tak berapa pandai, nak tanya pang5perang nanti pecah pula rahsia. ada yang tanya askar biasa sahaja, maklumla zaman sains dan teknologi banyak tentera biasa yang mampu pun pakai telefon berjenama.

pelik tapi benar kan, apa la yang nak beri telefon pada orangbesar jajahan ini, mereka jauh lebih mampu membeli telefon berjenama daripada askar biasa. nak kata mereka nak masukkan data perjalanan atau maklumat mesyuarat kan dayang dah ada, pang5perangkhas pun ada, semua yang mereka nak buat sudah pun dibekalkan melalui askar-askar yang setia.

rakyat jajahan mungkin boleh membuat pertandingan terbaru, telefon orangbesar jajahan mana paling banyak digunakan untuk lain-lain kerja selain untuk berbual kerana kalau setakat nak berbual lebih baik jajahan selama anugerah saja 3sekupang keluaran nokia pada mereka, lebih tahan lasak dan senang digunakan bagi mereka yang kurang daya penglihatan. mungkin KPI orangbesar jajahan bertambah iaitu mengunakan 90% aplikasi dalam telefon yang diberikan.

saya suka je dengan telefon ini, cuma ada suara nakal-nakal berkata bukan semua tuan penasihat yang dapat.....kalangan tuanpenasihat ada yang berkata eh..eh..eh bagi la i satu.



cuma nak tanya la yang mana satu tuanpenasihat nak, yang sebelah atau yang dibawah



PANTUN KHAS TOK EMPAT



adat tuan adat berserah
mari datang membawa puan
adat bersireh adat sejarah
untuk puan kami sembahkan




masak lemak si ikan merah
gulai tempoyak ikan gelama
kalau berjumpa bukit merah
itu tandanya daerah selama

lompat-lompat sikatak lompat
dalam parit ikan berlaga
bila ditanya siapa tok empat
tiangserisungaibayu dijawab bangga

tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
belajar jadi pandai
bila tua jangan menipu



sorong papan tarik papan
buah keraji dalam perahu
bila anak buat laporan
jangan mak buat tak tahu




tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
siparangkontot buat tak nampak
pang5perang buat tak layan



simpan padi dilampik jerami
jerami kering dibuat katil
kumpulan siasatan teguh islami
takkan diri menjadi batil





tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
siasatan dibuat biarlah ketat
jangan nanti menjadi duri

dalam perigi ada timba
dalam timba ada tanah
biar bukti menjadi nyata
agar tidak menimbul fitnah


anak gelama anak senohong
lompat-melompat dihujung jeti
biar lah kita jangan berbohong
moga senang diakhirat nanti

November 08, 2009

AKSI SIPARANGKONTOT


cubaan pertama tuanpenasihatsiparangkontot mengalih tuan directordari meja pengarahan filem





kanak-kanak sekolah dipengaruhi untuk membantu mengalihkan beberapa kakitangan syarikat perfileman husin lempoyang






tuanpenasihatsiparangkontot terpaksa diusung kerumah sakit kerana demam-demam setelah tidak berjaya mengusir tuan director







tuanpenasihatsiparangkontot mengupah pula pang5besarchahketing untuk mengusir secara paksaan halus






pang5besarchahketing mengunakan semangat gotong-royong bersama pang5perang yang lain untuk mengusir tuan director







semua pang5perang tuanpenasihatsiparangkontot angkat kaki kerana tak berjaya mengusir tuan director





tuanpenasihatsiparangkontot membuat kerja-kerja pengusiran secara diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa termasuk dayang istana








tuan director dijulangkerana berjaya menghalang tuanpenasihatsiparangkontot membuat kerja kotor









tuan director telah dipanggil tuanpenasihatsiparangkontot untuk dicuci otak berkaitan penghasilan filem










tuanpenasihatsiparangkontot mula mengunakan kaedah tindakan yang selalu digunakan terhadap tentera penentang....dikurung dalam petiais sambil dikawal ketat pang5perangnya














kesan yang telah menimpa tuan director akibat tindakan jahat tuanpenasihatsiparangkontot, mungkin dapat lagi dicairkan







mungkin ini yang paling disukai berlaku kepada kerjaya tuan director oleh tuanpenasihatsiparangkontot







setakat ini tuan director masih berupaya melindungi diri dengan berada di kawasan selamat dan bermain acisorok dengan tuanpenasihatsiparangkontot









hahahahahaaha akhirnya kita semua akan kesini untuk disoal akan peranan kita di dunia, ketika itu semua kita, tak kira kita orang besar atau kecil di dunia akan bertanggungjawap dengan apa yang kita telah buat

SELAMAT HARI JADI


semasa kecil, arwah mak & pak tak pernahpun membudayakan sambutan hari lahir anak-anak, mungkin kerana kepayahan membesarkan kami sembilan beradik atau kerana kesibukan mereka berniagaan membuatkan tiada siapa yang kisah dengan sambutan sedemikian. ketika kecil pada saya mendapat makan sudah pun memadai, sesekali apabila pak balik dari kulim atau pulau pinang dan mempunyai rezeki lebih dibelinya mainan. alat permainan paling mewah yang saya ingat ialah set keretapi kuasa bateri lengkap dengan landasannya berbentuk angka lapan.

apabila saya berkahwin, kejutan budaya sudah tentu antaranya berkaitan sambutan hari lahir. keluarga isteri saya mempunyai ingatan yang cukup kuat tentang tarikh hari lahir ahli keluarga, kalau rezeki lebih siap ada majlis makan-makan. panggilan telefon untuk mengucapkan selamat hari jadi menjadi kewajipan semua, jangan tidak kerana ada yang akan terasa kalau terlupa, budaya ini sangat baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

budaya ini menjadi subur bila saya mendapat anak pertama, kedua, ketiga dan terbaru yang keempat ahmad izzfahim azman. iki, ama n uma akan mendapat sekurang-kurangnya kek harijadi dan satu hadiah dari saya dan satu lagi dari uminya. bentuk hadiah dari saya sama ada kerana merupakan keperluan anak-anak seperti basikal atau atas permintaan anak-anak sendiri. iki n ama bila semakin besar sudah pandai membuat tawar menawar tentang hadiah hari lahir mereka. anak-anak zaman sekarang telah banyak berubah.

jajahan selama juga mengamalkan budaya hari jadi untuk meningkatkan motivasi golongan tenteranya, cuma kepada golongan cendikiawan saya kurang arif. lazimnya sambutan dibuat secara kumpulan dan sudah tentu sekeping kad hari lahir dari kawan-kawan menyentuh perasaan dan mengeratkan hubungan. majlis makan-makan secara kongsi-kongsi juga menyeronokkan hampir semua orang apabila saya perhatikan raut wajah masing-masing.

cuma yang tak gembiranya bila majlis sebegini dibuat kerana paksaan. ada orangbesar jajahan secara halus mengharapkan ( sebenarnya memaksa) majlis sambutan hari lahirnya dibuat oleh kakitangan. sudah tentu kakitangan terpaksa pula meminta-minta kutipan wang dibuat, lebih perit lagi dalam soal hadiah, kerana kalau kain yang hendak dihadiahkan, tentu dibeli yang berjenama, yang golongan tentera pun susah untuk membeli bagi keperluan sendiri.

lebih teruk lagi kerana orangbesar sendiri mempunyai beberapa unit tentera yang diketuai oleh pang5perangnya. semua pang5perang pula kerana tidak mahu malu atau ingin mendapat perhatian akan memaksa unit masing-masing membeli hadiah yang terbaik. maka sambutan hari jadi menjadi upacara memujapuji orangbesar jajahan dan tempat memperagakan hadiah masing-masing. pang5perang mana yang memberi hadiah terbesar akan lebih disayangi pembesar.

kasihan tentera biasa, untuk hidup pun susah, kadang-kadang sambutan hari lahir diri pun tak pernah dirasai, inikan pula dipaksa-paksa mengadakan majlis untuk orangbesar jajahan akhirnya. sedarlah diri wahai orangbesar jajahan, harta tuan-tuan banyak, dalam banyak-banyak itu ada harta untuk tentera, jangan la kedekut sangat, belanjalah tentera biasa ini yang akhirnya akan berkorban untuk anda.

hahahahaahaha....tuan director mengucapkan selamat hari lahir terutamanya untuk tuanpenasihatkhutudkhanah dengan ingatan..' dema bila nak pencen, kome nengok dah tua bebenar'