October 25, 2009

XPDC ULU SELAMA



sejak 2 minggu lepas, ama dan iki asyik menuntut janji sahaja, bila nak pergi panjat bukit, keseronokkan jelas terbayang pada wajah mereka apabila janji ini saya buat sebelum peperiksaan sekolah mereka bermula. iki anak yang sulung sangat terkesan dengan kata-kata, kalau kisah keluarga dipaparkan dalam drama siri mudah tumpah air matanya, sangat kenestatik budaknya. ama anak kedua hatinya sangat kuat, sekeras teras pokok, kalau dipukul takkan lari, buat keje dengan laju, nafasnya pendek-pendek, jelas anak ini visual sifatnya.

satu ketika dulu saya juga asyik dengan xtvt keluar masuk hutan ini. Nama kampung saya diambil dari nama sebuah bukit iaitu bukit bertam, nasib baik tidak diambil dari kembar bukit tersebut yang dipanggil berot. mendaki bukit bertam zaman saya kecil merupakan acara tahunan, dibuat orang masa musim kemarau, pemandangan dari kedua-dua puncak bukit sangat menarik, dari atasnya dapat dilihat seluruh mayapada bukit bertam.

semalam cuti hujung minggu, selepas solat subuh, giliran iki dan ama pula dikejut dan diminta solat, bingkas bangun apabila disebut xtvt panjat bukit, lebih bersemangat dari hari biasa untuk ke sekolah. selepas bersiap saya membawa dua hero ini sarapan di Restoran KP. selepas membelasah roti canai telor dan nasi lemak, kemudiannya membeli sarapan untuk uma dan umi, kami mulakan xpdc hari minggu.

7.30 pagi memulakan perjalanan dengan lafas bismillah, dan sudah tentu dengan kaki kanan, melompat-lompat iki dan ama kegembiraan. kami masuk melalui jalan tangki air, dan menempuh kawasan berbukit ladang getah, dalam perjalanan saya berhenti untuk menunjukkan kepada anak-anak buah getah, kawasan tapak babi hutan mencari makan dan berkubang, menikmati kicauan burung awal pagi, hahahahaha dan membiarkan kulit diratah penghuni tetap kebun getah....nyamuk

8.00 pagi sampai di sempadan ulu selama, kawat duri menjadi halangan pertama, kawasan ini baru sahaja dipagar, paya yang menjadi kunjungan kaki pancing tenang sahaja airnya, tak nampak sangat ada ikan di paya ini, dalam xpdc sebelum ini terjumpa dengan beberapa kaki pancing memburu haruan di kawasan ini. iki dan ama terus mengenalpasti kawasan ini dengan berkata 'ayah, dulu kita dah mai kan kat sini, la ni ada pagaq la pulak'. iki selamba je melepas kawat berduri, ama pula seperti biasa la, berlagak hero dan tersangkut seluarnya di kawat duri.

8.30 pagi sampai di ulu selama, bunyi deruan air anak sungai dengan ikan-ikan kecil berkejaran terkejut dengan kehadiran kami amat mengujakan, iki dan ama menyesal tak membawa kelengkapan mandi, kali kedua sampai ke ulu selama, suasananya sudah berubah, pagar yang dibina membolehkan saya mengenalpasti sempadan ulu selama dengan kawasan kota kereta. anak sungai telah dibina atau diluruskan aliranya, hilang kesemulajadiannya.

meneroka kawasan ini memperlihatkan kurangnya perhatian orang besar terhadap jajahan baru ini, kawasan anak sungai telah kembali dihuni lumpur kuning, tandanya kawasan ini disodok dengan rakus oleh aliran hujan yang membawa bersama kelodak dari seluruh isi perut jajahan, tasik yang dibina juga sendat dengan lumpur, berapa pula duit rakyat akan dihabiskan untuk mengorek semula tasik buatan ini. kalau dari sekarang pang5perang diberi tugas menanam pokok di gigi anak sungai, tentu cantik kawasan ini dalam beberapa tahun akan datang. jangan la dibuat acara menanam pokok hanya untuk mendapat perhatian tiangserisungaibayu sahaja, tentu sahaja kemasukan kambing baru nanti boleh digunakan untuk menanam sejumlah pokok baru, lihat sepanjang jalan menuju ulu selama, pokok-pokok di gigi jalan ditanam oleh kambing-kambing baru kira-kira 5 tahun yang lepas, kumpulan kambing ini sudah lama pun menjadi pang5perang di jajahan baru mereka sekarang.

9.00 pagi saya bersama iki dan ama berada di kemuncak ulu selama, sebuah bukit yang digondolkan tanpa sebab, kami cuma dapat melihat dengan sayu, kenapa tiada pengawasan dibuat terhadap pembangunan ulu selama, di atas bukit yang paling tinggi ini, kawasannya penuh dengan kesan penempatan manusia, botol air, tilam, tikar, plastik, bahkan baju dibiarkan sahaja, saya rasa kami mungkin antara yang terawal menerokai kawasan puncak bukit ini selain daripada warga pati negera jiran yang mengunakannya untuk bersembunyi dari penguasa negeri.

banyak yang boleh dilakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi di ulu selama, penanaman pokok salah satu xtvt yang dilihat berpotensi. pokok-pokok boleh diminta secara percuma daripada banyak jajahan lain, penanaman boleh dibuat mengunakan buruh percuma dari jajahan selama sendiri. amat lah malang kalau jajahan selama hanya bergantung kepada kaedah penanaman biasa yang bermotifkan adamasyuk cuma.

9.30 pagi sebelum kami sekeluarga keluar dari pagar ulu selama,saya sempat menunjukkan kepada iki dan ama pokok seduduk, buahnya boleh dimakan dan akan menyebabkan lidah berwarna biru. seronok kerana xpdc berjaya, rancangan akan datang ialah merentasi ulu selama menuju ke kota kereta. mungkin iki dan ama kena membeli kasut baru untuk xtvt akan datang

No comments:

Post a Comment