October 11, 2009

bila butang baju disalahkan

  1. Bercerita tentang butang baju, teringat saya pada arwah mak, bila butang baju hilang, mak lah harapan saya, cuba bayangkan awal pagi, mak sibuk goreng karipap dan kuih kasturi untuk jualan, saya pula sibuk dengan rengetan butang baju sekolah yang hilang, kalau mak tak layan nanti pergi sekolah anak macam samseng pulak. Kakak selalu jadi penyelamat, mak mintak je kakak tanggalkan butang baju sekolah lama buat ganti butang yang hilang. Itu lah mak, kasih sayang dia sangat memberi kesan kepada saya.
  2. Tadi baca tentang satu blog , ceritanya menarik tentang butang baju, bukan apa yang kelakarnya butang baju disalahkan bila rasa baju tak menarik lagi, baju nie dah lama, warisan nenek moyang, pejuang bahasa, pejuang bangsa dan pejuang negara ( mungkin mereka salah wariskan baju pada anak kandung )
  3. orang dulu buat apa pun mereka fikir tentang anak cucu, jadi cadangan mereka untuk anak cucu, mereka tinggalkan baju melayu la. memang cantik baju melayu nie, warna merah mewakili semangat berjuang mereka ketika itu, sampin pun cantik kuning buah kundang ngan biru laut, siap mereka wariskan lagi dengan keris pusaka dan buku sebagai alat berjuang dan pentingnya ilmu pengetahuan. butang bajunya sesuai sangat dengan baju yang dibuat
  4. baju tua nie telah beri banyak sumbangan, pejuang tanah air pernah memakainya, Zaaba, warta melayu, kesatuan melayu.
  5. melalui banyak zaman, zaman penjajahan, hari kemerdekaan, zaman darurat, semangat bahasa melayu, dasar ekonomi baru hinggalah 1Malaysia
  6. hari ini baju melayu mendapat butang baru, bukan kerana butangnya dah hilang macam kisah saya masa kecil dahulu, tapi kerana pewarisnya merasakan bahawa butang yang digunakan sejak 4 tahun lepas dah tak cantik lagi
  7. empat tahun lepas butang baju nie telah ditukar, dibuang ciri melayunya ( tiada lagi tahun dan tulisan jawi ) keputusan tu disokong oleh mereka yang sama ( orang besar berlapan ). entah jembalang mana merasuk mereka, mereka buang butang baju lama, kononnya butang baju tu tak membawa imej baik untuk baju. mereka reka butang baru yang menyebabkan perbelanjaan puluhan ribu ringgit.
  8. tahun ini baju ini dapat lagi butang baru. orang besar berlapan dah naik pangkat sekarang, dia dah jadi penghulu. penghulu ini semua nak ditukarnya, termasuk kalau boleh baju melayu pun nak dihilangkan melayunya, nak dibuat jadi baju 1Malaysia. Langkah pertama tempah butang baju baru, letak balik ciri yang dibuang dulu, nak nampak antarabangsa tambah pula dengan 'tag line' bahasa bekas penjajah.
  9. waris baju sekarang bukan nak meningkatkan kegunaan baju, tapi lebih sibuk tukar butangnya, ingatlah kenapa baju melayu ini diwariskan, jangan kerana kita tak pandai jaga baju melayu, dan tak pandai jaga badan kita sendiri, butang pula yang disalahkan

No comments:

Post a Comment