waktu kecil-kecil dulu bila arwah mak tak bagi saya bermain di luar rumah waktu malam, perkara paling mudah dilakukan ialah dengan menakutkan saya. maka banyak lah watak hantu yang dijelmakan dalam fikiran saya. hantu raya, hantu stokin, hantu kum-kum, langsuir dan pelbagai nama hantu lagi.
apabila saya semakin besar dan langkah semakin jauh, banyak lagi cerita yang orang tua-tua kampung karang untuk takutkan remaja seperti saya. bermulalah cerita kepala anak muda dicari orang untuk korban jambatan. dalam sungai kerian ada orang terserempak buaya, ini berlaku bila kamu sibuk bermain sungai dan tak ingat balik rumah. itu cerita zaman kecil saya. tujuan orang dewasa sangat mulia, mengawal pengerakkan dan keselamatan remaja cergas seperti saya.
hari ini gendang perang dipalu kuat oleh jajahan selama, rasanya selama dua minggu saya bersilat takde sapa2 yang nak mainkan musik mengiringi bunga pencak silat saya. nampaknya gelanggang telah dibuka, paluan gendang pun sudah kedengaran, tok empat menurunkan ayam sabungnya yang pertama, tuanpenasihatsaranglabah. ternyata bunga silat persembahan tuanpenasihat dua alam ini bukan lah permainan menarik, pukulan tumbuk rusuk secara curi bukan adat orang melayu, takkan cubaan nak menakutkan saya dibuat sebegitu rupa, kalau hantu pun saya tak pernah takut, apatah lagi saranglabah yang tersangkut kat muka.
zaman internet, permainan silat pukul curi macam samseng kampung dusun tidak lagi diterima orang. ini zaman maklumat, mari berpencak seperti anak jantan, perturunkan semua pang5perang yang ada, biar kita bersilat, jangan ada berlagak seperti ayam jantan, berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
orangbesar jajahan selama perlu melihat secara adil kenapa Tun Mahathir merealisasikan teknologi maklumat untuk rakyat, dasar keterbukaan kritikan amat penting untuk orangbesar jajahan memahami inspirasi warga jajahan.
begitu banyak blog dibuka agar kerajaan mendapat maklumbalas tentang kemahuan rakyat, pepatah mengatakan kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. penguasa jajahan yang menjadikan perkara rasmi menjadi peribadi, perkara peribadi menjadi rasmi harus ditegur. kenang kembali bila khalifah islam pertama dilantik, apakah kata-kata Syaidina Abu Bakar.......tentang hak pemimpin dan hak rakyat.
"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
No comments:
Post a Comment