October 13, 2009

MARKET DAN SUPERMARKET

  1. dulu masa saya masih bersekolah rendah, market kulim ( pasar basah ) terletak di tengah-tengah pekan kulim. Arwah bapa saya selalu bawa saya singgah di market untuk beli rempah giling dan tak lupa juga apam balik. India yang jual rempah dengan pakcik yang jual apam balik cukup ceria bila nampak kelibat arwah, bukan apa rezeki dah dekat la tu ( orang sekarang popular dengan ada masyuk )
  2. Paling seronok masa tu bila bapa berjalan ke stesen teksi, maknanya bapa nak belanja makan la. makan tengahari kat restoran mamak, paling seronok dapat minum air gas dan dah tentu beriyani ayam, fuhhhhhh ayamnya tersorok dalam timbunan nasi tu.
  3. itu dulu, market tu dah berpindah tempat sekarang, dipindahnya ke tempat yang jauh tersorok, tepi lombong jalan nak pergi kg padang tembak ( nama kg ni diambil sempena lapang sasar PDRM yang berdekatan kg tu ). pembangunan dah hebat kat lombong tu, membangun juga sekarang, ada hotel seri malaysia, ada taman perumahanan dan ada sekolah, dan juga stesen teksi bersama terminal bas.
  4. kalau tuan-tuan pernah pergi market tg malim apa yang kita nampak, sampah berselerak, susunan tak teratur, air bertakung, dan paling menarik aroma yang kita kena hidu, sekarang nie aroma tu dapat dihidu bila kita pergi ke Maybank pun
  5. cuma sekarang kalau nak beli barang basah kita ada pilihan lain, supermarket dah wujud, ada TF dan Billion, kalau rajin dan terasa nak jalan-jalan boleh memandu ke Tesco dan Giant, penat sikit tapi suasananya bersih dan tentu banyak pilihan.
  6. orang-orang tua mungkin akan tetap pergi ke market kerana keperluan dan kebiasaan, cuma kini banyak pilihan, dan persaingan semakin sengit. orang muda sekarang mana mau ke market, kalau nak beli barang basah tentu anak muda akan pilih Tesco atau Giant.
  7. universiti sekarang kena la berubah, jangan berfikiran bahawa kerana kita saja penyedia latihan perguruan maka kita biarkan saja universiti kita macam market. universiti lain dah pun jadi supermarket atau hypermarket, kita dok sibuk dengan nostalgia lagi. suara orang muda perlu diterima untuk terus bersaing dalam pengurusan universiti sekarang
  8. Universiti juga perlu meneliti kualiti kakitangan yang ada, jangan biarkan budaya bagai enau dalam belukar, melepas batok di tangga dan sudah tentu umpama musang berbulu ayam melata dan membarah dalam diri kakitangan

No comments:

Post a Comment