Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang
October 14, 2009
SAMBUTAN HARIRAYA VS SOLAT HAJAT
1.00 PM 14 OKT 2009. Warga jajahan Selama tak sabar-sabar nak menikmati jamuan raya, khemah yang dipasang beberapa hari yang lalu dihias indah, terutama khemah Tiangserisungaibayu bersama orang besar berlapan, orang besar enambelas dan orang besar tigapuluhdua.
1.30 PM. lagu raya mula berkumandang, warga jajahan Selama mula memenuhi khemah dengan pelbagai tujuan, termasuk lah yang membawa mangkuk tingkat, jug air dan beg plastik yang tersimpan kemas dalam poket serta beg tangan ( hanya mereka saja yang tahu apa kegunaan peralatan tersebut )
2.00 PM. warga jajahan mula berebut nak makan, hahahahahaha mana tahan beb, satay, chakuehtiaw, lemang, rendang, cendol, laksa, perggggggg tak tahan tengok makanan nie
2.30 PM. ke garisan.... sedia.....rebuttttttttt. Tiangserisungaibayu melepaskan peserta pesta makan-makan sempena hari raya.Tiangserisungaibayu lepak je, semua tuanpenasihat pun lepak je, makanan dah tersedia kat khemah dia orang
1.00 PM 15 OKT 2009. Tiangserisungaibayu gelisah, sesekali meninjau dari koridor kuasa, mendung kemudian hujan, nampak sangat program hidup mati jajahan Selama tak dapat sambutan.
1.05 PM. tuanpenasihatserbabaik pun gelisah, sejak seminggu yang lalu telah dikhabarkan kepada seluruh alam jajahan Selama tentang solat hajat, mohon perkenan Yang Maha Esa untuk kelangsungan jajahan
1.10 PM. hujan renyai mula turun, tuanpenasihatserbabaik mula berpeluh sejuk, teringat masa dia nak angkat nikah, hehehehehehe. Program hari ini tak macam semalam.
1.15 PM. tuanpenasihatsahibulsamahah dah sampai, jemaah ada sepuluh orang, Tiangserisungaibayu tertanya-tanya mana rakyat semalam yang ramai, adakah mereka masih kenyang dengan jamuan semalam, terfikir dalam hati 'salah aku ke jamu mereka lebih sangat semalam'
1.30 PM. solat selesai. Tiangserisungaibayu tercari-cari orang besar berlapan, orang besar enam belas, orang besar tigapuluh dua...monolog tok empat ,takkan semua mereka uzur syarie.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
ReplyDeleteSesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga dan berguna, belum tentu bagus.