- 23 Syawal 1430H, Ithnin. Tuk Empat Selama, Tiangserisungaibayu menjadi tuk empat pertama memenangi anugerah dalam pertandingan Walpakari Al-Ciptaan anjuran Pak Belalang Al-Majnun. saya tumpang bangga atas kejayaan ini kerana gambar kawan saya juga terselit dicelahan pemenang sebagaimana yang dilaporkan oleh suratulkhabaran wal utusan.
- bangga bukan apa, dah banyak kejayaan yang dilaporkan selama ini termasuk lah rombongan cik kiah ke negeri komanwel, negeri atas angin dan negeri kayangan. cuma kejayaan sebelum ini tak lah terpampang semuka penuh dalam suratulkhabaran wal utusan ke, wal beritatul hariah ke hatta akhbar nyamuk seperti kompasku tepatun.
- selalunya atau kadang-kadang adalah berita kejayaan ditulis orang di suratulkhabaran wartamiah kampusi atau dilekat orang muka-muka pemenang di simpang-simpang jalan. kalau dalam siri 'cowboy' muka-muka ini selalunya ditulisnye 'wanted'
- cuma kali ini tuanpenasihatsiratulrahim cepat-cepat bertindak mengucapkan syabas atas kejayaan tuk empat dalam suratulkhabaran dengan kosnya mencecah ribuan ringgit. nampak sangat saranan tuk empat untuk berjimat dalam perbelanjaan tidak dipatuhi oleh tuanpenasihatsiratulrahim, mungkin kita kena tanya siapa tuanpenasihat20persen tuan husin pantulan yang mengaut untung dengan idea ini.
- sidang orang besar berlapan barangkali perlu dipanggil kerana tuanpenasihatsiparangkontot, tuanpenasihatadamasyuk, dan tuanpenasihatkhutudkhanah mungkin tertinggal dalam rancangan ini. dan barangkali tiga abdul juga tidak dijemput untuk berbincang.
berita ini dipetik dari agensi berita husin lempoyang perniaga unta dari negeri antah berantah
No comments:
Post a Comment