Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang
October 19, 2009
3ABDUL PENYELAMAT JAJAHAN
saya menerima beberapa email dan pesanan ringkas bertanyakan tentang watak-watak dalam tulisan saya, terima kasih kepada pengikut atau orang yang hanya ingin membasahkan gusi ketika penat bekerja. cuma keberanian belum ada untuk mereka turut berbahas, curi-curi memberi idea pun ramai, bahkan semua nak tahu penamat cerita saya. mana ada keghairahan kalau semua kita dah tahu, permainan saya ini umpama menyusun puzzle, kalau rajin mungkin kita akan tahu sesuatu.
masa kecil-kecil dulu, cerita rakyat menjadi bualan antara saya dan kawan-kawan, tentu kerana kami tak ada media lain, sesekali menonton wayang padang sungguh menyeronokkan, atau dapat bersama-sama bermain watak sang kancil dan buaya, satu dua tiga lekuk, satu dua tiga lekuk, nak tengok siapa sampai seberang sungai dan menjadi hero
di jajahan selama terdapat kalangan orang besar berlapan yang kita kenali sebagai 3abdul, setakat ini 3abdul belum menunjukkan taring masing-masing. 3abdul1 kerjanya memilih kambing, 3abdul2 tugasnya melatih kambing, hahahahaha apa pulak kerjanya 3abdul3, tentu lah membuat kajian tentang kambing.
sekarang heboh diperkata orang di jajahan selama, siapa kalangan 3abdul akan mengantikan Tiangserisungaibayu. bukan apa, hayat Tiangserisungaibayu dah hampir luput, mungkin juga Tiangserisungaibayu berpakat dengan tuanpenasihatsiparangkontot untuk masing-masing memanjangkan atau mengubah tarikh luput masing-masing. awas bahaya memakan makanan yang sudah lepas tarik luput.
3abdul1 mungkin calon terbaik, cuma jangan lupa dengan hubungan 3abdul2 dan 3abdul3 dengan orang-orang besar negara, sebelum ini Tiangserisungaibayu dah pun cuba menyingkirkan jawatan 3abdul dari mereka tetapi tidak berjaya. mungkinkah antara 3abdul akan muncul sebagai penyelamat jajahan. cuma syaratnya mudah, jangan makan apa-apa pemberian tuanpenasihatsiparangkontot, sebaiknya dilangkah dulu kalau ingin dimakan, takut-takut nanti racun berbisa gubahan pawang asli akan menghilang semangat berjuang 3abdul.
apapun, 3abdul perlu memikirkan tentang kelangsungan hidup jajahan, orang lain dah berubah. kita bila lagi. slogan berani berubah patut menjadi tagline 3abdul, jom sokong 3abdul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"...mungkin juga Tiangserisungaibayu berpakat dengan tuanpenasihatsiparangkontot untuk masing-masing memanjangkan atau mengubah tarikh luput masing-masing.."
ReplyDeletePersoalan:
3abdul bakal menggantikan Tiangserisungaibayu di balairung seri, siapa pula bakal menduduki takhta tuanpenasihatsiparangkontot?
hmmm ye la.. dari hemat tuan. Sapa yg akan mengambil takhta tuanpenasihatparangkontot yer...
ReplyDelete